Hilang..

Cinta Itu Kejam! Hang tau dak?! //MALAY FANFIC//

Di Plaza Gurney,

Orang ramai mula berpusu-pusu mengerumuni pentas untuk melihat pertandingan bakat. Ada yang bersendirian, ada yang bersama rakan-rakan dan ada yang berpasangan.

Begitu juga dengan Jiyeon dan Ravi. Mereka berdua berpegangan tangan sambil berjalan tidak jauh dari pentas.

Jiyeon melihat sekumpulan peminat yang memegang kain rentang yang kecil yang tertulis 'Park Hyung Hwaiting'. Dia merasa ada sesuatu yang tak kena dengan semua ini. Jiyeon memegang dadanya lalu berkata pada Ravi, "Oppa, saya rasa macam tak sedap hati la.. Jom kita balik?".

Ravi mengerut dahinya sambil memandang Jiyeon, dia mengangkat genggaman tangannya bersama Jiyeon lalu berkata, "Tak sedap hati? Takpe, oppa tenangkan hati awak, okay? Jangan risau, oppa ada kat sini.".

Jiyeon hanya mampu tersenyum walaupun dia dapat merasakan ada yang tak kena dengan situasinya sekarang.

Sewaktu mereka berdua betul-betul berjalan di belakang pentas, ada seseorang menyapa Jiyeon dari tepi kanannya, "Jiyeon nuna..".

Jiyeon memandang ke arah kanannya dan terkejut melihat tuan empunya suara tersebut. Kelihatan seorang lelaki berbaju T merah jambu pudar beserta sweater kelabu, berseluar jeans hitam dan berkasut ungu jenama Subra sedang berada di sebelahnya bersama-sama dengan seorang lagi yang memegang kamera Canon. Jiyeon terpegun lalu berkata, "Ahh! Myungsoo-ya! Waaahhhh dah makin handsome hang ni.".

Myungsoo hanya tersenyum manis sambil menggaru belakang kepalanya lalu berkata, "Nuna pun dah makin cantik sekarang ni...".

"Ahh... Ni kawan hang ka?", tanya Jiyeon sambil menuding jari ke arah pemuda di sebelah Myungsoo.

"Nae, kawan saya. Kenalkan, ini Woohyun.", kata Myungsoo sambil memperkenalkan rakannya pada Jiyeon.

"Annyeonghasaeyo. Nam Woohyun imnida.", kata rakan Myungsoo yang menggantungkan kameranya di leher sambil tunduk hormat pada Jiyeon dan juga Ravi.

"Yee..", jawab Ravi dan Jiyeon serentak sambil tunduk hormat bersama.

"Ni sapa, nuna?", tanya Myungsoo sambil memandang Ravi.

Jiyeon tersenyum kecil sambil berkata, "Ahh.. Dia ni...".

"Saya Ravi, ex-student Hongik University.", Ravi mencelah disaat Jiyeon sedang memperkenalkan dia pada Myungsoo.

"Ahhh.... Hanguk sarami?", tanya Myungsoo yang masih memandang Ravi.

Ravi mula tersipu malu sambil menjawab, "Aa.. Yee.. Hanguk saramiya.. Neo?".

Myungsoo pula menjawab, "Nado..".

"Nan nado.. Hanguk saramiya..", kata Woohyun sambil ketawa kecil.

Mereka bertiga memandang Woohyun sambil ketawa kecil. Jiyeon mula melihat Myungsoo sekali lagi lalu bertanya, "Myungsoo-ya, Jungsoo oppa sihat?".

Ravi melihat Jiyeon dengan penuh tanda tanya. Masih adakah cinta Leeteuk sunbae-nim di dalam hati Jiyeon? Bisik hatinya lalu dia cuba untuk bertenang.

"Hyung sihat, tengah ada kat dalam. Kami ni ada show satgi. Nuna datanglah tengok bawa chingu nuna ni sekali.", kata Myungsoo sambil menuding tangan pada kemah kecil di belakang pentas.

Jiyeon mengangguk faham sambil matanya memerhatikan kamera milik Woohyun.

"Ahh.. Jiyeon-ssi, kita dah terlambat ni.", kata Ravi yang mula terburu-buru untuk pergi dari situ.

