final.
L I B R A R Y" Aduhh ~ Aku dekat mana ni ? " Baekhyun melihat sekeliling nya.
" Hah ~ Macam mana aku boleh lupa aku masuk perpustakaan ni tadi ? Pelupa betul aku ni ! " Baekhyun melihat sekitarnya. Masih ramai lagi yang tak balik ke rumah.
' Budak lain semuanya tengah cari bahan untuk tugasan. Aku pulak, asyik melepak dekat sini tak buat apa pun. '
Tiba-tiba, mata Baekhyun tertumpu pada seorang gadis di penjuru perpustakaan. Gadis itu mengambil banyak buku untuk menyiapkan tugasannya. Baekhyun tertawa kecil.
Gadis itu kelihatan kelam-kabut mencari maklumat dalam setiap buku yang dicarinya.
' Nampak comel je dia dari jauh. Nak tegur la .. '
Baekhyun mula bangun dan berjalan ke arah gadis itu. Gadis itu khusyuk betul mencari maklumat.
" Annyeong ! " Baekhyun menarik kerusi di hadapan gadis itu dan dia duduk. Gadis itu tidak membalas sapaan nya. Baekhyun tersenyum. Dia tidak kisah jika gadis itu mahu membalas nya ataupun tidak.
" Awak nak apa? Saya tengah sibuk ni." Gadis itu mula memberi respon. Baekhyun merapatkan badannya pada meja.
" Rajin betul awak ni ek? Sampai awak tak sedar sekarang dah pukul 6 lebih. " Baekhyun melihat jam tangannya. Gadis itu tiba-tiba berhenti menulis.
" Apa ? Pukul 6 lebih ? Awak biar betul ni ?" Gadis itu mula mengemas buku-buku yang berselerak. Jeritan gadis itu telah membuatkan separuh pengunjung perpustakaan memandang ke arahnya.
Gadis itu perasan akan renungan tersebut dan meminta maaf. Baekhyun senyum.
" Betul la ~ Takkan saya nak tipu .. " Baekhyun menunjukkan jam tangannya pada gadis itu. Gadis itu menyusun semua buku yang dia ambil dan biarkan nya di atas meja. Dia mula bangun. Baekhyun pun turut bangun.
" Awak nak balik dah ke? " Baekhyun bertanya. Gadis itu melangkah ke pintu keluar perpustakaan.
Baekhyun mengekori gadis itu.
" Awak ni kenapa ? Asyik ikut saya je. Saya nak balik lah. " Gadis itu mengambil begnya di dalam loker. Baekhyun masih setia di belakang gadis itu.
" Saya nak hantar awak balik. " Gadis itu terus memandang Baekhyun.
" Mianei. Saya tak kenal siapa awak, dan awak juga tak kenal siapa saya. Saya tak nak orang yang saya tak kenal hantar saya balik. That's it. "
Belum sempat Baekhyun bercakap, gadis itu berlalu pergi.
" Aish ! Aku tak sempat nak tanya nama dia siapa. Eh, kejap ! Dia pakai tag nama kan ? Asal la aku tak tengok tadi ?! " Baekhyun menarik-narik rambutnya.
' Aku harap esok aku jumpa lagi dengan dia.. '
Taeyeon duduk di meja dan kerusi yang sama. Baekhyun tersenyum. Andai masa ini boleh berhenti ...
" Hai, awak ! " Baekhyun cuba melihat tag nama Taeyeon.
' Taeyeon ~ Kim Taeyeon ~ Cantik nama dia macam orangnya jugak ! '
" Oh , hai. Awak datang perpustakaan ni setiap hari ke? " Taeyeon menyoal
Comments