Fifth Chapter
Prince CharmingSetiap kumpulan telah pun tiba di puncak bukit . Yoona yang keletihan meminum saki baki air yang tinggal .
' Fuhh . Lega ! Akhirnya mereka sampai juga di puncak bukit . ' bisik hati Yoona lega . Cikgu Jae Suk mula meminta semua pelajar untuk berkumpul di depannya .
" Semua seronok ? " tanya Cikgu Jae Suk . Berpeluh-peluh mukanya .
" Seronok ! " teriak semua pelajar termasuk Yoona .
" Baiklah , kamu semua bolehlah pergi makan dulu ye . Selepas kamu semua sudah makan , tolong berkumpul di sini semula ye ! " tegas Cikgu Jae Suk memberi arahan .
" Baik ! " semua berpusu-pusu mengambil makanan yang disediakan dibawah khemah . Yoona juga tidak ketiggalan .
Yoona mencari tempat untuk duduk tetapi semua tempat telah pun penuh . Yoona melihat sekeliling , dia ternampak sepohon pokok yang rendang . Dia mengambil keputusan untuk duduk di bawah pokok tersebut . Dia mula makan dengan gelojoh mungkin terlampau lapar gamaknya .
Seusai makan , Yoona melihat pelajar-pelajar lain masih lagi makan . Dia mengambil peluang dengan mengeluarkan kameranya kembali , Yoona menangkap pelbagai gambar . Dia berjalan kesana - sini untuk mengambil gambar pelbagai bentuk alam semula jadi . Tanpa disedarinya , dia telah berjalan jauh dari khemah . Yoona memasuki dalam hutan . Jauh dia berjalan .
Yoona membelek-belek kameranya , dia melihat kembali gambar-gambar ya
Comments