The Story of Penunggu ULZZANG

Penunggu ULZZANG //MALAY ONE-SHOT FANFIC//

Luna POV

Sehari sebelum puasa, 1.15pagi.

Akhirnya, aku selesai menyusun barang-barang di bilik. Semuanya telah tersedia. Katilku juga telah ku letak cadar yang sama dengan bantal-bantal di atas katil. Kini, aku cuma perlu menolong ibuku di dapur.

Sewaktu aku keluar daripada bilik, mataku terpandang ke arah bilik arwah datukku yang sudah lama ditinggalkan dan tiada sesiapapun yang berani masuk ke dalam bilik itu. Entah kenapa, terasa diriku seperti dipandang seseorang. Ahhh!! Tak mungkin itu. Aku beranikan diri untuk berjalan menuju ke bawah walaupun tangga itu bersebelahan dengan bilik arwah datukku.

"Luna!! Mari tolong mak!".

Suara ibuku memanggil aku untuk turun dan menolongnya mengangkat barang. Aku tekad turun ke bawah tanpa menolaeh ke belakang.

Pukul 2.00pagi.

Walaupun tinggal separuh sahaja barang-barang yang tertinggal, aku tidak berdaya lagi untuk mengangkat barang dan aku mengambil keputusan untuk berehat.

Semasa aku ingin membuka pintu bilik, sekali lagi aku merasakan seseorang memerhatikan aku.. Tak mungkin ia wujud lagi. Tuannya juga sudah tiada. Bisik hati aku lalu membuka pintu. Tiba-tiba aku terdengar bunyi dentuman yang kuat dari arah bilik arwah datuk. Aku segera masuk ke dalam bilik dan cepat-cepat menutup pintu. Jantungku berdegup kencang. Nafas juga kadang-kadang tersekat. Aku terus berlari ke arah katil dan melompat terus aku menutup muka dengan bantal kepalaku. Adakah semuanya akan berada di dalam keadaan baik-baik saja? Kata aku di dalam hati. Tapi aku cuba untuk melihat sekeliling bilik. Aku cuba mengangkat kepalaku dan dengan perlahan aku cuba memandang ke arah pintu. Tiba-tiba...

Ravi: Apa ni? Tak payah nak berbahasa baku sangat lah.. Cakap terus lograt utara.

Luna: Woi Jin!

Ravi: Aku bukan Jin BTS lah. Aku Ravi okay.. RA-VI~~

Luna: taulah. By the way, bukan aku yang cakap berbaku-baku ni. Ni semua kerja author-nim, wahai Ravi.

Ravi: Pulak? Author-nim. Awat hang pi tulis berbaku-baku ni? Satgi budak-budak hat dok baca fanfic ni lari la~~

Author: Ravi~~~ (Whisper) bukan apa, tapi satgi kalau-kalau ada orang luaq yang nak baca fanfic ni macam na? Kalau dia tak paham, satgi dia cuma baca description ja. Kalau aku buat ayat berbaku-baku ni at least orang yang tak tau BM (Bahasa Melayu) ni boleh translate kat Bing ka, Yahoo ka, janji bukan kat Google sebab ayat-ayat dia berteraboq. Tungging terbalik.. -_-

Ravi: Ya lah.. Ikut hang lah.. Hang author-nim.

Author: Baguih!! Luna, boleh sambung balik baca fanfic ni.

Luna: Okay!

Luna POV

Tiba-tiba aku ternampak seorang jejaka berambut putih berbaju putih lusuh. Dia memandang tepat ke arahku namun ianya tidaklah kelihatan seperti sesuatu yang menyeramkan. Tapi, sewaktu aku melihat kebawah, kakinya dipenuhi dengan darah dan juga ulat-ulat yang keluar dari isi kakinya.

Aku terkejut lalu aku menutup mata sekuat-kuatnya. Tapi, selepas 15saat aku menutup mata, aku beranikan diri untuk membuka mata. Aku ternampak dia tidur disebelahku. Wajahnya bertentang wajahku. Sangat rapat. Aku terus menjerit ketakutan kemudian menutup mata kembali. Secara kebetulan, ibu dan adikku di atas dan mereka terdengar jeritan aku. Ibu terus meluru masuk kedalam bilik aku.

"Luna!! Kenapa menjerit pagi-pagi buta ni?".

Aku berhenti menjerit lalu aku membuka mataku sekali lagi. Ianya sudah hilang. Hanya ibuku dan adikku selain aku disini.

"Kalau Luna menjerit lagi, jiran-jiran kita di luar sana akan marah.". Kata ibuku.

"Tak mak.. Saya.... Saya nampak.....".

"Takkan ada lah semua benda tu. Esok kan puasa..". Adik aku tiba-tiba menyampuk dari belakang.

