chapter 2
The Mystery Book“Jia, jauh lagi kah banglo tu?” tanya Suzy.
“Alaa, dekat je lagi. Tahan lah sikit.”
Suzy menutup mulut “Aku dah nak muntah ni.”
Jia segera memberhentikan kereta membuatkan
lima rakannya yang lain didalam kereta itu
tersentak.
“Keluarlah.” Kata Jia.
Suzy segera keluar dan muntah ditepi jalan raya
yang agak lengang ketika itu.
Rakannya yang lain mengikutnya keluar, Victoria
menyapu belakang Suzy.
“Are you ok?” Tanya Jia, sambil mengunyah
gula-gula getah.
Suzy menaikkan ibu jarinya menandakan dia ok.
Heechul melihat kesekelilingnya yang dipenuhi
pokok dan hanya kereta mereka sahaja yang
melalui jalan itu.
“Kau ok?” tanya Dongjun sambil menepuk
bahu Heechul.
Heechul tersentak “Ah? Aku? Aku ok. Kenapa?”
“Saja tanya. Jomlah masuk kereta.”
…………………………………………………………………………………………………
Setelah 5 jam dalam perjalanan dari kota ke
pedalaman, akhirnya mereka sampai dihadapan
sebuah banglo yang mewah.
“Ini kah banglo tu, Jia?” Tanya Donghae yang
duduk dibelakang sekali.
“Ini lah banglo keluarga aku.”
Jia turun dari kereta terlebih dahulu, melihat
sekeliling yang dipenuhi pokok-pokok segar
menghijau.
“Wey, turunlah!” kata Jia sambil mengetuk atap
kereta berkali-kali.
Lima orang rakannya yang lain turun dari kereta
milik ayah Jia.
“Sejuknya!” Jerit Victoria.
“Shh.. Diamlah sikit. Hutan ni.”
Teguran Heechul membuatkan Victoria berpeluh
tubuh.
“Aku buka pintu dulu, korang angkatlah beg-beg
tu ya.” Kata Jia sambil tersenyum.
“Eleee.” Suzy menjeling manja. Donghae sekadar
ketawa.
…………………………………………………………………………………………………
Dongjun, Heechul, Donghae, Suzy dan Victoria
melangkah masuk ke dalam banglo dengan
masing-masing mengangkat beg pakaian.
Keadaan didalam banglo itu agak berhabuk
kerana sudah lama tidak didiami keluarga Jia.
Kali terakhir keluarga Jia bercuti disitu sewaktu
Jia berusia 11 tahun iaitu 5 tahun yang lalu.
“Kenapa semua perabot berplastik?” Tanya
Suzy.
“Kan kami dah lama tak kesini. Untuk elakkan
berhabuk, ayah aku suruh pasang semua plastik
dekat semua perabot. Korang tolong aku buka
nanti, boleh?” pinta Jia.
“Ok…”
“By the way. Jomlah aku tunjukkan bilik.”
Rakan-rakan Jia mengikutnya menuju ke tingkat
atas.
Jia membuka pintu bilik pertama “Ini bilik lelaki.
Comments