Chapter 1

My Housemate
Please Subscribe to read the full chapter

Hara menyuap makanan ke dalam mulutnya. Suasana di meja makan tersebut sunyi. Tiada siapa yang mahu bersuara. Selesai makan, kami sekeluarga berkumpul di ruang tamu.

Hara mengambil tempat di hadapan omma dan appanya. Disebelahnya pula, Hayoung mengisi ruang. Eii, nak je ku tendang dia jauh-jauh. Mengatai nak duduk sebelah aku ni kenapa?

“Hara, lagi 2 bulan kamu akan berusia 19 tahun. Macam yang kamu tahu, kamu akan menjadi pemilik Kim Cooperation apabila telah sampai umur tapi terdapat satu syarat yang kamu kena penuhi sebelum menjadi pemilik sah Kim Cooperation.” Appa berkata dengan senyuman jahat di bibir.

“Apa pula syarat-syarat ni?” Hara Tarik muncung.

Omma dan appa ketawa kecil dengan perangai kebudak--budakan Hara manakala Hayoung hanya menjeling kakak tirinya dengan muka tidak puas hati.

“Kamu kena berkahwin dalam masa seminggu ini.”

“Mwo?!!!” Hara menjerit kuat. Earthquake sekejap rumah ni.

“Macam yang appa kamu kata. Berkahwin. Dalam. Minggu. Ni.” Puan Kim berkata dengan senyuman jahat.

“Omma, Appa ... Apa ni? Omma dengan appa kan tahu Hara tak pernah rapat dengan mana-mana lelaki lepas Kai tinggalkan Hara.”

Puan Kim mengeluh. “Sebab tu omma dan appa buat syarat ni. Kami tak nak kamu terus macam ni. Takkan sebab Kai tu, kamu tutup hati kamu pada semua lelaki?”

“Omma dan appa tak faham perasaan Hara. Hara tak nak kahwin lagi... Hara tunggu Kai. Dia janji dia akan kembali pada Hara. Bagilah sikit masa.”

“Kamu percaya pada dia Hara? Macam mana kalau dia tipu kamu? Macam mana kalau dia sebenarnya dah ada perempuan lain?” Encik Kim bertanya dengan suara yang tegas.

“Ya! Hara percayakan dia.”

“Appa tak kisah! Kalau kamu nak syarikat dan harta keluarga kita, kamu kena berkahwin dalam masa semingu atau syarikat dan harta keluarga ini akan diberikan pada Hayoung! Titik!” Encik Kim terus meninggalkan ruang tamu.

“Omma...” Hara cuma meraih simpati omma kesayangannya.

Puan Kim mengulus lembut rambut Hara. “Kami lakukan semua ni untuk kebaikan kamu Hara.”

Selepas Encik dan Puan Kim meninggalkan ruang tamu, Hayoung mendekati Hara.

“Wah, wah... Tak sangka kisah kakak tiri aku ni macam novel yang aku selalu baca. Hahaha... Jadi fikirlah elok-elok, serahkan syarikat dan harta kepada aku dan kau boleh tunggu buah hati kau ataupun berkahwin dan dapat syarikat tapi say hello pada kekasih kesayangan kau tu. Keputusan ada pada tangan kau.” Hayoung berkata lalu meninggalkan Hara bersendirian di ruang tamu.

“Ah!!! Boleh meletup otak aku macam ni. Apa aku nak buat?! Aku tak nak syarikat jatuh pada tangan perempuan macam Hayoung tapi aku tak nak kahwin! Aku muda lagi! Kat mana aku nak letak aku punya Kai?” Hara mengetuk-getuk kepalanya.

Selepas beberapa minit berfikir keputusan telah di buat. Syarat yang diberi oleh appa nya akan dipersetujui. Dia tak sanggup melihat syarikat dan harta keluarganya jatuh pada tangan Hayoung. Kai? Letak tepi dahulu. Apa yang difikir sekarang cumalah syarikat, harta dan siapa calon suami yang boleh dia perkenalkan?!!!

Wajah seorang lelaki terlintas di fikirannya. Baekhyun! Tu jelah lelaki yang dia kenal selain Kai dan appanya.

‘Sekejap, dia musuh kau. Nak ke dia ambik aku jadi isteri?’ akalnya mula berfikir.

‘Pujuklah dia mesti boleh. Tambah aegyo sikit. Kedip-kedip mata. Mesti jatuh hati.’ Hana mula ketawa jahat.

‘Tapi dia tak makan aegyo.’ Hana kembali masam.

“Percaya pada diri kau Hana! Kau boleh! Byun Baekhyun bersiap sedia lah masuk ke dalam jerat aku.”

***

Hana berlari selaju yang mungkin. Di tangannya terdapat sekeping kertas. Apabila sampai di hadapan pin

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
NLessme #1
Chapter 5: Update soon ! I'm excited already..saya pun ada ff and ini first ff saya..hrap authornim singgahla ye^^kalau boleh beri la comment jadi saya dpt improve^^terima kasih!

http://www.asianfanfics.com/story/view/751465/falsetto-friendship-malay-romance-jypnation-xoc-got7
miraashy #2
Chapter 4: Update lagi pls hihi
winkypie
#3
Chapter 4: Ganas ?!?? Ap la yg omma hara fikir ni..keke xD
onho8991 #4
Chapter 4: bengap benar dua manusia ni
Ayla_Qistina
#5
Chapter 3: lol.. Baekkie.. baekkie.. huahahahahahauhua.. haks.. yo yo!! update soon soon ye... ;)
winkypie
#6
Chapter 3: Lol....haha..bru adil.kekeke..update sO.On !
husna_luhan123 #7
hoiii ... hang buat crita bru xnk bagitau ... mrajuk la camni :( btw best jgakk kehkehkeh
hyerin-
#8
Chapter 3: Hahahaha, dua-dua kena tidur atas lantai. Tu lha degil sngt :D
onho8991 #9
Chapter 3: gediknya dua manusia ni