"Sudah.. Jangan nak fikir bukan-bukan. Luna tidur dulu. Esok tolong mak lagi.".

Aku cuma mengangguk lalu menutup mukaku dengan bantal dakap. Selepas ibu dan adikku beredar dari bilikku bulu roma aku meremang lagi. Adakah ia datang lagi? Aku berdoa di dalam hati berkali-kali. Sekali lagi, aku menjauhkan muka aku daripada bantal dakapku lalu membuka mata. Aku nampak ia!! Ia ada di hadapanku, berdiri kaku di sebelah meja bulat kecil tapi kali ini dia tersenyum manis. Berbaju putih bersih dan tiada ulat disekelilingnya. Adakah itu ia yang menghantuiku? Bisik aku di dalam hati.

"Kau siapa?", aku bertanya kepada ia.

Dia mula tersenyum sadis padaku lalu datang mendekat padaku.

Berderum darah merah yang mengalir di dalam tubuhku. Aku bertanya lagi. "Apa hajat kau ke sini.".

"Aku mahu menghalau orang asing jauh daripada rumah ini.".

Aku terpaku mendengar kata-katanya. Aku cuba menerangkan hal yang sebenarnya. "Kau yang patut dihalau. Aku sebenarnya cucu kepada arwah datuk aku. Aku dan keluargaku kembali ke sini kerana sudah tiada sesiapapun yang meninginkan rumah ini...".

"KAU BOHONG!!!".

Alangkah terkejutnya aku apabila ia berkata begitu.

"Tatap mata aku...".

Aku cuba menatap matanya walaupun di dalam ketakutan. Matanya... Anak matanya seakan-akan anak mata seekor harimau yang sedang mencari mangsa. Aku takut, tapi aku masih menatap matanya.

"Maafkan aku.". Katanya dengan segera menundukkan kepalanya.

Lidahku kelu, tidak boleh berkata apa-apa. Namun, apakah maksudnya?

"Kau memang cucu kepada tuan aku." . Sambungnya lagi.

Aku berfikir sejenak, tuan? Adakah ini benar benar saka belaan arwah atuk aku?

Entah bila, ia betul-betul berada di hadapan aku. Ia duduk tanpa kerusi, itu yang membuatkan aku semakin takut. Ia tersenyum sinis. Tangannya diletakkan di atas lututnya. "Kenapa tuan aku tak memberitahu tentang kau kepada aku?".

"Tuan kau?". Tanya aku.

Ia mula membuka mulut, "Datuk kau sebenarnya tuan aku. Aku telah menjaga rumah ini semenjak tuan aku meninggal. Selepas itu, arwah pak cik kau dan keluarganya telah berpindah ke sini, dan kerana dia telah ingkar larangan aku, dia mati...".

"Jadi, kaulah yang membunuh arwah pak cik aku?". Tanya aku sekali lagi.

Kali ini ia menggenggam tangannya dengan kuat sehingga berdarah. "Ya.".

Tanganku bergetar-getar, takut diapa-apakan, "Apa yang membuatkan kau tega membunuh arwah pak cik aku?".

"Tiada siapa yang boleh memasuki bilik tuan aku. Tetapi, dia telah melanggar pantang larangku.".

"Bilik?", Aku merasa takut bila mendengarnya namun aku musykil, "Tunggu sekejap, jadi kau ni penunggu di rumah ini?".

"Ya.".

Aku terkejut besar. Dai benar-benar saka milik arwah datukku, aku bercakap dengan ia dan ia berada di hadapanku sekarang...

Ravi: Apa main saka-saka nih?

Luna: You saka! Pergi jauh-jauh. Cerita belum klimax lagi.

Ravi: Nak main jauh-jauh la nih. Tapi boleh tak sebut 'dia'. Aku ni wujud lah!

Luna: Author-nim yang letak 'ia', okay...

Ravi: Author-nim lagi.. Lantak kat dia. Kau sebut ja 'dia' tuh. Orang yang baca pun boleh faham jugak.

Luna: Ye lah. Sekarang kau pergi jauh-jauh.

Ravi: Heeeeheeeeeehheeeeeeeeeeeee~~~ (Mengilai)

Luna: Eleh! Mamat ni, ada hati nak jadi puntianak. Choi!

Ravi: Ikut suka hati aku lah!

Luna: Hidup lagi binatang nih... (Baling kuali)

Ravi: Kyyaaaaa~~~ Lam, alif, ra', ya, run for your life!! (Lari)

Luna POV

Dia masih memandang aku dengan penuh kenaifan. Tiba-tiba, tangan kirinya mula memegang pipi kananku. Aku tak boleh mengelak melainkan menangis ketakutan. Namun, dia hanyalah mahu mengesat air mataku yang telah lama mengalir jatuh ke pahaku. Aku memandang dia dengan penuh kehairanan. Dia tidak ubah bagaikan manusia.

