Ingat saya?

Cinta Itu Kejam! Hang tau dak?! //MALAY FANFIC//
Flashback, 2tahun lalu. Di Pulau Pinang, Malaysia.
 

Secret Garden... Ahhh~~ Alangkah indahnya kalau jasad aku bertukaq dengan dia. Boleh la aku cuba nasib nak menjadi penyanyi...

Jiyeon membisik perlahan sambil menonton drama yang dibintangi hero kesukaannya, Won Bin.

"Ji nak jadi abang ka?". Kata Jungsoo di sebelahnya sambil memeluk erat Jiyeon disebelahnya.

Jiyeon melihat ke arah Jungsoo. Dia hanya tersenyum manis. Jungsoo tahu teman wanitanya benar-benar katakan tentang itu.

Tiba-tiba, kedengaran bunyi pintu dibuka, mereka berdua tak peduli. Kedengaran pula bunyi tapak kasut, mereka berdua tak peduli. Kemudian, muncul seorang lelaki muda berwajah manis di hadapan TV.

"Hyung.. Tak pi mana-mana ka?".

Suara dari lelaki muda itu telah membuat Jungsoo berhenti memandang Jiyeon lalu berpaling muka kearah lelaki muda itu. "Hyaaa~~ Myungsoo-ya. Tepi la sikit. Orang nak tengok cerita tu, hang tak nampak ka?".

Myungsoo mula mengeluh setelah beredar dari ruang tamu, "Orang cakap lain, dia pi cakap lain. Bingai punya abang.".

Sementara itu, Jiyeon memegang lengan Jungsoo lalu berkata, "Lepas drama ni, kita pi minum kopi kat luaq, nak?".

Jungsoo mengherotkan mulutnya dan memandang semula wajah Jiyeon lalu berkata, "Boleh.".

Jiyeon tersenyum gembira apabila Jungsoo bersetuju untuk mengikutnya ke cafe.


 
Di Georgetown White Coffee, KOMTAR.

Jiyeon dan Jungsoo berjalan berduaan sambil memegang erat kedua-dua tangan mereka. Dari rumah Jungsoo hingga ke KOMTAR, mereka masih berpegangan tangan.

Sewaktu mereka ingin memasuki cafe yang sarat dengan pelanggan itu, kelihatan ada seorang pemuda bertopi biru tua berjalan keluar dari kedai itu dan tanpa disedari, Jiyeon berselisih dengan pemuda itu. Pemuda itu sempat memandang Jiyeon namun Jiyeon tidak menyedarinya kerana leka dengan gelagat Jungsoo.
 
Jungsoo yang masih memegang erat tangan Jiyeon membawa teman wanitanya ke sebuah meja makan untuk dua orang, bersebelahan dengan cermin tingkap yang besar. Jungsoo mula melepaskan tangan Jiyeon lalu berkata, "Ji duk kat sini sat, abang nak pi order kopi dulu. Americano kan?".

Jiyeon menutup mata sambil tersenyum manis mengangguk dua kali tanda betul tekaan Jungsoo.

"Okay! Abang pi order dulu. Sat gi abang mai balik.". Kata Jungsoo lagi sambil membelai pipi Jiyeon lalu mula beredar meninggalkan Jiyeon sendirian.

Jiyeon masih tersenyum setelah Jungsoo pergi ke kaunter pesanan. Dia segera duduk lalu melihat keadaan di sekelilingnya, sewaktu Jiyeon melihat ke luar tingkap di sebelah kirinya, dia ternampak ada seseorang membawa sebungkus plastik berisi spray-cat berhenti di sebuah tembok besar berwarna putih pucat. Jiyeon cuba memerhati lelaki itu.

"Americano dah sampai!". Kata Jungsoo sejurus selepas dia memesan kopi Americano panas untuk dua orang. Dia memberi kopi Americano itu kepada Jiyeon dan satu lagi diletakkan di atas meja berdekatan kerusinya. Dia pusing ke belakang untuk meletakkan talam yang dibawa tadi di atas rak yang disediakan. Jungsoo terus berpusing semula kearah mejanya lalu duduk bertentangan Jiyeon. Dia menghirup air itu sedikit demi sedikit dan dia mengerutkan dahi serta menutup matanya dengan kuat kerana terlalu panas. Pada masa yang sama, dia melihat Jiyeon yang masih memandang ke luar tingkap.

Dia memang cantik bila termenung, dia memang baik bila dipandang. Jiyeongi-ya, beruntung aku jadi teman lelakimu sepanjang 4 tahun ni. Bisik hati Jungsoo. Dia masih memandang Jiyeon tanpa jemu.


