Final- Kembali Senyum

Kembali Senyum

 

Sehun's POV

Cahaya matahari yang tidak lelah menyinari,membuatkan hari menjadi panas terik. Seorang jejaka berjalan melepasi sekumpulan pelajar dan terus berjalan.Entah kenapa walaupun banyak orang yang berada di sekelilingnya sekarang tapi dia rasa sangat sunyi. Jiwanya kosong. Bagaikan ada lubang besar ditebuk pada jantungnya.

Pantas kau diam membisu
Ada garis sendu diwajahmu
Salahkah sekadar aku bertanya
Berikan jawapan

Dia terus berjalan tanpa menetapkan hala tujunya.Biarlah langkahnya yang menentukan.

Kuatkah ikatan cinta
Apa mungkin kasih mu setia
Tak ku duga airmata berlinang
Luka perasaanmu sayang

Sekali lagi dia berjalan dan bertembung dengan sekumpulan mahasiswa dan mahasiswi yang ramai.

Kemudian di dalam keramaian orang itu,matanya tertancap pada seseorang. Seorang gadis.

Sengaja hatimu ingin ku duga
Tak terlintas fikiran mencuriga cinta
Ku tahu seputih dingin salju
Itu warna cintamu

Pandangannya terus meluas apabila menatap wajah gadis itu. Langkahnya terhenti.Dia tersentak.Berhenti di tengah-tengah kaki lima.Gadis itu turut terhenti geraknya.Mata mereka bertembung sebaik gadis itu mengangkat wajahnya.Mulutnya terkumat-kamit hendak mengatakan sesuatu.Sesuatu yang mungkin gadis itu tidak mahu dengarkan.Tidak mungkin gadis itu mahu tahu. Apa yang dia ingin katakan.

Tatapan gadis itu sangat kosong.Bibirnya tiada langsung walau sebaris senyuman. Ah,kini dia kembali ingat.Senyuman gadis itu.Dialah lelaki yang telah mengahancurkannya.

Kekasih usah merasa ragu dan sangsi
Kekasih cinta ku takkan terbelah bagi
Keringkanlah airmata di pipi mu sayang
Kembali senyum

~*~*~

“Awak….”

“Awak…..”

Aku membuka mataku perlahan-lahan.Siapalah yang mengganggu tidurku yang lena tadi?Memang mahu kena!

“Janganlah kacau orang ti-“ayatku terus mati apabila ternampak sepasang mata memandang ke arahku.Matanya yang cantik itu bagaikan bersinar apabila bermandi dengan cahaya matahari.

“Awak lagi ke?”soalku.Suaraku agak garau namun perlahan.Tidak seperti yang aku jangka.Memang aku marah.Tiada siapa yang berani menggangguku tidur. Kecuali gadis ini.

“Sayalah ni.Awak buat apa tidur kat tengah-tengah panas?”ujarnya ceria.Memang energetik betul gadis ini.

“Saya tengah tidur,awak tak nampak ke?Lepas tu awak kacau saya.”aku jawab dengan agak bosan.

Gadis itu tergelak kecil mendengar jawapanku.Aku terpaku seketika oleh kejelitaannya.Bidadarikah di hadapanku ini?

“Maaflah saya kacau awak.Saya bawakkan awak kek ni.”dia menghulur sebuah bekas makanan kepadaku.Aku mengangkat kening sambil tangan kananku menyambutnya.Bekas ku buka dan terlihat sepotong kek coklat di dalamnya.

“Untuk saya ke?”soalku.

“Yalah.Awak ni kan.”dia masih tersenyum.Indahnya senyuman dia itu.Tiada kata-kata yang dapat menggambarkannya.