"Oh!", kata Jiyeon sambil melihat ke arah jam tangannya lalu kembali memandang Myungsoo dan juga Woohyun sambil berkata, "Maaf lah, kami kena gerak dulu. Kalau sempat, kami mai tengok hangpa perform kat sini satgi.".

"Aaa... Yee..", jawab Myungsoo dan juga Woohyun sambil tunduk hormat pada Jiyeon dan Ravi. Selepas pasangan itu berjalan meninggalkan mereka bedua, Woohyun yang tidak pandai berbahasa Melayu itu bertanya pada Myungsoo, "Who is that nuna to you?".

Myungsoo menjawab sambil memperbetulkan bajunya, "Ohh... She is Jungsoo hyung's ex-girlfriend.".

"Ahhhh~~~", Woohyun mengeluh kecil sambil menganggukkan kepalanya tanda dia faham tetapi dia bertanya kembali pada Myungsoo, "But.... Is it a guy next to her is her new boyfriend?".

"Mollayo.", kata Myungsoo dengan perlahan.

Pada masa yang sama,

"Jiyeon-ie.. Tu yang tadi tu siapa?", tanya Ravi yang mula bersikap manja pada Jiyeon.

"Yang tadi tu?", kata Jiyeon yang mula memandang wajah Ravi sambil menuding jari ke arah belakangnya.

"Eummm~~", jawab Ravi yang semakin manja.

"Dia tu adik ex saya. Tak salahkan kalau orang tegur kita dulu?", sekali lagi Jiyeon bertanya pada Ravi.

Langkah Ravi terhenti, menggenggam erat tangan kekasihnya. Tangan kirinya memegang bahu kanan Jiyeon lalu mengalihkan badan Jiyeon menghadap dia yang lebih tinggi daripada kekasihnya. Mata bertentang mata. "Tak pun.. Tapi ni kali terakhir oppa tak cemburu. Nanti kalau oppa nampak Ji dengan laki lain, oppa cium Ji depan laki tu..".

"Betul ke?", tanya Jiyeon sambil mengangkat kening kanannya.

Ravi mencebik bibirnya buat seketika lalu berkata, "Nak oppa cium Ji sekarang ke? Kalau nak, oppa boleh buat...".

Jiyeon segera menahan bibir Ravi dari mendekati bibirnya dengan jari telunjuknya sambil berkata, "Oppa, ramai orang tengah tengok kita ni..".

Ravi melepaskan tangan kanannya yang memegang tangan Jiyeon lalu memeluk pinggang Jiyeon. Si jejaka itu tersenyum gembira melihat wajah Jiyeon. Si gadis itu juga tersipu malu melihat Ravi. Terlihat juga pipinya merah merona. Mereka berdua kembali melangkah dengan perlahan sambil Jiyeon memegang tangan Ravi yang memeluk pinggangnya.

Setibanya di sebuah kedai mainan, Ravi terlihat sebuah patung kartun Spongebob yang besar. Dia terus memandang Jiyeon lalu berkata, "Ji, oppa nak beli something untuk Ji. Ji tunggu kat luar tau.".

Jiyeon hanya mengangguk faham sambil tersenyum.

Ravi melepaskan pelukan dan genggaman tangan Jiyeon lalu berjalan menuju ke kedai permainan itu. Sewaktu dia berada di hadapan pintu masuk, Ravi memandang Jiyeon sekali lagi. Jiyeon masih memandang gerak-gerinya. Ravi memberi isyarat kepada Jiyeon untuk memandang ke belakang sambil berkata, "Janganlah tengok.. Supprise ni.".

Jiyeon ketawa kecil sambil menganggukkan kepalanya sekali lagi. Dia menuruti kata-kata Ravi lalu berpaling ke arah eskeletor yang sedang bergerak. Jiyeon masih tersenyum kecil sambil menanti kejutan daripada Ravi.

Pada masa yang sama, kelibat seorang jejaka muda berbaju hitam bersama beg putih melintasi sebelah Jiyeon lalu masuk ke dalam kedai permainan tersebut. Dia pergi ke ruangan patung Barbie yang tersusun rapi lalu mengambil telefon bimbit dari poket seluarnya dan menjawab panggilan tersebut.

