chapter 5
My Love From Galaxy [ HIATUS]
"Hari ni tak pergi treatment ke?"Chanyeol bertanya.
Kris sudah lama tidak pergi ke hospital.Dia semakin bimbang dengan keadaan sahabatnya.
"Tak.Malaslah."Kris bersuara lemah.Dia akui tubuhnya semakin hari semakin lemah.Kepalanya sering sakit.
"Malas?Kenapa dengan kau,Kris?Kau ingat boleh sihat ke kalau tak pergi treatment?"Chanyeol marah.Sakit betul hatinya melihat sehabatnya bersikap begitu.
"Keadaan aku dah kritikal dah,Chanyeol.Kalau aku pergi treatment tu pun memang aku takkan sembuh macam dulu.Semua tu mustahil."keluh Kris.
Sebak Chanyeol mendengar kata-kata sahabatnya.Lantas dia memeluk tubuh Kris.
"Kau kuat.Jangan mengalah macam ni,Kris."
Sahabatnya itu sudah dianggap seperti adik-beradiknya sendiri.Pagi itu Chanyeol nekad untuk berjumpa dengan Victoria.Keadaan Kris sudah semakin teruk masakan dia hanya mahu berdiam diri.Berbekalkan alamat pejabat Victoria yang diberikan seorang teman yang juga mengenali Victoria,Chanyeol menuju ke Busan.
"Can I meet Miss Victoria?"Chanyeol bertanya kepada seorang wanita yang agak berumur yang duduk di tepi kaunter.
"Did you made any appointment with her?"soal wanita itu sambil membelek buku berwarna hitam.
"No but I need to meet her.Saya kawan dia.Saya ada benda penting nak bincang dengan dia."
Comments