ONEPLUSONEMINUSONE

I Love You To The Moon And Back

Matanya liar mencari bayang dua lelaki yang berfigura sasa yang baru sahaja mengejarnya untuk meminta wang bagi melangsaikan hutang ibunya melalui lubang-lubang kecil.Nafasnya yang termengah-mengah terpaksa didiamkan supaya tidak mudah dikesan,tapak tangannya menekup rapat bibir dan hidungnya tanpa mengeluarkan bunyi.Badannya yang tinggi cukup muat untuk dimasukkan kedalam kotak peti sejuk yang berada ditepi tong sampah yang berbau busuk dan tidak menyenangkan.Degupan jantungnya mengepam dengan laju diiringi manik titik jernih yang mengaliri dahi licinnya yang ditutupi rambut bewarna hitam pekat yang basah.

Hampir lima belas minit menunggu disitu,dia mengambil keputusan untuk keluar daripada kotak dan pulang ke rumah dengan segera,adiknya,Seulgi tentu menunggu dengan lama bersama ibunya.Apabila badannya selamat keluar,dia memusingkan kepala dan memerhati sekeliling,takut-takut dua lelaki bertubuh sasa tersebut datang menerpanya dengan secara tiba-tiba.Dia menghembus nafas lega dan menyeka peluh didahi dan leher dengan hujung lengan Hoodienya dan berjalan perlahan-lahan,mengawasi langkahnya sendiri.

Langit mulai gelap dan matahari mula melabuhkan tirainya sebelum bulan menguasai dunia semesta alam sepenuhnya.Bunyi kenderaan yang sibuk menguasai setiap pelusuk jalan raya dan manusia-manusia yang mula memenuhi Bandar Seoul yang pesat.Chanyeol menyising lengan bajunya sehingga ke siku dan menarik nafas yang panjang.Dia menyeluk tangannya ke dalam poket dan mengeluarkan beberapa keping duit kertas yang berada didalamnya,gaji tempoh hari yang masih berbaki setelah membayar sewa rumah kecil mereka dan juga perbelanjaan sekolah untuk Seulgi.

Dahinya berkerut,hanya RM10.00.Dia menggigit bibirnya dan menghela nafas panjang seraya berfikir,apa yang perlu dia beli untuk makan malam?Mungkin sebungkus roti?Sup Kimchi masih ada yang dimasak olehnya semalam.Masih boleh dimakan dan sedap,Cuma perlu dipanaskan.Dia menuju masuk kedalam kedai Roti Louis dan menuju kearah rak roti yang baru sahaja disusun oleh pekerjanya dengan cermat dan kemas.Masih suam-suam keluar daripada Oven dan kelihatan menyelerakan.Perut Chanyeol membuat isyarat bahawa sesuatu perlu diisi.Chanyeol mengambil sebungkus roti dan kakinya melangkah kearah kaunter.

“Ini sahaja?”Soal pekerja di kaunter dengan kening yang terangkat lalu menjilat bibirnya yang nipis dan pucat.Dia merenung kearah Chanyeol dengan pandangan yang kosong dengan matanya yang sepet dengan kelopak mata.

“Ye..”Jawab Chanyeol dengan nada yang mendatar,dia lebih berminat pada kek yang disusun,bewarna-warni dan kelihatan sedap.Dia teringat akan Seulgi,tidak lama lagi ulang tahun kelahirannya yang ke lima belas tahun.Chanyeol tersenyum sendiri.

“RM3”Jawabnya dengan suara yang semakin lama semakin perlahan seraya menghulurkan roti tersebut kedalam plastik kertas kearah Chanyeol yang menghulurkan duit.

“Terima kasih,sila datang lagi”Ujar pekerja tersebut sambil menundukkan badannya tanda hormat.Chanyeol juga melakukan tindakkan yang sama sebelum beredar.Pekerja tersebut memanjangkan lehernya,memerhati Chanyeol yang berjalan keluar daripada kedai roti tersebut.Dia tersenyum sendiri.

 

 

 

 

 

 

Pintu rumah ditolak dengan berhati-hati kerana ia sudah pun uzur dan dia tidak punya wang untuk menggantikan yang baharu,dia melihat sekeliling ruang tamu,tiada sesiapa disitu,mungkin didalam bilik,rumah yang dihuninya hanya ada sebuah bilik yang diduduki oleh ibu dan adik perempuannya,dia menuju ke bilik tersebut dengan plastik yang terisi roti.

“Ibu!”Chanyeol menjerit apabila melihat ibunya yang terjatuh dari tilam dengan Seulgi yang berwajah resah dan risau.

“Kenapa dengan ibu,adik?”Soal Chanyeol dengan nada yang cemas,dahinya berkerut dengan tanda soal yang memenuhi setiap sudut mindanya.Seulgi menggigit bibir bahagian bawahnya dan mengangkat wajah melihat abangnya yang membantu ibunya membaringkan badan diatas tilam dan menyelimutkan badan tua tersebut dengan selimut.

