START!

SHIN DA' ✪ RED ELLA [MALAY COMIC-FIC]

Malam datang lagi, dihias bintang di atas langit gelap. Beza sekali, namun indah sekali sekiranya dipandang. Dan nikmat Tuhan yang manakah ingin kau dustakan? Adanya malam, adanya dia. Si gadis misteri berkasut merah. Munculnya dia bagaikan misteri yang sukar diungkap. Namun tidak pula dia peduli. Manusia, normallah. Ada saja hal yang mahu disibukkan. Selagi mana dia tak mengganggu, jadi tak ada salahnya dia di situ.

 

Bintang bersinar terang, seperti mana bersinarnya hati dia. Akustik berbunyi lagi, bersama jari-jari halus yang kian rancak menari di atas tali tanpa sebarang cela. Sempurna! Alunan magisnya menjadi lagi. Lunak suaranya mencairkan lagi hati pemuda pemudi. Tertanya-tanya mereka, siapakah gerangan si gadis misteri? Hatinya melonjak rasa gembira. Dia puas! Namun, cukuplah untuk kali ini. Magis kalau dilontar selalu, maka hilanglah serinya. Kan tak molek macam tu?

 

Jadi, dengan merendah dirinya juga, The Red Ella mengundur diri.

 

 

~(^_^)~

 

 

“Shin! Shin yang comel lagi baik hati! Wassup!”

 

Hah, muncul sudah dia! Kalau tak mengganggu, memanglah bukan Won Ho namanya. Sudahlah dia tak boleh tidur semalam, sekarang ada pula manusia yang nak kacau. Nanti kalau marah, dikata pula moody, padahal dia tu penyebab moody. Bertuah punya manusia!

 

“Kau dah kenapa wahai manusia? Aku nak tidurlah. Gi sanalah, tak yah kacau aku. I need my beauty sleep!” buku teks Sejarah dijadikan penutup muka.

 

Hai, tidur balik?

 

Kalau tak disebabkan hati dia yang agak baik kali ni, memang dah lama Won Ho rentap buku teks dari muka dia. Iyalah, pagi-pagi belum mula kelas lagi dah tidur? Buku sejarah pula tu yang jadi cover muka. Kalau segala ilmu kat buku tu boleh resap masuk dalam otak tak apa. Ini tidak, sudahlah tuan punya buku pun tak rajin nak menyelaknya. Membaca jauh sekali, memang tak rajinlah dia nak hafal fakta siapa yang jumpa Terusan Suez. Nama Puteri Hang Li Po pun belum tentu dia eja betul-betul. Kalau ditanya siapa Sir Otto Edward von Bismark, entah-entah dia jawab Perdana Menteri Sepanyol.

 

Cuba tengok campak Lawak Kampus, mahu tergelak sampai berguling ke tanah dia ketawa. Tak pun campakkan siri Kompilasi Under 18, dengan sekelip mata dia boleh tendang Won Ho sehebat Siv terajang Aken. Tak pun menggedik lepas baca Maid Maiden? Ha semua tu dia boleh berubah dalam sekelip mata.

 

“Oi, Shin! Bangunlah, nanti Mama Kim datang dia mengamuk tengok kau tidur. Bangunlah woi! Anak dara tak elok tidur banyak-banyak.” Bahu Shin ditunjal berkali-kali, malangnya semua tu kerja sia-sia.

 

Sebab dia sikit pun tak berganjak.

 

Namun begitu, tekaan Won Ho tepat. Tidak lama selepas itu, Puan Kim Haneul memang betul-betul masuk.

 

Habis lah kalau macam ni.

 

Won Ho dah telan telan air liur dah waktu Puan Kim datang pada meja mereka. Entah kenapa, bulu tengkok tiba-tiba terasa meremang. Nampak tak aura Puan Kim tu? Terlalu kuat sampaikan boleh nampak ada bayang-bayang hitam berapi sedang keluar dari badan dia. Entah kenapa, Won Ho rasakan senyuman Puan Kim terlalu menakutkan. Sangat menakutkan sebenarnya!

 

Maka, untuk seketika seluruh kelas diam. Tak ada bunyi langsung! Hinggalah suara Puan Kim bergema menggegarkan seluruh pelusuk alam.

 

“Han Shin Jie!”