"Kyuhyun, are you ready?".

"Ye... Yes....", jawab pemuda itu. Gagap kerana takut.

"I will set your bomtime for 1 minute. Make sure you do your job.".

"Yess... Yes, boss...", kata pemuda yang bernama Kyuhyun itu lagi dengan suara yang perlahan.

"Good.. Goodbye and good luck..", kata pemanggil itu kemudian menghentikan panggilan dengan Kyuhyun.

Kyuhyun meletakkan semula telefon bimbitnya ke dalam poket lalu perlahan-lahan berjalan menuju ke arah kaunter. Apabila dia sampai ke sana, dia berdiri di sebelah Ravi yang sedang membayar duit untuk sebuah patung besar Spongebob kepada akauntan. Kyuhyun melihat jam di tangannya. Tinggal 10 saat! Jerit hati Kyuhyun.

Ravi yang sedang menunggu pembayaran patung Spongebob itu mula melihat Kyuhyun yang sedang gelisah.

Kyuhyun menutup matanya dengan kuat sambil menjerit, "GOD IS MY LORD!!!!".

Selang beberapa saat, tiba-tiba kedai permainan itu meletup akibat ledakan bom yang dibawa oleh Kyuhyun. Jiyeon juga terkena tempiasnya. Serpihan kaca dan juga api dari bangunan itu mengenai belakang gadis yang masih berdiri menunggu kekasihnya. Akibat daripada itu, kepala Jiyeon terhentak dengan kuat lalu terlentang serta tidak sedarkan diri. Darahnya juga berlumuran dari belakangnya.

Myungsoo dan Woohyun yang berada berhampiran dengan tempat kejadian ternampak Jiyeon yang terbujur kaku dihadapan kedai permainan yang terbakar. Myungsoo segera bergegas ke arah Jiyeon bersama-sama Woohyun.

Myungsoo melihat raut wajah Jiyeon sambil memegang tangan si gadis itu lalu berkata, "Jiyeon nuna... Nuna.... Nuna!!".

"L. Let's bring her tu ground floor. The pharamedics maybe arrived at here now.", kata Woohyun dengan tergesa-gesa.

Myungsoo mengangguk tanda faham lalu mereka memapah Jiyeon bersama-sama kerana takut terkena serpihan kaca di belakang Jiyeon. Mereka kemudiannya turun ke tingkat bawah dan membawa Jiyeon ke ambulans diluar bangunan besar itu.

Jiyeon masih tidak sedarkan diri dan dia juga tidak tahu keadaan Ravi sekarang.

5 hari kemudian.

Jungsoo duduk di kerusi kecil bersebelahan Jiyeon yang masih terbaring kaku setelah dibuang serpihan kaca dan dirawat oleh pihak hospital. Kini, Jungsoo hanya menunggu Jiyeon sedar dari mimpi yang panjang.

Jungsoo memegang erat tangan kanan Jiyeon dengan kedua-dua tangannya sambil mendekatkan genggamannya di bibir. Dia cuba menahan sebak namun airmatanya menitis jua.

"Jiyeon-iya.... Abang tak sanggup tengok Ji jadi macam ni... Bangun laa Ji.. Abang tak mampu nak tahan kesedihan abang ni. Abang tak mau Ji tinggalkan abang. Abang betoi-betoi sayangkan Ji.. Jiyeon-iya, bangun la...".

Tangan Jungsoo semakin erat menggenggam tangan Jiyeon. Dia menangis di dalam keperitan melihat keadaan Jiyeon yang masih terlantar tidak bersuara. Dia sebak. Dia menangis teresak-esak. Dia tidak mampu untuk berhenti.

Tiba-tiba, Jiyeon membuka matanya dengan perlahan-lahan. Dia memandang Jungsoo dengan lemah.

Jungsoo terkejut sewaktu dia memandang Jiyeon yang sudah sedar lalu dia berkata, "Jiyeon... Jiyeon dah sedar?".

"Saya kat mana?", Jiyeon mula membuka mulutnya dan bersuara selepas 5 hari dia tidak sedarkan diri.

