FINAL.

A Love Letter
Please Subscribe to read the full chapter

Junhee baru sahaja bangun dari tidurnya. Dia menguap dan mengeliat sambil tangannya di udara. Dia mengosok-gosok rambutnya yang serabai itu. Dia melihat sekeliling.

 

"Hm... eh? A'ah laa!!! Kena cepat ni!!" Junhee segera berlari ke arah meja solek dan mengambil tualanya. Dia menghempas pintu dengan kuat. 

 

Ommanya di bawah terkejut dan menggeleng. 'Haish... budak ni...'

 

Selesai membersihkan diri, dia segera memakai pakaian seragam sekolahnya. Dia mengikat rambutnya seperti gambar di bawah. (kanan, atas)

 

 

 

Junhee melihat dirinya di cermin. Dia tersenyum puas. Kemudian, dia mencapai begnya di kerusi meja solek dan bergerak keluar dari bilik. Puan Choi di bawah memandang sahaja anaknya yang baru turun.

 

"Hai... anak omma ni ganas betul pagi-pagi ni. Kenapa hempas pintu tadi?" Puan Choi menghirup air teh hijau yang baru sahaja dia buat tadi. Junhee mengambil tempat di hadapan ommanya. 

 

"Hehehe... tergesa-gesa pulak.. sebab Junhee nak ke sekolah awal harini." Junhee menghirup air teh tersebut. Puan Choi melihat anaknya. 

 

"Datang awal? Buat apa? Selalunya waktu macam ni anak omma ni masih tidur berdengkur. Mengalahkan anak bujang aje." Puan Choi ketawa. Junhee meletakkan cawan tersebut dan berpeluk tubuh. 

 

"Omma, Junhee dah berubah lah! Omma ni.." Junhee mencebik. Puan Choi memegang tangan anaknya. 

 

"Baguslah macam tuh. Tapi, ingat! Belajar rajin-rajin. Sekarang, baik Junhee pakai kasut siap-siap. Omma akan hantar Junhee hari ni." Puan Choi meletakkan dua cawan tersebut di atas dulang dan membawa cawan-cawan tersebut ke dapur. 

 

"Yeay!! Omma hantar!!" Junhee berlari ke muka pintu. 

 

-sekolah-

 

Junhee melambai ke arah ommanya setelah masuk ke dalam kawasan sekolah. Dia mahu memulakan rancangannya. Dia melihat sekeliling. 'Tak ramai lagi yang datang.. hehe line clear!'

 

Junhee berjalan perlahan-lahan ke kelasnya. Dia mula meletakkan beg sekolahnya dan mengeluarkan sesuatu. Dia menggengamnya dengan erat dan dia berjalan ke luar. Ada satu tempat yang ingin dia pergi. 

 

7.30 a.m

 

Semua murid sudah beredar ke kelas masing-masing. Junhee pula tergesa-gesa kembali ke kelas semula. 

 

Junhee berlari masuk ke kelasnya dengan debaran. Dia menggenggam erat tangannya saat masuk ke kelas. Nampaknya semua murid lain tengah buat kerja masing-masing. Junhee mengeluh kecil. 

 

'Nasib baik tak ada sesiapa perasan aku masuk balik kelas ni..' Junhee menarik kerusinya dan duduk. Dia kembali membaca buku Bahasa Inggeris. 

 

"Baiklah kelas!! Cikgu akan mulakan sesi pembelajaran kita pada hari ni." jerit Puan Choi. Junhee  menyimpan semula buku Bahasa Inggerisnya di dalam beg.

 

Di kelas Sungjae pula..

 

Sungjae dan gengnya mula masuk ke dalam kelas. Sungjae menarik kerusinya dan duduk. Dia ternampak sesuatu di bawah mejanya. Dia mengambil benda itu dan tersenyum kecil.

 

"Oh? Surat cinta. Siapa pulak yang letak ni? Tak sangka aku ada peminat." Sungjae membelek-belek surat itu dengan penuh minat. Dia tersenyum kecil dan memasukkan surat itu di dalam begnya. Kawan-kawannya

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Overdose_Kpopers
#1
Chapter 1: Mmm haishh sejujurnya saya rasa nk hempuk je sbb ending dia gini tapi walau papepun daebak ff ni
aiyani
#2
Chapter 1: Aigoo~, comel tul ending dia! >_< Hahaha, takpe one shot,saya x kisah sangat~ *sebab saya ship juniel ngan kai._. lol xD*
Saya pon jelous gak kat armys ph! Kalo boleh saya nak pintu ke manA2 saja yang ada dalam poket doraemon tu!~ xD