Chapter 1 ♡

I See Myself In You
Please Subscribe to read the full chapter

          "Aku seramlah dengan sekolah tu." Baekhyun yang sedang bersila di atas sofa itu berkata kepada rakannya, Sehun. Jam sudah menunjukkan pukul 8 malam dan seperti biasa, Baekhyun akan melepak di rumah Sehun setelah pulang dari sekolah.

          Sehun yang sedang menonton tv menyoal sambil matanya terus tertumpu pada papan berwarna hitam dan besar yang melekat di dinding itu. Dia menonton rancangan seram. "Kenapa?"

          "Ish! Takkan kau rabun pulak. Tadi time kita datang pun, ramai budak perempuan ikut kita. Waktu rehat, aku nak pergi tandas pun terasa macam buat jenayah besar, kau tau tak?! Cara diorang pandang kita, macamlah kita ni bukan manusia." Baekhyun membebel. Matanya tertumpu kepada game dalam handset s4 nya.

          "Macam kau tak biasa pulak, Mr.Byun. Habis tu, selama ni yang kita kena kejar, terkurung dalam jamban, loker dikopak, bunga merata-rata bawah meja.. semua tu kerja siapa kalau bukan perempuan? Penat betullah aku... sekolah baru ni, aku tak tahulah nak jadi apa lagi." Sehun membalas. Dia menukar rancangan tv lain apabila hantu dalam cerita seram belum mucul-muncul. 

          "Entah-entah, kat sekolah baru ni, kita akan di- " kata-kata Baekhyun terpotong apabila sebuah bantal hinggap tepat di wajahnya. Terima kasih kepada Sehun atas balingan tersebut -.- "Apa ni?! Mana aci baling time aku tak perasan! Argh! Tengok! Kau punya pasallah aku kalah. Lagi satu level je nak kalahkan Jongin." Baekhyun menjuih bibir, memandang skrin hensetnya. 

           Sehun terpaksa memekakkan telinga dengan kata-kata yang keluar dari mulut Baekhyun tanpa henti itu. "Kau janganlah cakap bukan-bukan. Aku harap takde apa lah yang terjadi. Lagipun, budak-budak kat sana nampak macam okay je. Tak berani cari pasal dengan kita. Lagi senanglah kita nak conquer sekolah tu." Sehun tersenyum. Aura jahat memenuhi ruang bilik. 

          Baekhyun ketawa sinis, "yelah, baru lagi. Memang semua nampak okay. Cuba tengok lagi berapa minggu. Mungkin nan- " sekali lagi kata-kata Baekhyun tergantung tetapi kali ni hard disc pula terbang ke arahnya. Terima kasih, Sehun. Mujur Baekhyun sempat mengelak. 

          "Baek, berhenti cakap yang bukan-bukan.. think positive!" Sehun menegur, geram. Hard disc yang dibaling tadi mendarat di lantai. Pecah. Mereka berdua memandang ke arah hard disc itu. Kaku. 

          "Yah! Sehun. Mana kau dapat hard disc ni?" Baekhyun bertanya sambil matanya masih ke arah hard disc tersebut. Dia terasa lain macam. Rasa macam nak marah tapi kenapa?

          "Aku amik dari atas meja ni." Jawapan daripada Sehun kedengaran biasa tanpa sebarang rasa. "Kenapa?"

          Baekhyun terdiam beberapa saat sebelum bersuara, "sebijik macam aku punya."

          "Aku pun rasa macam tu sebab aku takde hard disc." Kali ini suara Sehun kedengaran sedikit serba salah. Baekhyun terlopong, memandang hard disc merah yang telah berkecai itu. Terima kasih, Oh Sehun sahabat baikku. 

          Kkaebsong~

 

-

 

"Tahniah! Sepuluh orang yang ada kat sini terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Sungkyunkwan University. Jadi, kamu semua isi borang ni. Hantar kepada saya bersama list yang dia minta kat dlm tu paling lewat sebelum akhir bulan ni." Guru penolong kanan, Mr. Wu Yifan berkata kepada sepuluh pelajar di hadapannya. Mereka sedang berada di dalam pejabat sekolah.

          Antara semua pelajar itu, Boyoung dan Juniel turut tersenarai. Peluang untuk masuk ke universiti ternama seperti Sungkyunkwan kebiasaannya diberi kepada pelajar yang cemerlang akedemik, aktif sukan dan bersih rekod penalti. Juniel sudah lama bercita-cita untuk meneruskan pelajaran di universiti tersebut. Dia sering menceritakan tentangnya kepada Boyoung.

          Ketika mereka semua sudah keluar dari pejabat, Juniel berkata kepada Boyoung sambil berjalan ke kelas. "Bagusnya! Kita dapat peluang masuk U sama-sama." Wajah perempuan berambut ikal mayang itu kelihatan sangat gembira.

          Boyoung angguk, "tahniah! Akhirnya, hajat awak nak masuk Sungky

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ee-mei #1
Chapter 2: Boyoung x Sehun dan Juniel x Baekhyun!!!! Update soon!!!!
05061127 #2
Chapter 2: Pnjg2 pun takpe. Suka je baca! :)