A Message for the Heart

A Message for the Heart
Please log in to read the full chapter

 

“Kak.”

Ada satu suara memanggilku lembut.

“Kak Songhee… Saya ni.”

Perlahan-lahan kubuka kelopak mata yang terasa berat. Sepanjang malam tadi aku tak dapat tidur sebab sesak nafas. Inilah masalahnya. Bila musim sejuk menjelang, paru-paru ku jadi semakin lemah dan aku kerap diserang asma.

“Jae…” Aku tersenyum apabila melihat Jaebum menanti di tepi katil. Dia mengambil tempat duduk dan tersenyum padaku.

“Sorry, kak. Semalam baru dengar yang akak kena asthma attack lagi. Macam mana sekarang?”

Aku mengangguk lemah. “Okey dah. Doktor kata kalau semua okey, esok boleh keluar.” Aku memaksa diri untuk bangun duduk. Jaebum cepat-cepat membantu aku ke posisi duduk. Dia meletakkan bantal di belakangku dan merenungku dengan riak yang gusar.

Kan aku dah cakap? Jaebum ni baik. Tapi, aku bukanlah perempuan yang dia suka. Aku cuma seorang kawan, seorang kakak yang rapat dengannya.

“Kak Songhee,” seorang gadis tersenyum manis saat dia masuk ke bilik wad yang kuhuni. Gadis tersebut meletakkan sebuah bakul kecil berisi epal dan limau di atas meja katil.

“Terima kasih, Jooyoung. Susah-susah saja.”

“Taklah.”

Inilah gadis yang berjaya mencuri hati Jaebum, yang berjaya memecahkan hati batu jejaka tersebut. Kadang-kala, aku cemburu dengan Jooyoung tetapi gadis itu punya rupa yang cantik dan tulus, senyuman manis, tutur yang lemah-lembut dan perlakuan yang sopan. Aku suka dia, walaupun hatiku terguris setiap kali melihat mereka berdua bersama.

 

-

 

Kak, jmpa di restoran tepi JYPE mlm ni?

Ok, kul 8 akak ada kt sana.

 

Hatiku berbunga-bunga apabila Jaebum mengajak aku keluar makan. Aku tahu Jaebum tak ada apa-apa perasaan terhadap aku, tapi secara automatik aku mula cerewet dengan penampilanku. Pekatkan lipstik, pastikan eyeliner tak comot, touch-up bedak dan letak blusher di pipi. Rasa berdebar-debar bila Jaebum ajak jumpa.

Aku sampai di restoran tersebut tepat pukul lapan malam. Lebih menggembirakan lagi apabila kulihat Jaebum sudah pun menanti kedatanganku di salah sebuah meja, dan dia berseorangan.

“Kak Songhee!” Jaebum melambaikan tangannya padaku. Aku lantas berlari anak ke meja tersebut. Sebaik saja aku melabuhkan punggung, Jaebum menghulurkan menu padaku.

“Akak order je apa yang akak nak. Saya belanja,” dia tersengih lebar.

“Hm, lain macam je bunyinya. Ada apa-apa yang special ke ni?”

Jaebum tersenyum sipu apabila kuusik begitu. Dia menyentuh belakang lehernya.

“Taklah. Gaji baru masuk. Saja je nak belanja akak. Akak yang paling banyak tolong saya capai impian untuk jadi penari dan penyanyi sejak zaman sekolah.”

“Terima kasih, Jae.” Aku tersenyum padanya.

 

Ya, semuanya masih jelas di ingatanku. Aku berasal dari pekan kecil yang sama dengan Jaebum. Kami tak berapa rapat waktu kecil. Apabila menjelang dewasa, aku sering terlihat Jaebum berlatih menari di tempat yang berdekatan dengan tempat kerjaku. Aku mula berkenalan dengan dia dengan lebih dekat. Aku carikan bilik kosong untuk dia berlatih menari. Aku sering pinjamkan komputer ribaku supaya dia boleh tonton lebih banyak video tarian di Youtube. Kami banyak luangkan masa bersama sehinggalah Jaebum berjaya memenangi sebuah pertandingan tarian anjuran JYPE lalu diterima sebagai pelatih di agensi hiburan terkenal tersebut.

Kami berbual ringan sehinggalah hidangan yang dipesan tiba. Suasana senyap seketika apabila kami mula menjamah hidangan tersebut.

“Kak,” dia memanggilku perlahan.

“Ya?”

