Hermoso Pero Feo

Description

Cantik tetapi buruk.

 

Moon Hyuna,
seorang model yang tinggi. Cantik, sempurna. Itulah dia. Kecantikan yang mampu membuat sesiapa yang melihat terpaku dan tidak mampu berkata-kata. Setiap kali dia berjalan di atas pentas, tiada siapa yang mampu berpaling arah. Walaupun umurnya sudah pun menghampiri 30 tahun, tetapi wajahnya telah membuktikan yang dia masih di alam remaja.
Kecantikan yang tiada tolok bandingnya.
Apakah rahsianya?

 

Park Chanyeol,
seorang remaja yang tidak percaya akan kewujudan hantu dan mempunyai obsesi terhadap komputer, internet dan permain video. Dia juga seorang remaja lelaki yang memuja kecantikan Hyuna yang tiada lawannya itu. Setiap malam, dia berharap yang tuhan akhirnya akan memberikan dia peluang untuk berjumpa dengan wanita cantik itu. Walau jarak usia yang jauh berbeza, hatinya hanya mampu menerima Hyuna. Tiada orang lain yang diperlukan dalam hidup Chanyeol melainkan orang itu Moon Hyuna.
Apakah yang bakal terjadi apabila dia bertemu Moon Hyuna?

 

Foreword

"Kau wanita paling cantik, Moon Hyuna."

Hyuna tersenyum sinis, apa dia sangkakan yang wanita ini tidak mengetahui perkara itu? Hyuna memegang cermin dihadapannya dengan penuh perasaan. Angin sejuk memukul perlahan lengan Chanyeol, matanya terbeliak melihat wanita yang dipuja selama ini sedang berbicara dalam cara yang pelik dan menakutkan. Ketawanya tidak secantik sebelum ini, Chanyeol tidak dapat berkata apa-apa apabila mendengar perempuan itu ketawa mengilai.

"Ya, aku paling cantik!" hilai Hyuna, tangannya mengenggam erat sehelai kain hitam.

Selepas mendengar hilaian perempuan itu, Chanyeol terjatuh melutut di bingkai pintu. Bohonglah kalau ia tidak menyentak Hyuna dari ketawanya. Dengan mata yang merah dan senyuman yang menakutkan, wanita itu menoleh kebelakang dan memandang anak muda itu.

"Kenapa, Chanyeol? Terkejut?" dengan suara yang 'mesra', dia bertanya sebelum sekali lagi ketawa mengilai. Hyuna bangun dari kerusi itu dan menuju ke arah Chanyeol yang sekarang ini tidak mampu bergerak, ketakutan. Dengan kukunya yang panjang, wanita itu mencapai dagu Chanyeol dan mendongakkannya, menghadap wajah perempuan itu.

"Jangan terkejut, Chanyeol!"


Title: Hermoso Pero Feo [Beautiful but Ugly]

Author: --acatalepsy

Genre: Psychology, Horror

Characters: Moon Hyuna [9Muses] & Park Chanyeol [EXO]

For Galaxy Fairy Malay Writing Contest

a/n: woah, first time buat psychology. So nervous. Please support
my story.

 

Comments

You must be logged in to comment
AhnChanByul #1
update lagi please? :/ nak baca~
angelily95
#2
good luck :)