"Maafkan aku kerana buat kau takut dengan aku...".

Takut? Mestilah! Kau datang tanpa diundang, ada ulat dan darah di kaki kau sudah cukup membuat aku menangis ketakutan dari tadi. Ucap hatiku yang masih berdegup kencang.

"Aku tahu apa yang kau katakan di dalam hati.". Kata dia dengan bernada sinis.

"Ma.. Maafkan saya...".

Sekali lagi, air mata berlinangan dan dia tetap mengesat air mataku.

"Nama kau siapa?".

Tiba-tiba aku ditanya soalan sebegitu. Adakah dia sudah melupakan permintaan maafku tadi? Bisik hatiku lagi.

Dia menurunkan tangannya selepas dia selesai mengesat air mataku, "Aku akan maafkan kau selepas aku tahu nama kau.".

"Nama aku Luna...". Kataku dengan gagap.

Dia melihat pula tangan kirinya lalu berkata, "Aku sudahpun maafkan kau. Nama aku Ravi.".

Ravi? VIXX? Bikseu? Starlight?! RAVI??! Jerit hatiku. Dengan segeranya kedua-dua mataku dicuci dengan kedua-dua tanganku berkali-kali. Iya! Wajahnya persis Ravi. Tangan kananku mula menyentuh pipi kirinya tanpa takut. Iya! Dia bagaikan Ravi. Kenapa aku tidak tahu tentang ini dari tadi?

"Kenapa?". Tanya Ravi sambil memegang tangan aku yang berada di kedua-dua pipinya.

Aku baru tersedar dari lamunan selepas tanganku dipegang oleh dia.

"Kenapa?", dia tanya soalan yang sama.

Aku menjawab dengan spontan, "Patutlah kau nampak macam ulzzang.".

"Ulzzang?", Ravi terfikir sejenak. "Ulzzang? Apakah?".

"Ulzzang bermaksud comel dan cubby."

"Cubby? Apakah?". Dia bertanya lagi.

"CUBBY TU TEMBAM LAH. TEMBAM..", kata ku menengking. Bila terfikir sejenak, ia itu bukan manusia. Jadi, aku pelahankan suara dan berkata, "Maaf, aku berkasar dengan kau tadi.".

Ravi tersenyum sinis lalu berkata, "Manusia memang sebegitu. Panas baran. Mudah sangat melatah.".

Aku ketawa perlahan lalu berkata dengan nada sinis, "Manusia tak sempurna...".

"Dan sebab tu juga aku bunuh datuk kau dalam diam...", Ravi mencelah dikala aku belum sempat menghabiskan ayat aku.

Aku terkejut lagi, kenapa dia sanggup membunuh tuannya sendiri. Tiba-tiba, satu tusukkan yang menembusi dadaku telah membuka mataku seluas-luasnya. Mulutku terbuka walaupun menahan rasa sakit. Rasa sakit yang teramat pedih. Aku juga sedar, dia sudah tidak ada di hadapan aku, tetapi dia berada di sebelah aku. Dia bertukar semula menjadi sedia kala. Namun raut wajahnya dipenuhi dengan nanah dan ulat serta bau busuk. Aku tidak dapat berbuat apa-apa kerana tangan kirinya menembusi dada aku.

"Tuan aku juga tidak dapat bergerak kemana-mana seperti kau sekarang. Aku akan terus mencari anak cucu tuan aku untuk dibunuh sehingga aku dapat menjadi manusia semula.". Kata Ravi, tapi kali ini suaranya amat garau.

Mataku cuba memandang ke arah Ravi walaupun nyawaku seperti ditarik. Dia sangat-sangat mengerikan. Aku membuka mulut dan berkada dengan penuh kesakitan, "Kenapa.. Kenapa kau... Nak bunuh... Errgghhh~~ Bunuh aku...?".

Matanya bertukar menjadi putih dan menjerit sekuat-kuatnya, "KERANA KAU ORANG YANG LAYAK DIBIUNUH!!".

Itulah kata-kata terakhirnya dan pada waktu itu tangannya menyentuh dada aku lalu merobek kulit dan mengambil jantung aku dengan cepat. Dia mengeluarkan jantung aku dari tubuh dan...

"AAARRRRGGGGGHHHHHHHHHH~~~~~~~~~~~~!!!!".

Aku menjerit sekuat hati aku lalu bangun dan duduk di atas katil. Aku memeriksa tubuhku. Tiada lubang mahupun darah. Syukur, ia hanyalah mimpi. Aku cuba menenangkan diri dan melihat keadaan di sekeliling. Tiada apa-apa yang berlaku. Aku pujuk diriku sendiri untuk bangun keluar dari bilik kerana sekarang jam sudah menunjukkan pukul 9 pagi.