Gadis ini namanya Sera,mudah dan cantik seperti orangnya.Aku mula berkenalan dengan dia apabila dia sangka aku pengsan di sini.Aku memang suka berbaring dan tidur di atas rumput taman ini.Rasanya sungguh nyaman.Selama ini tenang saja aku melelapkan mata.Kemudian datang gadis ini yang mengejutkanku dengan cara yang sangat pelik.Dia menampar aku beberapa kali.Kemudian aku terbangun.Setelah itu,apa lagi.Mengamuk aku padanya.Sakit bukan kepalang. Nampak tangannya saja kecil tapi bila memukul boleh pecah dinding.Dia meminta maaf padaku banyak kali.Tertunduk-tunduk dia meminta maaf.Sejak hari itu,dia mula ‘melawati’ aku di taman sunyi ini.Seringkali dia membawa berbagai jenis makanan.Bila aku tanya dia jawab “sebagai tanda maaf” . Aku sebenarnya tidaklah kisah sangat dengan kejadian menampar itu tapi dia berdegil untuk bertemu aku jadi aku biarkan saja.

Lagipun entah sejak bila hati aku mula tertarik dengannya.Mungkin dari cara dia bercerita kepadaku tentang banyak perkara,mungkin dari cara dia tersenyum dan tertawa setiap masa atau mungkin juga kerana dia selalu mengambil berat tentang aku.

Tanpa aku sedari,masa yang berlalu dengan begitu cepat telah menjadikan kami semakin rapat.Ke mana sahaja aku ada,di situ dia ada.

Aku suka dengan kehadirannya di hari-hariku.Dia bagaikan lilin yang menerangi gelapku.

Aku sedar….aku telah menyukainya.

Sejak kebelakangan ini,hubungan kami agak renggang.Dia asyik sibuk dengan kerjanya.Aku tidak memikir banyak.Lagipun,ini tahun terakhir kami di kampus ini.Memang banyak tugas yang perlu disiapkan.

Kemudian,suatu hari.Aku mengajaknya makan bersama.Namun dia menolak,dengan alasan samanya-banyak kerja.Aku pun hanya menurut. Aku berjalan sendiri ke kafeteria.Sepantas itu mataku tertancap pada sekujur tubuh yang duduk dengan beberapa orang lelaki di meja hujung kafe.

Mataku terus membulat.Sera sedang tergelak dengan gembira bersama lelaki-lelaki itu.

Siapa mereka?Apa yang mereka lakukan dengan Sera?

Ingin saja kakiku melangkah pergi kepadanya.Tapi aku terfikir.Kenapa dengan aku ni?Aku sedang cemburu?Atau aku sedang marah?

Lantas langkahku tarik semula berpatah balik ke belakang.Lebih baik aku pergi daripada melihat mereka bersama dengannya.

Sudah lebih kurang dua minggu aku mengelak dari bertemu dengan Sera.Setiap kali kami bertembung,aku akan pergi serta merta ataupun memberi alasan yang berbagai.Apa yang aku tahu,tujuan aku saat dan ketika itu adalah untuk mengelak darinya dengan apa cara sekalipun.

Hari ini,sekali lagi aku ternampak dia berjalan bersama-sama dengan lelaki yang sama hari itu.Kali ini,mereka berjalan di pasaraya membeli belah.Entah apa yang mereka lakukan.

Aku tidak tahu mengapa hati aku sangat sakit melihat mereka.Aku rindukan dia.Aku ridnukan senyuman manisnya tapi mengapa dia kelihatan lebih gembira bersama lelaki lain?

Bukan….Bukan salahnya.Dia bukan milikku jadi aku tidak berhak berkata begitu.

Dengan langkah sayu,aku berpaling dan meninggalkan pemandangan mereka.

“Saya dah lama suka awak.”

Ungkapan itu agak mengejutkanku namun entah kenapa aku tidak merasakan apa-apa.Di hadapanku berdiri seorang gadis cantik.Dia memang cantik. Pakaiannya agak seksi dan menunjukkan kulitnya yang melepak. Aku tidak sangka dia baru memberitahuku tentang perasaannya.

“Saya….”aku tergamam.Tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Tiba-tiba wajah ayu Sera melintasi pemikiranku.

Kenapa?Kenapa di waktu begini muculnya engkau dalam fikiranku,Sera?

