chapter 6

SEPTEMBER
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

 

 

Seminggu telah berlalu.Sepanjang seminggu itu tiada lagi kad atau surat daripada J.J.

"Mina,kau okay?Aku tengok kau diam je seminggu ni.Pasal Jungkook ke?"Suara lembut Jimin memecah keheningan.

"Aku okay je.Pasal Jungkook?Huh,lantak dialah nak buat apa."Jawab Mina tegas.

Dalam diam,timbul rasa bersalah terhadap lelaki itu.Namun apakan daya semuanya sudah terjadi.

"Hmm,jom.Nanti lewat pulak masuk kelas.Mengamuk nanti Prof.Soo Rin."Jimin membebel.

Sewaktu Mina hendak membuka pintu,dia ternampak sebuah kotak yang dibalut kemas di hadapan pintu.Mina segera membuka kotak tersebut.Di dalamnya terdapat sepasang dress hitam dan sekotak baldu merah.Dia bagaikan kenal dengan kotak baldu itu lantas segera dibacanya surat yang terselit di tepi kotak itu.

 

Annyeonghaseyo.

Kepada Kwon Mina,

Pertama sekali saya memohon maaf di atas kehadiran warkah yang tidak diundang ini.Selamat ulang tahun yang ke-20.Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.Saya berharap Mina sudi menerima hadiah yang tak seberapa ni.Di kesempatan ini,saya ingin katakan saat Mina membaca surat ini saya telah berada di Australia untuk menyambung pengajian selama tiga tahun di sana.

Mina,sekali lagi saya memohon maaf andai selama ini saya menyinggung atau melukai perasaan awak.I'm sorry.Mina,saya sangat mencintai awak meskipun awak tak sudi terima cinta saya.Untuk itu,saya serahkan segalanya pada takdir.

Kwon Mina,saya tahu awak seorang wanita yang cantik.Ramai lelaki yang meminati awak.Saya tahu kenapa awak berkelakuan seperti seorang lelaki.Sebab awak pernah dipermainkan oleh bekas teman lelaki awak kan?Jangan marah kawan baik awak,Jimin.Saya yang paksa dia cerita pasal awak.Kalau ditakdirkan kita bertemu lagi,saya ingin melihat diri awak sebagai seorang wanita sejati.

Maaf kerana membazirkan masa awak untuk membaca surat saya yang panjang ini.Semoga kita bertemu lagi.

Annyeong.

Yang tulus mencintaimu dan menyayangimu,

J.J (Jeon Jungkook)

 

Mina berlari ke biliknya.Dia tidak menduga bahawa selama ini Jungkook merupakan pengirim kepada surat dan kad yang bertulis ayat-ayat cinta buatnya.Tanpa disedari,cecair jernih yang bertakung sejak tadi berguguran.Panggilan Jimin tidak diendahkan.

 

 

September 2013

Jungkook menilik jam di pergelangan tangan.Orang yang dinanti masih belum sampai.Jungkook sabar menanti.Insan yang dirinduinya selama empat tahun.

"Jeon Jungkook?"sapa seorang wanita dengan penuh kelembutan.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
galaxy_here
Last chap will update today ^^

Comments

You must be logged in to comment
izatizatixoxo88 #1
Chapter 6: Daebak!!Mesti comel kan anak diorang?
Jminiee #2
Chapter 6: Update soon!
93Hanafayana #3
Chapter 5: Daebak lah...update soon^^
93Hanafayana #4
Chapter 4: Update soon^^
korona #5
Chapter 3: cun la cerita ni hihi..:)teruskan usaha!!!!!
bittersweet4u
#6
Chapter 1: Wow! I like it!
Update soon author-nim. Tak sabar nak tgk apa yang jadi lepas ni..
Sy tunggu next chap ye^^
ohneomo #7
hai^^ awak lupa letak tag 'malay'~
itu penting tau! nnt orang tak jumpa cerita awak
anyway, fighting! :3