♡Jihye don't have a BFF?♡

You Got My Heart

Di meja makan sudah terhidang sarapan yang disediakan oleh maid mereka iaitu nasi goreng kimchi,waffle,roti bun,dan sandwich

 

"Yeah!!waffle,nyum nyum"kata GD gembira,kerusi berhadapan dengan eommanya ditarik lalu dihumban,erk silap,lalu duduk di kerusi itu

 

"Eoppa ku yang tersayang,jam berapa kita pergi beli barang-barang keperluan ni?takkanlah pergi awal pagi buta ni"soal Jihye

 

"Aik,pagi dengan malam ada mata ke?macam mana boleh buta"GD berseloroh

 

"Ya memang ada,Jihye cucuk guna pedang emas,Jihye cucuk mata pagi dengan malam tu tanpa belas kasihan,kalau eoppa tak bagitahu betul-betul,tu pisau besar gedebak kat dapur tu masuk mata eoppa"Kata Jihye sambil menyedok nasi goreng kimchi ke pinggannya

 

"Yela,shopping mall tu tak buka lagilah,lain lah kalau dekat dongdaemun tu,24/7 jam buka,shopping mall yang kita pergi ni private dan hanya dibuka pada jam 8 pagi,khas untuk Seoul Art High School iaitu sekolah kita je"kata GD lalu memakan wafflenya itu

 

"Jadi kenapa bangunkan Jihye awal pagi ni?biasanya eoppalah yang paling susah dibangunkan,yelah kan katil eoppa tu 'syurga' eoppa"kata Jihye sambil menyuap nasi goreng kimchi ke mulutnya

 

"Saja je buang masa Jihye sikit dengan eoppa,muahahaha(evil laugh)"GD ketawa,Jihye merasa geram lalu Jihye mengambil waffle dan terus menyumbatkan waffle tu ke mulut GD,GD pula tersedak,kejamnya kau Jihye,bias aku tu tau

 

"Uhuk!!uhuk!!air,airrr,uhuuuk!!"GD terbatuk-batuk lalu eommanya menuangkan air oren ke dalam gelas

 

"Nah minum air ni"kata Puan Kwon kepada anak terunanya itu,GD yang terpejam mata tidak nampak apa-apa terus menyambar jug berisi oren tu,muka Mrs.Kwon jadi begini (O.O)

 

"Ish eoppa ni,waffle pun boleh tersedak,hahahaha"Jihye ketawa jahat,GD hanya menjeling Jihye

 

"Eomma,appa mana?"tanya GD

 

"Appa pergi Busan,ada meeting di sana jam 8:30 pagi ni"kata eomma mereka sambil menghirup kopinya

 

"Kesian appa,cuti pun perlu kerja(T^T)mesti appa penatkan?"kata Jihye,yelah mereka melancong pergi Paris pun cuma 1 minggu je,biasanya 1 bulan atau 2 bulan

 

"Appa kamu kan ahli koporat,mestilah penat nak uruskan syarikat.Jiyong,nanti jaga ShinShin tu baik-baik,eomma ada meeting dengan semua ahli fashion designer tu,ada butik baru nak buka,mungkin eomma lambat balik,mungkin sekitar jam 12 malam eomma balik,kamu tidur dulu,jangan buat parti pula,appa pula pulang esok"kata eomma mereka panjang lebar

 

"Yes madam!"kata GD dan Jihye serentak,mereka pun ketawa

 

 


 

 

"Take care eomma"kata Jihye sambil mencium pipi eommanya

 

"Ya kamu pun ShinShin"kata Mrs.Kwon sambil masuk ke kereta BMW 3201 yang berwarna hitam itu,kali ni dia membawa driver,kereta itu pun berlalu pergi meninggalkan kawasan rumah banglo itu... .

