Episode 2 - Meet Xiumin

EXO Love Story

      Hari ke-2 selepas pelajar baru masuk. Ains, Jumin, Syeol dan Suny datang ke sekolah bersama-sama dengan menaiki kereta Ferrari milik Ains. Semua pelajar berkerumun keliling mereka kerana terpegun melihat kereta yang megah itu.

      "Wah Ains!! tak sangka pulak awak ada kereta Ferrari. Bangga saya jadi kawan satu kelas dengan awak." Kata Niao iaitu ketua pelajar kelas 3 Exotic.

      "Eh, saya ingatkan pelajar sekolah ni ada kereta macam ni." Jawab Ains.

      "Taklah, awaklah orang pertama yang naik kereta Ferrari datang ke sekolah." Kata Niao

      "Oh ye ke. Tak tau pulak. Haha."

      Apabila pelajar asyik 'usha' kereta Ferrari Ains. Loceng sekolah berbunyi menandakan kelas akan bermula. Semua pelajar tadi kelam-kabut lari masuk ke kelas kerana takut cikgu Minho datang.

      "Weh Ains, awak pergi kelas dulu la. Saya nak pergi ke tandas. Pandai-pandailah bagitau kat cikgu Tiffany." Kata Jumin.

      "Amboih. Ok lah. Cepat sikit tau." 

      Jumin tergesa-gesa berlari ke tandas. Dalam perjalanan hendak pergi ke tandas, Jumin terlanggar seseorang dan jatuh. 

      "Eh, awak tak apa-apakah?" Kata Xiumin.

      "Oh takpe..saya ok je, jangan risau." Balas Jumin.

      Alangkah terkejutnya Jumin apabila melihat lelaki yang berada di hadapan matanya itu ialah seorang yang paling dia minati iaitu Xiumin.

      "Waaaahh!!!" Jumin terjerit. 

      "Kenapa awak? ada apa-apa ka?" kata Xiumin.

      Jumin tidak mampu berkata apa-apa kerana dia masih terkejut melihat Xiumin di hadapannya. 

      "Takpelah awak..saya balik kelas dulu. See ya later." kata Xiumin.

      Jumin hanya melihat Xiumin beredar dari situ dan berkata dalam hati.

      "Ni mimpi ke??! Kenapa boleh terserempak dengan Xiumin kat sini? Omg hatiku rasa nak tercabut. Macam tak percaya je jumpa Xiumin kat sekolah ni."

      Jumin terus bangun dan bergegas ke tandas. Apabila selesai, dia terus masuk ke dalam kelas dengan senyuman yang selebar-lebarnya. Jumin terus duduk di tempatnya. Dia masih tersenyum. Semua orang di dalam kelas tertumpu kepada Jumin yang senyum seorang diri.

      "Jumin? Awak fikir apa tu? Tumpukan perhatian dalam kelas." Tegur cikgu Tiffany.

      "Maafkan saya cikgu, cuma tadi terserempak dengan angel kat depan tandas." kata Jumin.

      Semua pelajar 3 Exotic ketawa.

      "Ada-ada saja kamu ni Jumin. Ok kita teruskan pelajaran."

      Sesungguhnya detik itu merupakan detik yang tidak akan dilupakan oleh Jumin selamanya. Dia bertekad untuk menceritakan perkara itu kepada Ains, Suny dan Syeol apabila kelas tamat. 

 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

     Another chapter done! :D Hope korang suka <3 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
syiffa #1
Chapter 4: awat sweet sngat...
syiffa #2
Chapter 5: best,,,gilerrr
jiumin #3
Chapter 1: saya suka..saya suka
ainso94 #4
daebaklah!!!!!!!!!!!!!! go go! fighting!!!!!!