Part 1
Jadikan Saya Sebagai AlasanKelihatan gelap di hujung lorong hospital itu. Baekhyun tak mahu fikirkan apa yang ada dalam kegelapan tersebut. Baju uniform sekolah yang dipakainya dilenjuni peluhnya sendiri. Dia berasa tidak keruan. Jantungnya berdegup laju. Pelbagai perkara bermain di benak fikirannya.
>_____<
“Wei, kau tengok lah budak perempuan yang kat tepi gelanggang itu, yang pakai jersey warna hijau itu, dengar kata dia syok kat kau”, Suho mencuit lengannya. “Untunglah~” dia mengejek
Baekhyun meletakkan raket di tepi dan melabuhkan punggung di atas tepi gelanggang. Peluh membasahi dahi,dan badannya. Air botol diteguknya habis menghilangkan haus dan penat bermain badminton tadi.
“Ah! memandai je kau”, tempelak nya mencampak botol kosong ke arah kawannya Suho yang duduk berhadapan dengannya.. “Siapa dia? Namanya?”
“Eleh”, Suho mencebik . “Taeyeon nama dia.. tapi kan , kalau aku jadi kau, aku ngorat dia wei, cun pun cun”, kedengaran ketawa kecil dari mulut kawan baik Baekhyun itu.
Dilihatnya muka Baekhyun merah. Adakah kerana penat bermain badminton tadi atau dia memiliki perasaan yang sama seperti Taeyeon
>___<
Bunyi pintu bilik pembedahan dibuka menhentikan lamunan Baekhyun. Dia terus berdiri mendapatkan doktor yang baru sahaja melangkah keluar dari bilik pembedahan itu. Dilihat terdapat beberapa percikan darah di baju hijau yang disarung doktor lelaki itu.
Baekhyun menjeling ke dalam bilik pembedahan namun pandangannya dihalang apabila seorang jururawat muda muncul dari dalam bilik yang sama dengan menggendong seorang bayi perempuan.
“Tahniah ayah muda, awak mendapat seorang anak perempuan yang sihat”, doktor separuh usia itu menepuk lemah bahu Baekhyun “Tapi malangnya, isteri awak tak dapat diselamatkan” , suara doktor itu sayu mengeluarkan kenyataan.
Terdiam. Mereka semua terdiam. Hanya tangisan bayi memenuhi ruang lorong hospital itu. Jururawat muda itu perlahan-lahan menhulurkan bayi itu kepada Baekhyun. Disambutnya dengan perasaan kosong.
“Jagalah anak perempuan awak dengan baik”, ujarnya lalu beredar bersama doktor meninggalkan Baekhyun berdua dengan anaknya.
Dia berasa sebak. Tangisan anaknya membuatkan dirinya berasa hampa dan tidak berguna. Apa yang patut dilakukannya? Mampukah dia membesarkan anaknya tanpa Taeyeon di sisi. Hati kecilnya hancur
Pintu bilik pembedahan dikuak sekali lagi. Seorang perempuan berdiri lemah di hujung pintu. Rambutnya yang diikat sanggul sedikit longgar dan tidak ter
Comments