15 N.G

15 N.G

15 N.G

“ehhh.. pelajar baru,” Syikin menunding jari ke arah seorang pelajar perempuan yang berdiri di tepi pintu dorm 3 Bestari 1. “hello! Kita pun pelajar baru. Kau tu 1 minggu kat sini jangan nak perasan senior lah!” Kira menjerit. “what everlah.. Selamat datang ke Sekolah Menengah Ayer Dalam!! Khas untuk perempuan yang cool sahaja..” Is menjongket kening.

            “hai.. nama saya Ikin,” dia tersenyum. “aku Syikin. Tak yah lah main saya awak. Main aku kau boleh?” dengan selamba Syikin menyoal. Berkerut dahi Ikin dibuatnya. “o..key! aku tak kisah!” Ikin tersenyum nipis.

            “betul kau tak kisah?” Adira menyampuk. Ikin mengangguk laju. Dia melangkah masuk ke dalam dorm sambil menarik begnya yang penuh dengan baju. “hish.. tak sayang beg ke apa?” Is membisik ke telinga Adira. Adira hanya menjongke t baju. Dia melabuhkan punggungnya di atas katil.

            Ikin mengambil katil yang berada di hujung sekali. Katil jenis single. “dalam dorm ni ada 30 orang. Great! Boleh buat bising. Yeyeyye..” Ila membuat gaya bermain gitar. “hish.. masalah mental betullah 14 orang budak ni!” seorang pelajar perempuan merungut.

            Ya! Saya lupa nak bagi tahu. Ada 14 pelajar yang memang suka buat hal dekat Sekolah Menengah Ayer Dalam tersebut. Sekolah ini jenis special sikit. Walaupun bukan sekolah terpilih, tetapi ada juga asrama sekolah. Hebat tak? Nak tahu sekolah ini dekat mana? Tolong korek ilusi saya! xD haha.. kkkk… Orang itu ialah:

1) Syikin (KETUA) – Nur Rasyikin

2) Adira (PENOLONG) – Siti Nur Adira

3) Ila (SETIUSAHA) – Wan Nur Nabila Imanis

4) Is (BENDAHARI) – Syanira Islamiah

5) Kira (AJK SAKAT ORANG) – Syakira Nur Syafina

6) Nikita (AJK TULIS SURAT) – Puteri Nur Amelin

7) Siti (AJK PERAH OTAK UNTUK TULIS SURAT) – Siti Raudah

8) Syafikah (AJK CARI GOSSIP 1) – Noor Syafikah Diana

7) Wina (AJK CARI GOSSIP 2) - Syafwina

8) Jaja  (AJK FIKIRKAN AYAT BEST-BEST) – Nur Ain Syaza

9) Shiela – Tengku Nor Shiela Ismaliza

10) Manohara – Meme Manohara

11) Eyin – Puteri Cenetott Eyin

12) Elly  (AJAK SEDIAKAN BARANG) - Putriy Elly Maisira

13) Aflin – Farah Aflina

14) Faz – Fazura Hazura

15) Ikin – Siti Nur Puteri *dicadangkan akan dimasukkan ke dalam kumpula tersebut oleh Syikin

 

           

            ****

DI DALAM KELAS 3 CEKAL

 

            Adira mengangguk laju mendengar cadangan Kira untuk menyakat orang. “kita sakat Mimi?” kening Kira dijongket. “Mimi? Idea bagus tapi nak buat cam ne? cerciter,” Syikin menyoal.

            “Mimi kuat makan kan? Apa kata kita letak racun?” tangan Kira digosok sambil ketawa jahat. “kau ni gila ke crazy ah? Nak letak racun rumput atau tikus?” dalam keadaan marah, Syikin mampu membuat jenaka.

            Kira ketawa kecil. “itu racun membunuh! Tak nak aku masuk lokap. Letak ubat cirit birit. Nanti mesti dia kuruskan?” Kira berkata. “owwh.. but, kita nak ambil dekat mana racun cirit-birit tu? Dekat kedai mamak mana?” soal Manohara.

            “KEJAP!!!” tiba-tiba Is menjerit nyaring. 14 orang pelajar itu memandang pelik ke arah Is. “selama ni kita buat jahat, tak ada nama geng ke? Tak ada class,” Is tersenyum lebar. Seronok apabila melihat muka rakan-rakannya sudah mula merah. Mungkin marah.

            Syikin mengeluh kecil. “betul tu. Kita bagi Great Girls?” Syikin menyoal. “no. Jahat Girls baru ok,” Is memberi cadangan. “ahh.. semuanya tak ada class. Meh aku bagi cadangan! Oleh disebabkan perangai korang ni nakal, aku bagi nama Naughty Girls. 15 Naughty Girls a.k.a 15 N.G. orait?” Ikin menyampuk. “weh! Kau pun nakal! Apa korang-korang? Aku kelepuk karang,” marah Syafikah.

            “dahlah.. tapi, bunyinya best! Lepas tu ada kelas. Ok, 15 N.G nama geng kita. Sapa tak setuju boleh blahh..” tangan Syikin digerakkan seperti menghalau orang keluar dari rumah.

            15 N.G mengangguk serentak. “Okey..okey.. sekarang ni kita kena fikir kat mana nak cari ubat cirit-birit boleh tak? Soal Kira sambil mendagu. Dia menguap gedik. “ha!! Kita seludup masuklah,” jari telunjuk Manohara  diangkat. Matanya berkelip-kelip.

            “Hoi.. kau ingat ni nak seludup mercun di hari raya ke ah?” soal Adira. Cepat-cepat kepala Manohara digelengkan. Namun dia tidak mengendahkan usikan Adira, penolong ketua 15 N.G  “bukan.. nanti aku minta Pak Jib tolong hantarkan,” Manohara menjongket kening dua kali.

            Berkerut dahi Adira dibuatnya. “Kalau Pak Jib Tanya?” “hish kau ni. Penakut! Jaja!” jerit Manohara. Jaja yang sedang enak tidur di dalam kelas berlapikkan lengan dibuat bantal terkejut. Memang dasar pemalas! Tidur dalam kelas? Orang lain sibuk nak dapat 8A PMR, dia nak dapat 8E PMR! Aiyoo..

            Tudung bewarna putih dibetulkan supaya Nampak lebih kemas. Jaja memalingkan mukanya ke arah rakan-rakannya. “Siapa yang jerit sampai menggegar dunia ah?” soalnya sambil bercekak pinggang. “Pemalas betullah kau ni Jaja! Niha, nak Tanya macam mana nak buat ayat best untuk tipu orang dalam projek RACUN CIRIT BIRIT UNTUK MIMI?” Manohara menyoal.

            “Ha? Aku tak ngerti si..” dengan lagak suara indon, Jaja membuat jenaka. “Mak cik ni. Aku kasi karang! Bukan.. kitorang bercadang nak kenakan Mimi. Nak letak racun cirit birit. And then, kitorang bercadang nak seludup ubat tu daripada Pak Jib, pembantu rumah Manohara! So, contohlah kalau dia Tanya buat apa dengan ubat tu.. kitorang nak jawab apa? Ni nak Tanya otak cap kancil kau ni!” dengan panjang seperti karangan bahasa melayu, Eyin memberitahu.

            Jaja mengangguk sambil mulutnya terlopong. Nasib baik tak masuk lalat! “Korang cakap lah nak buat projek dekat binatang ke hape,” “Jaja, kita tak belajar lagilah bab-bab projek binatang ni! And, I ni pencinta binatang,” Manohara berpeluk tubuh. “I?? I love u, u Love Me! This is not Bunny sing.. lalala..” sempat lagi Ila menyanyi lagu rekaan sendiri!

            Jaja memicit dahi persis orang sedang berfikir masalah negara . Alah, setakat nak fikir kenakan orang memang diorang ni laju je.. tapi, bab-bab nak jadi budak pandai ni, diorang slow macam siput sedut!

            “Ha! Apa kata kau bagi tahu Pak Jib yang Eyin nak cuba rasa bagaimana rasanya orang sakit cirit birit! Eksperimen sains edisi terbaru!” entah dari mana idea gila yang boleh Jaja kongsi. Entah otak alien mana yang dia rembat masuk dalam otak dia tu? Ya Allah! Orang gila pun takkan fikirlah nak bagi idea macam tu. Banyangkanlah, ada ke orang nak rasa bagaimana sengsaranya sakit perut akibat cirit-birit. Ada ke? Ada ke? Tak adakan? Hehe..

            Mata Eyin dibuntang luas. “Asal aku? Asal tak kau je?!”bahu Jaja dicubit kuat oleh Eyin. Terpaksalah Jaja menahan kesakitan tersebut. “Alah.. bukannya betul-betul kau nak pi makan ubat tukan?” kening Jaja dijongket tinggi. Akhirnya Eyin mengalah. “Selesai, esok aku ngan Jaja akan ke pondok telefon sekolah. Senyum sikit! CITT!!” Manohara tersengih sehingga menampakkan giginya yang putih bersih. Blink..blink!!

            **********

            Gagang pondok telefon tersebut diletak ditempatnya. Manohara mengangguk menandakan rancangan untuk menyeludup masuk ubat a.k.a racun cirit birit Berjaya. “Now, kita tunggu dulu kat sini. Lagi 10 minit Pak Jib sampai,” Manohara menegakkan sepuluh jarinya.

10 MINIT BERLALU..

            Kereta jenama INNOVA bewarna putih muncul. Kereta tersebut di parking kan di luar kawasan sekolah. Manohara dan Jaja berjalan jengket-jengket melepasi kawasan di mana Pak Guard selalu melepak. “Weh.. memang dasar Pak Guard pemalas! Gaji buta!!” Jaja berbisik ke telinga Manohara. Mereka berdua ketawa kecil.

            Pak Jib menyerahkan plastik kepada Manohara. “Thanks Pak Jib! Gaji Pak Jib saya tambah RM100 ye?” Ookey..” Pak Jib mengangguk sebelum berlalu pergi.

            Apabila dapat sahaja barang yang diperlukan, mereka berdua berlari anak ke arah kantin sekolah.”Aku dapat dah..” Manohara menunjukkan plastik beg bewarna putih itu kepada geng 15 N.G. “Great! Esok kita jalankan misi. Hehe..” Syikin menggosok tangan.

            “Weh.. tengok ni, 15 orang pelajar nakal. Masuk rekod disiplin pun layak ni!” seorang pelajar senior tingkatan 5 berkata dengan nada normal. Mampu didengari oleh oleh kumpulan tersebut. Syikin menjeling ke arah pelajar itu. Dia mengeluarkan katak mainan dari dalam poketnya seraya dicampakkan betul-betul di hadapan dua orang pelajar perempuan itu.

            “AAA!!! Katak! Helppppp..” pelajar perempuan bernama Arissa menjerit sambil terlompat-lompat. Habis kecoh satu kantin dibuatnya.  Cepat-cepat Syikin mengambil katak mainan seraya dimasukkan ke dalam poketnya.

            15 N.G berlari masuk ke dalam kelas sambil ketawa terkekek-kekek. “Ahaha.. tulah, main-main sangat dengan geng 15 Naughty Girl kan?” Faz menyoal sambil tergelak kecil. “Yap.. tidak kenal siapa kita. Pelajar paling cool!” ibu jari Adira diangkat sambil mengenyitkan mata kanannya.

            “Pelajar gedik vs pelajar cool? Ehehe.. kitalah menang!” Eyin mengenggam penumbuk comelnya. Adira berpeluk tubuh sambil mengangguk laju. “Tapikan, kita ni baru 2 minggu sekolah dah macam 2 tahun kenal! Kan..kan? Masa aku ngan Si Manohara ni pun tak cakap aku kau awal-awal jumpa.”

            “Aahh.. yang penting kita punya plan menjadi untuk kenakan Mimi!” Faz menjongket kening lebatnya sambil tersengih girang. 15 N.G ketawa terkekek-kekek. Huh! Memang 15 kembar tidak seiras! Sama-sama nakal, sama-sama IQ tahap udang! “Ehem.. 15 orang pelajar ni tak boleh diam ke? Gelak mengalahkan Pontianak tahu?” ketua kelas, Nabila membuntangkan mata.  “Alamak.. hantu garang sudah datang,” dengan selamba, Wina mengejek Nabila. Langsung tidak ada rasa hormat! Kalau disenaraikan kelakuan mereka ni dalam buku nota, belum tentu cukup sebuah! Kena ada beratus buku nota. Teruk! Aiyaaa..

            Nabila mengetap bibir. “Adira, Syikin dan Nikita. Kenapa duduk di atas meja? Duduklah di atas kerusi. Tak baik duduk atas meja..” kata Nabila lembut. Dia cuba bersabar dengan karenah 15 N.G. tiga sekawan itu turun dari atas meja. Amboi.. dalam sejarah mereka mengikut kata. Hahaa.. tulis dalam buku nota ni baru satu muka surat kebaikan mereka. Bagus!

            “Sekejap lagi bahasa apa?” soal Faz. “Entah.. BM, BI ikut saja. Tapi kalau cikgu tak masuk aku suka ria oh!” Syikin mula membuat lagu sendiri. Siap memegang batang penyapu untuk dibuat mikrofon. Cita-cita yang terpendam. Hish..hish.. “Kau nak jadi penyanyi eh? Ingatkan perosak Negara!” gurau Adira.

