At The Canteen

At The Canteen

Aku suka dia.

 

Hyesu menoleh ke kiri dia, tempat Jhope duduk di barisan ketiga. Jhope nampaknya tengah bercakap dengan kawan dia sambil ketawa.

" Semalam aku jumpa perempuan cantik! "
" Ya ka?? Macam mana rupa dia?! "

 

Hyesu menepuk dahi dia, memang tak ada benda lain agaknya perkara yang budak laki nak bincangkan. Tapi dia terus cuba curi dengar jugak.

 

" Aku pun tegurlah nak tanya dia "

 

Hyesu menelan air liur dia. Jhope tanya nombor perempuan tu? Tak guna kau Jhope, aku walaupun tergugat iman dengan lelaki korea lain tambah lagi idol tapi aku still pandang kau sorang ja

 

" Tapi bukan perempuan rupanya. Dia tu ahli kumpulan rock, biasalah, rockers rambut panjang. Malu gila aku semalam "

 

Hyesu tersenyum kecil,dia menekup mulutnya untuk tahan ketawa. Dia tahu ramai orang tepi dia cuba tahan ketawa memandangkan tak nak ambil tahu hal lelaki tapi biasalah. Kalau suara pun kuat, mana tak dengar.

 

" Ehh, Hyesu kita yang pendiam ni cuba tahan gelaklah. Cuba curi dengar ke? ", V cakap dengan tiba tiba. Dia bangun dari kerusi untuk tengok muka Hyesu yang dah sembamkan muka dia atas meja untuk tahan malu.

" Waaaaaaah Hyesu curi dengarlah wei! Hahahahahah "

V cuba kacau Hyesu yang makin merah padam, tetapi Jhope cuma memandang dari jauh.

" Jangan kacau dialah. Dia tu budak baik, tak macam kita "

Hyesu mengangkat kepalanya. V pun turut terdiam. Seolah olah setuju dengan kata kata Jhope, V kembali ke tempat duduk dan kembali berbual dengan gang dia . Hyesu merenung muka Jhope dari jauh.

Anak mata coklat, rambut keperangan, bibir kecil kau bila gelak. Kau tak jahat, aku tahu kau baik, Jung Hoseok

 

Guru kelas masuk apabila loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan bermula.

" Jung Hoseok "

 

Dan seperti biasa, nama Jhope selalu jadi sasaran guru bila masuk kelas Hyesu. Mungkin sebab muka Jhope yang paling menyerlah antara semua orang dan rekod kesalahan dia yang bertimbun dalam fail salah laku murid, guru semuanya sasarkan dia. Tanpa cakap apa apa, Jhope datang ke hadapan kelas dan bersemuka dengan Mrs Bora yang nampak tegang.

" Cikgu dengar semalam kamu pukul anak pengetua sekolah ni? Betul? "

" Ya "

" Kenapa? "

Jhope tak jawab. Hyesu memandang ke lantai.

 

" Ayah kau banduan, mak pula pembantu rumah aku. Ada hati nak bercakap dengan aku? Eyy pergi blahlah!! "

Jinyoung, anak pengetua sekolah bercakap dengan angkuh. Dia masih lagi bermain psp dia sambil bersandar di dinding tanpa hiraukan pertanyaan Jhope.

" Mak aku boleh balik awal harini? Dia sakit "  Jhope cakap dengan elok walaupun dia disindir Jinyoung. Satu sekolah tahu yang perangai Jinyoung teruk, suka rendahkan orang lain. Tetapi nampaknya guru guru sekolah ni nampak Jinyoung seperti berlian besar. Suci, berharga. Mungkin sebab status dia sebagai anak pengetua.

" Buat apa balik awal, aku tengok tiap hari muka macam mayat hidup. Silap hari kalau betul jadi mayat hidup pun orang tak perasan "

 

dan pam. Satu tumbukan hinggap pada muka Jinyoung. Patah gigi budak tu sampai pergi hospital.