 

 

~(-_-)~

 

 

“Kau memang sahabat paling bertuah yang aku pernah dapat. Terima kasih pada kau, Puan Kim bagi kat aku sepuluh essay! Sepuluh kau tau, sepuluh!” entah dari mana, tiba-tiba saja Shin muncul di depan Won Ho.

 

Senyum senget budak tu dibuatnya. Mesti Shin kena denda lagi. Heh! Kalau tak, takkan lah dia boleh datang mengamuk-ngamuk merepek meraban?

 

“Okay apa. Tu maknanya dia sayang kau, dia kasi essay banyak-banyak sebab nak bagi sejarah kau power! A plus plus!” ketawa mula bergema di setiap pelosok padang.

 

Namun begitu, tawa Won Ho terhenti apabila sebuah buku melayang ke kepala.

 

“Auch! Eh, sakitlah manusia!” ganas yang amatlah budak perempuan ni.

 

“Power abah kau! Homework dah cukup banyak dah nak kena buat, nak tambah lagi dengan essay sejarah? Ha gilalah aku jawabnya. Kau bukannya reti nak kejut aku kuat-kuat sikit! Macam ni ah kawan? Kawan sampai syurga konon. Poorah!” marah benar gayanya, tapi Won Ho tahu, Shin main-main saja tu.

 

Paling hebat pun dia suruh Won Ho tolong buat 8 dari sepuluh essay tu. Confirm punya. Dan sebagai tukar ganti, Shin akan jaga adik-adik Won Ho. Senang kan? Siapa cakap sistem barter dah tak relevan? Hei, kalau Shin team up dengan Baekkie dan Daehhie main tembak-tempak, memang confirm Won Ho serah diri untuk siapkan semua esei tu. Percayalah.

 

Buku yang melayang tadi diambil dari atas tanah sebelum Won Ho mengibas kesan-kesan rumput dan tanah yang melekat. Sempat lagi dijeling ke arah Shin sementara membersihkan buku sejarah yang nyaris-nyaris terkoyak gara-gara dibaling dengan velocity yang melampau. Tak boleh nak kata apa, Shin memang hebat bila masuk bab Fizik.

 

“Ei, rilek ah. Okay, aku tolong kau buat homework kau, nak? Tapi out of ten, aku just buat 4 saja. The rest kau buat sendiri. Okay? Lagipun adik-adik aku dah lama dah soal pasal kewujudan kau. Nak ajak main tembak-tembak lagi lah kot. Since kelas kita hari ni habis awal, kau ikut jelah aku balik rumah. So, amacam?” buku bertukar tangan.

 

Boleh tahan jugaklah tawaran Won Ho tu. Sebenarnya Shin tak harap sangat pun Won Ho buat. Dia sudi tolong pun dah besar rahmat. Ingat senang nak jumpa orang macam tu?

 

“Ada coklat?”

 

“Of course.”

 

“Cheesecake?”

 

“Stock sentiasa ada.”

 

“Ramen?”

 

“Benda wajib.”

 

“Okay, deal. Aku ikut kau.”

 

Hah, senang kan?

 

 

~(-_-)~

 

 

 

Langsir rumah segera diselak sambil memerhati luar rumah. Binokular merah melekat kemas di muka, kusyuk memerhati sebarang kehadiran dari luar. Fokus benar gayanya si Baekhyun ni. Tak padan dengan kecil! Baru umur 4 tahun, tapi perangai macam orang tua. Sampai tertonggeng-tonggeng gara-gara kusyuk sangat perhati ke luar. Macam pencuri pun ada. Entah apalah yang dia tengok sampai jadi macam tu.

 

“Baekkie tengok apa? Saya tak nampak apa-apa pun.” Daehyun menegur abang kembarnya itu, apabila matanya jatuh pada pemandangan di luar. Tak ada apa-apa pun, ada kolam ikan dengan air pancut saja.

 

“Baekkie tengok birdy ke? Daehhie nak tengok jugak boleh?” mata Daehyun bersinar-sinar bak lampu neon sambil memerhati kembarnya, namun jawapan dari Baekhyun menyebabkan Daehyun menarik muka masam.