            “Perosak Negara ke, perosak negeri ke.. tu bukan cita-cita aku. Cita-cita kau setinggi Gunung Kinabalu! Aku nak jadi seorang.. ah! Rahsia maaa..” Syikin menggelengkan kepalanya. Batang penyapu yang memang dah tinggal batang sahaja tu diletak. Memang pelajar sekolah ni ganas betoi lah!

            “Assalamualaikum..” Puan Rozita memberi salam sambil tersenyum manis.  Murid-murid kelas 3 CEKAL menjawab salam. “Hari ni cikgu ganti kelas Cikgu Amri. So, kita nak buat apa ye?” soal Puan Rozita. “Tidur..” selamba Syikin memberi cadangan. “Pemalas!” Jaja memukul bahu Syikin. Ambik kau!

            Puan Rozita menggelengkan kepala. “Okeylah, cikgu beri kamu kebebasan. Tapi jangan bising dan jangan keluar dari kelas! Duduk tempat masing-masing ye?” kata Puan Rozita seraya duduk di atas kerusi.

            “Kebebasan apakah itu?” Ikin menyoal Shiela. “Ytu namanya kebebasan dalam penjara! Bebas tapi bukan bebas seperti burung. Ish..ish..ish.. cikgu ni memang tak belajat kot maksud bebas,” Sheila menggelengkan kepalanya. Budak-budak ni, senang hati je pergi kutuk cikgu! Kata tak belajarlah apalah. Diorang tu? Lebih sudu dari kuah!

            “Tul..” Ikin mengangguk laju. Siap mengangkat ibu jari lagi. “Apa yang awak berdua bualakan tu?” Puan Rozita menyoal. Terkejut dibuatnya Ikin dan Shiela. Cepat-cepat mereka berdua mengeluarkan buku matematik dan berpura-pura bertanyakan soalan. Padahal dua-dua tak pandai MT! asyik B je.. itupun nasib baik B! kalau D? memanglah..

            ***************

DI DOM..

 

            Syikin menghempapkan badannya di atas katil jenis double dacker. “Ikin, kau tak takut ke tidur sorang-sorang?” soal Manohara. “Nop. Tidur sorang-sorang best! Tak paya takut nanti ada orang hempap aku nanti,” Ikin berkata.

            “Ehemmm.. nak dengar ceramah itit tak?” soal Adira. “What?” laju Manohara menyoal. “Dengar..” Syikin membuat gaya ala-ala sedang mendengar sesuatu.

            “Pelajar dari dom 3 BESTARI 1! Keluar!!! Yang nak melepak ni pasal?” jerit Ketua Warden, Kak Mie. Bukan main garang mengalahkan harimau belang! Aaumm..  “Haaa… dah datang dah ceramah free of charged!” Adira bertepuk tangan diikuti oleh Manohara dan Syikin. “CEPAT!!” mata Kak Mie dibuntang luas apabila melihat 15 orang pelajar itu belum berganjak dari katil.

            15 N.G bergerak keluar dari bilik dom menuju ke kelas. Setiap hari Ahad dan Isnin memang ada kelas tambahan untuk PMR yang bakal menjelma tidak lama lagi. Tapi, ada yang rajin itupun sikit. Yang ramainya malas! Nak pergi ke kelas tambahan pun lambat. Mengalahkan siput!

            Sampai sahaja di dalam kelas, riuh rendah jadinya. Itu baru 15 orang yang buat bising, ni nak masuk 15 orang pelajar nakal yang bakal membuat bising sampai boleh dengar di Negara Korea! Oppss.. gurau je! Ehehehe..

            15 N.G mengambil tempat duduk. Muka masing-masing dah macam cekodok basi! “Ni malas ni. Kena dengar Cikgu Ah Lim yang memang kalau bagi tips MT lebih-lebih. Bukan kita faham pun. Dia cakap sorang-sorang adalah!” rungut Nikita sambil mendagu. Mulutnya muncung seperti itik. “betul.. betul.. betul! Orang Kelantan kata kecek sore-sore..” Wina berkata mengikut loghat bahasa Kelantan. Maklumlah sepupu dia yang datang beraya tahun lepas orang Kelantan. Dia pun joinlah belajar! Alah.. bak kata orang, learn new words. Bak kata oranglah konon an??

            “Kecek sore-sore? Wah! Ayat power nak gila!” “This is crazy, woman,” Wina memotong ayat Nikita. “Ehhemm… Cikgu Ah Lim dah sampai,” Ila menyiku Wina. 15 orang pelajar ni memang duduk belakang sekali! Yang uniknya, diorang dah susun dekat belakang sekali 5 orang satu baris panjang. Itu semua idea dioranglah. Tak bawak berbincang pun dengan rakan sekelas sampai gaduh besar! Akhir sekali 15 N.G lah yang menang. Ish. Ish.. ish.. kesian Nabila!

            Encik Ah Lim, guru lelaki yang memakai cermin mata berbingkaikan hitam masuk ke dalam kelas. Buku soalan MT yang dibawa menggunakan raga bewarna hijau diletakkan di atas meja guru. Matanya mencerun tajam ke arah 30 orang pelajar perempuan yang diam seribu bahasa.

            Buku MT dikelurkan satu per satu seraya diagihkan kepada pelajar kelas 3 CEKAL. “Buat muka surat 30. Nanti kita bincang,” Encik Ah Lim menarik kerusi seraya duduk. “Ek eleh.. bincang ke bagi ceramah MT yang membosankan?” bisik Syikin ke telinga Adira dengan nada suara rendah. Tak mahu bagi Encik Ah Lim dengan semestinya!

            “Mak ai!! Mampus dong.. soalan ini persis soalan tingkatan tiga aja si! Susah bangat!” Nikita menepuk dahi berkali-kali. Mahu sahaja dia membaling buku tersebut ke arah Encik Ah Lim. Tapi difikirkan beliau adalah guru, tak jadilah. Hormat juga diorang ni eh? Nikita, gadis yang memang suka tengok cerita Indonisea. Dia juga meminati Nikita Purnama Willy atau lebih dikenali sebagai Nikita Willy. Sebab tulah nama dia gelaran dia pun Nikita.

            “Ala mambang.. ala mambang.. jangan sembang-sembang! Buat cepat! woitt mak cik, kita nikan dah form 3, tak piyah nak loya buruk lah. Geli woo..” bahu Eyin digerakkan. “Ek eleh.. citt!!” Nikita menjeling tajam mata Eyin. Mujur tidak diletakkan pisau! Kalau letak alamatnya butalah forever..

           

1 JAM KENDIAN..

            “Free! 15 N.G! lupa ke plan kita nak kenakan Mimi?” soal Syikin. “ingat.. but, kita kena pastikan bekas makanan Mimi jauh dari dia,” Elly memberitahu.

            “Alah, settle je sume tu! This is Jaja. Dalam otak saya ni ligat ngan idea jahat tahap devil!” Jaja menjongket kening. Wwait.. saya? Tidak! Jaja dah kena sampuk,” Ila melompat jauh dari Jaja. 15 N.G tersentak. Aduh! Diorang ni macamlah Jaja cakap benda pelik. Ni cakap saya je, bukannya aku nak bunuh diri ke hape. Tapi, prinsip 15 N.G, kalau diorang buat baik, alamat dikatakan demam! Trooolll..

            “Memang sah kau ni Ila! Aku kasi smack down karang,” Jaja membuat gaya smack down. “Stop!! Jaja, apa idea jahat tahap devil kau tu?” soal Syikin. “Ha.. aku ngan Kira akan bawak Mimi pergi kantin. Belanja keropok satu, lepas to korag settlekan yang lain. Apa macam? Otak kancil tak aku?” Jaja mengangkat bakul sendiri.

            Syikin mengangguk laju. Jaja dan Kira mengorak langkah ke arah Mimi. Mereka bertiga keluar dari kelas menuju ke kantin.

            Manohara dan Siti ditugaskan meletakkan racun tersebut ke dalam minuman Mimi. Senang!

            *****************

            “Busuknya bau..” Ping menutup hidung. Tangannya dikibas-kibas agar bau tersebut hilang. “Siapa kentut ni?” soal Puan Shihla sambil menutup hidung. Baunya sungguh meloyakan! Kalah longkah tersumbat!

            “Mimi!! Yukksss..” rakan Mimi, Shahora menunding jari ke arah Mimi yang sedang menahan malu. Tiba-tiba, Mimi bangun seraya berlari ke tandas.

            Selang beberapa minit Mimi masuk semula. Tak saampai 2 minit lari ke tandas balik! Terkejut dibuatnya Puan Shihla. “Mimi, kamu cirit-birit ya?” soal Puan Shihla. Mimi menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu. Dia menekan-nekan perut menahan kesakitan.

            Semenatar itu, 15 N.G yang memang tak ada hati perut tergelak kecil. Menahan kegembiraan. “Kesian gak Mimi kan?” soal Faz. “What ever. But, I like this part!” SIti menjongket kening sambil tersengih gembira.

           “Heh! Sorokkan gelak tawamu. Nanti kita kena siasat lak! Bahana namanya!” Elly membuntangkan matanya. “Kekekke.. jangan buat aku gelak. Aku rasa nak ambik gambar je. Masuk Facebook! Confirm ramai klik button like,” mata kiri Aflin dikenyit.

            “Mimi, cikgu bawak jumpa doktor ya? Yang lain boleh balik dah. Dah pukul 2 ni. Yang tinggal dekat dorm jangan lupa pergi solat Zohor pukul 2:30 nanti ye?” Puan Shihla menjerit. Dia membawa Mimi ke tandas terlebih dahulu.

            15 N.G melompat keriangan. Seronok sebab boleh keluar dari kelas. Boleh golek-golek atas katil sambil merenyukkan baju kurung sekolah.

DI DORM..

            “Kesian Mimi..” kepala Syikin digelengkan. “rasa nak Mianhae lah..” Aflin mencebikkan bibir. “Betul! Nanti kita mianhae masa raya ye?” Syafikah berpeluk tubuh.

            “Biarlah nak mianhae bila-bila pun. Janji Mianhae!” kata Adira. “Dahlah.. jom salin baju sukan. Lepas tu kita bual-bual dan pergi solat Zohor,” ajak Is. Beberapa orang dari geng 15 N.G bangun seraya menuju ke almari masing-masing. Yang lain masih duduk sambil memuncungkan bibir.

            Nikita memukul paha Syikin dengan kuatnya. “Makk!!! Nikita!” buntang mata Syikin sambil menahan marah. Habis dia menjerit sampai bergegar dorm 3 BESTARI 1. “ Sorry! Aku rasa kita buat projek ‘surat cinta’ nak?” “Surat cinta? Eehh.. bukan surat sakat orang?” soal SYikin semula.

            “Aku Tanya kau, kau Tanya aku balik? Nanti aku jolok mulut kau dengan selimut ni baru tahu!” Nikita menarik selimut bewarna hijau. Sudah bersedia mahu menjolok selimut tersebut ke dalam mulut Syikin.

            “Mianhae!! Ehhehe..” Syikin meminta maaf. Kkansamhamnida!” Nikita tersengih. “Ehh.. aku minta maaf kat kau, yang kau tiba-tiba pi bantai kansammida tu asal?” soal Syikin.

            “Haruslahh.. ni first time aku dengar kau cakap minta maaf. Aku pun ucapkah terima kasih!” selamba Nikita berusuara. “Dah! Apa cadangan kau tentang surat tu?” soal Syikin sambil menjeling.

            Nikita mengeluarkan buku nota yang dibeli dari koprasi sekolah. SURAT ‘CINTA’ UNTUK IZZ. Nikita menulis perkataan itu besar-besar! “Izz? Oh, budak gedik lagi perasan glamour yang perasan cantik dan gedixxx tu?” amboi.. banyaknya kau cakap Syikin? Belit pulak tu ayat! Poddahh..

            Laju Nikita mengangguk. “Abang Helmi..” Nikita bersuara halus. “Acah saja..” sambung Nikita. “Kau jangan nak pi gatal dengan abang aku eh?” marah Syikin sambil bercekak pinggang.

            “LOL! Bukan aku tapi Izz. Kau tahukan yang dia tu minat tahap crazy dekat abang kau,” Nikita membetulkan keadaan. “Jah? Izz nak dekat Abang Helmi yang macho lagi sopan tu? Serius? Aku tak silap dengar?! “ sampuk Faz. Matanya terbuntang luas dan hampir-hampir nak keluar. Nasib baik Faz bukan ahli silap mata.

            “Kenapa? Problem…” “Haruslah problem! Abang aku tu macho. Ada gaya! Dia dah ada GF dekat luar tu. Kalau abang aku nak kawin ngan Izz tu belum tentu aku kasi mak aku dengan ayah aku restu!” potong Syikin laju. Siap dengan mimik muka tidak puas hati! Amboii.. sayangnya dia dekat abang dia. “Ahaksss.. kita main-main saja. Kau kan suka kenakan orang? Kita kenakan Izz!” Siti yang berada di sebelah Syikin cuba memujuk.Syikin tetap tidak berstuju. “Gunakan nama orang lain leh tak? Ha! Zul!!!.

