001

If Loving You Was A Mistake
Please Subscribe to read the full chapter

ღChapter.001
KAU GILA?

“ ..kau ni, dah macam zombie setahun tak minum darah. Zombie pun lagi energetic dari kau. Hish!..”

 



Sakit? Semestinya. Perit? Luka? Tidak dapat dibendung. Pengkhianatan? Dendam? Tentu sekali. Tapi bagaimana? Aku tidak dapat berbuat apa-apa. Kerana aku begitu lemah, senyumannya yang menawan, aku jatuh ke dalam perangkapnya.

Bagai seekor burung yang terperangkap di dalam sangkar yang dipenuhi dengan pisau di setiap penjuru, lalu dilepaskan dengan badan yang terluka.
Kini, burung itu kembali untuk membalas dendam, walaupun harus berkorbankan nyawanya.
 

 

 

"..but you gotta know geu nugudo nacheoreom
neol saranghajin motae geu nugudo namankeum
neol ihaehajin motae Ain’t Nobody
nobody
nobody gonna love you like I do, I do.."
 

"Arghh! Boleh tak kalau aku tak bangun?!" getusku perlahan. Siapa lagi kalau bukan Hayoomi hadek maneh. Namun, apakan daya. Aku harus bersiap untuk ke sekolah jika tidak mahu dibebel oleh kakak, Belle. Hah, nama kakak punyalah omputeh, kenapa adik nama-- dah, jangan tanya. Aku pun tidak tahu.

Aku melakukan rutin harian seperti biasa. Rambut, kepala, kening, mata, telinga, hidung, mulut, dagu, leher, badan, perut, usus kecil, usus besar, jantung, hati, pankreas, buah pinggang, dan kakiku semua terasa berat untuk pergi ke sekolah. Sebab? /pandang kiri kanan macam nak buat jenayah/ psst psst, aku baru sahaja kena dump dengan budak hot dekat sekolah a.k.a monyet hantu! Caranya jangan cakaplah. Careless, careless, shoot anonymous, anonymous, heartless, mindless, brainless, you don't even love me  bak dalam lirik lagu Mama yang diubah suai sedikit.

Apa yang kurang dengan diri aku? Walaupun aku tidak secantik mana, tidak seseksi mana, tapi rupa parasku boleh dikatakan melebihi paras average. Jangan salah faham, bukan aku yang masuk bakul angkat sendiri. Tapi orang sekeliling yang kata okey.

Mungkinkah, aku yang tidak liar seperti 'gadis²' yang sering mendampinginya? Ya. Itulah satu-satunya alasan yang kukuh. Bukti? Aku ni bukanlah yang gemar memasuki kelab malam, memakai baju seksi terdedah sana terdedah sini, macam 'gadis²' itulah. Miskin sangatkah diorang sampai tak mampu nak beli kain? sindirku dalam hati.

"Yoomiiiiii! Dah pukul berapa ni tak siap lagi? Apa nak jadi kau ni blablablabla..", ah sudah. Dah mula menyinga. Nasib baik aku dah siap.

"Orang dah siaplah! Ish..," sahutku lalu menuju ke dapur untuk bersarapan bersama kakakku yang amat tersayang.

"Haa siap awal sikit kan bagus. Takde la terkocoh itu, terkocoh ini.."

"Yelah yelah. Makan la sekali. Akak tu pun kena pergi kuliah jugak." kataku sambil buat muka doplosen.

Aku melirik mataku ke arah meja makan. Pancake kegemaranku, dengan topping blueberry sauce. Waa! Belle ni macam tahu-tahu je aku tengah stress. Buat pengetahuan korang, kalau aku stress aku suka wajib makan makanan yang bukan nasi. Ada faham anei? Tanpa melengahkan lagi waktu, aku terus melantak makanan yang terhidang.

"Kak Joohui mana? Tak sarapan sekali ke?" selorohku.

"Dia kena keluar awal sebab outstation 3 hari. Pandai-pandailah dia singgah Petron beli waffle Gardenia tu. Kau ni, macam tak kenal je kakak kau yang satu tu." balas Belle. Sebenarnya, nama penuh Belle ialah Kim Yu Belle. Kim tu nama keluarga kami. Keluarga Kim. Hehehehe.

Aku hanya mendiamkan diri. Kami berdua bersarapan bertemankan sunyi sepi.


Beberapa meter sebelum melepasi pintu pagar Wvavy University, aku mengeluh berdebar. Macam manalah aku nak hadap semua orang, lagi² setan itu? Aku yakin seratus peratus, semua orang dalam universiti dah sedia maklum tentang perkara itu. Lecturer pun dah tahu, barangkali. Mana nak letak muka?

Yang aku pun satu, kenapa nak layan sangat? Biarkan je lah. Biar mereka semua terkejut.

Sesudah menapak ke dalam bangunan, hanya sunyi sepi kedengaran. Sengaja aku lewat masuk ke dalam. Aku menapak menuju ke dalam kuliah English. Subjek kegemaran nih. Kelihatan kelas dah penuh dengan wajah para pelajar yang bosan. Lecturer pada waktu itu, Miss Anne pula bengang dengan kehadiranku yang lewat. Ada aku kisah? Sebelum lecturer sempat membantah, aku selamba menuju ke tempat yang kosong, menarik kerusi dengan lagak ganasnya. Wah, best rupanya buat camni.

Miss Anne kelihatan terkejut dengan tindak

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
MaryReeds
[ILYWAM] IF LOVING YOU WAS A MISTAKE CHAPTER 1 IS UP! ^^ -MaryReeds

Comments

You must be logged in to comment
syaHun
#1
Omgee love this ;)