Apabila ibunya berada diposisi yang selesa dan tidur dengan lena,Chanyeol menarik nafas lega dan wajah yang tenang.Dia mengusap lembut kepala ibunya dan memusingkan badan dan menoleh kearah Seulgi yang bermain dengan jemarinya sendiri dengan rambut panjangnya menutupi separuh daripada wajahnya.

“Adik,kenapa dengan ibu?”Soal Chanyeol buat kali kedua,adik perempuannya bukan tidak faham akan soalannya dan juga bukanlah tidak mampu berbicara dengan sempurna.

“Ibu..dia…dia tak nak dengar cakap adik…dia..dia tak nak makan ubat kalau abang tak suapkan”Jelas Seulgi sambil menundukkan wajah.Kening Chanyeol terjongket.

“Tipulah…selama ini tak begitu pun,baik adik cakap betul-betul dengan abang”Chanyeol memegang kedua belah bahu adiknya.Meminta penjelasan yang jujur daripada dua kuntum bibir merah jambu adiknya.

Seulgi menarik nafas perlahan-lahan,seakan-akan ada sesuatu yang tersekat pada rongga hidung dan batang lehernya.Dia mengalihkan pandangan matanya dan memejamkan mata.

“Ubat..ubat dah habis”Keluhan kasar dapat didengar dengan jelas pada hujungnya.

Chanyeol menggeleng kepala kesal,ubat sudah habis,patutlah ibunya menjadi sebegitu.Dia terduduk diatas lantai sambil meraup wajahnya.

“Abang…apa kata…Seulgi berhenti sekolah aja..dan..bekerja macam abang?”

“Jangan nak memandai!!”Tengking Chanyeol dengan mata yang terbeliak.Seulgi sedikit terkilan dan menjatuhkan pandangan keatas lantai yang sejuk.

Chanyeol mengambil roti yang berada diatas lantai yang dibalingnya tadi ketika cemas lalu menghulurkannya pada Seulgi.Dia mengusap kepala adiknya itu dan menerbitkan senyuman yang nipis sebelum membuka tubir bibirnya.

“Abang dah kena pergi kerja ni..jaga ibu elok-elok..dan..makan ni..lepas balik kerja,abang akan belikan ubat untuk ibu,siapkan kerja sekolah”Pesan Chanyeol lalu menuju ke luar bilik dan menuju kearah kerusi kayu yang agak lama dan mencapai beg sandang diatasnya.

Seulgi berlari anak mendapatkan abangnya.Ditangannya terdapat mafela bewarna biru muda,dengan senyuman yang lebar,dia meletakkannya disekeliling leher jinjang Chanyeol.Chanyeol memusingkan badannya dan terangkat kening,pandangannya beralih pada lehernya yang dipakaikan mafela dan wajah polos adiknya.

“Apa…ni?”Chanyeol menggaru kepalanya sendiri.

“Ini..Seulgi buatkan untuk abang..musim sejuk akan tiba nanti”Seulgi tersenyum sendiri dan membetulkan mafela tersebut dengan lebih kemas supaya kelihatan lebih elok.

“Cantik..hmm..hmm”Chanyeol mengangguk-angguk dan berjalan keluar daripada rumah seusai menyarungkan sneakers hitam yang sudah lusuh.Talinya juga sudah bertukar warna kepada kelabu.Seulgi melambai tangannya tanpa diminta untuk dibalas.Dia menghembus nafas dan mengalihkan pandangan kearah tingkap,kawasan setinggan yang riuh dan bising.Dia dapat lihat kanak-kanak masih berlari-lari walaupun malam sudah dijemput datang.

Dia mengangkat kakinya dengan lemah kearah sudut ruang tamu dimana terdapat buku-buku yang tersusun dan beg sekolahnya yang disandarkan pada dinding rumah.Dia menjatuhkan punggungnya dan duduk bersila dengan belakang disandarkan.Buku sejarah mula dibuka dan ditelaah satu persatu.Tiba-tiba bunyi bising dapat didengar dari luar rumah.Dia bangun dan terjengket-jengket menghala ke tingkap.

Keningnya dikerutkan apabila melihat sekumpulan pelajar lelaki yang membawa motorsikal yang mengeluarkan bunyi yang bising,ya,Motorbike.Memenuhi jalan yang kecil,mereka masih beruniform sekolah dengan mask yang ada pada wajah mereka.Seulgi menggeleng kepala dan mencebik bibir,mereka pasti anak orang kaya sehingga mampu melakukan aktiviti tidak berfaedah sebegitu.