Assalamualaikum buat Izz,

            Awak kenal tak saya? Kalau awak kata awak dah kenal saya memang sah awak ni ahli silap mata! ^^!! Gurau sahaja awak.. jangan marah ye? Nama saya Zul! J salam perkenalan! Eheheh..

            Saya rasa nak hantar surat ni dekat awak sebab.. entahlah! Adik saya selalu ceritakan tentang awak dekat saya. Kegedikan awak, kemanjaan dan kebodohan awak! :D awak, boleh tak kita berkenalan. Kita berkenalan hanya dalam laman muka surat.. o..owww… lagu ni khas untuk awk! CILL!! Moga awak suka ye?Awak.. ehh. Sayang! Uhuksss.. malulah. Panggil kaulah! Kau..kau.. LEMBU! Moo… ahahaa! Gurau je awak. Saya ni memang suka berjenaka ngan perempuan semanis gula seperti awak.

PECAH TIN PECAH APA, TOLONG PIN KERTAS NI YA??

            SIAP!! Tepuk tangan kuat-kuat. “Ayat kau romance berbaur mengejek. LIKE!” Syafikah membaca apa yang ditulis oleh Nikita. “Ok, sapa mahu letak ini punya kertas ye? Cek itit! Ahah! Dah jumpa, Eyin kau letak!” Nikita menyerahkan surat itu kepada Eyin. Terkejut beruk dibuatnya Eyin sampai hampir terjatuh dari katil.

            “Wae?”! terbuntang mata Eyin. “Wae..wae? tak ada kenapa-kenapa. Kau ingat ini lagu KENAPA nyanyian Daus?!” gurau Syikin. Eyin menjeling seraya mengambil surat itu dengan kasar.

            “Yelah, nanti aku letak esok. Bagi bonus belanja air tin esok!” Eyin tersengih sambil mengangkat ibu jari. Hanya anggukan yang diberi oleh Syikin. Hak alah.. setakat air tin apa kebenda? Mintaklah belanja buffet ke, belanja shopping ke an??

            “DDahlah.. jom tukar baju! Kejap gi nak gi solat Zohor. Tak kuasa aku nak dengar Ustaz Malek membebel sebab lambat,” Adira mengibas telinga seperti orang kerimasan. Gedik woo..

            Pukul 2:20, 15 N.G bergerak keluar dari dorm untuk ke surau. Sampai sahaja di surau, berebutlah mereka nak duduk dekat belakang. Apalagi, lepas solat Zohorkan ada ceramah, diorang nak bukak kelab pot..pet pot..pet.. tak henti-henti.

5minit selepas solat Zohor. Lebih kuwang pukul 2:35 gitu le..

            “Ustaz Malek dah sampai! Ehemm.. sediakan telinga anda. Ha.. mesti dia cakap ‘BAGI TELINGA ANDA DEKAT SAYA’. Cabut telinga cepat! kekehekeh..” Faz ketawa kecil. “Betul. Tak logic kita boleh bagi telinga kita dekat ustaz. Certarik! Nak kena ambil gunting ni potong telinga! Kahkah!!” Wina ketawa kecil.

            “Woit! Boleh diam tak? Aku potong mulut korang baru tahu!” Kak Mie yang berada di barisan hadapan membuntangkan mata memadang ke arah Wina dan Faz. Dua sekawan itu menutup mulut. Risau didenda jalan itik. Kuekk..kuekk..

            “Assalamualaikum..” Ustaz Malek memberi salam. Serentak pelajar perempuan di dalam surau memberi salam.

            **********************

            Syikin menjeling Adira. Mulut mereka berdua muncung tidak terkata. Baldi yang berisikan air ditenung lama-lama. “Apa lagi? Cuci jangan tak cuci,” Puan Sufiah, guru besar sekolah bercekak pinggang. “Kau nye pasal lah ni! Tak pasal-pasal kena denda tandas angkat,” Adira menuduh Syikin.

Flash back..

            Selepas solat Zohor, 15 N.G terus masuk ke dorm. Selepas itu baring di atas katil dengan selesa tidak terkata. “Jom pergi lepak!” ajak Syikin. “where?” soal Adira kepada Syikin.

            “Dibawah pokok yang rendah di sini. Tuha.. bawah pokok sana tu!” jari telunjuk Syikin ditujukan ke arah sebatang pokok yang boleh dikatakan rendang. Pemandangan yang cukup indah sebab siap ada set sekali dengan batu-batu kecil di sekeliling. Cantik keebbaaaboom!!

            “Gila ke? Tukan kawasan larangan,” Eyin cuba mengingatkan ketuanya yang bernama Syikin. “Alah. Bukan ada cikgu pun! Sapa nak ikut?” soal Syikin. Dia mengangkat tangan. Akhirnya 15 orang pelajar itu bersetuju mahu bersantai di situ.

            15 N.G bergerak ke sana sambil bernanyi. “Duduk!” Syikin melabuhkan pungguhnya di tepi pokok. 14 rakannya turut serta.

            Tidak sampai 10 minit mereka berbual, datang satu suara yang cukup menakutkan. “Amboi.. sedap duduk? Inikan kawasan larangan! Bangun!” Puan Sufiah bercekak pinggang. Satu per satu muka ditenung. “Ohh.. sedap duduk ye? Sedapkan? Sekarang ada kerja yang korang kena buat! Tandas angkat selama 1 minggu! Cikgu tahu ini kesalahan ringan tapi, kawasan ini tempat yang dilarang. Faham? Esok tandas angkat!!” Puan Sufiah mengarah.

            Laju sahaja 15 N.G berlari kedorm. Tidak sanggup bertentang mata dengan guru besar sekolah.

            ************

            Faz mengambil mop seraya mengemop lantai. “mmrr.. ni ramai sangat 15 orang. Yang lagi 8, pergi tingkat atas,” arah Puan Sufiah. Eyin, Siti, Syafikah, Aflin, Nikita, Elly, Shiela dan Ikin naik ke tingkat atas dengan lagak lemah longlai.

DI TINGKAT BAWAH…

            “owhh tandas.. engkaulah jejaka idaman! Akulah yang paling tak menanti! Busuk sekali..” Faz menyanyi sambil mengemop lantai. Hujung batang mop dibuat mikrofon. Baru ada gaya! “sakitnyalah hati ni! Gerammm..” Adira menyental sinki dengan penuh kegeraman. Bibir ditetap menahan marah.

            “alah beb.. relax ah!” Syikin berkata selamba. Tidak sedar ini semua salah dia! “Syikin, ni sume kau punya pasallah,” “aku pulak Adira! Kau yang ikut tu asal? Ada aku suruh?” Syikin membalas. Tidak puas hati.

            Kedua-dua belah tangan Faz diangkat tinggi menandakan mereka berdua berhenti bertekak. “weh! Jangan gadoh lah. 15 N.G kalau gaduh mana boleh. Sebab nanti sekolah ni tak cool!” Faz cuba menenangkan keadaan. Siap bagi notis yang sekolah ni kalau tak wujud geng 15 N.G tak cool! Hai.. kalau korang tak ada rasanya aman dunia ye?! “uhuks! Fikrah Ilmukah?” sindir Kira.

            “Fikrah Ilmu? Boleh ganti Ustaz Malek. Ehemm..ehemm..” Syikin berdehem untuk melapangkan tekak. Wah! Nampaknya Adira dan Syikin sudah berbaik semula. Give me 4 yah? Haha! Bijak sungguh Faz. Fikrah Ilmu pun bolehlah.. tapi! Fikrah Ilmu dalam tandas? Tak baik maa..

            Adira ketawa terkekek-kekek. Rasa ingin pecah perut dibuatnya. “Ustazah Syikin? Wow! Glamour lah geng kita,” Wina tersenyum jahat. Syikin ketawa kecil Ustazah Syikin pun sedap juga bunyinya.

            “sudah! Ustazah Syikin ke ustazah apa ke, buat kerja!” Puan Sufiah yang baru tiba ke tandas itu bercekak pinggang. Wina, Faz, Adira, Syikin, Kira, Manohara, Is dan Ila berlari mengambil barang masing-masing. Ha! Nilah Fikrah Ilmu! Ehemm…ehemm..

            Selepas itu, Puan Sufiah berlalu pergi. Mungkin mahu memerhatikan pelajar yang lain sibuk beriadah di padang. “syukur! Tak perlu aku bersusah-payah berpeluh hendak beriadah. Dalam ni pun berpeluh,” Kira tersengih. Iklan kayu sugi. Ngeee~

            Kepala Kira ditolak oleh Manohara. “ngek! Aku ni punyalah benci tandas mangkok! Kau bersenang dengan buat iklan gigi tulah?! Aku kasi buku lima karang,” Manohara menunjukkan buku limanya. Besar! :P

            “tandas.. yang indah! Melingkari, suasana,” Ila, seperti biasa mula bernanyi. Memang hobinya ketika bosan. Bosan..bosan.. o owh! (KOSONG).

            Faz pula sedang sibuk menyental segala bakteria-bakteria yang berada di sinki itu. Wina sedang mengelap cermin. Ila dan Manohara mengemop lantai. Adira, Kira dan Syikin cuci mangkuk tandas tu! Is? Hehe.. dia tukang bersihkan dinding kotor. Cobaann kau 15 N.G!

            ****************

Di TINGKAT 2..

 

            “Apple Fresh?” soal Elly sambil mengangkat botol bewarna unggu. “ha?! Apple Fresh? Nak air?” gurau Eyin. Botol bewarna unggu itu dicapai dengan ganas lagi hebat! Tak padan dengan badannya yang kecil itu.

            “berus jamban dengan berus mangkuk?” soal Aflin sambil memerhatikan di setiap sudut. Mencari berus tersebut. Baju pendidikan jasmani dilipat sehingga ke siku. Seluar sukan juga dilipat sehingga paras betis. Apa ku kesah? Bukannya ada lelaki. Kalau ada lelaki yang mengintai pun, aku kasi smack down!

            Tiba-tiba, 2 berus dibaling tepat ke muka Aflin. Kelihatan, Shiela sedang ketawa dengan nada yang kuat sambil mengemop lantai. “jahanam punya kawan! Nasib baik kau kawan. Haha..” ceh! Tak ada perasaan marah langsung Si Aflin ni. Bagus.. itulah kawankan?

            “ambil baldi. Isi dengan air,” arah Eyin. Lagak seperti ketua. Padahal kecil Cenetott! “ambil Apple Fresh. Tak pun Ajax Fabuloso. Harumnya tandas..” belum dimop lantai pun sudah dikata harum si Elly ni? Demam panas ke ada masalah sumbat hidung?

            “harum.. owh! Di sana Ajax Fabuloso,” jari telunjuk runcing Aflin ditutukan ke arah botol yang berada di bawah sinki. Nikita duduk mencangkung untuk mengambil Ajax Fabuloso. “Apple Fresh?” soal Elly. “kau ni tak habis-habis dengan Apple Fresh! Diam!” jari telunjuk Siti diletakkan ke mulut.

            “Jom start mop! Yuppy!” Siti berjoget sekejap. SEHATI BERDANSA!! Uyeeehhh…

            ******************

            “assalamualaikum!” Syikin memberi salam dengan nada yang agak kuat. Biar 1 kelas 3 Cekal dengar! “waalaikumussalam!” jawab semua murid kelas 3 Cekal hampir serentak. 15 N.G tersengih selepas menjawab salam yang memang wajib dijawab.

            Syikin berjalan ala-ala stylo menuju ke tempat duduknya. “perhatian kepada semua pelajar.. sila ke tapak perhimpunan sekarang juga!” kedengaran suara Kak Bad, ketua Extima.

            “Eyin, Elly, bila semua dah keluar, kau letak surat ni di bawah meja Izz tau?” Nikita menyerahkan surat yang bersampulan surat bewarna unggu. Siap sembur perfume wangi yang wangi lagi. “okie dokie!” Elly membuat tabik hormat.

            Selepas semua kelas kosong dan lengang, Elly meletakkan surat tersebut di bawah meja Izz. Ok, siap! Sekarang jom blah!

DI TAPAK PERHIMPUNAN..

            “shhh.. tengok tu! Semua pengawas perasan sudah jelling-jeling kepada kita yang cool ni! Ahaha..” Adira ketawa kecil. “haah! Tak payah jadi pengawas garang. Kita sudah popular an?” kening Syikin dijongket dua kali.

            “15 N.G! diam atau saya catat nama kamu semua,” Cik Sofie, ketua pengawas yang diberi gelaran CIK sudah membuntangkan matanya. Ehh.. asal tak bagi Datin ke, Dato’ ke. Kan? Ni bagi Cik!

            “tulislah owh..” dengan nada yang rendah, Ila bernyanyi. Hanya boleh didengari oleh Faz dan Ikin sahaja. “shh.. Cikgu Jenal sudah sampai! Cikgu mikrofon!” Aflin mengingatkan rakan-rakannya.

            “assalamualaikum semua.. berdirinya saya di sini bukan untuk membebel panjang, tapi untuk memberi ceramah. Tidak lama lagi ujian PMR dan SPM akan sampai. Jadi..” Cikgu Jenal atau nama sebanarnya, Cikgu Zainal sudah mula memberi ceramah yang membuatkan murid-murid menguap di pagi hari.

