Prolog

My Other Half
Prolog
 

Aku, Park Shinhye. Aku dilahirkan dengan satu anugerah; aku boleh nampak makhluk ghaib di sekeliling aku. Tak lah semua tapi ada lah juga. Sebagai contoh, mamat yang tengah tersengih di sebelah aku ni. Tak habis-habis nak ikut aku. Tak boleh ke dia hilang walaupun sekejap? Suka sangat menyusahkan aku. Orang di sekeliling aku, semua tak sukakan aku sebab mereka tahu akan kehadirannya. Mereka sedar bahawa dia ada di sekeliling mereka.

Luhan, nama yang aku berikan kepadanya. Dia ada dengan aku sejak dari aku lahir lagi. Aku membesar dengannya. Aku seorang sahaja yang dapat tengok dia membesar dari budak kecil yang comel hinggalah dia menjadi seorang lelaki yang kacak tapi masih comel.

Pernah sekali aku cuba untuk larikan diri daripadanya. Pada masa itu, aku bawa dia pergi ke taman dan bila dia terleka, aku segera larikan diri aku. Namum, semakin jauh aku lari, makin aku rasa lemah. Dadaku sakit dan nafasku sesak. Dengan susah payah, aku cuba memasuki rumahku sendiri dan dengan tenagaku yang sedikit itu, aku berjalan ke arah sofa lalu menjatuhkan badan aku ke atasnya. Nafasku semakin sesak. Aku dah tak tahan. Aku perlukan dia.

"Luhan!!" Jeritku sekuat hati. Bagaikan ditarik oleh seutas tali, dia muncul di sebelahku dengan sekelip mata.

"Shinhye~" Dia berbisik perlahan. Aku membuka mataku perlahan-lahan dan menatap wajahnya. Wajah itu lagi, desis hatiku. Aku mengeluh kecil lalu memeluk erat tubuh Luhan yang kurus itu. Dia membalas pelukanku dan dengan perlahan, sakit di dadaku semakin menghilang. Aku memang tidak boleh hidup tanpa dia.

Pernah sekali aku diganggu oleh makhluk-makhluk ghaib yang lain sewaktu aku kecil dahulu. Pada malam itu, ibubapaku tiada di rumah jadi aku masuk ke dalam bilik untuk tidur awal. Sedang aku berbaring dia atas katil, tingkap bilikku terbuka sendiri secara tiba-tiba membuatkan angin bertiup kencang menerbangkan langsir di tingkap itu. Segala permainanku juga mula bergerak sendiri. Aku bangun dari perbaringan aku lalu segera memeluk kakiku rapat ke dada dan melihat sekeliling.

"Lu-Luhan.....Luhan...." Tanpa aku sedari, aku memanggilnya perlahan. Namun, Luhan tiada di situ. Dia masih takut dengan makhluk berbahaya itu. Tiba-tiba, aku merasakan seperti ada sesuatu yang menarik kasar kakiku, membuatkan aku terjatuh ke atas lantai. 'Benda' itu kemudiannya menghentak badan aku ke almari sebelum membiarkan aku jatuh ke lantai semula. Aku segera merangkak ke arah katil dengan laju dan terus menggapai kaki katil tersebut apabila aku merasakan bahawa 'benda' itu cuba menarik kakiku sekali lagi. Tidak lama kemudian, 'benda' itu melepaskan kaki aku, membuatkan lututku terhentak ke lantai.

"Argh!" Aku terjerit kecil kerana kesakitan lalu terus memandang Luhan yang sedang berdiri di hujung bilik. Dia sedang melawan ketakutannya. Tangan-tangannya mula digerakkan. Aku mengalihkan pandangan aku dan terlihat makhluk itu sedang meracau-racau di udara, berusaha melawan kuasa Luhan. Ya, Luhan dan kuasanya. Dia mempunyai kuasa.

Makin lama, dia semakin lemah. Melihatnya begitu, aku segera menyalurkan tenaga aku yang masih tersisa melalui minda kami. Luhan mengumpulkan semua tenaga kami lalu menghancurkan makhluk tersebut. Aku melihat makhluk itu berkecai menjadi abu dengan badanku yang menggigil. Tiba-tiba, aku merasakan ada seseorang yang memelukku. Aku mendongak sedikit dan memandang Luhan dengan riak wajahku yang terkejut.

"K-Kau....Kau boleh sentuh aku?!"

"Ya.....hanya kau yang boleh aku sentuh di dalam dunia ni dan tiada siapa yang boleh sentuh aku kecuali kau..." Dia berbisik perlahan di telingaku. Aku mengangguk lalu membalas pelukannya. Dia kemudiannya menggerakkan tangan kirinya ke arah lututku yang tercedera dan dengan perlahan, lututku sudah tidak sakit lagi. Pada ketika itu, aku berasa selesa berada dengannya.

Luhan tidaklah sebahaya yang orang sangkakan. Kadangkala, mereka menyangka bahawa semua kesan luka dan lebam di badan aku adalah berpunca daripadanya tapi sebenarnya bukan salah dia. Dia yang melindungi aku, bukannya mencederakan aku. Dia tidaklah seteruk mana pun. Walaupun aku sangat berharap supaya dia meninggalkan aku tetapi jauh di lubuk hati aku, aku sangat menyayangi dirinya. Dapatkah aku hidup tanpa dia yang sentiasa melindungi aku? Aku sendiri tidak tahu.

AUTHOR'S NOTE

Prolog dah di-update! Hurm, hanya prolog sahaja yang dibuat dari POV Shinhye. Start Chapter 1 nanti akan dibuat dengan Reader's POV. Or mungkin Epilog punya guna Shinhye punya POV jugak? Tengoklah nanti~ ^^ Jangan lupa komen! Takut cerita ni tak best pulak. Nak jugak dengar pandangan korang :3

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
fna_shn #1
Chapter 1: Best ff ni! Please update please....
lovessinz
#2
Chapter 1: Update soon author ^_^)9
rububbles
#3
Chapter 1: (Hope you dont mind me commenting in English coz I can understand Malay but I'm not good at expressing.. Hehe)
I like the storyline! Its so interesting.. Makes me curious what will happen next.. :D
SeHuNYeHeT94
#4
Chapter 1: Hwaiting okey....keep update