“Sebenarnya, saya ada sesuatu nak bincang dengan akak.”

“Apa dia?” Aku mengelap mulutku dengan napkin dan berhenti makan buat seketika.

“Em… Beberapa hari lepas, saya bergaduh besar dengan Jooyoung. Nak tanya pendapat akak sikit, boleh?”

Hatiku berderai apabila mendengarkan bibirnya pantas menyebut nama Jooyoung. Pertemuan ini bukanlah untukku, tetapi untuk dia. Tak apalah, aku dah biasa menyembunyikan perasaanku. Seleraku terus mati namun aku cepat-cepat mengukir senyuman.

“Oh, sebab tu rupanya. Kenapa tak cakap awal-awal? Kenapa dengan korang?”

Aku kongsikan pendapatku dengan Jaebum tentang hubungan dia dan Jooyoung. Aku sekadar berikan tips-tips untuk ambil hati perempuan, bila untuk beralah dan bagaimana untuk memujuk Jooyoung. Selepas itu, Jaebum tidak lagi bertanya tentang masalah perhubungan. Ku agak pastinya hubungan antara dia dan Jooyoung sudah semakin baik. Namun, akhir-akhir ini, kulihat Jaebum sering murung.

 

Satu hari, dia meminta untuk tumpang tidur di rumahku. Sememangnya sejak dulu lagi, sekali-sekala Jaebum akan tumpang tidur di rumahku. Apabila dia bergaduh dengan ibu bapanya atau pulang lewat malam dan tidak mahu menyusahkan rakan-rakannya, dia akan datang tumpang tidur di rumahku. Lagipun, aku tinggal sendirian saja di apartmen kecil ini, maka masalah ketidakselesaaan tidak pernah timbul kepada sesiapa dengan kehadiran Jaebum.

“Kenapa ni Jae? Akhir-akhir ni bad mood je?” Soalku ketika kami berdua menonton tv di ruang tamu.

“Em... Saya malu nak cakap dengan akak,” ujarnya ragu-ragu. Pandangannya setia pada perlawanan bola sepak di tv.

“La, nak malu apa? Cakap jelah. Kamu bergaduh dengan Jooyoung lagi ke?”

“Sebenarnya... Saya dan Jooyoung... Dah clash.” Jaebum menundukkan kepalanya.

“La, kenapa?”

“Entahlah. Mungkin saya yang tak cukup matang. Saya busy sangat akhir-akhir ni. Jooyoung pula, cepat kecil hati.Dia nampak tak gembira lagi dengan saya. Kami buat keputusan untuk berkawan je. Akak rasa, betul ke keputusan saya?”

Sejujurnya, aku kesal dengan keputusan mereka berdua. Jaebum dan Jooyoung sangat secocok. Dan tak banyak gadis yang boleh bersabar dengan sikap panas baran Jaebum.

“Hm, kamu pun tahu kan dalam sebuah perhubungan tu perlu ada tolak ansur, kepercayaan, dan yang paling penting, komitmen. Bagi akak, hubungan kamu berdua masih boleh diteruskan, tapi perlu ada banyak pengorbanan dan kesabaran. Akak pasti kamu dah fikir panjang sebelum buat keputusan, dan akak tak nak paksa kamu apa-apa.”

“Thanks atas nasihat akak.” Jaebum tersenyum tawar.

Aku tersenyum padanya. "Dahlah, jangan muram sangat. Lagipun kamu berdua berpisah cara baikkan? Bagi akak itu sangat matang bagi kamu berdua. Aku menggosok-gosok kepala Jaebum, membuatkan pemuda itu tersenyum.

 

Tipulah kalau aku kata aku tak pernah simpan apa-apa harapan, terutamanya sejak Jaebum kembali solo. Tapi aku dah cukup dewasa untuk tak mengendahkan hal-hal remeh macam tu

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
lunaticmoon
thank you to all readers and subber(s?) segan nk kacau wall korg so mention sini je ^//^

Comments

You must be logged in to comment
hopelesswriter #1
Chapter 1: Serius....amazing n saya sangat impressed...
sangat suka, walaupun besanya saya avoid fanfic group2 fofuler...
ending yang daebak, realistic and relatable...i really like it...
Thanks for sharing the interesting fic~
galaxy_here
#2
Chapter 1: sequel please ~
husna_luhan123 #3
Chapter 1: buatlah sequel pleasee.. sedihlah tngok songhee macam tu je huhu T_T