            Adira sudah pun berbaring di perhimpunan. Peha Syikin dijadikan bantal. Baju kurung putih itu dibiarkan kotor. Janji matanya enak diulik mimpi. Maka, tidurlah Aidra. Tidak kisah dengan jelingan ganas Cik Sofie. Hendak dipijak perut Adira, nanti ditahan polis pula. Lagipun, pengawas dan guru disiplin dah muak dengan nama 15 N.G! biarlah mereka buat masalah disiplin pun. Janji otak cap kancil!

           Faz pula mengeluarkan game Sudoku dan mainlah dengan seronoknya. Game Sudoku tu ala-ala macam PSP lah juga. Cuma ianya bewarna putih. Game Sudoku tu dia pinjam daripada guru Matematik. Suka! Ila mengeluarkan lirik lagu dari poketnya seraya dinyanyikan bersama Ikin.

`           yang lain pun sama. Ada yang dah terbaring di tapak perhimpunan sehingga mengambil ruang tempat duduk pelajar tingkatan 2! Hish3..

            “yang 15 orang kat belakang tu! Apa yang korang buat? Tak Nampak saya tengah berucap ni? Kamu semuakan nak PMR dah nanti?” Cikgu Jenal menjengkelkan matanya memandang tepat ke arah 15 N.G.

            Dengan lagak selamba, 15 orang pelajar tidak menghiraukan keadaan. Faz pula semakin seronok bermain Game Sudoku. “15 orang pelajar ni saya bawak ke bilik kaunseling nak?” soal Cik Sofie yang berada di sebelah mereka semua.

            Masing-masing menggelengkan kepala. Memang bilik kaunselinglah yang paling menakutkan bagi mereka. Mereka puan pernah dengar orang cakap yang bilik kaunseling ni ceria semacam! Ada tu ada ni.. tapi, dalam otak mereka, sudah set yang bilik kaunseling seperti penjara sekolah!  “jadi, simpan semua game. Bangun daripada tidur dan duduk elok-elok,” Cik Sofie bersuara lembut. Maklumlah kakak tingkatan  6 kan? Muka bukan main control! Ayu semacam. Tadi bukan main muka mengalahkan harimau betina kepalaran!

            “aduh, malasnya nak dengar Cikgu Jenal beri ceramah. 20 minit dihabiskan! Kalau aku, dah lama aku tidur woi..” bebel Aflin. Mulutnya mucung semacam. “relaxlah Aflin! Ceramah tu pun bukan masuk otak kita pun. Sekarang je, nanti masuk kelas.. blurr..” kata Siti sambil tersengih. Sempoi…

1 JAM KEMUDIAN..

            “yes! Masuk kelas.. assalamualaikum kelas!” Syikin memberi salam. Hanya beberapa orang yang dengar. Yang lain sibuk dengan hal masing-masing. Memang masalah betullah pelajar sekolah ni! Terutama 15 N.G! entah berapa banyaklah disiplin rekod diorang agaknya ya?

            “amboi Cik Ila, mebaca Nampak?” usik Syafikah. “tu bukan baca buku. Baca lirik lagu! Oh! Girls Generation,” sampuk Siti. Siap melayangkan beberapa helai kertas kepada Syafikah. “wow! Lagu Korea je belambak mak cik Ila ni,” “of course Pikah. Akukan peminat setia korea. Ngee~” Ila tersengih membariskan giginya yang putih bersih. Seperti bayi yang baru tumbuh 1 gigi.

            “Ila ni kau jangan puji Pikah. Pujilah Ikin ya?” Siti menunjukkan ke arah Ikin yang sedang bertungkus-lumus membaca buku sabjek Sejarah. PMR nak dekat dah deee.. “aku tak kisahlah PMR dapat berapa. Janji kerja, gaji banyak!” Syafikah membuat muka selamba.

            PAP! Syikin memetik jari. “sasaran tepat!” katanya. “what?” kening Adira diangkat. Datang-datang SASARAN TEPAT. Bagilah penjelasan yang terang lagi bersuluh! “Izz..” Syikin menjeling Adira. Mulutnya dijuih ke arah Izz yang sedang membaca surat. Surat dari 15 N.G tentunya! Bukannya dari lelaki pujaan Malaya. Siapa? Sudah tentulah Zul!

            Selepas membaca surat itu, Izz menegur sahabat karibnya yang gedik sama dengannya, Fiona. “Oh My God! Its true?” soal Fiona. “yes! Tengok surat ni. Ish! Tak sangka Zul minat dekat I,” Izz membetulkan rambutnya.

            Tanpa disedari, 15 N.G sibuk bergelak ketawa dekan belakang kelas. Kena sudah.. “bagus! Biar SI Izz ni perasan sorang-sorang. Kita biar je..” Nikita berkata. Laju 15 N.G mengangguk kepala. Sukalah tu.. “wehh.. hari ni tak belajar ke?” tangan Ikin diangkat. “tak.. cikgu ada musiarat,” perkataan MESYUARAT sengaja diputar belitkan oleh Jaja. “hehehe.. bagus! Tak belajarlah kita sampai rehat. Alhamdulillah,” Wina mengangkat tangan.

            “mangkok! Yang kau pi bersyukur tu asal? Aku ni risau PMR nak menjelang tiba,” mata Ikin dibuntangkan. “what ever..” balas Wina. Siap menyit mata lagi.

TANDAS ANGKAT SIRI KEDUA..

            “Ni dah hari kedua kita kena denda makk..” Syikin merungut. Span sinki hanya dipandang mentah-mentah. Nasib baik cik puan besar tak ada hari ni. Kalau tak, Syikin terpaksa mencemar duli memegang span sinki bewarna kuning. “Spongebob! Kenapalah kau wujud?” soal Adira sambil memandang kosong span yang bewarna kuning.

            “Ish..ish..ish.. jangan salahkan spongebob! Tak baik tau. Aku rindu Facebook,” mop lantai dilepaskan. PAM! Jatuh. Bunyilah batang dia tu jatuh. Tak tahu nak buat bunyi macam mana. PAM PIM PUM or DAM DIM DUM! Okey fine.. korang think sendiri yap?

            “Facebook? Aku rindu blog,” rungut Is. Memang gadis gila Blogger! “Sumpah, selepas 7 hari aku bersih tandas, dah tak mahu buat benda nakal dah,” Is menyambung dengan mengangkat sumpah. “Nanti kau menyesal tiada gunaaa…” tiba-tiba, Ila menyanyikan lagu ANAK KAMPUNG.

            “Menyesal? Buat faedah apa aku nak menyesalnya?” soal Is sambil bercekak pinggang. “Nothing Is. Dahlah, jom jadi Gadis Cuci dalam tandas!” Ila berjoget sambil memegang mop. Jap! Teringat pulak cerita Gadis Cuci yang dilakonkan oleh Fara Fauzana. Hehe..

            Is masuk ke dalam tandas untuk membersihkan mangkok jamban. Owh.. simpang malaikat 44 lah aku nak bersihkan! Rungut Is.

            “Lepas kita kena tandas angkat, kita nak buat kejadah apa pulak ye?” soal Syikin. Langsung tidak menyesal dengan kesalahan yang dibuat. “Masa prep kita duduk dalam bilik kesihatan nak?” soal Adira. Dia duduk di atas sinki. “Bila?” soal Manohara pula. “Lepas selesai sesi denda ni. Hehe..” Adira tersengih.

            Is mengangkat tangan. “Woo… tak menyesal ke?” soal Is. Dia tidak sanggup dah kena denda! “Kalau kau takut, podaaahhh dari group ni,” Syikin membuat gaya menghalau. “Tak mahu! Aku sayang group ni! Lagipun korang BF till Jannah!” Is menggelengkan kepalanya dengan laju sekali. Tidak rela.

            “g\Great! Jadi, nanti kita pergi bilik kesihatan ya?” soal Adira kepada Syikin. “15 orang sekaligus?” soal Is kembali. “Nop! Kita masuk 5 orang je satu hari.. okey?” Adira memberi cadangan. “Aku on!” Manohara mengangkat tangan.

            “Nanti kita bincang dengan yang lain. Ngee~” Syikin tersengih.

            ******

1 MINGGU SELEPAS TANDAS ANGKAT..

           

            15 N.G keluar dari dorm dengan lemahnya. “Cepat keluar! Siapa yang lewat akan diambil tindakan,” jerit Kak Mie, pegawai EXTIMA yang skema sudah menjerit dengan nyaringnya. “Relax akak! Steady sikit..” selamba Jaja bersuara. Dia menjongket kening. Aapa! Keluar sekarang..” makin marah dibuatnya Kak Mie.

            Laju Jaja berlari meninggalkan Kak Mie yang sudah merah mukanya. Seperti hendak meletop! “Wehh.. kau dengar dah lagu terbaru Najwa Latif? AdaMU! Best gile lagu dia,” Ila memprosmosikan lagu Najwa Latif. Memang dia tu nak jadi penyanyi macam Najwa Latif dan Ainan Tasneem.

            “Yap! Suka..” Wina menganggukkan kepalanya. “Aku rasa nak buat persembahan dekat karnival sekolahlah,” kata-kata Ila membuatkan ahli yang lain tersentak. “Serius?” soal Siti. Matanya terbuntang luas. Seperti hendak terkeluar. Ila mengangguk laju.

            “Korang pergilah riadah dulu. Aku nak jumpa dengan Cikgu Halimatun dulu,” Ila membelok ke arah kanan masuk ke kawasan sekolah. 15 N.G memandang antara satu sama lain.

            Syikin bersuara “Kita kena bagi semangat dekat Ila! Ingat tak dia kata yang dia nak jadi penyanyi. Kita tak leh halang cita-cita abadi dia,” “betul!” sampuk Syafikah.

            ******************

KARNIVAL SEKOLAH…

            “Ila, pukul berapa kau nyanyi?” soal Kira. “10!” sepatah Ila menjawab. Dia sibuk meneliti rilik berjudul AdaMu yang dinyanyikan oleh ‘Najwa Latif’. “Ek eleh.. mentang-mentang nak menjadi bakal Najwa Latif, dah lupa orang,” bahu Ila ditolak oleh Ikin. “Kalau dah popular, jangan lupa 15 N.G ya?” usik Nikita.

            Ila ketawa kecil. “Pandailah korang!” Ila menjelir. “Skang ni baru pukul 9. Jom pergi beli makanan dulu,” ajak Is. Dia menggosok perut tanda lapar. “Betul! Aku lapar ni..” Eyin menyampuk. Walaupun dia kecil tapi perut besar!

            “Tak padan dengan kecil,” ejek Syikin. “Salah ke?” soal Eyin semula. “Tak..” serentak Syikin dan Adira bersuara. Pecah ketawa.

            15 N.G bergerak keluar dari dewan seraya pergi ke padang sekolah. 15 N.G tetap berkumpul. Memang jumlah geng mereka ramai, tapi mereka tak kisah. Lagi ramai lagi best!  “Nugget.. nyumm..” Manohara meneguk air liur. Rindunya nugget bersalutkan tempura!

            “Nugget tempura RM2 ye?” “Baiklah Manohara..” Maisarah tersengih. “Eceh.. kenal ke aku?” soal Manohara. “Kenal sangat dengan 15 N.G” Maisarah mengenyitkan mata kanannya.

            Dia mengambil 10 nugget menggunakan penyepit selepas itu diserahkan kepada Manohara. “Masih panas..” Manohara tersengih. “Bagus pa?” soal Elly. Manohara mengangguk.  “Ehhh.. dah! Pening aku dengar korang berdua berbual,” Adira mengangkat tangan.

            “Lembab!” Elly berkata. PAP! Satu tamparan kuat di bahu Elly. Ambil kau! Free je. Tak yah bayar.. “Kau kata aku lembab?” terjojol mata Adira. Elly menggelengkan kepala. Oppss.. tak sedar yang dia mengejek Adira.

            “Dahlah.. kalau nak beli cepat! sebelum pukul 10 Ila dah kena terpacak dekat dewan tu.. 30 minit lagi,” keras Jaja bersuara.

            “Ok! Kita beli air dan makanan lepas tu kita gerak ke dewan, ok?” cadang Shiela. Jari telunjuk diangkat tinggi. “Orait!” Ila tersengih.

            Selepas 20 minit membeli, 15 N.G masuk ke dalam dewan dan berkumpul di dewan belakang. “Ila, suara kau dah okey?” “Ok selalu Faz. Kau jangan nak ejek aku eh?!” Ila menjeling tajam Faz. Faz ketawa kecil.

            Ila mengambil kertas lagu. Mulutnya terkumat-kamit membaca lirik-lirik tersebut. “Ila, nanti nak dekat kul 10kan, kau giliran ke berapa?” Is menyoal Ila. “2,” pendek dia menjawab. Matanya masih tertumpu kepada kertas tersebut.

            *********************

            “Fighting!” Faz memberi semangat. Shiela yang berada di sebelah Ila menepuk bahu Ila sambil mengenyitkan matanya.  “Ja Ja Fighting?” soal Ila. “Korea..” Shiela mengangguk sambil tersengih. Iklan kayu sugi!