 

“No, Daehhie. There’s no birdy! Nak tengok birdy nantilah kita ajak abang pergi zoo! Baekkie nak siasat ni! Janganlah kacau Baekkie!” kata-kata Baekhyun semestinya membuatkan Daehyun sedikit kecewa. Eh, banyak jugaklah dia punya kecewa sebenarnya. Jadi, untuk merawat kedukaan di hati, Daehyun mencapai bantal busuk dan botol susunya yang terdampar di atas lantai, lalu membawa diri dapur untuk meminta susu.

 

“Bik, Daehhie nak susu boleh?” Daehyun dengan comelnya menarik skirt yang dipakai oleh pembantu rumahnya dan terkebil-kebil tanpa rasa bersalah. Tahu tak macam mana muka dia? Macam kucing dalam cerita Shrek.

 

Baekhyun pula, masih lagi tidak sedar dengan dunia sekeliling akibat terlalu kusyuk memerhati ke luar. Sebenarnya, dia tunggu Won Ho balik. Tapi, gayanya abang dia belum rasa nak balik lagi. Apabila dirasakan suasana agak sunyi, barulah dia menjatuhkan binocular comelnya ke dada, dan mencari Daehyun. Rasa bersalah jugaklah sebab tak layan dia.

 

“Daehhie? Daehhie?” Seketika kemudian, Baekhyun sudah bergerak ke ruang televisyen dan mendapati Daehyun sedang seronok menghisap susu coklat dengan botol susu kesayangannya, tak lupa juga dia sedang peluk bantal busuk sambil berbaring; malah dengan gembiranya menonton The Conjuring. Sebaik saja Daehyun terlihat kelibat Baekhyun, Daehyun segera memanggil kembarnya itu untuk menonton bersama.

 

“Bhakkhie, lhook! Ahnnabhelle!” Daehyun bersuara walaupun dia masih menghisap susu. Tak lupa juga cara dia tunjuk Annabelle macam patung tu patung paling normal dan paling cantik dalam dunia. gayanya macam dah tak merajuk. Iyalah, siap sengih lagi. Maknanya dah tak terasalah tu dengan Baekhyun. Semuanya gara-gara The Conjuring. Eh?

 

Baekhyun lalu menjeling ke arah skrin televisyen dan bersilih ganti dengan Daehyun. Sampai sekarang Baekhyun tak faham kenapa Daehyun suka tengok cerita seram. Apa yang best sangat? Hantu tak comel macam kartun.

 

“Kita dah tengoklah cerita ni. Banyak kali dah. Kenapa Daehhie tengok lagi?” Baekhyun turut sama berbaring di sisi Daehyun setelah kembarnya itu memberi ruang untuk dia merehatkan kepala di atas bantal.

 

Ketika itu juga, Daehyun menghabiskan titisan yang terakhir susu coklatnya. Lantas, botol susu yang sudah kosong diletak di sisi sebelum Daehyun bangun.

 

“Okay, kita tengok Phee Mak nak tak?”

 

“Nak!” Baekhyun mengangguk laju. Ha yang itu dia suka. Sebab kelakar gila cerita tu. Walaupun cerita Thailand.

 

Daehyun dengan itu segera menapak ke pemain pemain blue-ray dan memainkan blue-ray Pee Mak. Setelah semuanya selesai, Daehyun kembali berbaring di sisi Baekhyun. Masing-masing tersengih sebelum sama-sama menjerit.

 

“Pee Mak!!!”

 

 

 

~(=3=)~

 

 

 

“Baekkie! Daehhie!” suara Won Ho bergema satu rumah apabila kakinya mencecah lantai.

 

Shin juga meninjau mencari keberadaan dua kanak-kanak comel yang sudah mencuri harinya sejak empat tahun yang lepas. Gila tak curi? Comel gila woi budak berdua tu, manja usah dikata. Baekhyun jenis yang banyak cakap dan buasnya, Ya Tuhan tak payah cakaplah. Orang suruh mandi, dia pergi mandikan sekali teddy bear dia. Mana Won Ho tak pening kepala? Daehyun pula, lain perangainya. Yang itu sopan sikit. Yang jadi masalahnya, pergi mana-mana pun kena bawak botol susu dan bantal busuk. Ya, Daehyun pernah bawa bantal busuk dia waktu syarikat papa buat dinner. Dengan tak malunya juga dia hisap botol susu depan orang ramai. Nasib baik comel. Belum lagi kira waktu Baekhyun kacau adik dia. Ada ke patut dia pergi basuh bantal busuk Daehyun dalam mesin basuh? Meraung budak tu dibuatnya bila tengok bantal busuk dia nyaris-nyaris hancur. Oh, tak lupa juga lebam yang Baekhyun dapat sebab kena tumbuk dengan Daehyun. Lagilah pening kepala Won Ho.