Jungsoo mengesat airmatanya menggunakan tangan kirinya sambil berkata, "Ji ada kat hospital sekarang ni. Jangan risau. Abang ada kat sini.".

Jiyeon melihat di sekelilingnya sambil bertanya, "Ravi oppa kat mana? Kenapa... Dia tak ada kat sini?".

Si jejaka itu menundukkan kepalanya sambil mengeluh perlahan. Dia tidak sanggup menatap mata Jiyeon lalu berkata dengan nada yang sayu, "Ravi... Dia dah takdak..".

"Dia pi mana?", kata Jiyeon sambil memandang Jungsoo dengan penuh tanda tanya.

"Dia... Dia dah meninggal. He's died, Jiyeon.", kata Jungsoo lagi dengan penuh sebak di dada.

"Tak mungkin...", kata Jiyeon yang terkejut besar dengan apa yang dikatakan oleh bekas teman lelakinya. Dia segera menyambung, "Tell me it's not true.".

Jungsoo tidak mampu berkata-kata. Hanya mampu menganggukkan kepalanya tanda Ravi benar-benar pergi buat selama-lamanya.

Si gadis yang masih terlantar itu tidak mampu berbuat apa-apa. Dia menggelengkan kepalanya tanda dia masih tidak percaya. Dia cuba untuk bangun dari katil namun dia mengerang kesakitan akibat luka-luka di belakangnya.

Jungsoo tak mampu mendengar tangisan Jiyeon yang cuba menahan kesakitan yang dialaminya. Dia terus memeluk Jiyeon yang masih terbaring sambil menangis teresak-esak, "Jiyeon-iya!! Uljima.. Uljima jaebal..... Abang dah tak sanggup tengok Ji sakit macam ni.. Please don't cry, Ji..".

Jiyeon mengendahkan apa yang dikatakan oleh Jungsoo lalu menangis sekuat-kuatnya di dalam pelukan Jungsoo.

Seminggu kemudian, di pangsapuri Ravi.

Jiyeon bersama Jungsoo memasuki rumah Ravi yang penuh dengan lukisan dinding yang dilukis olehnya suatu ketika dahulu. Ini merupakan kali pertama Jiyeon menjejakkan kaki di rumah mendiang kekasihnya. Dia mendapatkan maklumat mengenai kod rumah Ravi melalui rakan-rakan Ravi yang pernah datang ke rumahnya.

Jiyeon memandang sekeliling rumah Ravi dengan mata yang berkaca. Dia menyentuh sofa warna biru tua dengan lembut. Dia menyentuh lukisan di dinding dengan perlahan.

Jungsoo hanya memerhati Jiyeon dari belakang. Dia takut jika terjadi apa-apa pada si gadis itu.

Jiyeon membuka pintu bilik tidur Ravi. Alangkah terkejutnya apabila dia melihat di sebelah katil ada lukisan graffiti yang pernah dilihatnya dulu. Sepasang sayap yang besar bersama seorang perempuan yang berdiri diantara sayap yang cantik. Dia perempuan itu adalah Jiyeon sendiri. Dia terus menitiskan airmata kesedihan sambil menutup mulutnya tanda dia cuba menahan sebak.

Di sudut kirinya pula, ada sepucuk surat diatas meja perhiasan Ravi. Dia berjalan ke arah meja itu lalu membuka surat yang tertulis 'Untuk Jiyeon' di hadapan. Dengan perlahan, dia membaca surat itu.

'Jiyeon-iya,

  Kalau awak sedang membaca surat ini, mungkin saya tiada di rumah, ataupun waktu itu kita dah berkahwin, ataupun saya sudah tiada di dunia ini lagi. Janganlah menangis, saya bergurau. ^_^'

Airmata Jiyeon turun dengan lajunya. Dia mengesat airmatanya lalu membaca surat itu lagi.

  'Awak ingat saya lagi tak? Kita pernah berjumpa dan bermain di kampung kita di Daegu walaupun hanya lima hari. Awak pernah tanya saya kenapa saya suka melukis. Saya melukis sebab awak. Saya melukis sejak kali pertama saya berjumpa dengan awak, saya mahu melukis untuk awak. Awak pernah minta saya untuk melukis sepasang sayap yang amat besar untuk awak. Tapi waktu itu saya tak sempat membawa awak melihat sayap itu sebab awak berpindah ke luar negara.