            Ila masuk ke dalam pentas dengan perasaan gemuruh. Gitar bewarna biru tua dipegang erat. “Ehem.. testing 1 2 3..” selamba Ila membuat lawak. Yelah, budak nakal? Sapa heran! “Okey, berdirinya saya di sini bukan nak buat kecoh eh? Hehe.. saya nak nyanyi lagu AdaMU yang dinyanyikan oleh Najwa,” sekali lagi Ila membuat lawak. Beberapa orang pelajar ketawa kecil.

            “Ila ni.. sempat dia buat lawak,” Shiela berpeluk tubuh. “Eia selalu sempat! Nak makan masa tidur pun sempat,” sampuk Syikin diiringi gelak ketawa. Memang sah, ketua yang paling kejam!

            “Jahat tul..” Jaja menjeling Syikin. Bahu Syikin diangkat. “Shhh… Ila dah nak start nyanyi tu,” jari telunjuk Adira diletakkan ke mulur.

            Jaja dan Syikin menekup mulut. 15 N.G bergerak ke hadapan dewan dan duduk di barisan masing-masing. Mereka dah tak sabar nak dengar kawan baik sendiri nyanyi. Mesti syok siot!!!

 

 

 

 

“Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia

 

Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

 

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

 

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

 

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

 

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

 

ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan”

 

            3 minit 49 saat bernyanyi, akhirnya TAMAT. Dewan menjadi sunyi sepi. Ada yang menelopong, ada yang hampir pengsan. Ceh! Skema betul. Cik Sofie dan Kak Mie pun tak terkelip mata-mata.

            “Wehh.. serius tu Ila? Gulp!” Adira menelan air liur. Manakan tidak terkejut kalau suara Ila sedap nak mampos! Memang sedap sangat. Setanding dengan Najwa Latif. “Entah.. nanti kita bawa dia jumpa bomoh,” Syikin menjawab soalan Adira. Terselit gurauan. “Bomoh cina ke siam?” soal Shiela pula. Dia tesenyum jahat. “Bomoh kau!” Syikin menjawab dengan nada yang marah.

            “Just kidding okeh. Hehe..” dua patah Shiela gelak. Pelik! …

            Ila kembali ke belakang dewan. Apalagi, 15 N.G pun ikut joinlah! Takkan tak nak join kawan sendirikan.. “Ila! Kau Nampak tak tadi? Semua terkejut wehh…” Syikin orang pertama menegur Ila. Siap peluk lagi.. “Wehh.. geli wo! Blah..” Ila menggerakkan bahunya.

            “Eleh.. muhrimkan?” Syikin mencebik. “Perempuan dengan perempuan. Lelaki dengan lelaki. Perempuan dengan lelaki kalau dah kawin ye?” Eyin memberi ceramah percuma.

            “Alah, cakap tak supa bikin,” Elly menyiku perut Eyin. Sakit dibuatnya budak kecil tu! Dahlah kecil, kena hentam pulak dekat perut. Kesian… “Ila, masukkan MV kau dalam Youtube,” Ikin memberi cadangan.

            Eeleh.. nanti orang tekan unlike, mampos gua!” Ila menepuk dahinya. “Alah.. padahal suka!” Ikin menjelir Ila. “Hahaha.. tak mahulah! Nanti Najwa Latif hilang popular dia!” Ila berkata seraya ketawa kecil. 15 N.G yang lain turut tergelak. Diorang ni, kalau tak ketawa setiap 5 minit, memang tak sah! Wajib ketawa. Kalau tak, boleh pengsan!

            ***********************

            “Betul nak buat PREP dalam bilik kesihatan?” soal Is. Dia masih takut. Manohara mengangguk. “Doktor?” “aku dah beres dah.. doktor tak ada,” Manohara menjawab dengan bersungguh-sungguh.

            “Cik Sofie?” soal Is kali yang ketiga. “Kalau kena denda, lari naik turun tangga je,” jawab Manohara bersahaja. “Ha! Gila apa? Kena naik tu 5 kali beb,” bahu Manohara dipukul kuat oleh Is.

            “Alah, baru kuat stamina,” sampuk Ikin. Dia tersengih. “Bla..bla..” Is menjeling. Mulutnya dicebik.

3 MINGGU SELEPAS DUDUK DI BILIK KESIHATAN…

            Praapp… bilik kesihatan tersebut dibuka perlahan. Persis cerita hantu. “Ohhh.. di sini rupanya kamu berlima!” Cik Sofie bercekak pinggang. Di sebelahnya Kak Amie yang menjongket kening. Sukalah tu..

            “Jaja, Syikin, Adira, Kira dan Aflin! Lari naik turun tangga 5 kali. Pergi panggil lagi sepuluh kawan kamu. Ikut join!” arah CIk Sofie. Matanya tersembul keluar. Telinga pun dah berasap menahan kemarahan. Nasib baik tak ada penyembur pemadam api, kalau tak dah lama Jaja pergi ambil.

            Aflin keluar dari bilik kesihatan seraya naik ke tingkat tiga untuk memanggil lagi sepuluh kawannya. Tidakkah terlalu ramai?

2 MINIT KEMUDIAN… “Ha? Apalagi? Cepat!” Cik Sofie mengarah. “Amie, tenggokkan 15 ekor budak ni ya. Pastikan diorang habis denda,” kata Cik Sofie seraya beredar.

            “Keju betul! Apa panggil kita ekor?” Eyin mencebik. “Betul,” sahabat karibnya, Elly menyokong. Bibir dimuncung panjang.  

            Selepas 5 kali naik turun tangga, barulah selesai urusan mereka. Fuh! Punyalah penat. Nak longgar kaki sorang-sorang. “Nak lagi?” Kak Amie menyoal. Terselit juga sindir-sindiran halus kepada 15 N.G. “Boleh juga!” kepala Faz mengangguk laju.

            Kak Amie menjeling geram. “Dah! Awak semua membazirkan masa emas saya. Sekarang masuk PREP!” jerit Kak Amie lantang. Jari telunjuknya ditujukan ke arah tangga. Fuh! Nasib tak suruh naik turun tangga lagi. Mulut Faz ni memang nak kena cili! Baru tadi Kak Amie baik macam bidadari, dia nak pergi naikkan kemarahan Kak Amie. Dahlah kalau Kak Amie tu marah mengalahkan muka setan! Seram nak mampos. Sebab tulah, jarang orang nak permainkan dia kecuali 15 N.G. kalau Kak Amie baik semacam, semua dekat dan ada yang tersenyum memandang dia. Tapi, kalau Kak Amie marah, sumpah! Tiada siapa yang nak dekat dengan dia apatah lagi senyuman. kalau ada yang beri senyuman pun akan dibalas dengan jelingan setajam pisau samurai! Menusuk ke kalbu! Okey, itu profail sampingan Kak Amie ya?

           15 N.G segera masuk ke dalam PREP. Ni tak tahulah kali ke berapa diorang kena denda dan buat rekod disiplin. “Fuh, baru nak sedap-sedap duduk dekat bilik kesihatan yang tersedianya aircorn!” Adira mengomel. Masih belum puas duduk di dalam bilik kesihatan. Kalau boleh, dia mahu sahaja pengsan! Tak payah belajar dan boleh tidur puas-puas. Suka!

            “You right. I think, esok kita lepak dekat tempat,” Syikin berkata.muknya sedih semacam.. “Where and wae?” soal Adira.

            “Esok kena lepak dekat bilik puan besar! Mampos LOL!” Syikin merenyukkan bau kurungnya. “Ha! Mana kau tahu?” terbuntang mata Aflin. Bahu Shiela ditarik.

            15 N.G masuk ke dalam kelas. “Tadi lorr.. aku dengar bisikan halus Cik Sofie,” Syikin menjawab lemah. “Puan besar atau guru besar?” soal Shiela kepada Syikin. “Pengetua..” dengan baik hati, Kira tolong jawab. Dia ketawa besar.

            “Jap! Bukan semuanya sama eh?” tangan Siti diangkat. Pening dengan soalan Shiela dan jawaban Kira. Baginnya, Pengetua,Puan Besar mahupun Guru Besar, sama saja..

            “entah..”

            “sama..sama.. sama sangat!”

            “betul..betul..betul..”

            Hai! Nilah masalah cakap dengan budak tak tahu nak jawab soalan. Rasa nak lempang je mulut dua ekor ni! “Dahlah! Jomlah lepak..” Syikin menjerit. “Kaki lepak! Buat kerja rumah tak hendak,” Nikita tersenyum jahat.

            “Homework apakah yang kita ada ya?” soal Syafikah sambil menggosok tangan. Tidak sabar hendak memegang pensil. Memang rajin! “Geo dan Sej,” jawab Nikita. Buku lok dikeluarkan dituruti oleh buku teks tebal.

            “Malas nak buat,” Syikin berkata. Dia melentokkan kepalanya ke dinding seraya memejamkan mata. Ok, time to sleep! “Tak takut kena denda lah minah ni,” Adira mencubit paha Syikin. “Ouch! Sakitah bodoh,” pahanya digosok kasar. Sakit wooo…

            “Woi, ketua yang disegani lagi dihormati! Do your homework. Kau tu dicontohi,” Adira menyerahkan buku milik Syikin. Wait.. contohi? Mencontohi perangai buruk Syikin? Apakah yang ada di dalam otak Adira? Sewel ke hape?

            “Hehe.. tahupun aku ni ketua yang disegani. So, tolong wat kan untuk aku,” sengih Syikin lebar sehingga ke pipi. “Banyak hodoh muka hang! Buat sendirilah beb,” Adira mendengus geram. Dia ketawa terekekek-kekek.

            “Semua! Bertenang ya? Kat bilik puan besar kan ada penghawa dingin! Mesti syok punyalah,” Kira tersenyum sinis. “Syok? Syok kena rotan!” Jaja memeluk tubuh. “Rotan? Jap.. apa kesalah kita ah? Kan tadi dah kena denda naik turun tangga! Ini tidak adil.. tidak adil.. bagiku! Owh~” dalam gaya marah, sempat lagi Ila bernyanyi.

            “Mungkin ada benda lain kot,” fikir Eyin. Jari telunjuk diletakkan di dagu. Seperti gaya orang sedang berfikir. “Woi cenetott! Dahlah kecik, nak bagi idea BENDA LAIN KOT?” Is mengejek Eyin seraya ketawa terkekek-kekek. “Pooddaaahhh..” mata Eyin dijengkilkan. Terasa ingin menyili sahaja mulut Is yang memang suka menyakitkan hari orang.

            Tangan Syikin diangkat tanda menyuruh mereka berhenti. Senyap. 15 N.G memerhatikan keadaan sekeliling. Lagi 15 orang pelajar yang memandang mereka. Ada yang berbisik, ada yang menjeling. Mungkin sebab mereka terlalu bising. “Ngeee…” selamba Siti mengiringi giginya yang putih. Iklan colgate sementara! Kerja part time ye..

            “Apa pandang-pandang? Ada hutang?” soal Wina dengan nada keras. Kasar sungguh. Nama dahlah lembut, tuan kasar gila! Semua pelajar perempuan memandang ke hadapan semula. Tidak kuasa melayan karenah 15 N.G yang memang mempunyai reputasi yang buruk berbanding pelajar lelaki dari Sekolah Menengah Ayer Cetek yang berada bersebelahan dengan Sekolah Menengah Ayer Dalam.

            “Lepas ni, kita nak pi mana?” soal Wina. Keningnya dijongket tiga kali. Syikin mengeluh kecil. “Sayang, kita ke dormlah! Habis, kau nak pergi tandas ke ah?” terjojol mata Syikin menahan kemarahan. “LOL! Selalu kita lepak dekat hujung padangkan?” Wina menyoal buat kali yang kedua.

            Dahi Syikin diketuk dua kali oleh Syikin. “Hari Isnin ialah hari cuti bagi kita. Cuti dari masalah..” Adira tolong jawab.

            “Masalah? Bukan kita baru buat masalah eh tadi?” “Itu kebetulan saja,” sampuk Nikita. Buku berjudul Ombak Rindu yang dipinjam dari perpustakaan ditutup. Nak joinlah tu. Memang rajin Nikita ye?

            ********************************

DI DORM….

            15 N.G duduk setempat di tengah-tengah dorm. Pelajar lain, semuanya ada yang mandi, ada yang tidur dan ada yang bergosip sana sini. Nagi 15 N.G, hari Isninlah hari tanpa masalah disiplin! Hari untuk mereka berbual di tengah-tengah dorm yang luas itu.

            “gossip pertama, Mimi kedengarnnya sudah pulih!” Syafikah, selaku ketua GOSSIP 1 tersengih. “Alhamdulillah..” Syikin meraup muka.

            “sendiri buat, sendiri mahu ucap syukur!” Adira tersenyum jahat. Wina, selaku ketua GOSSIP 2 tersengih.  

            Kening Syikin dojongket tanda menyuruh Wina memberi tahu gossip terkini. “okey, aku dengar nama kumpulan 15 N.G sudah sampai nun jauh ke SM Ayer Cetek,” dia tersenyum girang selepas memberitahu gossip terkini.