 

Tapi, senakal mana sekalipun Baekhyun dan Daehyun, Won Ho tak kisah. Dia sayang mereka walaupun dia cuma anak angkat pada Tuan Byun. Shin apatah lagi. Dia lagilah suka layan si kembar. Sunyi jadi anak yatim piatu ni. Sekurang-kurangnya nasib Won Ho tak seteruk Shin. Won Ho ada keluarga angkat yang sangat baik. Tapi Shin masih lagi tinggal di rumah anak yatim. Dia tak pernah merungut, jauh sekali tak bersyukur. Dah cukup besar rahmat dia tak merempat. Sekurang-kurangnya, dia masih ada tempat berteduh, ada orang bagi makan, siap boleh pergi sekolah lagi. Cuma, dia sunyi. Bohonglah dia tak cemburu bila tengok orang lain ada mak ayah. Dia? Sorang-sorang. Tapi tak apa, setiap yang terjadi, mesti ada hikmahnya, tak gitu?

 

“Oi, mana kau punya Chuck yang warna merah tu? Bukan tu kasut all time favourite kau ke?” Won Ho menegur sebaik dia terpandang kasut kanvas hitam milik Shin di atas rak. Selalunya dia akan pakai kasut Converse merah. Dia dah perasan tadi tapi baru terasa nak tanya. Pun bolehlah kan macam tu. Tapi, lain pula muka Shin bila dia ditanya.

 

“Jangan disebut pasal tu. Aku nak lupakan kisah tragik aku!” dramatik pula Shin petang ni. Memang kes berat ni.

 

Tangga ke aras dua didaki dengan lemah longlai. Arah tuju mereka sekarang, bilik si kembar. Kalau tak ada jugak, sama ada kat play pan ataupun bilik tv.

 

“Hoi mak nenek, kau jangan nak drama sangat eh dengan aku? Cakap jelah, kenapanya?” bahu Shin ditolak, menyebabkan kerutan pada wajah gadis itu kian ketara.

 

“Sakitlah, gila.” Cebik. “Ala nanti-nantilah! Jom cari budak-budak! Aku tak sabar dah nak main dengan dorang ni.” Sengih.

 

Pelik Won Ho tengok kawan baik dia yang sorang ni. Tadi bukan main sedih mukanya, macam janda baru lepas kena tinggal suami. Sekarang ni energetic macam budak hyper. Pelik sungguh.

 

“Hmm, PMS kot?” pulak. "Hmm, maybelah kan." Disebabkan Won Ho pun malas nak fikir, jadi dia pun cepatkan langkah untuk mengekori Shin, namun begitu Shin sudah pun menutup pintu bilik si kembar sambil menggeleng.

 

“Dorang tak adalah wei. Bilik tv jom.”

 

Lantas dia mengatur langkah ke bilik tv. Hah, macam pro dah kan Shin? Mestilah, dia dah hafal setiap pelosok rumah agam tu, termasuklah tempat rahsia Baekhyun sorokkan bantal busuk Daehyun. Ya, dia dah expert. 

 

“Twinnie!” Shin tersengih lebar apabila dia menolak pintu bilik tv. Dia yakin mereka ada kat dalam tu gara-gara bunyi televisyen. Tapi, kenapa tak ada jawapan pun? mana dia suara riang dan comel mereka? Shin perlukan kasih sayang dan layanan dari budak berdua tu, sekarang!

 

“Aww look at them. So comel! To the point aku nak penyek-penyek pipi dorang buat cekodok. Tapi aku bukan cannibal jadi aku takkan buat cekodok daging manusia.”