 
Selepas 2jam, Sewaktu berjalan menuju ke rumah apartment Jiyeon di Tanjung Tokong.

"Ji.. Ji okay ka?". Tanya Jungsoo setelah melihat Jiyeon yang kelihatan sugul.
 
"Ahh~~ Ji okay ja. Tak payah nak risau.". Kata Jiyeon sambil tersenyum walaupun tak seriang tadi semasa di cafe.

Jungsoo kemudian melekap tangan kanannya di dahi Jiyeon, dia berasa bingung. "Tak demam pun, yang ada cuma demam cinta. Ni demam cinta kat abang erk?".

Jiyeon ketawa kecil lalu mencubit pipi kanan Jungsoo lalu berkata, "Abang ni, pandai sangat buat orang gelak.".

Jungsoo juga tersenyum sipu melihat Jiyeon walaupun teman wanitanya agak sedikit pelik hari ini.

Sesampai mereka di apartment, Jiyeon memberhentikan langkahnya betul-betul dihadapan pintu masuk ke bangunan apartment.

Jungsoo yang terlajak ke hadapan memusingkan badannya ke arah Jiyeon berdiri. "Ji tak mau abang hantaq hang sampai ataih ka?".

Jiyeon hanya menggelengkan kepalanya.

"Okay, hati-hati tau. Sekarang dok ada van putih dok culik orang buat juai organ.".

Jiyeon ketawa lagi setelah mendengar Jungsoo berkata sebegitu lalu berkata, "Ji bukan budak kecik lagi la. Ji dah besaq.".

Masing-masing bertentangan mata, senyuman manis tidak lekang di wajah mereka. Jungsoo mula mengucup dahi Jiyeon dan terus mencubit pipi Jiyeon. "Ppyong, Ppyong...".

Jiyeon melihat sahaja Jungsoo berjalan meninggalkan dirinya bersendirian sehingga susuk tubuh teman lelakinya itu tidak lagi kelihatan. Dia terus berjalan pantas ke arah lif takut diekori oleh sesiapa. Setibanya dia di hadapan lif, dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar dan terus membuka akaun Instagram nya.

Kemudian, pintu lif terbuka lalu Jiyeon masuk ke dalam. Sedang asyik berborak di dalam media sosial, kelihatan seorang pemuda bergegas masuk ke dalam lif lalu lif itu tertutup automatik.
 
Hanya mereka berdua di dalam lif itu; Jiyeon dan seorang pemuda. Pemuda itu memandang Jiyeon walaupun Jiyeon tidak perasan ada seseorang yang melihatnya. Kedengaran pula bunyi deringan lif yang menandakan telah sampai ke tingkat 12. Dengan segeranya Jiyeon keluar dari lif dan pada waktu yang sama, pemuda itu melihat gerak-geri Jiyeon sehingga pintu lif ditutup.

 
Keesokkan hari.

Bunyi deringan mula membingitkan pagi Jiyeon yang masih tidur. Sudah berulang-ulang kali telefon bimbitnya berbunyi namun tidak diendahkannya.

"Jiyeongi-ya~ Bangun la. Dah pukoi 10 ni.".

Jiyeon cuba membuka matanya walaupun masih tidur. Dia melihat Jungsoo sudah ada di hadapannya siap membawa sarapan pagi buat Jiyeon.

Jiyeon terkejut tatkala dia sudah berada di hadapannya. Dia cuba bangun dan menjulurkan kakinya di atas katil. "Abang bila sampai?".

"Dari subuh...", kata Jungsoo dengan nada bergurau.

Jiyeon terkejut lagi. Dia menundukkan kepalanya dan berkata, "Minta maaf sangat-sangat. Ji tak sedaq.".

Jungsoo ketawa berdekah-dekah tapi dia mula tersenyum kembali lalu berkata, "Dah.. Abang dah siapkan breakfast untuk Ji. Pi makan dulu.".

"Tapi hari ni abang cuti kan?", tanya Jiyeon terpinga-pinga.

"Tak, abang kena kerja jugak.", Jungsoo mengeluh sejenak dan berkata lagi, "Ni lah hidup seorang penyanyi jalanan. Dah la kena cari duit banyak-banyak unduk adik-adik abang. Hat Myungsoo tu, reja dok usung kamera besaq dia tu. Kyungsoo tak habih-habih dengan...".

