''Oppa, saranghae''

ONE-SHOT STORY IN MALAY

‘’Yeoboseyo ?? Mwoya ?? Ahh, okay, I’m on my way now,’’  Kamu bergegas keluar rumah. Selepas sampai ke destinasi, ‘’Oppa !’’

Dujun sedang sedang berbaring di atas katil berpaling. ‘’Sayang, kan oppa dah cakap tak payah datang, sikit aje nie,’’

‘’Sikit ? Kalau sikit kenape terbaring macam nie ? Tu lah, degil ! Kan sebelum main bola, kenalah stretching dulu. Tengok, tak pasal-pasal jadi macam nie,’’ Bebel kamu. Dujun hanya tersengih dari tadi.

‘’Tersengih-sengih,’’ Jeling kamu ke arahnya. ‘’Sayang janganlah marah-marah. Makin sakit kaki oppa nie, rasanya kalau sayang senyum, confirm kaki oppa nie dah baik. Bolehlah kita pergi dating nanti,’’ Pujuk Dujun sambil memandang kamu. Kamu yang duduk di tepi katilnya itu mula tersenyum.

‘’Haa, kan makin lawa kalau sayang senyum,’’ Dujun membelai rambut kamu. ‘’Oppa, nanti kalau oppa nak main bola, stretching lah dulu, okay ?’’ Kamu memandang tepat ke matanya. Dujun hanya tersenyum. ‘’Sayang, sebenarnya bukan salah oppa. Gikwang tu yang tak sabar-sabar nak main bola, semua nie salah,…..’’ Sebelum Dujun sempat menghabiskan kata-katanya, Gikwang masuk ke dalam bilik itu.

‘’Haa, depan girlfriend pun nak menipu ? ‘’ Gikwang menunding jari ke arah Dujun. ‘’Dujun awak nie yang tak sabar-sabar nak main, salah kita yang kacak nie pulak,’’ Gikwang menjeling  Dujun dengan matanya ke atas, manakala tangannya di bahu. Kamu hanya ketawa melihat Gikwang.  Gikwang yang sedang tertawa itu tersenyap apabila kepadanya terkena bantak yang dilempar Dujun.

‘’Gikwang, kau pergi keluar sekarang, sebelum katil ni pulak aku lempar,’’ Dujun mengarahkannya keluar dan Gikwang mendengar arahannya. Namun, sebelum Gikwang keluar, dia mengejek hyungnya itu. ‘’Hyung, saya pinjam gf hyung jap yer.  Orang sakit kaki memang tak boleh keluar,’’ Dujun yang mendengar kata-katanya itu mencari barang untuk dilempar tetapi Gikwang dengan cepatnya keluar. ‘’Oppa memang geram betul dengan si Gikwang tu,’’

‘’Oppa janganlah marah. Nanti cepat tua, lagipun Gikwang oppa Cuma berguraulah,’’ Kamu tertawa sendirian apabila mengenangkan kejadian tadi. ‘’Sayang, Gikwang tu melebih-lebihlah,’’ Dujun  mulai merajuk.

‘’Oppa jealous ke nie ? Cute lah bila oppa jealous,’’ Kamu mencubit pipinya. ‘’Memanglah oppa jealous, oppa kan sayang gadis yang berada di hadapan oppa nie. Dia cantik, dia comel,dia manja, oppa sayang sangat dia dan oppa nak dia, forever !’’

‘’Oppa, saranghae ,’’ Kamu memandang tepat ke matanya sebelum mengucapkannya sekali lagi. ‘’Oppa, saranghaeyo’’

Kamu dan Dujun bertatapan untuk seketika sebelum dia juga mengucapkannya.

‘’Nado saranghae,’’

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
lolexotics #1
Chapter 1: for the best story yet