  Bila saya lihat awak bersama Jungsoo hyung buat kali pertama di cafe, saya dapat agak itu awak. Nae! Neorago. Saya tahu, awak melihat saya dari cermin cafe, sebab itu saya melukis graffiti. Kalau awak masih ingat, saya pernah melukis gambar itu ketika kali pertama awak datang melihat lukisan saya sewaktu kecil.

  Awak ingat lagi kita ke Taman Belia sebab pertandingan graffiti tu? Saya bukan nak hadiah tu, saya nak awak ingat kembali awak pernah minta saya buatkan sepasang sayap untuk awak. Saya rasa gembira sangat sebab akhirnya saya dapat tunaikan janji awak. Kalau ada masih ada di dalam bilik saya, itu gambar awak. Saya buat graffiti wajah awak bersama sayap sebab awak bagaikan malaikat yang sentiasa mendampingi saya.'

Jiyeon memandang semula lukisan di dinding lalu berjalan ke arah lukisan tersebut. Dia menyentuh lukisan itu dengan wajah yang sayu. Dia sambung membaca surat itu lagi.

  'Jiyeon-iya. Kalau kita dah berkahwin, awak tak payah lah nak baca perenggan ni. Tapi, kalu saya dah tak ada dalam dunia ni... Saya nak awak berkahwin dengan Jungsoo hyung. Saya dah tahu Jungsoo hyung sebenarnya cintakan awak lebih daripada saya. Tapi cinta saya terhadap awak tahap infiniti tau. Dia pernah berjumpa dengan saya waktu kita mula-mula bercinta dan saya tahu raut wajah Jungsoo hyung. Dia betul-betul kehilangan awak. Jadi.... Kalau saya dah takde, awak berkahwin lah dengan Jungsoo hyung. Janji dengan saya. OK~~?

  Akhir sekali, saya nak awak tahu lagi dan lagi yang saya teramat sangat cintakan awak. Saya ingin hidup bersama awak sampai akhir hayat kita. Saya nak anak yang banyak. Menantu yang banyak. Cucu yang banyak... Saya ni terlampau berharap kan? Hehehe... Saya sayang awak hingga akhir hayat saya. Saranghae. I love you so much! Muah! :*

Kim Wonsik.'

Kim Wonsik? Tanya Jiyeon di dalam hati. Dengan segera, dia dapat mengingat masa lalunya.

Flashback, 12 tahun lalu, di perkampungan di Daegu.

Waktu itu, Ravi atau mesra disapa Wonsik sedang melukis sebuah pelangi bersama-sama awan yang menyelubungi pelangi yang cantik. Dia hanya melukis menggunakan pensil yang dibelinya dan melukis di dinding sebuah rumah yang terbiar.

"Kya!! What are you doing?!".

Wonsik mendengar jeritan halus dari seorang budak perempuan di belakangnya dan segera memandang kebelakang sambil tersenyum.

"Nugusaeyo?", soal budak perempuan berbaju T merah jambu sambil berdiri di hadapan Wonsik.

Wonsik tersenyum kecil sambil memandang budak perempuan itu. Dia masih duduk bercangkung sambil menghadap dinding lukisannya lalu berkata, "Wonsik.. Kim Wonsik...".

Budak perempuan itu dengan perlahan-lahan berjalan ke arah Wonsik lalu duduk di sebelah budak lelaki yang berumur 11 tahun pada ketika itu. Budak perempuan itu bertanya lagi, "Can you make me a pair of wings? I want a big wings so I can fly.".

Wonsik ketawa kecil sambil memandang ke tanah. Dia melihat semula wajah budak perempuan yang berusia 9 tahun itu sambil berkata, "Can.. But, what is your name?".

"Annyeonghasaeyo. Joneun Jiyeon imnida..", kata budak perempuan itu sambil tunduk hormat pada Wonsik.

"Ahhhh~~ Gwiyowooo... I will draw you a huge wings to you, Jiyeon-i.", kata Wonsik sambil mengusap kepala Jiyeon dengan cepat. Dia terus mengambil pensilnya kembali lalu menyambung lukisannya yang ditinggalkan olehnya tadi.

