Hero of The Apple Trees

Description

Populasi penduduk Korea Selatan pada tahun 2014 merangkumi sebanyak 49.3 juta penduduk. Di mana kota Seoul mempunyai bilangan penduduk yang teramai iaitu sebanyak 9.6 juta orang. Di selatan semenanjung Korea pula, terdapat sebuah pulau, yang memang tidak asing namanya. Pulau itu dikenali sebagai Pulau Jeju, atau Jeju-do. Pulau Jeju digelar sebagai Samdado, bermaksud pulau yang dilimpahi dengan tiga hal, iaitu batuan, wanita dan angin. Dibandingkan dengan ibu negara Korea Selatan, Seoul, Pulau Jeju mempunyai bilangan penduduk yang sedikit iaitu sebanyak 560 ribu orang penduduk sahaja.


Di sebelah barat daya Seongsan, Jeju,

 

terdapat satu kawasan perkampungan yang kecil, namun indah dihiasi deretan pokok-pokok epal di sepanjang jalan. Nama kawasan tersebut ialah Kampung Seongeup ataupun dikenali sebagai Kampung Kesyukuran. Mengapa Kampung Kesyukuran? Kerana dikatakan, pokok-pokok epal yang tumbuh di setiap tepi jalan itu adalah kurniaan daripada Tuhan atas segala penat lelah penduduk kampung yang sudah menginap lama di situ.

 

Tetapi, daripada 49.3 juta orang itu, hanya seorang yang memegang rahsia sebenar di sebalik legenda Kampung Seongeup.

 

Cerita ini bukanlah mengisahkan tentang kampung tersebut, tetapi ia mengisahkan tentang sebuah keluarga kecil yang menetap di Kampung Seongeup. Keluarga yang normal, hidup dalam  kehidupan yang sederhana, dan tidak mempunyai apa-apa keistimewaan untuk diceritakan. Secara jujur, siapa yang ingin memberitahu tentang kisah hidup sebuah keluarga yang tiada apa pun istimewanya? Pembaca pasti akan berasa bosan.

 

Tapi, pernahkah kalian mendengar satu fakta yang mengatakan penduduk di Pulau Jeju dikenali sebagai penduduk yang tabah dan mampu bertahan dalam situasi yang sulit? Sehinggakan rakyat Jeju menyatakan kehidupan mereka dengan ungkapan,

 

"Kebahagiaan itu kecil seperti butir pasir, sementara kesedihan itu sebesar batu karang."

 

Dan, ketabahan keluarga ini yang membuatkan hati aku tergerak untuk menceritakannya kepada kalian. Ketabahan dan pengorbanan si 'Hero' , yang terpahat dalam hatiku selama ini.

 

Aku tidak memaksa kalian untuk mendengarnya. Juga tidak memaksa kalian untuk membacanya. Kerana, aku tahu, si 'Hero' juga pasti tidak suka dengan cerita yang aku abadikan untuknya ini. Ingin tahu kenapa? Aku rasa, lebih baik jika kalian mencari sendiri sebabnya yang sebenar.

 

"He's not a professor, nor a millionaire, also not a guardian angel, but for me...he is."

 

StoryTeller

 


The Story Teller

 

 

 

 

 

 

Park Jin Young (GOT7)

 

The Reader

 

 

 

 

Ok Taecyeon (2PM)

 


Prompt

Super Junior - Thank You

For being my strength

When I was weary

And for always being by my side

I finally say this now

Thank you

And because of you

I’m happy

This is for you

 

Before my tears dry

They had to spill that day

You held my hand in the dark

Without a word, you watched over me

Thank you

 

You must have had a harder time than I did

You must have worried more than I did

Because of you I was able to stand

I often very thankful

 

There was so much you wanted to give me

You struggled with the fact that you couldn’t

Trust me, grab my hand

If with you

I feel like anything can be done, forever

 

Even if times get rough, I have you

Without having to say a word

There’s someone like you who already knows it all

I’m happy

 

Ulala Session - Memory

 

Because my heart is cold

Because my heart is empty

I called out your name

Like I am still together with you

 

Even yesterday,

Even today, without you

Even the coming days

I still feel lonely without you

 

I walked down the road we used to walk together, just like the olden days

As I think you all the memories that you left behind

 

You're my memory

You're my memory

More than looking back on the memories

More than your smiling face

 

You're my memory

You're still with me

I'll only cry today

I'll only cry for one more day

 

As time goes by

As my tears dry up

Even as I begin to smile again

The hole you left is still so empty

 

 

 

Foreword

Tajuk : Hero of The Apple Trees

Watak-watak : Park Jinyoung aka Jr. (GOT7), Ok Taecyeon (2PM)

Subjek utama : Kekeluargaan & Motivasi diri

Prompt : Thank You (Super Junior) & Memory (Ulala Session)

Tarikh mula : 19 Julai 2014

 


A/N:

Cerita ini adalah cerita oneshot pertama saya, dan ditulis untuk satu pertandingan. Ia diinspirasikan daripada kisah benar namun jalan ceritanya telah saya ubah sedikit untuk disesuaikan dengan tema pertandingan. Sebagai penulis baharu di AFF, saya akan cuba untuk buat yang terbaik, supaya dapat menghasilkan satu cerita yang boleh memukau semua pembaca malay fanfic . Saya berharap kalian dapat memberikan sokongan dan saya meminta maaf atas segala kekurangan yang terdapat di dalam cerita ini.

Poster cantik di atas adalah hasil kreativiti ♛neon-colors.com/graphics

Cerita ini adalah untuk  ღ THE ADVENTURINE ღ MALAY WRITING CONTEST

Comments

You must be logged in to comment
-BlueSky #1
oh damn! intro dia trlampau awesome^^
gud luck for the contest ^^~~
tenmachan
#2
waaa..mcm best je..good luck..sye pon join jgak..//sibuk je//..haha..
lyna_tiara #3
Berdasarkan intro, saya yakin cerita ni sangat interesting. Dan saya sangat tertarik dengan cerita ini. Jadi, saya akan tunggu update dari awak!

Goodluck ya? Saya tahu awak boleh :)
Figthing! :)
JHNDAE
#4
The intro of this oneshot dah cukup membuatkan saya tertarik dengan cerita ini.

Saya yakin, awak boleh buat, authornim.

Fighting :D
mo93
#5
You can do it... Fighting!!
AhnChanByul #6
update soon! tak sabar nak baca~!! cx btw, good luck untuk awk! :)
Jelly_Warrior
#7
Wooo..saya impressed dgn intro awak..seriusly..gud luck again utk awak;)
LovelyPurple96
#8
good luck...
best la...
try the best..
Hundotlove
#9
Good luck author nim //nyanyi lagu Beast - good luck// Plotline dia menarik^^
Yoon_Hannie
#10
Good luck author-nim!!! Waiting for update. ^^