 

Kening Won Ho bersambung. Dah kenapa kawan dia ni? Tiba-tiba buat dialog macam orang psiko. Parah sangat ni kes PMS dia. Tapi, perempuan yang PMS memang selalu macam tu ke? Sampai ke situlah persoalan yang bermain di benak fikiran Won Ho. Namun, dia sudah dapat jawapannya apabila matanya jatuh pada si kembar yang sudah tertidur ketika menonton tv. Lebih tepat lagi, tv tu yang tonton mereka. Ha, jadi itulah puncanya Shin spazzing sorang-sorang!

 

Gila tak spazz? Comel gila nak mati kot. Baekhyun tidur sambil peluk Daehyun, dan Daehyun pula tidur sambil peluk bantal busuk. Kaki Baekhyun pula sudah bersilang di atas kaki adik dia, gayanya seperti sedang melindungi Daehyun dari sebarang anasir jahat. Comel kan?

 

“They’re cute. And you’re lucky.” Shin tersenyum senget.

 

“For what?” wajah Shin ditenung.

 

“Them.”

 

Mata Shin langsung tidak lari dari kanak-kanak berdua itu. Seronok dia tengok. Nampak comel dan penuh dengan kasih sayang.

 

Kala itu,Won Ho ikut sama tersenyum senget.

 

“Well, rasanya kau betul.”

 

Sangat betul.

 

 

~(^^)~

 

“Bro, lepak arked jom?” kepala si sahabat dirangkul kuat. Begitulah perangai Dongwoo. Ganas! Tapi, sama-sama laki lah, kisah apa. Kot la dia buat head lock kat anak dara orang, ha itu macam pelik jugaklah.

 

Si sahabat tersenyum senget, sebelum meleraikan tangan Dongwoo dari lehernya. “Sorry bro. Aku tak ada moodlah. Nak gi ziarah nenek dengan parents aku dulu then aku nak balik terus. Lain kali lah eh?” bahu Dongwoo ditepuk lembut. “Aku jalan dulu.” Dengan itu, langkah diatur untuk ke destinasi.

 

Dongwoo sekadar tersenyum sambil melambai ke arah sahabat yang semakin menghilang di dalam lautan manusia. Senyumannya terus hilang apabila bahunya ditampar kuat.

 

“Hoi, terkejutlah weh!” Dongwoo menumbuk perlahan dada Woohyun hinggalah sahabatnya itu ketawa.

 

“Rileks ah bro. Myungsoo mana? Tak ajak pergi arked sekali?” beg disandang ke bahu.

 

Dongwoo menggeleng sambil menguap. Bertuah punya budak. Mentang-mentang itu sekolah lelaki, ikut suka hati dia je nak buat tak senonoh.

 

“Dia nak gi ziarah nenek dengan mak ayah dia.”

 

Woohyun terangguk-angguk. Fahamlah dia kenapa Myungsoo tak nak ikut. Tak apalah, nak buat macam mana.

 

“Jom ah gi arked dulu. Yang lain follow lepas ni.”

 

“Jom.”

 

 

~(-_-)~

 

 

Langit kian kelam, tandanya matahari ingin mengundur diri, memberi ruang buat bulan menghias malam.

 

“Nenek, ma, pa. Matahari dah nak jatuh, saya balik dulu ya. Saya janji saya akan datang lagi nanti.” Myungsoo tunduk di hadapan tiga batu nisan yang berdiri kemas, sebelum dia kembali bangun bersama senyuman.

 

“Saya pergi dulu.” Maka, kaki melangkah meninggalkan kawasan tanah perkuburan dengan hati yang tenang.

 

Genap tiga tahun sudah nenek pergi, dan tak lama lagi genaplah 17 tahun pemergian ibu bapanya. Malah, sedar tak sedar juga, sudah tiga tahun Myungsoo hidup sendiri. Tak senang, tapi tak bermakna dia tak boleh. Apa yang penting usaha. Ada hikmahnya. Semakin dia belajar hidup sendiri, semakin dia matang dalam mengharungi hidup. Dah memang tugas manusia. Hidup semestinya ujian. Malah, gembira pun ujian. Apa yang penting, hati.

 

15 minit masa yang diambil untuk Myungsoo tiba di hadapan rumahnya. Ketika itu, matahari sudahpun jatuh, dan bulan mula memancarkan cahayanya ke bumi. Lampu rumah dipasang setelah kaki mencecah lantai. Bau pewangi rumah menyapa deria baunya, sedikit sebanyak membantu menenangkan diri. Bau lavender, bau kegemaran nenek.