Jiyeon segera mencelah. "Ji tau. Takpa la. Ji okay ja... Kalau Ji ada time, Ji pi kat abang. Kat seberang jalan depan MYDIN kan?".

Jungsoo menganggukkan kepalanya lalu berkata, "Okay, sekarang kita breakfast dulu.".

Jiyeon menurut saja perintah Jungsoo. Dia segera bangun dari katil dan diusung keluar oleh Jungsoo untuk sarapan pagi bersama.


 
Pukul 3petang, di Penang Street.
 
Jiyeon berjalan berseorangan di tepi jalan, melihat hasil seni mural dan graviti di dinding bangunan. Jiyeon sebenarnya adalah pecinta seni lukisan. Setiap kali dia melihat lukisan, dia ingin memiliki lukisan itu.

Sedang dia melalui satu simpang empat besar, dia melihat pemuda yang pernah dia lihat sebelum ini. Dia mula mendekati pemuda yang sedang melukis graviti di sebuah dinding bersaiz sederhana. Jiyeon mengamati setiap baris lukisan pemuda itu.

Si pemuda itu perasan Jiyeon berdiri di sebelahnya. Sepertinya dia pernah bertemu dengan Jiyeon sebelum ini. Dia mula bertanya. "Awak minat lukisan?".

Jiyeon terdengar suara pemuda tersebut lalu berkata dengan penuh semangat. "Nae! Joahae.".

Si pemuda itu terkejut lalu berhenti menyembur spray-cat yang dipegangnya lalu berkata, "Neo, Daehanminguk saram-i?".

Jiyeon terkejut. Rupa-rupanya pemuda ini tahu apa yang dia cakapkan. "Nae. Awak ni...".

Pemuda itu tersenyum malu lalu mengangkat tangan kanan tanda ingin berjabat tangan, "I'm Ravi. From Seoul.".

Jiyeon hanya tunduk tanda perkenalan kerana dia melihat tangan Ravi penuh dengan cat berwarna-warni. Dia mendongak kembali dan berkata. "Jiyeon imnida.".

Ravi berasa hairan kenapa Jiyeon tidak berjabat tangan dengannya. Rupa-rupanya tangannya dipenuhi dengan cat yang digunakannya. Ravi cuba untuk cover malu dihadapan Jiyeon.

Jiyeon memandang kembali lukisan graviti Ravi lalu tersenyum.

Tanpa disedari, tiba-tiba ada seorang lelaki di belakang Jiyeon mengambil kesempatan untuk meragut beg tangan Jiyeon di kiri bahunya.

"BEG SAYA!!!", Jiyeon mula menyedari begnya diragut selepas peragut itu berjaya melarikan diri.
 
Tanpa berlengah, Ravi meninggalkan Jiyeon bersendirian untuk mengejar peragut itu. Walaupun peragut itu berlari lebih laju darinya, namun dia tidak mahu mengalah. Sehingga di sebuah lorong di belakang kedai, peragut itu terjatuh selepas dengan tidak sengaja dilanggar kereta dihadapannya. Mujur, Ravi sempat mengejarnya. Dia mengambil semula beg Jiyeon dari peragut itu lalu meninggalkan tempat tersebut.

Setibanya Ravi di tempat dia melukis graviti, dia melihat Jiyeon duduk bersila dihadapan lukisannya berharap begnya dapat dikembalikan. Dia menghulurkan beg Jiyeon tanpa ragu-ragu.

Jiyeon mendongak melihat Ravi dan kemudian dia mengambil kembali begnya.

"Kwenchana?". Tanya Ravi.

Jiyeon bangun semula dan mengangguk tanda dia tidak apa-apa. Dia masih memandang wajah Ravi lalu berkata, "Gumawo... Tolong saya tadi.".

Ravi hanya senyum sambil menggongcang spray-cat yang lain. Dia tumpukan perhatian kepada lukisan gravitinya yang hampir siap sambil berkata, "Di sini, macam-macam boleh terjadi. Awak kena berhati-hati sikit. Takut lain pula yang terjadi.".

Jiyeon mengerutkan dahinya sambil matanya memandang ke arah longgokan botol spray-cat di sekeliling kaki Ravi. "Awak ni pandai jugak ye cakap Bahasa Melayu.".

Ravi memandang sejenak ke arah Jiyeon lalu kembali mengecat sambil berkata, "Sikit-sikit. Tak banyak yang saya tahu. Saya baru 3 bulan berada di Malaysia.".

"Oooo~" Jiyeon memandang semula wajah Ravi sambil menggenggam erat beg tangannya.
 