Mask pada mulutnya diturunkan keleher lalu dia meraup rambutnya kebelakang sambil menggaru-garu belakang kepalanya.Enjin motor dimatikan.Setelah tindakkan itu dilakukan,rakan-rakan yang lain melakukan yang sama.Walaupun hanya disinari cahaya lampu jalan yang bewarna kuning terang,masih mampu dilihat wajahnya yang putih dan bersih,dengan celak hitam tebal dipakai pada tubir matanya.Membuatkannya kelihatan ganas dan agresif.Dia menyua putung rokok pada bibirnya,selang beberapa saat asap berkepul-kepul keluar daripada bibirnya.

“Sehun..kenapa kau nak berhenti dekat sini?”Soal Kai sambil bangun daripada tempat duduk motor dan berdiri disebelahnya.Sehun mengalihkan pandangannya kearah langit dan mengeluh kasar.

“Aku penatlah..tak sakit kangkang ke duduk atas Motorbike ni siang malam?”Sehun merungut dengan wajah yang masam mencuka.

Kai menjulingkan matanya keatas atas rungutan Sehun yang keanak-anakkan.Sejurus kemudian,dia meletakkan puting rokok pada bibir dan mengeluarkan lighter dan menghidupkannya lalu menyuanya pada hujung putung rokok.

“Kalau kau tak suka..kau boleh blah..aku dah cakap..budak manja ni tak boleh join kita…siallah”Baekhyun menggeleng kepala dan menyilang tangannnya.

“Eh,es..aku selalu belanja korang makan dan rokok..so jangan complain banyak-banyak”Sehun mengeluh kasar dan terpandang ke sebuah rumah kecil dikawasan setinggan tersebut dan melihat seorang gadis yang berambut panjang hitam lurus dengan baju Hood hitam berdiri ditepi tingkap rumahnya dengan wajah yang berkerut.Apabila mata mereka bertembung,pantas gadis tersebut menoleh kearah lain lalu menutup tirai tingkap.Mungkin dia berasa takut barangkali.

“Wei..kau dah lama tak dapatkan mangsa untuk kitaorang,bila lagi,hah?”Soal D.O dengan wajah yang tidak puas hati.Sehun mendengus kasar.

“Kau ingat aku ni bapak ayam keapa?”Sehun menggaru kepalanya dengan gaya yang menyampah akan apa yang baru dikatakan oleh D.O.Dia ingat senang ke nak cari perempuan?

“Mana orang tu?Dah berjanggut aku menunggu”Rungut Kai sambil melepaskan kepulan asap rokok.

 

 

 

 

Kotak-kotak yang terisi air mineral diletakkan didalam lori.Tiada sebutir perkataan yang keluar daripada bibirnya,dia hanya menumpukan kerjanya.Peluh yang menitik diseka dengan tuala putih sepanjang lengannya.Sesekali dia menarik nafas panjang dek penat yang menguasai diri.Orang ramai sudah beransur pulang,dia tidak mahu menangguhkan kerja ini,biar habis semuanya diselesaikannya.

“Abang Yeol,tak nak balik lagi ke?”Tegur Taeyong sambil tersenyum nipis.Budak lelaki tersebut sebaya dengan Seulgi,jadi Chanyeol dah anggap dia seperti adik kandung sendiri.

“Oh..Taeyong-ah,Abang belum mahu balik lagi…nak siapkan ni dulu…Taeyong baliklah dulu..dah lewat ni”Chanyeol mengukirkan senyuman sambil meraup rambutnya kebelakang.Taeyong menjuih bibirnya dengan wajah yang muram.Dia mahu pulang bersama Chanyeol seperti biasa.

“Okaylah,Bang,elok-elok ya,dekat kilang ni ada hantu kesunyian cari teman lelaki,hihi!”

“Haish..”

Taeyong beredar seraya memenuhi sekitar suasana dengan gelak tawanya yang nakal.Chanyeol menggeleng kepala dengan cebikkan.Kalau tak nakal,bukan Taeyonglah namanya.

Selepas dua puluh minit,kerja Chanyeol sudah pun selesai,dia tersenyum manis dan berjalan menuju ke bilik pekerja bagi menyalin pakaiannya dan mengambil beg sandangnya sebelum beredar.

“Yeol..ini gaji kamu”Ujar seorang wanita yang menjangkau usia pertengahan 30-an dengan rambut paras leher dengan gaya yang Classy.

“Oh!Terima kasih”Chanyeol menundukkan badannya dan menyambut sampul tersebut dengan rendah diri.Dapatlah dia beli ubat dengan senang.Tidak perlu berhutang.

“Saya kasi bonus,sebab awak bekerja dengan bagus tanpa menimbulkan sebarang masalah”Ujar wanita tersebut sambil menggenggam tangannya sendiri.Chanyeol mengangguk dan menundukkan badan untuk sekali lagi.Dia mencapai beg sandangnya dan berjalan pergi dengan diiringi pandangan wanita tadi dengan senyuman yang manis.

Dia menekup pipinya yang terasa sejuk,musim luruh sudah berada pada penghujungnya.Dia tersenyum sendiri sebelum menguap besar.Dia memasukkan tangannya kedalam poket baju Hoodienya dan melangkah masuk kedalam farmasi yang sentiasa dia pergi setiap kali mahu belikan ubat ibunya yang sudah habis.