 

Perkara itu semestinya membuatkan dia tersenyum. Senyumannya semakin melebar apabila mata menyapa katil. Ah, seronoknya kalau tidur! Letihnya dia tak payah dikata. Kelas tambahan saja sampai petang. Hmm, penat sebab belajar. Baju sekolah ditanggalkan dan dibaling ke dalam bakul.

 

Dunk!

 

Macam main basketball pulak main dunk ikut suka hati.

 

Lantas, tubuh dilontarkan ke katil, sebelum dia berguling di atas katil. Lega! Hilang sudah lenguh pada badan. Nikmatnya boleh berbaring, atas tilam yang empuk. Fuh!

 

Ketika itu juga, matanya jatuh pada kasut Converse merah yang disimpan di bawah meja belajar. Hanya satu, bukan dua. Dan saiznya juga saiz perempuan.

 

 

 

“Hmm..” bibir dimuncungkan.

 

Kaki melangkah mendekati meja dan dia membongkok, mahu mencapai kasut merah yang menjadi penyelamat dia dari serangan anjing gila.

 

“Well, Chuck. Siapa owner kau yang sebenar ya?” kasut dipusing atas bawah.

 

Masih lagi dia ingat. Hood hitam, tapi helaian rambut panjang masih kelihatan disebalik hoodnya. Bersama beg gitar dibelakang. Dan juga..

 

Converse All Star merah.

 

Ya, itulah dia gerangan penyelamat dia.

 

“Bila kita nak jumpa lagi ya?” kasut kembali disimpan rapi sementara Myungsoo berfikir jauh. Hmm, bila fikirkan saja dah buat dia senyum.

 

“Well, till we meet again..”

 

Senyum.

 

“The Red Ella."

 

 


Fixi_baby said :  twinnie sangat comel T^T okey tu saja, happy reading!

Jazz said: Shin she's amazing, and Twinnie are our cutie pie! 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Shimmieh
CHAPTER TWO UP! ^_^

Comments

You must be logged in to comment
bittersweet4u
#1
Chapter 4: sakit hati jgk dgn perempuan sosej tu.. ish ish.. tak sesuai jdi peniaga ni.. out out! *halau
hahaha L.. singa ye, not jodoh lols XD
update soon~ tak sbr nak bce :3
bittersweet4u
#2
Chapter 3: uwah uwah.. daedae n baebae la~ alololo cute je.. haha
LuvelyEyka
#3
Chapter 4: Chapter 4 : Yeah... yg penting Baekkie n Daehhie comel.. Sgt COMEL...!!
my bias L, I'm in love with you.. lol xD
puas baca utk chapter yg ni.. good.. update soon, Jazz.. ^3^
RMnEXO
#4
Chapter 4: Cinderella hlng kst, The Red Ella pun sama! Tapi lain style. Cayalah! Keep it up!
EpilogueG
#5
Chapter 4: Ala!! Why tak ada comic? Tapi still superb! Next!next! Jeballllll!!
LuvelyEyka
#6
Chapter 3: okay, the twinnie is really cute.. Rasa mcm nk cubit gak diaorg tu... brani btol mreka tgk crita hantu.. I pun takut taw nk tgk bersendirian.. haha
Btw, this chapter is cool.. Please update soon.. (cerita ni mmg perfect giler lah.. ^.^)
RMnEXO
#7
Chapter 3: ah~! bestnya~^^ Baekkie dngn Daehhie mmng cute^^
Cantik lukisan! sape yng lukis?
HanisIzyani
#8
Chapter 3: Wuu~~ serius best !
Berbaloi menunggu update story ni :3
Update soon juseyo
thelucidream
#9
Chapter 3: Memang berbaloi menunggu. Tahu2 je nk update time reen tak gi skolah. Lol XD
Hebatlah~ //thumbs up//
oh ya, kak Jazz ke yg lukis semua lukisan tu? Serious awesome gila! Hah, watak twin tu pun comel jugak! >< Apa-apa pun, reen tggu next update drpd akak berdua.
Hwaiting!!! ^^ <3
imraen_
#10
Chapter 3: ahh . dh lama tunggu. bestttt ssanggat ceritaa ni !! comel kembar tu~