Jiyeon juga duduk melutut melihat Wonsik melukis.

Lima hari kemudian,

Setelah lima hari, akhirnya Wonsik berjaya menyiapkan lukisan sepasang sayap yang diminta oleh Jiyeon. Dia berdiri semula dengan rasa lega lalu dia meninggalkan lukisannya untuk ke rumah Jiyeon.

Setelah Wonsik sampai ke rumah Jiyeon, dia terkejut melihat puluhan kotak yang tersusun di atas lori dan juga beg-beg yang begitu besar. Is Jiyeon will leave me? Tanya Wonsik di dalam hati.

Dia terserempak dengan makciknya yang sedang mengagihkan kotak-kotak ke dalam lori, Wonsik terus berlari menuju ke arah makciknya lalu bertanya, "Where are the owner house goes?".

"Ahh.. Sik-iya. Uncle Han and his family will moved to Singapore. Are you didn't know about this?".

Wonsik terkejut lalu bertanya lagi, "Where are they?".

Makciknya melihat di sekeliling dan terlihat sebuah kereta lama berwarna hitam meninggalkan tempat tinggal mereka lalu berkata sambil menuding jari ke arah kereta tersebut, "They are...".

Wonsik berpaling ke arah kereta itu dan terus mengejar kereta yang dinaiki Jiyeon. Tidak sampai 1km, langkah Wonsik terhenti. Dia menarik dan menghela nafasnya dengan laju sekali. Airmatanya mula berlinangan, menangis teresak-esak kerana tidak sempat tunaikan permintaan terakhir Jiyeon sebelum dia berangkat ke luar negara.

Wonsik masih menangis bersendirian di tengah-tengah jalan yang sepi.

End of flashback.

Jiyeon mengalihkan badannya lalu berdiri di belakang dinding. Sambil menangis, dia terduduk perlahan sambil memegang erat surat dari Wonsik. Baru kini dia ingat siapa Ravi yang sebenar. Baru sekarang dia mengingat semuanya setelah teman lelakinya pergi buat selamanya. Dia meraung, menangis kesakitan kerana tidak tahu siapakah Ravi sebelum ini.

Jungsoo masuk ke bilik Wonsik dengan pantas setelah mendengar rintihan Jiyeon dari ruang tamu. Dia melihat Jiyeon lalu membantu Jiyeon untuk berdiri semula.

"Kenapa..? Kenapa sekarang? Kenapa sekarang baru Ji dapat ingat semuanya. Kenapa?!", rintih Jiyeon lagi sambil memandang ke bawah.

"Ji dah dapat ingat semuanya?", tanya Jungsoo sambil memegang kedua-dua belah bahu Jiyeon.

Jiyeon mengangguk kepalanya sambil berkata dengan suara yang serak, "Ji dah ingat semuanya.. Tapi kenapa sewaktu Ravi dah takdak?!".

"Jiyeon!", Jerit Jungsoo sambil menggongcang bahu Jiyeon sekali. Dia menyambung dengan nada yang marah, "Cinta itu kejam! Hang tau dak!".

Jiyeon terus memeluk Jungsoo dengan perasaan kecewanya terhadap apa yang terjadi. Dia amat menyesal kerana tidak peduli tentang keinginannya untuk mengingat semula kisah lama bersama Ravi sewaktu kecil. Dia hanya ingin teruskan hidupnya tanpa dia tahu siapakah Kim Wonsik. Dia masih memeluk tubuh Jungsoo dan air matanya tidak berhenti mengalir...

 

 

"Kyuhyun, are you ready?". tanya si empunya suara.

"Ye... Yes....", jawab Kyuhyun gagap.

"I will set your bomtime for 1 minute. Make sure you do your job.".

"Yess... Yes, boss...".

"Good.. Goodbye and good luck..", si empunya suara itu menghentikan panggilannya lalu melihat Jiyeon di atas. Dia terpaksa berbuat demikain kerana dia cintakaan Jiyeon. Jungsoo melihat jam di tangan lalu berkata dengan nada yang perlahan,"3.. 2.. 1!".

 

TAMAT

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Dragneel09 #1
Hai...blh x awk tag malay?