Gadis di depanku itu hanya merenung mataku.Tatapannya penuh harapan.

Aku…perlu lupakannya.Aku perlu lupakan Sera.Dia tak mungkin membalas perasaanku.

Perlahan-lahan aku mencapai tangan gadis di hadapanku.Dia agak terkejut namun masih kelihatan tenang.

Dia mengangkat tangannya dan meletakkan di leherku.Dia memeluku erat.

Apa yang patut aku lakukan sekarang?Bukankah aku patut bahagia? Ada orang yang menyukaiku.Ada orang yang menaruh harapan padaku.

Jadi kenapa semuanya rasa tidak kena?

Tiba-tiba mataku terpandang pada seseorang.Sara berdiri tidak jauh dari kami yang sedang berpelukan dengan erat.Dia kelihatan sangat terkejut.Dengan pantas,dia membuka langkah pergi.

Aku terus tersedar dengan apa yang aku lakukan.Laju tanganku menolak gadis ini ke tepi dan langkahku terus mengejar Sara.

Apa yang sedang aku lakukan?Kenapa harus aku mengejarnya? Bukankah aku sudah berputus untuk melupakannya.Jadi kenapa….kenapa kakiku tidak mahu berhenti.

Aku terus berlari sehingga terlihat bayang Sera di hadapanku.Langkahku pecut dan terus mendekatinya dari belakang.Tangannya ku tarik dengan kuat membutakan dia terus menoleh memandang ke arahku.

“Sera….kenapa dengan awak?”soalku dalam kemengahan.

Sera tidak memandang wajahku namun mulutnya terbuka dan berkata.

“Awak buat apa tadi dengan perempuan tu?”

“Dia…dia cakap dia sukakan saya.”jawabku,tulus.Namun nampaknya tidak memuaskan hatinya.

“Bukan!Awak….awak peluk dia!”tergagap-gagap Sera berkata.Suara lantangnya membuatku terkaku seketika.

“Sera dengarlah dulu…”aku cuba menenangkannya dengan memegang bahunya.

“Tak nak!Saya tak nak dengar.Awak pergilah.Baliklah pada dia.Saya pergi dulu…” suaranya yang lantang awal tadi menjadi perlahan.Dia tertunduk.

Aku menjadi marah dengan tindakannya.

“Awak ni kenapa!Ya,saya peluk perempuan tu!Jadi kenapa?Bukan masalah awak pun!”suaraku yang garau separuh menjerit.

Dia terus mengangkat wajahnya memandang mataku.Matanya merah dan berair.

Apa yang telah aku lakukan?Aku telah menyakitinya?

“Betul…bukan masalah saya.Tak pernah sekalipun…masalah awak jadi masalah saya…Minta maaf saya menyibuk.”dia sudah bersedia hendak pergi.

“Awak pun!Awak dengan lelaki-lelaki tu!”pantas dia berpaling memandangku.

“Apa….”

“Awak tipu saya kan?Awak kata yang awak sibuk nak buat tugasan tapi saya nampak awak dengan dia orang.Setiap kali.Hampir setiap hari saya nampak awak dengan dia orang.”

“Bukan macam tu…Awak…”dia cuba berkata-kata namun cepat-cepatku potong.

“Sudahlah.Apa hak awak nak marah saya kalau saya dengan perempuan tu.Awak pun buat benda sama.Awak ingat awak seorang je ke ada perasaan?”soalku dengan nada yang tegas dan dingin.

“Awak…dengarlah…saya dah lama sukakan awak.Tak pernah saya sukakan orang lain.Dari pertama kali saya jumpa awak,saya dah sukakan awak.”ujarnya jujur.

Aku tersentap.Tipu….betulkah? Sera sukakan aku?

Pada waktu itu,imejnya yang sedang bergelak ketawa dengan lelaki-lelaki lain terlintas di benakku.Hatiku tiba-tiba menjadi panas.Jantungku bagaikan dihimpit.