Semasa aku berjalan dihadapan bilik datuk ku untuk menuju ke bawah, aku memandang sekali lagi bilik itu, apakah ia wujud? Bisik hatiku ketakutan. Lalu aku berlari menuruni tangga dan beredar dari bilik itu.

Sebulan kemudian, 1 Syawal, di rumah, 12 tengah hari.

Bulan dinanti, Syawal dirai. Rakan-rakan aku dan adikku mula membanjiri rumah. Mereka dihidang pelbagai kuih-muih dan minuman. Ibu bapa ku pula sibuk pergi ke rumah kawan mereka.

"Luna! Jom ke rumah aku pula.". Kata rakan ku yang sedang menikmati kuih tart yang ibu ku beli di pasaraya.

"Sebentar. Aku mahu menukar baju dulu.". Kata aku disambut dengan senyuman. Aku berlari-lari anak menuju ke atas lalu membuka pintu. Pada waktu itu, belum sempat aku menutup pintu, aku terlihat ada seseorang di hadapan bilik stor. Berbaju putih dan berambut keperangan.

"Ravi?!". Kata aku di dalam ketakutan serta mataku terbuka luas.

Dia hanya tersenyum sinis dan tidak berbuat apa-apa melainkan berdiri tegak.

Kerana itu, aku terus menutup pintu lalu mengunci pintu itu supaya tiada sesiapa yang boleh masuk. Aku berdiri betul-betul di belakang pintu. Perlahan-lahan aku duduk bercangkung. Nafasku tersekat-sekat. Aku betul-betul berada di dalam ketakutan. Tiba-tiba, pintu diketuk tidak bersuara. Acap kali pintu diketuk makin kuat. Aku menangis lalu...

"AAARRRRGGGGGHHHHHHHHHH~~~~~~~~~~~~!!!!".

T.H.E.E~~~

Ravi: Apa nih? Cerita belum habis lagi lah. Biar aku jelaskan semuanya.

Ravi POV

Yang sebenarnya, aku masih berada di hadapan bilik stor dan berdiri ke arah pintu Luna. Bunyi ketukan pintu tu? Ya. Aku yang buat, tapi pada waktu itu aku masih berada di hadapan bilik stor. Hanya Luna sahaja yang mendengarnya. Bagaimanya aku melakukannya? Aku kan hantu belaan manusia..

Aku tersenyum tatkala tubuhku berubah menjadi kotor dan berulat sambil berkata dengan nada garau, "Aku akan terus memburu. HAHAHHAAAHAHHHH~~~~!! HAHAHHHHAAAAAHHAAAHHHH~~~~~!!! HHHAAHAHHAAAAHHH~~~~!!!!".

T.H.E.E.N...

Luna: Aku rasa macam ada yang tak betul jer dengan statement kau.

Ravi: Biar arr~~ Statement aku, bukan statement kau. Kang aku sula kau macam dalam mimpi kau tu baru tahu.

Luna: Sula konon. Baca doa kang baru tau.

Ravi: Alaa~~ Jangan la..

Luna: Tau pun takut. Choi! Bagitahu cerita yang sebenar!

Ravi: Dah.. Dah... Nanti suruh Author buat sambungan. Apa-apapun, sebelum author-nim nampak ni, sempat lagi untuk saya dan Luna serta member-member VIXX dan f(x) dan juga boygroup, girlgrup serta artis-artis di Korea Selatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin kepada STARLIGHT, AFf(x)TION serta semua fandom-fandom yang menyambut Hari Raya. Maaf jugak bagi pihak Author-nim kalau ada ayat tak betul atau cerita tak best. Author-nim pun banyak lagi ff yang dia nak kena post. Lagipun, Author-nim still newbie kat AFF ni. Dan mintak maaf jugak lah kat Luna sebab kacau mimpi kau tu.

Luna: Aku dah maafkan, aku pun nak mintak maaf sebab pegang muka kau. Dah kau tu ulzzang. Aku peganglah muka kau tu.

Ravi: Aku maafkan jugak...

Luna: Kepada yang still membaca ni, kalau ada cadangan atau nak memberi huraian, boleh ja komen kat bawah ni. Kami berdua nak menjamah ketupat dulu. Paipai~~ ㄴ(^_^ㄴ)

Ravi: Ppyong~~ (~_^)//

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Wonsik_Sai
CC lembab! Maaf sebab tak dapat nak edit cerita ni. Nanti kalau line clear, saya edit lagi sekali. Segala kesulitan amat dikesali. ㅠㅠㅡㅠㅠ

Comments

You must be logged in to comment
ramengirl17
#1
Chapter 1: Lawak siot! Even tak faham sangat. Sorry >_<
windbubblesehun
#2
Chapter 1: Sorry tp... sy x faham. -. Apakah?
akodorayaki
#3
Chapter 1: errr.. x faham.. hehe..