Prolog ♥

I See Myself In You
Please Subscribe to read the full chapter

"Juniel, cepat! Hari ni kita bertugas jaga pagar." Boyoung yang sudah berjalan jauh di hadapan memanggil rakannya. Juniel terjingkit-jingkit membetulkan kasutnya. Mereka yang juga pengawas telah ditugaskan untuk menjaga pagar sekolah pada hari itu. Memang kebiasaannya, pagar hadapan dijaga oleh pengawas perempuan. Manakala, pagar belakang pula akan dijaga oleh pengawas lelaki kerana disitulah laluan pelajar nakal apabila ingin memonteng kelas, mencuri keluar ketika waktu persekolahan atau salah laku yang lain. 

 

-

 

Setelah sejam lebih Juniel dan Boyoung menjaga pagar sekolah, mereka pun masuk ke kelas. Hari ini, hampir 10 orang yang lambat hadir. Lebih ramai berbanding minggu lepas. Kelas belum bermula dan rakan-rakan sekelas mereka sedang bising berborak dan ketawa sakan. 

          "Korang, tolong diam! Bising sangatlah." Boyoung yang baru masuk ke dalam kelas pun menguatkan suaranya untuk menandingi kebisingan kelas pada ketika itu. Juniel duduk di tempatnya. Dia memandang rakan-rakan sekelasnya dan meletakkan jari telunjuk di bibir sebagai isyarat diam. Mereka berdua memang dikenali dengan sikap tegas dan bertanggungjawab. Ada juga yang menggelar mereka 'kembar'.

          Walaupun bersikap tegas, mereka tetap disenangi rakan-rakan kerana sikap peramah dan baik hati. Setelah itu, suasana kelas berubah senyap sebelum beberapa minit kemudian kembali bising. Mereka semua sibuk berborak tentang pelajar baru. Topik yang sedang dib

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ee-mei #1
Chapter 2: Boyoung x Sehun dan Juniel x Baekhyun!!!! Update soon!!!!
05061127 #2
Chapter 2: Pnjg2 pun takpe. Suka je baca! :)