" Cikgu tak perlu tahu semua benda kan "

Jhope kata perlahan. Darah Mrs Bora makin panas,

" Apa nak jadi dengan kamu ni? Perangai entah apa. Kamu nak hidup merempat ke? Jadi masyarakat sampah? Jinyoung tu tak buat apa apa pun kat kamu. Dia tak ada pun buat kamu berdarah atau lebam. "

Jhope mendengus. Jinyoung memang 'baik' pun

" berdiri kat luar "

 

Jhope jalan keluar dari kelas. Dan semasa dia nak tutup pintu, mata dia dan Hyesu ada bertembung. Tetapi seperti biasa, Hyesu alihkan pandangan dia. Dia dengar pintu ditutup , dan semasa tu jugaklah Mrs Bora seakan akan menjeling pada pintu. Hyesu mendagu kepala dia di atas meja,

Dunia memang tak adil

 

" Kau stay Hyesu? "

" Ahh ya.. ada tugasan sains harini "

" kesiannya kau.. selalu buat kerja sorang sorang sampai lewat petang "
" hahhah tak apalah, dah biasa "

 

aku tak biasa.Aku stay petang pun.. sebab Jhope selalu stay. Aku nampak dia selalu stay sorang sorang, berlatih main bola keranjang. Apa salahnya stay kalau ada Jhope

 

Hyesu terus pergi ke kantin sekolah.Dia nampak Jhope tengah beli makanan dari jauh. Hyesu letakkan beg atas meja sebelum pergi beli makanan. Dia lambatkan langkah , sebab takut nak tengok muka Jhope.

" Ah.. ni dua " , Hyesu tunjuk ke arah nugget dan mak cik kantin terus hulur sebelum berlalu pergi menjauhkan diri dari Jhope. Dia ambil tempat paling jauh sebelum duduk dan menghembus nafas lega.

Rambut aku okay ke tadi? Suara aku kuat sangat? Ataupun.. skirt aku atas sangat? Ah, jerawatlah!!

Dan semua benda jadi tak betul di pandangan Hyesu. Hyesu segera makan sebelum buka buku teksnya dan siapkan kerja sekolah.

 

tetapi Hyesu ni pelik, bila buka buku teks sekolah ja, terus tidur. Rasa mengantuk macam makan pil tidur. Hari makin petang, matahari hampir tenggelam. Hyesu terbangun dari tidur selepas habiskan 3 jam tanpa siapkan kerja sekolanya.

" Eh, 7.00 petang? Ahh cuainya aku "

Jhope mesti dah balik

Dia baru nak mengemaskan buku sekolahnya tetapi berhenti selepas ternampak tulisan pada buku latihannya. Semua latihan math dah siap dengan jawapan, karangan, buku teks tersusun rapi. Siapa yang tolong buatkan?

Dia terus fikirkan semua kemungkinan yang orang dalam kelas tetapi berhenti selepas teringatkan sesuatu.

wangian pada buku ni.....

Wangian Jung Hoseok. Dia tahu, dia selalu bau apabila dekat dengan Jhope. Hyesu menekup mulut dia. Jhope tolong siapkan kerja sekolah dia? Dia kemudian ternampak Jhope berjalan ke arah pagar sekolah dari jauh dengan T-shirt bola keranjangnya. Hyesu tersenyum riang sambil memegang buku latihan dia,

" Aku tak kisah berapa ramai orang benci kau, aku tetap sukakakn kau Jung Hoseok "

 


Terlalu. Banyak. Fluff. ARGHHH Mianhae readers, hajatnya saya tak nak sambung atau padam ja fic ni tapi kesian pula orang yang dah tunggu. Jadi.. disebabkan saya terlalu banyak sangat berangan benda merapu macam ni, apa salahnya kalau jadikan real dalam fic saya sendiri hohoho. 

# Jangan judge orang berdasarkan latar belakang, seperti guru sekolah Hyesu dan Jinyoung. walao eh oneshot hahhaahahah

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
izatizatixoxo88 #1
Chapter 1: Best giler citer...update soon...
harryniel
#2
bagusnya kalau ada sambungan ~
Qee_Ha
#3
Chapter 1: Bestlah citer ni!! Kenapa tak nak sambung~
Miss_Lulunie64
#4
Chapter 1: Hebat lah, author-nim! ^_^
hayoungken #5
Chapter 1: wah~~ terbaik~~
durian2003 #6
I wanna cry. *sniff sniff* I think I already am!

This is so touching!! I know it's meant to be fluffy but, I rarely read Malay fics.
And yours is so... d'aaaaaww~~~ :')
HoSeok-ah~

Daebak-ieyo!!! b^^d
LovelyIna
#7
Hai Awak.. Sy dri Cherry Blossom Clinic, Request awak dah siap... tpi ada satu hal lagi yg blum selesai sebelum awak terima design tu..

Rules #2 "Iklankan Klinik Kami di Foreword"

Haa~~ Lepas awak iklankan, surely your design is in your hand =)
Harap dapat beri kerjasama yer.. *bow*

Kamsahamnida...