            “wow! Amazing! Ahaks,” Adira buat-buat batuk. Seyumannya sehingga ke telinga. “what! Sampai ke telinga pelajar lelaki hensem! Its can be,” Izz, perempuan gedik yang menerima surat palsu dari 15 N.G menyampuk. Kebetulan dia lalu di situ.

            “asal kau sibuk?” soal Ikin. “hei.. ikut I lah nak sibuk atau tak! Yang penting, nama korang tu kena hapus. Sepatutnya nama Nur Tengku Puteri Izzmaleza bt. Tengku Saifuddin yang harus diperkatakan. Yang harus digosipkan! YANG HARUS SAMPAI KE TELINGA PELAJAR LELAKI HENSEM DI SANA!!!” Izz meluahkan rasa geram yang teramat sangat. Fiona yang berada di sebelah terangguk-angguk dengan penuh semangat.

            Fiona menyampuk “and, sepatutnya nama I, Nur Fiona Shaliza bt. Raja Azmin yang patut kedengaran di sekeliling sekolah! Maklumlah, kami jelita lagi rupawan berbanding 15 N.G. alahai..” Fiorang membuat gaya gedik. Jarinya yang lentik diletakkan di dahi.

            Kumpulan 15 N.G sudah mula naik geram! Maposs.. siaplah Izz dan Fiona. “kami tak suruh pun korang menyampuk! Kalau nak sangat nama glamour, pergilah buat masalah peribadi. Ponteng sekolah ke apa!” marah Manohara.

            Dia bangun sambil bercekak pinggang. “hei, kami ni ada status tersendiri. Kami kalau nak kejar glamour, tak usah buat masalah pun! Petik jari saja,” Izz membuat gaya petik. Dia menjeling Fiona sambil tersenyum sinis. Fiona membalasnya. Faham dengan maksud rakannya.

            “tu kau petik, nothing be happen pun,” Is berkata seraya ketawa terkekek-kekek. Rakannya yang lain turut serta. “hish, buang masa aku bergaduh dengan budak terencat akal!” Izz bercekak pinggang. “you right Izz,” Fiona memeluk tubuh. Bibirnya dimcung panjang.

            “ada kitorang suruh kau cari pasal dengan 15 N.G?” soal Adira dengan nada sinis. Izz dan Fiona beredar dengan perasaan geram.

            Izz melabuhkan punggungnya di atas katil dengan kasar. “I nak bagi tahu Zul! Biar dia kerjakan 15 N.G,” Izz mengambil kertas seraya ditulis di atasnya ‘KERJAKAN 15 N.G! INI ARAHAN DARI GF MU SAYANG! ^^’ begitu ringkas.

            Fiona bersuara “but, macam mana kita nak beri kepada Zul?” persoalan Fiona membuatkan Izz terhenti senyuman jahatnya.  “you right! Arghh.. takkanlah kita nak jumpa dengan pelajar lelaki kot. Malu besar! Nanti tak pasal-pasal diorang lamar sayaa jadi GF diorang,” Izz perasan seorang diri. Fiona menahan muntah. Geli mendengarnya!

            “Izz, apa kata kita kenakan sendiri! what do you say, we make them shame in front of people. how?” Fiona menjongket kening. “that is great idea! Ok, but how?” soal Izz. Fiona mengaru dagu. “nanti saya fikir,” katanya. Perbincangan ditutup rapat!

SEMENTARA..

            “memang Izz dan Fiona tu, aku nak cili mulut diorang!” Syikin berjalan mundar-mandir. 15 N.G berada di belakang asrama dorm. “bagus! Mintak dengan mak cik kantin cili padi yang baru dipetik!” Is berkata seraya ketawa terkekek-kekek.

            “jap.. Is, kau bagi aku idea!” Kira tersenyum lebar memandang Is. “apa?” soal Is sambil menjongket kening. Dia masih berfikir, apa dia idea jahat di dalam otak Kira yang bergeliga tidak terkata itu! “cili…” jawab Kira sepatah.

            “Eyin, tolong ambilkan buku conteng kau dalam beg! Set sekali dengan pen ya?” arah Kira. Eyin menurut tanpa banyak soal. Lagipun, itu memang tugas dia. Menyediakan barangan keperluan seperti buku conteng ataupun pensil.

            Tidak sampai 3 minit, Eyin kembali semula. Buku conteng diserahkan kepada Kira. “buku hasil kejahatan kita tak bawak?” soal Faz. Eyin mengangguk seraya diberikan pula buku senarai kejahatan mereka yang disenaraikan di dalam buku setebal 200 muka surat. “baru 5 kesalahan! Sikit..” Faz mencebik.

            “tambah nilai Top-Up!” kata Ikin. “apa kena-mengena?” berkerut dahi Adira mendengar kata-kata Ikin. Yalah, datang-datang, Top-Up! Apakah?? “yalah, tambah nilai kejahatan! Lagipun tahun ni PMR, habiskan masa kita dengan melakukan kesalahan. Lepas tu, 1 bulan sebelum PMR, kita buat kebaikan..” jelas Ikin. Tangannya didekap ke dada.

            “ayat kau okey! Tapi dengarnya kaya berjiwang si..” Nikita tersenyum jahat. Sebutanya juga dibunyikan indonesia sikit-sikit. Ni mesti kes suka sangat tengok cerita Indonesia. “korang nak belajar last minutes?” soal Syafikah. Maklumlah, dia budak rajin!

            “hahaha.. tak adalah. Okey, tumpukan kepada projek kejahatan kita! Fiona dan Izz, bersedialah!” Elly ketawa kecil. Ketawa yang cukup menyeramkan. Kira membuka penutup pen jenama Pilot. Mahal tu!! Pen bewarna biru pulak tu..

            Buku conteng dibuka seraya matanya meliar memandang muka-muka jahat kawannya. Tanda menyuruh memberi cadangan kepadanya. Siti menggaru kepala yang tidak gatal. Syafikah, teman baiknya menggaru dagu. Sedang berfikir sejenak. Kalau berfikir tentang kerja rumah tidak apalah! Ini tentang nak kenakan orang! Tuhaaa.. kerja rumah Geografi dan Bahasa Melayu belum dibereskan. Mereka tidak kisah kerana di dahi mereka sudah tercop nama BUDAK NAKAL! Bukan itu sahaja, tangan mereka juga sudah dicop sebagai BUDAK MALAS! Ish..ish..ish.. cobaan guru-guru mereka dapat anak murid macam ni. Dah tu ramai! 15 orang.

            Kira memetik jari. “lupa pulak! Cili..” Is mengangguk laju. “sebenarnya, aku nak letak cili dalam makanan yang diorang nak beli,” Kira memberi tahu idea tersiratnya. 14 rakannya terdiam. Tiada langsung gelak ketawa yang selalu didengari jika ada sahaja idea jahat turun ke dalam otak terlebih geliga mereka itu.

            Kening Kira dijongket sambil tersenyum sehingga ke pipi. “maksud kau apa?” soal Aflin. “maksud aku, masa diorang nak beli makanan, kita letaklah serbuk cili!”jelasnya. “how?” Aflin menyoal buat kali kedua. Siap dengan speaking lagi.

            “its easy dear. Izz dan Fiona selalu cuci tangankan? Masa tu, kita tipu-tipulah yang tu makanan kita. Lepas tu letak serbuk!,” Kira menerangkan dengan penuh kesungguhan. Suaranya dikawal rapi agar kakak-kakak senior yang skema tidak mendengarnya.

            “nice. Tapi, siapa yang nak buat?” kini, Adira pula bersuara. Satu per satu muka kawannya ditenung dengan lama. “ha! Faz dan Aflin,” jari telunjuk Adira ditujukan ke arah Faz dan Aflin yang berada berdekatan dengannya. Mereka berdua tersenyum. “on!” jawab mereka serentak.

            Kira tersengih. Idea mantapkan.. wahh.. KIra sungguh cool!! Kira tersengih sambil membuat tanda peace! Aman…

            “cili nak bantai dekat mana?” Adira menyoal buat kali kedua. Bagus sungguh sikap penolong ni! Patut dicontohi dan dijadikan idola persoalan! Haha! “mak cik kantinlah.. cakap je yang kita nak bikin projek. Lagipun mak cik kantin tu baik. Kita bayarlah..” Kira menjawab. “kita? Kau bayar sorang-soranglah!” belakang badan Kira ditepuk kuat oleh Nikita. Ganas!

            “kita satu gengkan? Seorang kena bayar 20 sen!” tangan Kira dihulurkan. Bagaikan orang meminta sedakah. Masing-masing menyeluk poket seraya diserahkan 20 sen kepada Kira. Dia tersengih. “duit ni guna untuk bayar cili! Kalau aku tahu kau gunakan untuk kepentingan diri, aku tonyoh cili tu dalam mulut kau!” Is dengan garangnya memberi peringatan. Matanya dijengkilkan. Kira mengangguk laju. “aku simpan amanahlah Is!” kata Kira. Is mengangguk laju.

             “jomlah! Kejap lagi solat Zohor. Lepas tu kita kena pergi riadah petang,” Syikin bangun dari duduknya. Konco-konconya menurut kata dan perbuatan ketua yang dihormati lagi disegani. Sangatlah..

            “belum pukul tiga. Apakata kita ke kantin,” kata Eyin. Dia menggosok perutnya yang sedari tadi asyik berbunyi. “orait! Jom!” Elly, kawan baik Eyin mengangguk setuju. Sebenarnya, dia pun lapar. Maklumlah, perah otak untuk kerja tak berfaedah. Sampai perut pun berkeroncong macam bunyi muzik rock!

            15 N.G bergerak ke kantin. Setibanya di kantin, Eyin orang pertama yang memesan roti coklat 2 biji. Set dengan air kotak dua. Dasyat sungguh budak cenettot ni! Elly pula hanya mintak nugget 4 biji dan air mineral sudah memadai.

            Okey, cukuplah setakat dua orang sahaja. Hendak tulis sampai 15 orang pelajar beli makanan, alamatnya, sakitlah jari! Uhuks..

            Selesai membeli makanan, 15 N.G bergerak ke asrama masing-masing. Mereka tidak kisah makan dalam dorm. Lagipun, mereka makan di katil masing-masing. Ikin lagi seronok, katil single je..

10 MINIT KENDIAN… selesai makan, 15 N.G mengambil kain sembahyang masing-masing. Mereka semua keluar dari dorm dan menuju ke surau! Jap! Wah, ini perkara ajaib kerana 15 N.G keluar begitu awal dari dorm. Selalunya, merekalah yang paling lambat! Kalau lawan dengan kura-kura, agaknya binatang tu kot yang sampai dahulu.

            Selesai Solat Zohor, mereka semua terus pulang ke dorm untuk menukar pakaian riadah. Nak bersenam katakan.. katakan … bukan buat pun! Pergi lepak adalah 15 N.G ni!

            “jom ke kantin, aku bercadang nak jumpa mak cik kantin! Mintak cili. Aku, Is dengan Jaja je. Yang lain cover line okey? Pergi senam sana..” selamba Kira memberi arahan. Lagak seperti ketua!

            12 rakannya menurut perintah. Mereka semua turun padang.. ehh.. bukan kawad kaki yang kiri kanan kiri ya! Haha..

            Kira, is dan Jaja menuju ke arah mak cik kantin yang sibuk membersihkan kaunter. Maklumlah, nak tutup gerai katakan! “mak cik!” jerit Kira bersahaja. Terkejut dibuatnya Mak Cik Shaperah! Kain buruk yang dibuat lap tadi entah melayang ke mana. Mak Cik Shaperah mengurut dada seraya menjeling ke arah Kira.

            “apa-apa ehh.. apa?” soalnya dalam keadaan melatah. Memang itulah Mak Cik Shaperah. Suka melatah tidak kena tempat! Macam-macam perkataan yang akan keluar dari mulutnya. “saya nak beli cili padi dua batang boleh?” soal Kira. “jap! Dua batang? Ehh.. untuk cili, batang ke?” soal Jaja. Sedikit keliru dengan kata-kata Kira.

            “hish kau ni! Ni bukan masa BM okey? Nanti kau Tanya cikgu. Aku malas nak ambil kisah,” Kira menepuk bahu jaja. “cili padi? Ada.. RM 2!” Mak CIk Shaperah pergi ke belakang kantin untuk mengambil cili padi yang dipesan oleh Kira. Ala-ala kedai mamak pulak!

            Tidak sampai 1 minit, Mak Cik Shaperah sudah muncul. Dia menyerahkan cili padi tersebut kepada Kira. “nak RM3! Simpanlah yang satu ringgit lagi. Atas jasa Mak Cik Perah bantu kami,” Kira menyerahkan duit kepada Mak CIk Shaperah yang dipanggil Mak CIk Perah. Duit tersebut diambil dengan penuh teruja. Dia mencium duit tersebut beberapa kali seperti mendapat emas.

            Jaja, Is dan Kira terus blaahh dari kantin. Mereka bertiga meluru ke arah padang. “cili tu kau letak dekat mana?” Is menyaol. “poket!” poket seluar sukan Kira ditepuk. “jangan kau bland pulak!” Is mengingatkan Kira. Kira mengangguk laju seperti roket. Tidaklah seperti roket. Kalau laju seperti tu, alamat dah taraaa kepada Kira!