"Ahhhhhhhh~~~!", Ravi menarik nafas lega setelah lukisan graviti yang dibuatnya sudah siap. Dia melihat Jiyeon masih berada di sisinya. Dia mengutip botol-botol yang digunakannya kedalam sebuah plastik berwarna hitam. Setelah selesai membersihkan tempat tersebut, Ravi terus berkata kepada Jiyeon yang masih tidak berganjak dari tempat itu, "Awak nampak kurang sihat. Nak saya hantar awak balik? Saya pun nak balik sebenarnya. Naik bas.".

Jiyeon yang tadinya mengamati lukisan graviti itu tersedar lalu memandang pemilik lukisan itu dan menjawab, "Boleh juga. Bas nombor berapa?".

"101.".

"101?".

"Yup... 101.", jawab Ravi.

"Samalah.". Kata Jiyeon sambil tersenyum manis.

Mereka berdua ketawa kecil. Namun, entah kenapa tiba-tiba Jiyeon berasa seperti sudah lama berkenalan dengan Ravi.

Secara kebetulan, bas bernombor 101 sedang menuju ke tempat mereka. Jiyeon dengan segera menahan bas dengan tangan kanannya. Setelah bas itu berhenti, Ravi memberi laluan kepada Jiyeon untuk masuk dahulu. Apabila mereka berdua sudah berada di dalam bas, mereka melihat sudah tiada tempat duduk yang kosong. Mereka terpaksa berdiri. Ravi berpaut pada tempat pemegang yang disediakan manakala Jiyeon hanya berdiri tanpa berpaut pada mana-manapun kerana semua tempat pemegang telahpun diguna pakai oleh orang lain.

Tiba-tiba, bas yang dinaiki mereka berdua berhenti mengejut.

Jiyeon hampir terjatuh namun Ravi sempat memeluknya. Entah kenapa, tiba-tiba Jiyeon berasa jantungnya berdegup kencang di dalam dakapan Ravi. Ravi pula agak sedikit terkejut lalu memandang Jiyeon yang lebih rendah daripadanya. Bas kemudiannya bergerak semula, Ravi masih memeluk Jiyeon yang masih tidak berganjak dari pelukan hangatnya.
 
Sehingga di simpang empat besar berdekatan Island Plaza, Jiyeon tersedar lalu menolak perlahan Ravi di hadapannya. "Mianei...".

"Kwenchana.", kata Ravi sambil tersenyum manis.

Jiyeon memandang ke arah lampu jalan. Ah! Dah nak sampai rumah. Kata hati Jiyeon. Dengan pantasnya dia menekan loceng di sebatang tiang besi.

Setelah bas itu berhenti berdekatan dengan apartmentnya, Jiyeon segera turun dari bas itu. Dia perasan ada seorang lagi turun dari bas. Kasut itu? Jiyeon melihat wajah pemilik kasut itu di sebelah kirinya. Itu Ravi. Jiyeon mula bertanya, "Awak tinggal kat area sini ker?".

"Nei.". Jawab lelaki tinggi lampai itu.

Jiyeon mengangkat tangannya dan menunjukkan jari telunjuknya ke arah sebuah rumah apartment lama dihadapan mereka. "Yang ini kah?".

Ravi menggenggam tangan Jiyeon dan menghalakan tangan ke arah rumah apartment Jiyeon. Dia melepaskan tangan perempuan bercekak rebin berwarna kuning lalu kedua-dua tangannya diletakkan didalam poket bajunya dan menunduk malu.

Jiyeon terpaku sebentar. Jadi rumahnya di apartment aku juga? Bisik hatinya. Perlahan-lahan dia memandang Ravi bagaikan satu kebetulan.

"Chaaa~ Jom kita melintas.". Kata Ravi lalu memegang kembali tangan Jiyeon dan membawanya menyeberangi jalan yang besar untuk ke apartment mereka.

Jiyeon masih tergamam. Dia bagaikan pernah merasai hangatnya genggaman Ravi. Tapi dia tidak tahu bilakah dan dimanakah. Dia seolah-olah pernah bersama dengan Ravi tapi dia tidak dapat mengingatnya.

Sampai di hadapan lif apartment mereka, Ravi melihat Jiyeon kehairanan lalu melambaikan tangan kanannya pada Jiyeon, "Jiyeon-ssi?".

Jiyeon tersedar dari lamunannya lalu memandang wajah Ravi.

Ravi menurunkan tangannya lalu berkata, "Dari tadi saya nampak awak diam je. Awak ada masalah ke?".

