Just one Day

Miss Fat meet her ANGEL { READ }

 

Jung Kook menjeling kearah Bts dan Exo yang bersembunyi di balik-balik kedai yang ada . Nampaknya lelaki-lelaki itu memang tidak boleh dipercayai. Kata sahaja date untuk dia dan Jihyun namun pasti ada sahaja diantara Exo yang akan mencelah dan mengganggunya manakala hyung’snya pula menjadi bodyguards.

Jung Kook memegang tangan Jihyun erat seraya tersenyum. Menganggap lelaki –lelaki di belakangnya tidak wujud dan menikmati saat-saatnya bersama gadis itu .Jihyun pula masih mendiamkan diri sejak keluar dari rumah . Dia terasa kehilangan sesuatu namun dia tidak pasti.

Sesekali dia menjeling ke belakang,mencari kelibat lelaki itu namun tetap tidak kelihatan. Jung Kook yang sedar akan perilaku Jihyun menarik gadis itu masuk kedalam kedai baju . Dia yang teruja mencari baju yang muat untuk gadis itu sedangkan Jihyun hanya berdiri kaku di sebelahnya.

Jung Kook menyerahkan gaun putih yang bersaiz paling bsar kepada Jihyun di sebelahnya. “Trylah..”ujar Jung Kook ,Jihyun mengeleng,menolak baju tersebut,dia merasa malu untuk berpakaian ala-ala anak patung dihadapan lelaki itu ditambah lagi kehadiran Bts dan Exo yang berlakon seperti pelanggan . Jung Kook mengembungkan pipinya sebelum menolak Jihyun masuk ke dalam bilik pakaian dan memaksa gadis itu untuk menukar.

Selepas beberapa minit, Jihyun keluar dengan lengkap berpakaian gaun putih yang diberikan Jung Kook kepadanya.Cekak yang dilengkapkan dengan telingga arnab menghiasi rambutnya yang lurus panjang itu. Dia Nampak begitu comel di mata Jung Kook serta yang lain. Mulut V dan Baekhyun terbuka luas melihat Jihyun yang baru keluar dari bilik pakaian .

Gadis itu walaupun berbadan besar tetapi setelah mengubah penampilan Nampak begitu comel. Jung Kook tersenyum luas seraya memeluk gadis itu dengan gembiranya. “Kan saya dah cakap,awak Nampak cantik”Jihyun memandang Jung Kook dengan dahi yang berkerut,

  “Awak?”soalnya ,geli pula mendengar panggilan yang digunakan lelaki itu kepadanya. Jung Kook tersenyum malu sambil kepalanya terangguk-angguk. “Well,memandangkan kita dah bersama jadi kenalah panggil dengan manja..”Jung kook tersengih-sengih sambil pipinya merona merah. “Aku tukar baju dulu..”ujar Jihyun yang tidak dapat menahan rasa malunya.

Exo yang meremang bulu telinga membaling baju-baju yang dapat dicapai mereka kearah Jung Kook yang sedang menekup muka sambil bergoyang-goyangkan badan. Gedik . Tanpa disedari ada seorang yang menyaksikan semuanya dengan hati yang perit.

Seorang lelaki yang tidak berapa jauh dari tempat Jung Kook hanya tersenyum sinis. Dia memakai jaket berhood bewarna hitam begitu juga seluar jeansnya yang sama warna. Cermin mata hitamnya dipakai bagi menutup wajahnya,topi juga dikenakan sekali. Sekali pandang ,dia kelihatan seperti lelaki misteri yang akan melakukan jenayah. Ya,dia ialah Sehun.

Manakala,selain dari Sehun,ada lagi seorang insan yang sedang membuat penyamaran yang begitu mengkagumkan. Luhan mengigit rambut palsu panjangnya dengan penuh rasa geram melihat kegedikan yang ditunjukkan Jung Kook. Skirt ketatnya juga hampir terkoyak bila kakinya mula tidak tahu diam. Ingin sahaja dia berlari kearah lelaki itu dan menendang keluar dari butik. Branya yang diisi dengan span  juga turut terlondeh dari tempatnya nasib baiklah dia perasan.

Luhan membetulkan rambut palsunya serta bajunya sebaik sahaja Jung Kook dan Jihyun berjalan melepasinya.Dia memandang tangan Jung Kook dan Jihyun yang bersatu. Rasa cemburu muncul dengan automatiknya.Dia dan Sehun yang tidak tahu bahawa masing-masing sedang membuat penyamaran segera mengikut kesemua mereka .