“Jangan nak merepek.Kalau awak nak menipu pun,janganlah mainkan perasaan orang lain.Awak ingat saya percaya ke apa awak cakap?Perasaan awak tu cuma palsu.”ujarku.

Sepantas itu,mengalir air mata di pipinya.

Aku tersentap.Kedua-dua kami terdiam.Kesunyian yang menjengak kami  terhenti apabila dia mengelap matanya dan mula berbicara.

“Minta maaf kalau awak rasa saya tipu awak.Maaf kalau saya ni menyibuk dalam hidup awak.Maaf kalau awak rasa perasaan saya palsu.Saya tak akan ganggu awak lagi mulai saat ni.Saya janji.”kata-katanya memilukan hatiku.

Jangan katakan apa yang kau mahu katakan.Jangan,Sera!

Sebelum sempat aku mencapai tangannya,dia menyambung.

“Awak…terima kasih sebab sudi jadi teman saya.Saya betul-betul gembira dapat berada di sisi awak.”

Dengan itu,setiap inci tubuhku kaku.Bagaikan dibekukan oleh kata-katanya. Dia berjalan pergi.Perlahan..perlahan….dan akhirnya menghilang dari pandanganku.

Berhenti….Tolong berhenti….Kembali ke sini

Di saat itu,air mata laju mengalir di pipiku.

“Sera…….jangan pergi….”

~*~*~

Gadis itu berjalan perlahan menuju ke arahnya .Langsung tiada pandangan atau kata-kata yang terucap.

Pantas kau diam membisu
Ada garis sendu diwajahmu
Salahkah sekadar aku bertanya
Berikan jawapan

Dia yang menyakiti gadis itu.Dia yang menghancurkan senyuman gadis itu. Dia yang membuatkan air mata gadis itu jatuh ke bumi.Dia yang bersalah.

Sengaja hatimu ingin ku duga
Tak terlintas fikiran mencuriga cinta
Ku tahu seputih dingin salju
Itu warna cintamu

Benar.Dia sangat mencintai gadis itu.Perasaan cemburu dan marah yang membuatkan perlakuan tanpa usul periksa.Kata-kata dan hinaan tanpa berfikir semula.Tiada apa yang dapat dia lakukan.

Kuatkah ikatan cinta
Apa mungkin kasih mu setia
Tak ku duga airmata berlinang
Luka perasaanmu sayang

Langkah gadis itu semakin dekat dengannya.Setibanya gadis itu di sebelahnya,dia berkata.

“Maafkan saya.”

Gadis itu terhenti.Mereka membelakangi masing-masing.Apabila gadis itu berpaling untuk melihat,dia sudah melangkah pergi.

Biarlah dia hidup tanpa aku.Aku akan pergi selamanya dari hidup dia.Aku tidak berhak walau sekecil titisan air pun untuk memandang matanya.Tapi tolonglah, senyumlah kembali..Bukan untukku.Hanya untukmu.Jangan biarkan dirimu hancur keranaku.

Kekasih usah merasa ragu dan sangsi
Kekasih cinta ku takkan terbelah bagi
Keringkanlah airmata di pipi mu sayang
Kembali senyum

Dan maafkanku

-Tamat-

 

So, amacam? Ok tak? Kalau ok tolong comment tapi kalau KO janganlah marah pulak ye? ^^ Hope you guys understand me. Like I said, this is my first fanfic and I'm a newbie in writing fanfic so.... annyeong! ^o^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ikonnoona
#1
Chapter 1: A sad ending. You should make a sequel authornim! ^^
wan_hanisah #2
Chapter 1: Sungguh gramatis anyway saya suka gaya penulisan awak. Nice story!!!
b2utyxoxo #3
Chapter 1: saya berasa sedih baca ff awak. tapi saya lagi sedih sebab selitkan lirik lagu kembali senyum.
teringat saya kepada allahyarham izwan pilus. Al-fatihah.
Infinite_Ifnt7
#4
Confuse lah. So they not end up together?
Infinite_Ifnt7
#5
Saya suka bahasa melayu awak. Sangat gramatis