Jiyeon dengan perlahan menggelengkan kepalanya.

Tiba-tiba, pintu lif terbuka. Tangan Ravi seperti mengalu-alukan lalu berkata, "Ladies first.".
 
Tanpa berlengah, Jiyeon memasuki lif dan berdiri di sebelah kiri lalu menekan butang nombor 12. Kemudian Ravi berdiri di sebelah kanannya tanpa menekan butang lif tetapi pintu lif tersebut tertutup dengan sendirinya.

"Jadi awak duduk di tingkat 12 lah ye?". Tanya Ravi disaat Jiyeon melihat butang nombor di hadapannya

Jiyeon memandang Ravi setelah memangdang lama ke arah butang nombor lif. "Nae... Awak?".

"Tingkat atas.".

Jiyeon hanya mengangguk faham lalu memandang semula butang nombor lif itu.

Bunyi deringan lif pula didengari. Jiyeon terus menantikan pintu lif terbuka. Setelah pintu dibuka, Jiyeon terus keluar lalu memutarkan seluruh tubuhnya ke arah Ravi yang masih di dalam lif. Dia tunduk hormat dan berkata, "Terima kasih sebab tolong saya.".

"No problem.". Ucap Ravi sambil meletakkan jari-jemarinya di kening tanda tabib hormat lalu menurunkan tangannya sambil tersenyum manis.

Jiyeon mendongak kepalanya semula lalu berjalan, perlahan-lahan melangkah terus ke rumahnya.


 
Keesokkan hari,

Terlihat beberapa keping roti bakar disapu mentega kacang dan sedikit cokelat chip di atasnya serta segelas susu di atas meja kecil berwarna hitam-kemerahan. Jiyeon duduk di kerusi lalu dengan perlahan dia menggigit roti bakar itu. Dia terfikir tentang kelmarin. Lukisan graviti dari Ravi itu membuat dia terfikir. Lukisan itu... Seperti pernah dilihat. Bisik hati Jiyeon. Nuraninya tidak pernah salah.

Tiba-tiba, kedengaran bunyi loceng rumahnya ditekan oleh seseorang. Si gadis berbaju tanpa lengan berwarna merah jambu terang dan berseluar skinny-jeans itu terus berdiri dari kerusinya lalu lari menuju ke arah pintu. Dia tahu, itu pasti Jungsoo. Jiyeon terus membuka pintu tanpa mengetahui siapakah dia.

"Annyeong~".

Jiyeon terkejut sebentar. Rupa-rupanya Ravi yang datang. Si pemuda bertopi kuning tertera tulisan berwarna putih itu melambaikan tangan kanannya. Jiyeon hanya mengangguk tanda selamat kepadanya.
 
"Awak nak ikut saya tak hari ni?". Tanya Ravi sambil memandang ke dalam rumah Jiyeon.

"Ke mana?". Tanya Jiyeon kembali.

Ravi tersenyum kecil sambil berkata, "Saya nak ajak awak pergi tengok lukisan graviti di Taman Belia. Awak nak ikut tak?".

"Boleh juga! Lagipun saya free hari ni." Jiyeon mula terpinga-pinga setelah dia mendengar tentang lukisan. Kemudian dia melihat pakaiannya lalu berkata lagi, "Tapi.. Saya nak kena siapkan diri dulu. Baju saya perlu ditukar.".

Setelah memdengar kata-katanya, Ravi dengan relanya mengambil topi yang dipakainya lalu diletakkan di atas kepala Jiyeon. Kemudian, jaket berwarna kuning juga dibuka olehnya dan diberikan kepada Jiyeon. Ravi terus memandang Jiyeon dari hujung rambut hingga hujung kaki dan berkata, "Sekarang, awak cuma bawa IC dan phone awak.".

"Betul ker?", tanya Jiyeon sambil memandang pakaiannya lagi.

Ravi hanya mengangguk, tersenyum manis sambil berpeluk tubuh.

"Saya pergi ambil dulu. Awak tunggu ye.". Kata Jiyeon lalu dengan segeranya dia masuk ke dalam rumahnya semula.

"Niga yeppeuda.". Kata Ravi dengan suara perlahan. Dia masih di luar rumah menantikan Jiyeon. Dia teringat sewaktu berjumpa dengannya dahulu. Dia menunduk sambil tersenyum sendiri. Ravi hanya berharap ingatannya takkan pudar. Adakah dia juga ingat saat pertama kali mereka berjumpa? Bisik hati Ravi.
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Dragneel09 #1
Hai...blh x awk tag malay?