 

 

Jam menunjukkan pada angka 7:35 pagi,tapi dua beradik beruk ni masih belum bersiap-siap,masih lagi bersantai depan TV.Sementara itu Jihye menghayal

 

'Hurmm..macam manalah nak dapatkan BFF ye kat sekolah baru tu nanti?sejak Leehi pergi USA selepas dia debut sebagai solo artist,aku tak pernah cari BFF baru,ada pun Soohyun je,tapi jarang jumpa sebab dia baru je debut dengan abangnya,argghh!!aku pun nak BFF juga,tapi semua nak berkawan sebab aku ni anak orang kaya,adik k-idol terkenal,huhu Leehi,bilalah kau nak balik ni'Jihye bermonolog di dalam hati

 

"GOOOLLLLLLL!!!SUPA STRIKAS!!!!!"GD menjerit,bukannya tengok bola pun,tengok kartun je

 

"Opocot mak kau jatuh tergolek-golek masuk lubang jamban!!"Jihye melatah lalu membaling bantal sofa yang berada di ssbelahnya ke arah GD,GD sempat mengelak

 

"Eoppa ni!bukannya tengok bola pun,tengok kartun je,tapi boleh menjerit-jerit macam tu,eoppa takkan dapat kalahkan vokal Youngbae eoppalah"berceramah lagi Jihye ni

 

"Mianhe~~dari tadi eoppa tengok mata Jihye tak pandai berkelip-kelip,kalau cucuk dengan pisau pun belum tentu berkelip mata Jihye tu"balas GD,lalu dia melompat ke sebelah Jihye

 

"Takde,cuma Jihye takde BFF lain selain Leehi,ada pun semua tak jujur nak berkawan dengan Jihye"kata Jihye

 

"Alolo kesian Jihye takde BFF,itulah Jihye,appa hyunsuk suruh Jihye debut duet dengan Leehi taknak"GD mengejek

 

"Haish,menyesal bagi tahu eoppa,bukannya nak tolong,perli adalah"balas Jihye sambil memancungkan mulutnya,kalah itik

 

"Yela yela eoppa tolong,tapi Soohyun tu bukan kawan Jihye ke?"tanya GD

 

"Ya tapi dia pun busy juga,kan dia dah debut dengan eoppanya tu,alah yang Akdong Musician tu"kata Jihye

 

"Ohh,ermm,ok eoppa tolong"kata GD sambil mengerutkan dahinya

 

Tiba-tiba satu mentol menyala di atas kepala GD"Ha!eoppa ada satu idea!"kata GD

 

"Ha apa plannya?"tanya Jihye

 

"Macam ni,Jihye berlakon jadi budak nerd... ."serta merta muka Jihye berubah

 

"Yah!!!janganlah buat muka macam tu,nak BFF ke tak nak?"GD perasan perubahan muka Jihye

 

"Nak!!"jawab Jihye ringkas

 

"Lepas tu,kita tengoklah siapa yang ikhlas berkawan dengan Jihye"sambung GD lagi,Jihye hanya mengangguk

 

"Kalau orang tu pun nerd juga macam mana?"soal Jihye

 

"Ha pandai-pandailah Jihye hahahaha,takdelah budak nerd dekat sekolah elit tu,yang ada pun budak masuk dengan biasiswa,tu pun kena buli habis-habisan,sebab mereka fikir budak biasiswa tak setaraf dengan mereka"balas GD pula

 

"Kalau ada pelajar buli Jihye macam mana?"soal Jihye lagi

 

"Jihye tahan sampai dapat BFF baru,lepastu kita bocorkan secret kita"jawab GD dengan yakin

 

"Ok beres bos!"kata Jihye sambil memberi thumbs up

 

"Untuk penampilan Jihye,kita minta tolong dengan Seunghyun hyung,dah syuh syuh pergi bersiap"GD menghalau Jihye lalu dia pun menelefon T.O.P

 

 


 

 

Setelah selesai bersiap,terserlahlah dua beradik ni,GD memakai baju tee simpsonsnya yang berwarna putih,jegging lelaki hitam,blazer biru dan topi snapback biru laut ditambah lagi dengan cermin mata hitamnya.Jihye pula memakai blouse berwarna snow pink dan jegging berwarna biru langit,rambut pula dilepaskan

