❥ I Like You The Best
❥ Story Recommendation ❥I Like You The Best
Author : JunAra
Status : Completed
Genre : Romcom
DESCRIPTION
Loyal Primadonna itulah aku. Aku perlu hadiri setiap event yang ada Ft Island. Tetapi.., aku ada satu masalah.
"Tak kiralah Ft island ke, HongKi ke, Hong Kong ke, eomma takkan benarkan anak dara tunggal eomma ni keluar 10 kilometer jauh dari rumah selagi SeolHyun belum mencapai umur 18 tahun ke atas!" Tegas suara eomma menentang hasrat aku yang ingin pergi ke konsert Ft Island. Pada mulanya aku rasa kecewa, tapi... baru aku sedar satu perkara kecil namun begitu penting
"Eomma, tahun ni tahun berapa?" Aku menyoal bodoh.
"2012," jawab eomma sangat ringkas.
"SeolHyun lahir tahun 1995 kan?" Aku menyoal lagi. Sekali gus mengukir seribu kedutan di dahi eomma.
"Yellah, kenapa ni?! Tanya macam tu?" Eomma menyoal dengan nada geram.
"Maknanya... Tahun ni SeolHyun dah umur 18 tahun!" Aku ceria menjawab soalan eomma. Tiba-tiba riak muka eomma berubah.
"Tapi..." Belum sempat eomma mahu meneruskan kata-katanya aku pantas mencelah.
"Takde tapi-tapi! Tadi eomma sendiri cakap yang limit age SeolHyun 18 tahun. So SeolHyun bolehlah pergi konsert Ft Island tahun ni. YaHoo!!!" Eomma senyap seminit sebelum mula berbicara.
"Konsert tu kat mana?"
"Japan!" Jawabku penuh semangat sambil menunjukkan eomma poster konsert tersebut.
"Hah?! Apa?! Jepun!!" Eomma terkejut beruk.
"Ala eomma, kat negara jiran je... Takdelah jauh sangat! Please eomma, jangan ubah fikiran. Sejak sekolah rendah lagi
Comments