 

Sehun menyorokkan wajahnya di balik surat khabar yang sempat dirembatnya dari seorang lelaki tua yang sedang tertidur di Bustop. Dia sekarang sedang mengintip Jihyun serta yang lain di dalam kedai aiskrim. Cengkamannya pada surat khabar semakin kuat pabila melihat Jung Kook menyuapkan aiskrim kepada Jihyun.

Gigi-giginya yang teratur dan cantik berlaga satu sama lain . Luhan yang berada di belakangnya pula sedang berpura-pura bermain iPad yang pada hakikatnya sedang melihat aksi gedik Jung Kook melalui kameranya. Dia mendengus geram. Sudahlah dia terpaksa mengepitkan kakinya dan sekarang terpaksa melihat aksi gedik lelaki poyo itu pula.

Berjam-jam sudah berlalu, Bts dan Exo sudah mula kepenatan mengekori Jihyun dan Jungkook yang lincah sahaja berjalan. Mereka semua duduk dihadapan deretan kedai. Sehun masih tidak tahu penat,masih mengekori Jihyun secara dekat manakala Luhan yang telah bersinggah ke butik untuk menukar pakaian yang lebih selesa iaitu pakaian dress .

Luhan mencoletkan pelembab bibir bewarna pink pada bibirnya dan meletakkan sedikit pemerah pipi sebelum dia bergegas keluar dari butik dan mencari semula jejak Jihyun . Dia berlari laju membuatkan dressnya terbang dan menampakkan apa di dalamnya. Jadi,apa masalahnya dia lelaki ,ther’s nothing to see.. -_- “

Luhan tersenyum apabila dapat melihat Jihyun dan Jung Kook sedang teruja bermain dengan anak anjing di bawah pokok. Dia segera berjalan dengan ayunya mendekati pasangan tersebut tanpa menyedari ada halangan besar yang pelu ditempuhinya.

  “Wohooo~hey adik manis”tegur satu suara yang amat dikenalinya. Luhan menelan air liurnya sebelum menjeling menggunakan ekor matanya kearah sebelah kirinya dan melihat Exo dan Bts sedang cuba menarik perhatiannya. Luhan berterusan berjalan ,hanya memekakkan telinga mendengar kata-kata kesemua lelaki yang dikenalinya itu.

  “Hi,awak ,boleh kenal..”

   “Umur berapa?”

   “Sorang jer ker? Nak oppa teman?”

    “Cantiknya adik…”

Sebaik sahaja dia sudah jauh dari kesemua lelaki gatal tersebut,Luhan dapat mengeluh lega. Lay yang dapat menangkap sesuatu menggaru-garukan kepalanya. “Wey,perempuan tu ada halkum lah…”beritahu Lay ,wajahnya jelas menampakkan dia sedang blur dengan apa yang dinampaknya pada leher jinjang gadis cantik itu.

Kris menepuk-nepuk belakang Lay. “Yixing,kadang-kadang kita patut menerima kekurangan yang ada pada gadis itu”pesan Kris seperti pakar cinta. Lay masih lagi blur. “Kekurangan ker kelebihan?”soalnya sendirian.

 

 

Jung kook dan Jihyun duduk diatas bangku ,melihat pemandangan indah petang di Han River. Jihyun tersenyum sendirian,otaknya ligat memikirkan sesuatu. Dia patut rasa gembira kerana dapat meluangkan masa bersama dengan lelaki yang dicintainya namun kini dia tidak berasa begitu.

Jung Kook yang terasa dirinya hanya bertemu janji dengan seorang kawna mengeluh lemah. Dia memandang kearah Jihyun yang sedang memandang kosong kearah pemandangan di hadapan dengan rasa yang perit. Gadis itu seperti bukan miliknya,seperti bukan yeojanya.

  “Kau tak suka ker bersama dengan aku Jihyun?”soal Jung Kook membuatkan Jihyun tersedar dari lamunan. Jihyun memandang Jung Kook dengan rasa hairan. Riak wajah lelaki itu jelas menunjukkan kemuraman.

Jihyun tersenyum tawar sebelum mengeleng perlahan. “ Aku gembiralah..kenapa kau Tanya macam tu?”soal Jihyun . Jung kook menoleh kearah Jihyun di sebelahnya. Dia mengeluh lemah. “Aku bukan budak kecik Jihyun,aku dapat tahu dari riak wajah kau..”tutur Jung Kook.