 

Kelihatan kereta Bentley Mansory yang berwarna putih dan bercorak motif naga GD"akhirnya,siap juga dicuci kereta kesayanganku ini,muahh!!"GD memeluk kereta itu,mungkin kalau ada sesiapa yang lalu di depannya mesti menyangka yang GD itu gila

 

"Yah!!neomu michiyeosseo?!ppali masuk kereta!"jerit Jihye yang sudah mendarat di dalam kereta GD,Jihye duduk di bahagian belakang,hari ni Jihye jadi 'boss'.GD pun masuk ke tempat duduk pemandu,GD tidak mahu Jihye memandu nanti calar-balar kereta kesayangannya itu

 

"Ya cik,cik hendak ke mana?"buat lawak pula GD ni

 

"Aigoo,eoppa yang call Seunghyun eoppa kan tadi,kita nak jumpa di mana"Jihye mengingatkan GD

 

"Oh ya,kita jumpa mereka kat Coffee Smith"kata GD

 

"Eh bukan dekat je ke Coffee Smith tu dari sini?"tanya Jihye

 

"Itu Coffee Smith yang ketiga,kita pergi Coffee Smith yang pertama di Garosugil,Sinsadong"jawab GD sambil memandu

 


 

Cute_Korean_Girl=ff_panda_99,aku rasa nak padam jelah fanfic 'You Get My Heart' tu(TT^TT)

ff_panda_99=eh,kenapa pula?kau period ke apa ni?

Cute_Korean_Girl=takde semangat lah nak sambung

ff_panda_99=la apasal?kenapa kau tak buat 'subscriber only'?"

Cute_Korean_Girl=tak nak,aku tahu ada reader yang takde account lagi,macam kita dulu

ff_panda_99=ohh,kenapa kau tak bagitahu siapa hero fanfic ni?group k-pop pun kau tak bagitahu

Cute_Korean_Girl=dah secret,aku nak buat surprise dekat reader,ni aku bagi petunjuk,hero ni posisinya vocalist,groupnya mungkin dari group BTS,EXO,B.A.P,Got7,Vixx,Boys republic atau lain-lain,banyak sangatlah bias aku ni,tapi aku dah fikir2,aku dah pilih 'dia' untuk jadi hero fanfic ni,kalau kau nak tahu,kau bacalah nanti

ff_panda_99=yelah,mesti ultimate bias kau ni

Cute_Korean_Girl=tapi aku tetap takde semangat,bila tengok je balik fanfic ni,macam takde reader,semua senyap,nak nangis ni

ff_panda_99=Eh janganlah tak bersemangat,kenapa kau tak masukkan poster,background dan gambar kat fanfic kau ni?

Cute_Korean_Girl=wahai cik ff_panda_99,patik tak pandai nak masukkan poster,background dan gambar,lagipun patik guna handphone untuk update fanfic ni,sebab laptop patik rosak

ff_panda_99=banyaklah kau punya patik,dahlah,pergi update fanfic kau tu,jangan padam sudah

Cute_Korean_Girl=Ok bye bye

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
cute_korean_girl
Para hamba sekalian,sorry sebab tak update,mungkin besok ataupun lusa baru author-nim akan update,jgn lupa juga untuk singgah dkt fanfic MY MR.CRUSH tu ye^^

Comments

You must be logged in to comment
young_angely #1
Chapter 3: Warghhh...daebak!!author-nim fighting!!
hyemipark
#2
Chapter 4: Wahh Jihye jadi nerd, kyya I can't wait for next chap
BTW Author-nim jgn berhenti buat cite ni tau
FIGHTING!!
alaa nk tau sape hero nye, uishh x sabo nye...
love_exo_forever #3
Cepat update! Sedap sgt jln cerita ini
Lunnirhan #4
Chapter 3: Update sooon ^-^
chichisakura99 #5
Awk lahir thn 1999 ke???
hushan123 #6
Wah umur kita sama lah :D btw x sbr nk tahu jln crita dia macam mne . Keep update FIGHTING!! :)