Last

I'm Sorry
Please log in to read the full chapter

 

Pen berdakwat biru itu diketuk-ketuk di atas meja, otaknya masih mencerna apa yang didengarnya sewaktu EM tadi.

 

Senyuman itu.

Senyuman itu mengigatkannya kepada seseorang.

Seseorang yang dia ingin lupakan.

 

"Annyeonghaseyo. Saya Park Jimin" kata lelaki itu disertai dengan senyuman.

 

"Buat pengetahuan semua, Jimin ni merupakan anak sulung saya. Dia baru tamat pengajiannya di United Kingdom. Saya percaya akan kebolehan anak saya. Tetapi, kalau dia buat perangai, kamu semua boleh laporkan kepada saya" bicara Tuan Park.

 

Hana meneguk liurnya.

"Oh My Gosh! Selama ni aku kerja dengan bapak Jimin?! Seriously? Tidak!"

 

Matanya melirik ke arah Nana yang mendengar dan mencatat isi-isi mensyuarat itu.

'Dia lupa kot' getusnya.

 

Matanya merenung Jimin pula.

'Dia ingat aku lagi tak agaknya?' fikir Hana.

 

Jimin yang menyedari dirinya diperhatikan, mengenyit matanya kepada Hana.

Mata Hana membulat lalu membuang pandang ke arah lain.

'Perangai dia still sama. Dasar playboy!'

 

"Oh ye!" suara Tuan Park memecah kesunyian.

Semua perhatian tertumpu ke arah Tuan Park.

"Sebagai permulaan, saya mahu Goo Hana, pekerja yang paling saya percaya, memberi tunjuk ajar kepada Jimin, anak saya agar anak saya dapat menjadi pewaris syarikat yang boleh dipercayai" kata-kata yang panjang lebar itu hampir membuatkan Hana pengsan.

"Izinkan saya mencelah" Hana mengangkat tangannya supaya menarik perhatian semua orang di situ.

Setelah yakin setiap pasang mata tertumpu padanya, Hana menyambung percakapannya.

"Pada pendapat saya, apa kata kalau biar Chunji je yang ajar Park Jimin. Tambahan lagi, diorang senang nak berkomunikasi" 

"Kenapa? Awak tak selesa ke dengan anak saya?" pertanyaan Tuan Park itu membuatkan Hana terdiam.

"Hana, saya minta awak ajar Jimin bukan saje-saje. Chunji baru je kerja 1 tahun dekat sini. Awak dah 4 tahun. Mestilah pengalaman awak lagi banyak berbanding Chunji" kata-kata Tuan Park disambut anggukan orang ramai malah daripada Chunji sendiri.

 

"Tapi, Tuan Park, saya ada lagi dua projek lagi yang belum saya siapkan. Jadi, saya agak sibuk" jelas Hana.

Kelihatan Tuan Park mengurut dahinya sebelum berkata.

"Takpe. Saya ada idea. Apa kata satu projek awak tu bagi dekat Kim Nana dan lagi satu tu bagi dekat Lee Chunji?"

Sel-sel otak Hana mula bersambung bagi mencari alasan lain.

Belum sempat dia merancang apa-apa, suara Tuan Park kedengaran lagi.

"Nana, awak tak sibuk sangat kan?" tanya Tuan Park.

'Nana, tolonglah aku. Katalah kau busy sangat sampai takde masa nak makan' Hana mencuba menghantar telepati kepada Nana.

"Tak sangat" dua patah perkataan yang keluar daripada mulut Nana itu cukup untuk meruntuhkan harapan Hana yang tinggi melangit.

 

"Awak Chunji?"

Please log in to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hanacookies
#1
Chapter 5: KYAAAAAAAAAAAAAAAAAAA A SHAHAHAAKALSJSSUAIAWLRNSUA ESIALD SKG OMG OMG OMG
scyaheeda
#2
Chapter 5: Note dr Authornim tu..hahahahaha kelakar la.. btw yay happy ending~~
pikahbajet #3
Chapter 5: happy ending.....
yukishizu #4
Chapter 5: simple ending but I LOVE IT!!!DAEBAK AH AUTHORNIM!!
kokobear
#5
Chapter 5: AHAHAHHAHAHAH. Author nim jjang ! Hahahha kenapa arnab ? Saya suka ff ni <<3 Sila buat byk ff lagi yee UUUUUUUU ssi.
pikahbajet #6
Chapter 4: update soon.........
hanacookies
#7
Chapter 4: Update! Update! Update!
kokobear
#8
Chapter 4: Hahhahahahah. Update sooon !!
KeiYin #9
Chapter 4: I'm your fan.
I love your ff.
Tak pernah bosan!
And...
Update soon Author-nim. (*^_^*)