            “Kira! Kitorang dekat sini!” jerit Shiela. Tangannya dilambai tinggi agar tiga rakan itu Nampak kelibat 12 orang pelajar yang berkumpul di situ. Kononnyalah bersenam.

            “hah! Amacam? Dapat tak cili?” soal Aflin. “of course! This is Kira as you know. Cili ni special sikit. Jenis padi!!” “padi? Kau biar betik??” soal Syikin. Matanya terbuntang luas. Padi tu! Ingat tak pedas ke?

“haah! Padi.. bukan padi huma yang kita belajar untuk Geografi masa form 1 tu,” Jaja menyampuk. Ingat lagi dia tentang padi yang ditanam di tepi-tepi bukit tu. Ehh.. yeke? Kena rujuk balik buku teks! Ahaks!

            “nanti kita cincang dekat bilik memasak! Aku dengar, esok ada kelas memasak untuk ERT,” cadang Is. “jap.. kelab or kelas ERT?” Aflin membetulkan ayat Is. Setahunya, esok tiada apa-apa mengenai masakan. “hehe.. kelab! Nanti aku cincang masa kelan ERT! Orait? Aku dengan Faz,” Is tersengih. Cutenya!!

            **********************

            “cikgu Nampak tak?” soal Is. Kepalanya diangka tinggi, memerhatikan kalau-kalau Cikgu Roslina nampak. “tak. Cepatlah cincang. Karang aku cincang mulut kau baru tahu! Cepat..” Faz membuntangkan matanya. Is menjeling kegeraman. Kalau cili tu ada lagi satu, dah lama dia pergi lumai dalam mata Faz. Biar buta! Aman dunia sementara..

            Is menumbuk cili tersebut sepantas kilat. Sepatutnya mereka menumbuk bawang, tetapi lain pula jadinya. Mujurlah Faz cover dengan dia yang menumbuk bawang.  “selesai?” soal Faz. Dia berhenti menumbuk bawang.

            Ibu jari kanan Is diangkat tanda selesai sudah. Cikgu Roslina yang kebetulan lalu di situ mengetuk meja. Matanya membuntang luas. “ha? Apa yang korang bincang ni? Sudah siap potong bawang?!” soal beliau. Faz dan Is tersengih sendiri. Tapi, dalam hati mereka, hanya tuhan sahaja yang tahu! Takut bertentang mata dengan CIkgu Roslina, cikgu tergarang di sekolah itu.

            “bagus! Sekarang kita akan belajar buat telur dadar bersama mayonis,” kata Cikgu Roslina. Beliau bergerak ke hadapan. Is mengurut dada. Faz  menarik nafas sedalam yang boleh. Selamat!!

            ***********************

WAKTU REHAT…

            Izz dan Fiona meletakkan pinggang mereka di atas meja seraya menuju ke sinki. Wow! Rancangan seperti yang dirancang oleh 15 N.G.

            Aflin dan Faz berjalan ke arah meja tersebut seraya duduk di atas kerusi. Cili yang sudah dicincang halus diletakkan di dalam pinggan nasi Izz dan Fiona. Mereka berdua tergelak kecil seperti sudah menang dalam aktiviti mengenakan orang.

            Tidak sampai 1 minit, mereka berdua beredar. Izz dan Fiona muncul dalam keadaan sedang bergelak ketawa dengan gediknya! 15 N.G menjeling mereka berdua.

            “jom makan!” Izz berkata. Sudu dan garfu diambil dengan penuh kelembutan. Seperti makan di hotel bertarafkan 5 bintang.

TIBA-TIBA… “pedassss!!!” jerit Izz. Fiona yang baru sahaja menelan nasi goreng turut merasa kepedasannya. Dia mencari-cari air sirap yang dibeli. Habis satu cawan pun tidak cukup. Kecoh satu kantin melihat keadaan kelam-kabutnya Izz dan Fiona yang sedang mencari air untuk menghilangkan rasa pedas.

            Mereka berdua lari ke tempat orang menjual air dan terus bantai semua air tersebut. LEGA! Hilang rasa kepedasan cili padi. Mereka berdua membayar air tersebut.

            “Mak Cik Shaperah! Kenapa nasi goreng USA ni pedas?” soal Izz tidak puas hati. Dia memeluk tubuh. Mak Cik Shaperah “apa-apa ehh..ehh..” latah Mak Cik Shaperah. “apa? Pedas?” soalnya. Laju Izz mengangguk.

            “macam mana boleh pedas? Orang lain makan, okey je..” katanya. Dia mahu reputasinya sebagai tukang masak setanding Chef Wan. Dia tidak mungkin salah dalam bab-bab untuk memasukkan bahan-bahan masakan.

            Izz menyerahkan pinggan makanan yang dibelinya. “rasa..” katanya sepatah. Tanpa banyak soal lagi songeh, Mak Cik Shaperah mengambil sudu seraya menyenduk nasi tersebut dan disua ke dalam mulut. “nyumm! Mak cik suka pedas,” Mak Cik Shaperah tersengih. Membuat lucu.

            Pelajar-pelajar perempuan yang sibuk memasang telinga tergelak besar. 15 N.G pun sama. Rasa nak tergolek di atas lantai kantin. Mata Fiona dibuntangkan. Geram kerana sahabat baiknya digelakkan oleh orang lain.

            “saya lapor dekat cikgu,” ugut Fiona. “hei! Kenapa kau nak lapor? Kalau mak cik kantin tak ada, sapa yang nak masak untuk kitorang ha?” SYikin menyampuk. “ha! Jawab..” Adira mendabik dada. Pelajar lain bersorak. “boooo!!!”

            Izz dan Fiona mengetap bibir menahan malu. Mereka berdua keluar dari kantin. “hahaha.. rasakan kejahatan milik 15 N.G!” Manohara tergelak jahat. “betul! Tapi taklah sejahat Hitler,” tambah Sheila.

            “misi selesai! Masuk dalam buku rekod kejahatan,” Siti bertepuk tampar dengan Syafikah. “hahaha..” Syafikah ketawa tiga pertkataan. Selepas itu, 15 N.G bergerak masuk ke dalam kelas.

            Izz dan Fiona menjejak masuk ke dalam kelas. Baru selangkah Izz masuk, satu kelas sudah ketawa terkekek-kekek. Tidak ketinggalan ketua kelas, Nabila dan penolong ketua kelas.

            Izz meraup muka. “15 N.G!!!!” jeritnya sambil memandang kumpulan tersebut. “apa?” soal mereka semua serentak. Seperti dirancang. Ahh.. sebenarnya memang sudah dirancang! “kamu semua sengaja nak memalukan saya!” Fiona membuntangkan matanya.

            “siapa makan cili…” “dia yang terasa!” Aflin menyambung ayat Faz. Sebenarnya, tak ada kena mengena pun. Tapi oleh disebabkan kejahatan mereka menggunakan cili, mereka guna kata perpatah SIAPA MAKAN CILI DIA YANG TERASA. “pembetulan! Siapa makan cili, dia yang terasa pedas. Orang itu ialah Fiona dan Izz, yang sedang marah-marah!” Nikita membuat pantun 4 kerat.

            Pecah tawa 15 N.G dan pelajar kelas 3 Cekal. “assalamualaikum…” Cikgu Aimy, guru bahasa inggeris yang amat disayangi oleh semua pelajar sekolah memberi salam. Kelas semuanya diam. Bagaikan malaikat maut baru lalu.

            Mereka semua menjawab salam. “cikgu! 15 N.G masukkan cili ke dalam nasi goreng saya,” Fiona mengadu. Dia membuat muka sedih. “cikgu tahu. Dah kecoh satu sekolah. Mereka ni memang sudah dicop senarai budak nakal dalam fail PPD!” Cikgu Aimy berkata. Buku teks diletakkan di atas meja.

            Dengan selamba, 15 N.G tersengih meriringi gigi putih mereka. Wow! Sampai kepada pihak PPD. Apakah? Owh.. Pegawai Pendidikan Daerah. Mungkin.. hehe!!

            “cikgu ni, buat kami mengembangkan hidung je,” Syikin berkata. “okey, done? Cikgu nak start mengajar ni.. Izz dan Fiona, nak terpacak macam tunggul kayu ke di sini? Pergi sana duduk,” Cikgu Aimy mengarah.

            Lambat Izz dan Fiona mengorak langkah ke arah tempat duduk mereka. Mereka berdua menjeling ke arah 15 orang pelajar itu. Diikutkan hati, memang rasa nak cili semula mulut mereka!

            ********************************

DI DOM…

            “lagi 5 bulan dah nak PMR,” badan Syikin dihempapkan di atas katil. WIna membuka tudung putihnya dan dibaling di atas katil. Dia duduk di atas katil. Adira memanjat tangga untuk naik ke katil atas, katil pinjaman dari sekolah untuknya.

            “so? Kenapa pulak?” soal Wina dua kali. Terasa pelik kerana melihat Syikin seperti orang yang dalam kesusahan. Mungkinkah dia sedang memikirkan tentang PMR? Owh.. itu memang mustahil! Nak kata konflik, tidak juga.

            “aku risau kalau tak dapat 8A..” kata-kata Syikin membuatkan semua kawan-kawan 15 N.G tersentak. Tidak sangka kata-kata yang memang sukar keluar dari mulut Syikin keluar jua. Nilah pertama kali dia dengar yang Syikin risau mengenaik Syikin. “alah, PMR lambat lagi. 5 bulan,” Adira turun semula dari katil.

            Dia mengajak 15 N.G berkumpul di tempat Syikin dan Adira tidur. Semestinya duduk di atas lantai. Takkanlah di atas katil. 15 orang duduk, alamatnya patah.. WINK!

            “Syikin, kau demam?” Is mengambil berat tentang ketuanya. Dia menggeleng lemah. “bermula bulan depan, aku nak berubah. Tak mahu jadi budak nakal!” kata Syikin.

            “kenapa?” soal Adira. “aku nak ikut jejak langkah kakak aku, Amira! Dia dapat 8A PMR. Ayah ngan mak aku bangga. Aku jeles. Sebab tulah aku jadi macam ni. Aku nakal! Aku tak ada masa depan start tingkatan 1 lagi. Ayah ngan mak aku asyik dengan kakak aku je. Tahun ni dia SPM. Mereka tak pernah ambil kesah tentang aku. Tak pernah bagi sokongan pun! Diorang selalu bagi sokongan dengan kakak aku je. Kalau kakak aku nak benda tu..benda ni.. diorang beli! Aku? Mintak belikan beg sekolah pun tak leh. Amira tu? Mintak Iphone, boleh je! Asyik-asyik, Amira yang cantik ~ Amira yang bijak ~ Amira yang sopan ~ Amira yang baik ~ Amira yang tidak ada rekod dispiln ~ Amira yang dijadikan pelajar contoh! Aku? Aku tak. Aku hanya Syikin yang bodoh ~ Syikin yang tidak sopan ~ Syikin yang ada rekod disipin ~ .. aku sedih! Sebab tulah aku hargai 15 N.G!” buat pertama kali, 15 N.G melihat Syikin menangis teresak-esak. Barulah mereka tahu konflik sebenar Syikin menagapa dia jadi begitu nakal.

            Adira memeluk Syikin. “weh… kenapa kau tak cite awal-awal?” Adira meyoal. “aku malu!!” jawab SYikin. “kau tak perlu malu Syikin. Kau tu sebenarnya bijak. Cuma kau tak tahu gunakannya. Kami akan bantu kau sebagai kawan yang setia!” Is memberi kata semangat.

            “thanks.. sebab tu aku hargai korang.. janji eh, bermula tahun depan kita bubarkan kumpulan kita. Kita tukarkan kepada 15 Nice Girl. 15 N.G,” Syikin mengelap air mata. 14 orang rakannya menggerumuni Syikin. Mereka semua mengangguk setuju.

            **********************

BULAN DEPAN.. (bulan apa, malas nak kasi tahu!)

 

            “Assalamualaikum.. alahamdulillah! Sejak akhir-akhir ni cikgu tak dengar dah rekod disiplin dan masalah di sekolah ni,” Puan Sufiah berucap. Beliau memandang 15 N.G atau ditukar kepaa 15 Nice Girl.  “Wassalam! Alhamdulillah,” Syikin meraup muka. “Betul tu betul!” Adira meniru gaya Upin dan Ipin. Mereka semua tergelak.

            “Udah dikata si.. 15 N.G pasti aja bisa jadi good girl,” Nikita bersuara menggunakan bahasa INA. “Bajet kau. Acu cakap dalam bahasa Korea.. cer?” Elly memberi cabaran. “Nae malhaedo, 15 N.G daebak!” dengan ayat yang karut-marut Nikita menjawab. Kasi hentam, asal dia Berjaya sahut cabaran!

            Elly bertepuk tangan. Puan Sufiah menggelengkan kepalanya apabila melihat karenah Elly dan Nikita. Macam belum berubah je. Masih dengan perangai budak kecil. Eyin yang berada di sebelah Elly mencuit-cuit pinggang Elly.