  “Aku bukan tak gembira Jung Kook,cu—Cuma aku –aku masih konfius..aku—“

   “Kau tak tahu nak pilih sama ada aku atau Sehun?”soal Jung Kook yang seperti ada kuasa untuk membaca minda gadis itu. Jihyun terdiam,dengan jujurnya dia mengangguk,mengiakan kata-kata Jung Kook. Jung Kook menarik nafas dalam sebelum tertawa kecil.  “Kau tak patut terima lamaran aku hari tu Jihyun….aku-aku betul kecewa kerana kekasih aku mempunyai lagi seorang lelaki di dalam dirinya.”ujar Jung Kook dengan rasa sebak. Air matanya jatuh satu persatu mengikut giliran.

Dia bingkas bangun dari duduknya dan mengelap air matanya. “Jihyun,aku rasa hubungan kita tak dapat bertahan lama…jadi,aku ambil keputusan ini yang aku rasa terbaik..kita putus…”Jihyun tersentak dengan kata-kata lelaki itu. Jung kook memandang Jihyun dengan wajahnya yang menahan nangis.

   “Kau fikirlah masak-masak…dan bila kita ditakdirkan bersama ,aku redha dengan pilihan kau..anyeong Jihyun..”Jung Kook mendekatkan wajahnya sebelum mencium lembut dahi gadis itu. Air matanya jatuh saat bibirnya menyentuh dahi gadis itu.

    “I love you,Jihyun”tutur Jung kook sebelum berjalan pergi dan bertembung dengan Sehun yang sudah membuka cermin mata hitamnya. Mereka berpandangan sebelum Jung Kook melepaskan tumbukan padu pada lelaki itu. “Aku benci kau….kaki busuk penjual keropok ..”ujar Jung kook sebelum berjalan pergi dengan hati yang kecewa.

Sehun memandang kearah Jihyun yang masih duduk diatas kerusi . Dia menarik nafas panjang sebelum turut menghilangkan diri. Tidak mahu berjumpa dengan gadis itu . Luhan yang memerhatikan dari jauh hanya tersenyum nipis sebelum dia dengan kasut tumit tingginya berjalan menuju kearah Jihyun lalu melabuhkan punggung di sebelah gadis itu.

Jihyun memandang gadis di sebelahnya yang sedang tertunduk menyembunyikan wajah. Tiba-tiba tisu diberikan dari gadis itu kepada Jihyun . Jihyun mengambilnya dan terus mengelap air matanya. “Jangan nangis,awak tak cantik kalau nangis”ujar gadis itu lembut ,suaranya begitu kecik. Jihyun yang mendengarnya hanya ketawa kecil.

  “Ya,saya dah tak nangis dah..”ujar Jihyun sambil tersenyum tawar. Luhan yang menjeling disebalik rambut palsunya yang terjurai turut tersenyum. Mereka berdua duduk bersama selama beberapa minit dan sepanjang masa itu jugalah,Luhan telah membuatkan Jihyun dapat ketawa dan tersenyum dengan kata-katanya yang menenangkan .

As you happy, I’m happy too Jihyun..

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
exoticsNinspirit
thanks for the komen you guys ^0^... KEEP reading !!

Comments

You must be logged in to comment
Emmy_Kpopers
#1
Chapter 41: Wohhooo!! Update! Update! Update! Fighting~!! Himneseyo!!!
Wu_Family_EXO
#2
Chapter 41: yeay!! x sabarnya nk tunggu update.. author jngn risau, saya akan tetap baca and komen cerita ni setiap kali saya baca cuma saya pun ada masalah yg sama dngn author iaitu bdk kelas sains lepasan pt3.. haha xD so maybe jarang buka aff.. hehe anyway teruskan menulis... hwaiting authornim!! ^_^
Aquapanda #3
Chapter 41: Finally dah nak update yeayyy. SAYA TAK SABAR NII ❤❤
Tasliyaxoxo #4
Chapter 41: Update soon..Saya suka cerita ni
syaluhan #5
Chapter 41: waaaa!!! sambunglh lagi..dh lama saya tunggu huhu
scyaheeda
#6
Chapter 1: Fuhhh nasib la mak tiri dia baik..
xkesah #7
Chapter 39: Update soon
SyazanaZack
#8
Chapter 39: update soon!!!!!!
Emmy_Kpopers
#9
Chapter 39: apa yg trjdi sbnrnya ni?? Confuse... #uratotakberbelit
BTW, UPDATE SOON~!