Pintu ditolak dengan cermat,jam sudah menunjukkan pukul lebih kurang sekitar satu pagi,pekerja didalam farmasi tersebut kelihatan mengantuk dan kurang bertenaga.Chanyeol menuju kearah rak yang dia sentiasa pergi seperti biasa tanpa dipandu oleh pekerja.Dia menuju kearah kaunter untuk membuat pembayaran.

“Yah..Juseon,kau lupa kasi kunci rumah dekat aku”Ellin menyelak rambutnya kebelakang lalu menyilang tangan tidak puas hati.

“Sorry,Ellin”Pekerja yang berada dikaunter tersengih melihat rakannya.Chanyeol sekadar memerhati sambil mengeluarkan duit daripada poket.

Ellin mengembungkan pipinya seraya menyelit rambut dicelah telinga dan menoleh kesebelah.Matanya membulat apabila melihat gerangan disebelahnya,pelanggan kedai roti Loius.Dia tersipu malu sendiri sambil memusingkan kepalanya.

Chanyeol yang menyedari dirinya direnung oleh gadis disebelahnya mengukirkan senyuman mesra,sejurus membuat pembayaran,dia keluar dari farmasi tersebut untuk terus pulang ke rumah.

Junseo mengerutkan dahi sambil memerhati kelakuan rakannya,Ellin dan juga lelaki yang beredar keluar daripada farmasi.Dia menggaru kepala kemudian tersengih kerana faham akan sesuatu.

“Hello,cik Ellin,kau suka dia ke?”Soal Junseo sambil membuat tanda Peace dengan jarinya dan diletakkan dibawah bibir.

“Eh…eh..eh..”Ellin menggeleng kepala menafikannya dan memasukkan tangan kedalam Blazer.

“Wah,kau suka dia?Dia memang cute,tapi aku nak beritahu kau sesuatu,dia selalu beli ubat untuk pesakit tekanan perasaan keapa entah”Terang Junseo dengan wajah yang serius.Terus air muka Ellin berubah,untuk apa dia beli ubat sebegitu?

“Ubat untuk pesakit tekanan perasaan?Dia ada penyakit tu ke?”Ellin mula berminat,selama ini dia Cuma tahu lelaki itu membeli roti,sekarang dia beli ubat sebegitu?Agaknya dia beli apa lagi dikedai lain?

“Entah..tapi dia selalu beli ubat tu..setiap hujung bulan?”Dia mengangguk kepala mengiayakannya.

Ellin membulatkan bibirnya dan mendengus kasar.Nampaknya rakannya itu mengetahui segalanya.Dia menyilang tangan dan menyandar pada kaunter sebelum membuka bicara.

“Kau rasa..patut ke aku balik..Krismas ni?”

“Mak oih,lambat lagi kut Krismas”Junseo meletakkan jari di hujung bibir.Lebih kurang sebulan lagi?

“Aku patut rancang benda ini awal-awal,buat persediaan,lagipun dah lama aku tak jumpa diorang”Ellin menundukkan wajahnya.Perasaan kesal yang sentiasa mencengkam dadanya.

 

 

 

Kelopak matanya perlahan-lahan terangkat dan kepalanya digaru berkali-kali.Dia melihat kearah siling dengan mamai.Dia pantas bangkit dari baringnya dan melihat sekeliling,semalam dia tertidur diruang tamu untuk membuat ulang kaji,mungkin dia tertidur dan Chanyeol mendukungnya masuk kebilik?Baik sungguh hati abangnya itu,dia berjalan keluar daripada bilik seraya mencapai tuala bewarna kuning ditombol pintu dan terjengket-jengket.Dia melihat sekeliling ruang tamu,abangnya tiada,mungkin sudah pergi kerja diawal pagi tadi,alamak,adakah dia sudah bersarapan,Seulgi terlewat setengah jam daripada biasa.Sekarang sudah pukul enam setengah pagi,dia terus bergegas ke bilik air untuk membersihkan diri.

Sejurus itu,dia mengenakan uniform sekolahnya dan menuju ke ruang tamu untuk minum segelas susu.Dia mengerutkan dahi melihat sesuatu diatas tisu.

Abang dah suapkan ubat untuk Ibu pagi tadi,dia terjaga waktu abang bersiap,makan sarapan sebelum ke sekolah dan pastikan rumah dikunci,balik awal ke rumah.Sayang,Abang J

Seulgi tersengih membaca notis tersebut dia mengesat bahagian tepi bibirnya dengan tisu tersebut,tidak baik membazir,dia bergegas ke bilik untuk mengucup dahi ibunya dan mencapai beg sekolah dan fail.Dia berlari anak keluar daripada rumah kecil itu dan menghirup udara dengan tenang,suasana pagi yang menenangkan.Dia mula memperlahankan langkahnya dan menarik nafas panjang kerana penat berlari.Dia hanya berjalan kaki dari rumah ke sekolah,lebih kurang sepuluh minit?Dia menenyeh matanya yang termasuk habuk dan tiba-tiba bunyi ekzos motorbike yang menyakitkan telinga.Seulgi berpaling kebelakang,melihat beberapa pelajar lelaki membawanya dengan helmet Full Face dan Hi-Viz.Seulgi mengerutkan dahi dan berpaling kehadapan semula,tidak mahu masuk campur,dia hanya ada satu tujuan,untuk ke sekolah dan berjaya dalam kehidupan dan membalas budi ibu dan abangnya.Dia tidak akan mensiakan penat lelah abangnya.

Sekumpulan pelajar lelaki yang bermotorbike tadi melintasi Seulgi tanpa melihat kearahnya,walaupun sekilas,Seulgi menarik nafas lega dan menyeka peluh didahi,dia dapat rasakan kedutan pada dahinya sebentar tadi dek dicengkam perasaan takut dan risau.

Mereka parkinkan motorbike mereka sesuka hati ditepi gerai makan.Mereka mengambil salah satu meja yang boleh memuatkan lima orang sambil membuat bising sehingga manusia sekeliling memandang mereka dengan pandangan yang geram,dengan bau asap yang tidak pernah lekang dari mereka,seperti bayang-bayang.

“So…amacam dengan dia?”Soal Sehun sambil mengangkat kening.

“Nice..nice body…nice skin..sesuai..aku memang dah lama tak ‘makan’ dara”Kai tersengih sambil meraup rambutnya kebelakang.

“Tapi..dia…okay ke..maksud aku..entah-entah dia jenis nak melawan ke…tak pasal-pasal kita masuk lokap nanti”D.O menyandar pada kerusi dengan keluhan.

“Rileks,kita minor,so polis tak dapat buat apa-apa,pandang sebelah mata aja”Ujar Suho dengan yakin,lagipun ini bukan kali pertama buat mereka.Sehun tersenyum bangga kerana mangsa yang dicadangkan olehnya disetujui oleh geng,ini sesuatu yang bagus.

“So…bila plan tu nak dioperasikan?”Baekhyun mengangkat kedua belah keningnya berkali-kali.Mereka semua tersenyum nakal.Yang pasti,secepat mereka.Perkara bagus tidak elok ditangguh-tangguh.

 

 

 

 

 

Jam tepat menunjukkan pukul 4 petang,Seulgi menyeka dahinya dengan tapak tangan,dia menarik nafas dalam sebelum berjalan keluar daripada pagar sekolah.Rambutnya yang diikat dilepaskan,dia berjalan tanpa berpaling ke belakang.Dia harus pulang ke rumah dengan segera sebelum waktu makan ubat ibunya terlepas.

Seperti biasa,dia melalui beberapa gerai makan dan kedai cenderamata sebelum selekoh pasar yang sentiasa sibuk itu.Tangannya dimasukkan kedalam poket skirt dan matanya memerhati sekeliling.Dia menggigit bibirnya,teringat akan apa yang diberitahu oleh gurunya.

“Kamu dapat belajar di luar negara,untuk pertukaran pelajar,bagus,kan?”

Seulgi mengeluh,memang bagus,dan dia amat teringin untuk belajar disana,tetapi dia tidak punya duit untuk semua itu,mungkin dia patut lepaskan aja peluang itu,ya,lepaskan sahaja.

“Hai”

Seulgi yang menunduk dari tadi mengangkat kepalanya dan melihat 5 orang pelajar lelaki yang beruniform sekolah hitam dengan gaya rambut yang teramat salah di sisi peraturan sekolah.Seulgi mengerutkan dahi.

Dia memusingkan badannya mahu menggunakan jalan yang lain dahulu sehingga mereka beredar pergi.

“Hei,janganlah sombong sangat”Ujar salah seorang daripada mereka dan memegang bahu Seulgi,pantas dia menepis tangan lelaki tersebut dengan wajah yang marah.Mereka ketawa melihat reaksi wajah Seulgi yang langsung tidak menggerunkan mereka.

Seulgi berpaling ke hadapan dan menggeleng kepala,hidungnya berkerut,bau asap rokok yang menusuk hidungnya membuatkannya geram.

“Nampaknya,dia lebih suka cara kasar”Ujar Kai sambil mengangkat keningnya.Mereka menarik Seulgi masuk kedalam sebuah rumah didalam lorong gelap disitu secara paksa.Nasib mereka bertambah baik kerana disitu tiada sebarang mata yang memandang dan sunyi.

“Hmm!Hmm!!!”Seulgi tidak mampu meminta pertolongan kerana mulutnya yang ditekup oleh tangan yang besar dan sedikit kasar.

“Nampaknya,kambing ini nampak menyeronokkan”Baekhyun tersenyum dan dihujungnya tawa yang menakutkan Seulgi memenuhi ruang,disusuli oleh geng yang lain.

Pintu dihempap tutup dan dikunci,badan Seulgi dilempar diatas tilam dengan kasar sehingga menyebabkan badan dan kepalanya terasa sakit.Dia bangkit dari tilam tersebut dan cuba melawani lima lelaki tersebut,lima lawan satu?Dengan kudrat tenaganya?Yang sebegini?

“Hei-Hei,mana kau nak pergi,hah?Bastard?”Bahu Seulgi ditolak kasar oleh seorang lelaki berambut coklat dengan muka yang dingin dan senyuman sinis terpamer pada parasnya.Seulgi menggigit menahan kesakitan,dia tidak mampu menyerbu keluar daripada bilik tersebut kerana disekat oleh lelaki tersebut.

“Kau nak pergi mana?Hah?Mainlah dengan kami dulu”Lengan Seulgi ditarik dari belakang oleh lelaki yang rambutnya bewarna hitam pekat dan sedikit beralun.Seulgi menepis tangan tersebut dan menampar rupanya.

“..berani kau”Dia menterbeliakkan matanya dan menolak badan Seulgi diatas lantai dengan kasar,perlahan-lahan mereka menyerbu.

“Kamera!Set”Ujar salah seorang daripada mereka.Segumpal tuala dimasukkan kedalam mulut Seulgi dan dia tidak mampu bergerak mahupun melawan.Dia hanya memikirkan abangnya,abang Chanyeol.Helai tawa pelajar lelaki yang menakutkan tersebut tenggelam dari deria pendengarannya,dia tidak menyedarkan dirnya lagi,segalanya menjadi kusam dan gelap.

Chanyeol mengerutkan dahi,dibilik,ruang tamu,hakta bilik air,adiknya tiada disitu.Dia menghela nafas panjang dan meraup rambutnya kebelakang.Kemanakah adiknya?Dimanakah gadis itu pergi?Jam sudah menunjukkan pukul 8 malam.Dia menuju ke dalam bilik,melihat ibunya yang tertidur,ubat untuk dimakan pada petang tadi tidak terusik daripada plastik.Dia menuangkan air kosong ke dalam gelas dan menghampiri ibunya yang duduk termenung dengan wajah yang kosong.

“Ibu,makan ubat dulu ya”Ujar Chanyeol dengan suara yang lembut.Ibunya itu mendongak wajah melihat kearah anak lelakinya tanpa sebarang perubahan riak wajah.Wanita tua yang lemah itu memasukkan ubat ke dalam mulutnya dan meneguk air dengan bantuan anaknya.

“Ibu..ibu tidurlah dulu,Chanyeol nak cari Seulgi”Chanyeol menyelimutkan badan ibunya dan menuju ke luar daripada rumah,dia tidak mampu mencari mana-mana informasi didalam mindanya,bahawa dimanakah adiknya berada sekarang,tidak pernah dia pulang selewat ini.

“Mana dia ni”Chanyeol melepaskan keluhan dan melihat sekeliling kawasan setinggan tersebut.Hatinya dipaut kerisauan yang amat.

 

 

 

Duit yang diterimanya oleh pemilik kilang tadi direnungnya dengan senyuman yang lebar dan puas,lantas duit tersebut dimasukkan kedalam poket dan menggosok-gosok lengannya kerana dihinggap suhu sejuk.Dia meraup rambutnya kebelakang dan mula teringat akan kata-kata seseorang yang sentiasa menyemakkan fikirannya.Dia mendengus kasar dan menghentikan langkah lantas menendang tong sampah dengan perasaan yang berkecamuk.Giginya diketap lalu pandangannya beralih ke hadapan.Dahinya berkerut memandang manusia yang berjalan dengan cara yang tidak begitu normal dengan rambut yang kusut dan tidak terurus,dia begitu lemah untuk mengatur langkah.Mukanya juga pucat dan lebam dan ada calar-calar dibahagian dahi dan pipi.

“Bukan urusan aku”Taeyong mencebik bibir dan memusingkan badannya dengan tangan yang dimasukkan kedalam poket lantas melangkah ke hadapan,tidak mahu bertembung dengan insan yang dilihatnya sebentar tadi,jika dia masuk campur,mungkin menyebabkan kehidupannya..

“Haih..fine..”Taeyong mendengus kasar,kerana apabila dia mengutarakan kata-kata tersebut,dia teringat akan kata seseorang tersebut.Dia memusingkan badannya dan mengangkat dahinya,kemanakah dia menghilang?Taeyong pasti dia baru sahaja berada disitu tanpa bersuara.

“Apakah..”Taeyong menggeleng kepala.Dia berlari anak ke hadapan dan terbeliak mata apabila melihat orang yang dimaksudkannya terbaring diatas lantai dihadapan bangku.Tidak menyedarkan diri.

“Hei..Hei..”Taeyong menggerakkan badan tersebut dengan kakinya,dia tidak mahu menyentuh kulit dia,bagaimana jika dirinya terjangkit akan sesuatu virus yang menular dari badan tersebut?

Dia berada pada posisi duduk mencangkung dan mengerutkan dahi dan mengamati wajah yang terbaring,lawa tapi sayang macam baru kena belasah.Bibirnya dicebikkan.Apa yang terjadi pada dia?Mengapa dia terbaring disini?Dia tidak punya rumah?

“Mungkin dia kena rompak,ah,dia cedera,aku patut bawa dia ke hospital dan tinggalkan dia disitu”Taeyong mengangguk-angguk menyetujui rancangan bernasnya itu.Dengan berhati-hati dia mengangkat tubuh tersebut dan mendukungnya.

“Seulgi!”

Taeyong hampir terkena serangan jantung apabila ada suara yang kuat menyerpa gegendang telinganya,dia terkebil-kebil apabila mendongak wajah melihat seorang lelaki yang berhoodie hijau dengan jeans hitam.

“Abang!”Taeyong tersenyum melihat gerangan Chanyeol.Taeyong mengerutkan dahi,baru sebentar tadi nama Seulgi dipanggil,adakah perempuan ini yang bernama Seulgi?

“Taeyong!Apa kamu buat pada Seulgi?Hah?Kenapa dia jadi macam ini?”Soal Chanyeol bertubi-tubi dan mengambil Seulgi daripada dukungan Taeyong.Dia mengerutkan dahi seraya mengamati air muka Taeyong yang kelihatan tercengang.

“Sa-Saya tak buat apa-apa pun,bang,saya nampak dia terbaring atas lantai,jadi saya nak tolong dia!”Jujur Taeyong dalam memberikan penjelasan.Apa hubungan gadis ini dan Chanyeol?Soalan itu menari-nari disudut fikirannya.

Chanyeol menghela nafas panjang dan beredar pergi daripada situ dengan mendukung jasad Seulgi yang masih tidak menyedarkan diri.Taeyong yang curiga akan apa yang berlaku hanya membuntuti Chanyeol.

 

 

 

 

“Bagaimana dengan adik saya,doktor?”Soal Chanyeol sambil menggenggam tangan,mengharapkan kesemuanya baik dan selamat untuk adiknya.Dia menggigit bibir,menahan rasa berdebar menanti keputusan dari bibir doktor yang merawat.

Doktor tersebut memasukkan tangannya kedalam poket jubah putih yang dipakainya dengan wajah yang tenang untuk memberikan jawapan pada anak muda tersebut.Matanya beralih pada lelaki disebelah Chanyeol yang menundukkan kepala.

“Kamu ada..pertalian darah dengan pesakit ke?”Doktor menyoal soalan tersebut pada Chanyeol dengan kening yang bertaut.Chanyeol sekadar mengangguk dengan lemah.

Matanya beralih kearah Taeyong pula,dia seakan-akan tahu lelaki tersebut tidak punya sebarang hubungan melalui riak wajah dan tindak-tanduknya.

“Sila ikut saya ke pejabat sekejap,ada benda yang perlu saya maklumkan kepada kamu”

Chanyeol mengikut dari belakang doktor tersebut menuju ke sebuah bilik yang diletak papan nama ‘Lee Sunggyu’.Chanyeol merasakan ada batu berat yang menghempap belakangnya,dia terasa sukar untuk bernafas.Seperti ada sesuatu yang tidak baik akan berlaku,dia dapat rasakannya.

“Adik kamu..berada dalam keadaan tidak stabil”

Chanyeol mengerutkan dahi,keliru dengan apa yang dinyatakan oleh doktor tersebut.Dia menggigit tubir bibirnya dan mendeguk air liurnya dengan wajah yang cemas.

“Apa maksud doktor?Dia sakit apa?Kenapa dengan dia?”Air mata mula bergenang pada tubir matanya lantas diseka sebelum ia mengalir laju melintasi pipinya.

“Adik kamu…diperkosa…”

Nafas Chanyeol seakan-akan berhenti apabila mendengar apa yang dinyatakan oleh doktor.Dia seolah-olah jatuh ke dunia yang tidak kesudahan pintu penghujungnya.

“Huh…dan..pelakunya..lebih daripada seorang”

“Siapa yang buat kerja binatang sebegini pada adik saya!Doktor!Siapa yang buat!”Air mata mengalir laju dengan esakkan yang kuat dan jeritan yang terseksa dari hatinya.Taeyong yang berada di luar bilik dapat mendengarnya dengan jelas.Dia terkaku mendengar jeritan Chanyeol,jelas lelaki itu terseksa mendengar khabar tersebut.

“Bertenang,kami sudah menghubungi pihak polis,buat sementara waktu ini..kamu perlu berdoa agar keadaan adik kamu selamat..dia mengalami pendarahan dan lemah”

Chanyeol jatuh terduduk,dia tidak kisah apa yang akan dikatakan oleh doktor tersebut dengan keadaannya yang sebegini,dia tidak mampu melawani perasaan hiba dan kecewa ini.

“Kamu tengok adik kamu dulu..ya?”Pesan doktor sebelum menepuk-nepuk bahu Chanyeol,seakan-akan memberikan lelaki itu semangat.

Kaki Chanyeol lemah dan seakan-akan lembik dan tidak berdaya untuk mengatur langkah,mujur ada Taeyong yang membantunya disebelah,jika dia sebegini sedih,bagaimana pula dengan diri adiknya sendiri?Yang menanggung penderitaan ini?

“Abang…banyakkan bersabar..”Bisik Taeyong,dia tidak tahu bagaimana mahu menenangkan seseorang yang mengalami kesedihan atau gundah gulana.

Daun pintu ditolak perlahan,dari situ dia dapat lihat adiknya yang terbaring diatas katil dengan wajah yang lemah dan pucat,hatinya sayu melihat kesan lebam disekitar muka dan badannya.Dia memejamkan mata,membiarkan air mata mengalir pergi.

Taeyong beralih pandangan kearah Chanyeol dan Seulgi.Dia membantu Chanyeol menuju ke birai katil.Taeyong mengusap lembut belakang Chanyeol.

“Maafkan abang..abang..tak jaga adik dengan betul-betul..maafkan abang”Chanyeol menghembam wajahnya pada lengan adiknya dan menangis teresak-esak.Selang beberapa saat,Seulgi tersedar dan mencelik kelopak matanya.Dia melirik kearah Chanyeol disebelahnya.

“Abang…”Suaranya serak dan lemah.Chanyeol pantas mendongak wajah.

“Ab…abang!”Seulgi menangis teresak-esak,memori hitam petang tadi mengimbas,memaut rasa benci dan geram yang bercampur aduk.

“Seulgi-ah”Chanyeol memeluk erat tubuh Seulgi dan mengusap lembut kepala adiknya itu.Mengharapkan kekuatan akan dikurniakan kepada diri Seulgi bagi menerima dugaan yang berat ini.

Seulgi menghembam wajahnya pada dada Chanyeol.Dia tidak mampu berkata-kata lagi,dia hanya mampu menitiskan air mata bagi menghilangkan rasa perit ini untuk seketika.Hanya jeritan dan tangisan Seulgi memenuhi sudut ruang tersebut.

Taeyong melangkah keluar daripada bilik tersebut,tidak mahu menganggu dua beradik tersebut,lagi-lagi dia tidak begitu mengenali mereka dengan sepenuhnya,dia hanya mengenali Chanyeol sebagai rakan sekerjanya.

 


Hai reader,anda tahu,saya mula berminat buat one-shot,tapi kali ni saya nak buat one-shot,memandangkan saya akan hiatus lame(kot)sebab exam,thehell,habis exam aku punya lebih kurang sebulan sebelum menjadi pelajar SPM 2015.Shi hehe,bila aku nak cuti?Haih.Anyway,Komen?Tentang chap pertama ini sebelum chap 2 menyusul.^^.Plot twist,perlu ke saya buat?Of course,supaya ia tidak membosankan dan orang menjuih saya,hahahak

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
parkhayeon #1
Chapter 1: author - nim , sy nk nangis baca ff ni + ff ni tak diupdate TT jebal ppali update TT
shypie #2
Chapter 1: Update`~~~~ pallii
Baekhyunnie1906
#3
Chapter 1: hi~new reader here,daebak giler citer akak....so sedih maaa...T_T
update soon....hwaiting authornim!!!!!
atyra45
#4
Chapter 1: Cerite akak daebak! Buatkan sye mnangis .. Dgr lagu nirdh ngan lagu ost d.o cart .. Siriuos nangis mendayu2 kak~ akak jjang~!tlong update ppalli ..citer ni mmg best!!
YeollieNa_ #5
Chapter 1: Unnie! Ppali update! >< Tak sabarnya nk baca! Sya suka lah!
chichisakura99 #6
Chapter 1: (sob sob) knp sehun, mengapa kau sekejam begini. X pe, real life dia bkn mcm ni kan. This story is awsome n interesting. I rase mcm nk menangis (bkn mcm, dh menangis dh pon) seriously, walaupun not in real life but i can feel it. Sy dpt rase keperitan yg dilalui oleh mereka sekeluarga. X sabar rasenye nk tunggu sambungannya lg. Mcm novel la pulak citer ni. Ayat, guna ayat b.m sungguh. Btw, keep it up author-nim!!!!! UPDATE MOREEEEE
imaginejuju #7
Chapter 1: Chapter 1: Best la . Daebak !! Jalan citer yg unik . Btw , kesian seulgi . Hukhuk :(. Keep update authornim. Hwaiting !
nurulizzahramanlee
#8
Chapter 1: keep updateu!!!!