            “Rancang kita nak say sorry dekat Fiona ngan Izz bila?” “Entah. Nanti kita tanya Syikin ngan Adira. Aku malas nak plan ni. Bab prank, aku on tabik terus!”  Elly membuat gaya tarik. “Eleh..on tabik terus konon. Pleaselah..” Eyin membuat gaya gedik.

            “Budak pendek bergedik!” Elly mengejek Eyin. “Biarlah. Pendek comel macam Luhan!” Eyin menutup mata. Terbayang Luhan dari grup Exo-M. Comel gile! Lebih comel dari LJOE mahupun L. “Aku pelekungakan!” Elly menolak perlahan kepala Eyin. Mereka berdua tergelak.

            *******************

            “Okey, soalan Geografi ni macam Mr,Simple je,” Ila menarik buku nota Is. “kalau koyak, aku lempang muka kau!” Is mengetap bibir. Ila ketawa kecil.

            “Tak PMR lah aku kalau kau lempang muka aku!” Ila menjerit seraya tergelak. “Gelak je kerja kau. Dah macam Cik Ponti Anak Remaja,” Wina mengejek Ila. Maklumlah, peminat setia Cik Ponti kot. Nasiblah bukan CIK TON COMEL TAK? LOL! :x

            Ila mencubit bahu Wina. “Heee.. Cik Ton Comel Tak?” keluar jugak soalan tu dari mulut Ila. Bijak kau penulis! (PERASAN!) “Tak.. muka cam karipap basi,” sampuk Manohara sambil mengunyah keropok pedas. “Yelah tu. Cam keropok basi adalah,” Adira pula menyampuk. Jaja yang mendengar pebualan mereka sudah tersengih. Rasa nak join je bila dengar. Buku latihan ditutup. Dia berpaling ke belakang.

            “Apa yang korang bobelkan ni?” soal Jaja sambil menjongket kening. “Pasal Cik Ton,” jawab Manohara selamba. “Ha’ah.. bukan.. pasal Cik Jaja,” Wina mengerdipkan matanya dengan laju. Bajet comel.

            Jaja tersengih lagi. Masalah mentalkah? Ehh.. tak apa! SENYUM, TAK PERLU KATA APA-APA~ Senyum itu sedekah kan? Yo tidok? “Ishh.. femes sangat ke aku ni, sampai nak cakap pasal aku?” Jaja mula perasan sorang-sorang. Tolong sediakan baldi ya? “Perasan. Muka tembok! Haha.. sudah ah, buat latihan balik. PMR mahu dekat dah,” Is menendang kaki Jaja. Jaja menendang balik selepas itu mereka berdua ketawa besar.

            “Aflin, diam je. Masuk air ke?” soal Adira. “Bukan masuk air! Masuk  api,” jawab Aflin. “Awat?” Adira menyoal lagi. “Kerana cinta ku sudah membara. Ada cinta. Hehe..” Aflin meletakkan tangan ke dada manakala matanya ditutup. Loya sekejap Adira. “Jiwang karat terlebih karat!” Adira menggoyangkan bahunya.

            “Siti..siti.. saya Shiela dan ini Faz. Kami datang mahu tiru jawapan,” mata Shiela dikelipkan. “Shiela dan Faz. Mohon buat sendiri ya?” Siti mencebik. “Alah..” Shiela kecewa. Sedih bukan main.  “Syikin?” Shiela memandang Syikin yang sedang membuat latihan Matematik.

            “I will teach you if you want,” ewahh.. joget lagu Oh My English lah macam ni kan? “Sure. Thanks Syikin. So difference like orang sebelah,” mata Faz dijeling ke arah Siti. “Me? Hishh. Peleku karat aku ketuk kau!” Siti menumbuk telapak tangannya. “Opps..opps.. Beautiful Girl,” Faz meniru gaya G.NA dalam lagu Oops. Mujur sahaja tak rap macam IlHoon.

            “Amboi.. nyanyi lagu Oops tak nak ajak,” Kira bercekak pinggang. “Perlukah?” Syafikah menyampuk. “Miss right!” jawab Kira. “Miss Wrong. New song from Teen Top,” Ikin menyampuk sambil membelek buku latihan Geografi sambil berdiri.

            Macam-macam karenah 15 N.G walaupun PMR hampir tiba. Belajar pun masih main-main walaupun sudah berubah. 15 N.G tetap 15 N.G! tidak ada peganti seperti Yookyung yang akan tinggalkan kumpulan APINK. Ewahh.. kalau Yookyung baca ni, confirm boleh jadi new member untuk group APINK. Ahakss.. sorry pembaca sekalian.

 

           

**********************************

HARI MENERIMA KEPUTUSAN PMR..

            Seperti sedia maklum, 15 N.G sudah berubah! Mereka tidak lagi nakal senakal si penulis ni! Hehe..  dengar cerita, Syikin sudah menjadi pengawas sekolah yang paling berdedikasi. Kalah ketua pengawas sekolah. Cikgu-cikgu sekolah pun suka.

            Adira pula menjadi pengawas pustaka sekolah. Ila, jadi pengerusi bilik muzik, biarpun baru tingkatan 3. Mereka betu-betul berubah! Kelas tambahan tidak pernah ditinggalkan. Mereka juga sudah meminta maaf dengan guru-guru sekolah, Mimi, Izz dan Fiona. 

            Kalau ada pelajar membuat kesalahan, mereka menegur dengan cara baik. Buku rekod disiplin juga sudah bersih, sebersihnya air sungai yang mengalir deras di dalam hutan.

            “Pelajar yang mendapat 8A ialah… semua geng-geng 15 N.G dan lagi 2 orang pelajar. Di dalam grup 15 N.G, hanya seorang yang tidak dapat 8A…” “Kira, kamu dapat 7A sahaja..” nada Puan Rozita sangat sayu. 15 N.G menatap wajah KIra. “its okey cikgu. Yang penting, itu usaha saya! Bukan dari orang lain,” Kira mampu tersenyum

            “Alhamdulillah, tahun ini, pelajar PMR kita mendapat 16 orang. Iaitu 14 daripada 15 N.G, Nabila dan Ainor!” ucapan Puan Sufiah amat menggembira pelajar Sekolah Menengah Ayer Dalam. Maklumlah, selama ini mereka hanya dapat 5 ataupun 6 orang sahaja yang mendapat 8A PMR.

           Puan Sufiah memeluk pelajar-pelajar yang mendapat 8A dan tidak lupa juga Kira. “nak pindah ke??’ soal Puan Roslina. “tak.. kami nak belajar dekat sekolah ni! Sebab kamilah insan yang telah melakar sejarah. Ingat, senakal manapun seseorang itu, kalau mereka bersuaha pasti akan Berjaya!” ucap Syikin.

            Satu dewan memberi tepukan paling gemuruh buat Syikin, pelajar terbaik tingkatan 3 pada tahun 2012. 

            “cikgu bangga dengan kamu..” Puan Aimy tersenyum manis. “kami bangga jadi rakyat 15 N.G!” kata Wina. Mereka semua ketawa terkekek-kekek.  

            Akhirnya, mereka semua Berjaya menjadi pelajar yang berguna. Mereka juga menjadi pelajar contoh untuk pelajat terbaik PMR! Ingatlah, senakal mana pun seseorang itu, jangan sangka mereka tidak bijak ye? ^^

            Selepas itu, 15 orang pelajar itu mengeluarkan sehelai kertas. Seorang demi seorang memberikan kertas tersebut kepada guru-guru. Biar mereka baca.

 

 

 

 

 

 

SALAM CIKGU, THNX SEBAB MENGAJAR DAN MENDIDIK SAYA SELAMA INI. MOGA DIHALALKAN YE? SAYANG CIKGU! AND, KEPADA BUDAK TINGKATAN 2, JANGAN JADI MACAM KAMI. NAKAL TAK BERTEMPAT! HAHA.. ANYWAY, GOODLUCK UNTUK PELAJAR TINGKATAN 2 YANG AKAN MENDUDUKI PMR TAHUN DEPAN. LAKARLAH SEJARAH DENGAN LEBIH CEMERLANG LAGI TERBILANG OKEH? ~Syikin~

HAI YOP!! SALAM DAN HAI KEPADA SAUDARI DAN SAU.... EHH.. ADA KE SAUDARA? WHAT EVER. ADIRA NAK UCAP TENG SEBAB AJAR ADIRA YA CIKGU? CAYANG CIKGU! J ~Adira~

Anneyong anneyong kepada semua peminat setia Ila ye? Ahaks uhuks.. hehe.. Ila nak ucap kansammida dekat cikgu yang Ila sayangi.. sob sob!! Sedih nak baca! Haha.. Ila nak yang SPM  n PMR tahun depan sentiasa JA JA FIGHTING!! okey, tu je. Bubai! ~Ila~

Salam 1 Sekolah Menengah Ayer Dalam. Tak mahu tulis panjang sebab saya memang malas owangnya! Ngeh.. tengxx sebab ajar Is n gudlucky to form 2 yang bakal jadi from 3 next year. ~Is~

Cak! As’mualaikum kepada semua warga SM Ayer Dalam. Dekat sini, Nikita nak tulis kepada semua guru-guru yang mengajar Nikita dan yang tidak mengajar Nikita. Nikita nak ucap tengs sgt2. Sayang cikgu! Terutama Cikgu Aimy. Nikita nak mintak maaf sebab dah sakiti hari cikgu. Harap dimaafi dan disusun sepuluh jari! J . and, Nikita nk mintak maaf dekat CIk Sofie dan semua Extima yang TIDAK SKEMA! Haha.. :P Nikita harap, kita dapat jumpa lagi taun depan. Orait? Nak mintak maaf dekat semua kengkawan Nikita jugak! Sorry sakitkan hati. Chill .. ~Nikita a.k.a Amelin~

Hello! Okey, nak ucap maaf dekat cikgu dan kawan semua. Terima kasih sebab ajar saya ye cikgu? ~Jaja~

Hai.. malasnya nak tulis sebnarnya, tetapi dipaksa oleh ketua yg disegani! SYIKINlah.. haha! Kira nak ucap terima kasih dekat semua guru-guru dan kawan-kawan sebab selama ini sabar menghadapi karenah kami yg mengada ni ya! Minta maaf kalau terkasar bahasa or dah sakitkan hati korang. Seikhlas ~Kira~

Salam, Hai, Hello and ect. Okey, gila sebentar ye? Haha.. kat sini.. sini? Okey, bukan dalam kertas. Tulis dalam kertas, cakap dekat mulut. Lalala.. Hara nak ucap terima kasih kepada cikgu yang selama ini memberi semangat dan sabar menghadapi karenah saya, kawan-kawan yg sabar menghadapi perangai tidak matang saya. Kahakh! Ahh.. sudah, saya menjadi budak nakal di sini sekali lagi. Orait! Mintak maaf semua! ~Manohara~

Anneyong Chingu! Siti nak ucapkan Selamat Tamat PMR! Kahkah.. Dan SPM ye? Ngee~Siti~

Salam kepada semua pendengar-pendengar Radio Kertas FM! :P orait! Haha.. BYE! (tu je? Yeah.. MINTAK MAAF eh? ^^v) –Wina budak pemalas!-

Salam satu MALAYSIA!! Wow, ayat yang cukup menarik yang ditulis oleh Saya, Syafikah a.k.a Pikah! Haha.. cill.. ayat apakah? Okey, Syafikah nak ucap yang Syafikah mintak maaf dekat semua Extima yang Skema! Alamak! Sowwiii ye? Hihi.. Syafikah nak mintak maaf dekat sume cikgu and Extima yang cantik manis lagi menawan! Anak Bandar..owh..anak bandar.. memang cantik lagi menawan yayayyaya.. –Syafikah-

YO! Assalamualaikum, Salam 1MALAYSIA, apa khabar,  Hello, anneyong dan bla..bla.. today, nak cakap yang saya minta maaf sebab dah guris hati comel awak semua ye? Thnx sebab bagi ilmu agama kepada kami! Salam sayang –Ikin-

Nak minta maaf, nak ucap 3mas! XD ahaks!! Pendek je.. –Shiela-

Assalamualaikum! Nama saya Eyin Centetott! Okey, saya tahu and saya nak ucap terima kasih kepada semua guru-guru yang dicintai *tarik tisu* haha.. Dan, wanna to say sorry to Cik Sofie dan Kak Mie. Meeeeee….. ~~Yang cute, Eyin~~

Elly dan Epit? Hei! That’s not my name dear. J My name is Elly ok. Nothing to wrote but, I only want to write is, Sorry to all teacher and Senior.. Thank you bcZ Teached me not stop! (tanpa henti) ~The Bajet English, Elly~

*nangis!!* Salam cikgu.. hukhuk.. saya takkan lupakan cikgu, TQ sebab ajar saya sampai saya berjaya! Saya sayang cikgu! Sayang sgt.. tak caya? Belahlah hatiku. ~Aflin~

Hello.. my syg everyone! Hakhak.. Saya nak ucap, TerimaSih to cikgu2 dan cenior dan cunior! ~Faz~

 

                                                            TAMAT!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

           

           

           

           

 

           

           

            Hi!! ^^ Maaflh kalau cerita ni boring n ayat x sedap sebab masa saya tulis ni, saya masih mentah dalam dunia penulisan! XD

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet