Prologue

Bloodlust

“Tuan puteri! Tuan puteri dekat mana?!” laung Lea. Lagak tidak keruannya menarik perhatian penjaja buah-buahan yang berdekatan. Beberapa orang lelaki yang berpakaian seragam tentera terkocoh-kocoh mendekatinya.

            “Kenapa Lea?”

            “Tuan puteri sudah hilang.” Kata Lea yang hampir menangis.

Lucy yang bersembunyi di sebalik kotak kayu sekadar memerhati. Badannya direndahkan sehingga hampir mencecah tanah hanya kerana tidak mahu dilihat oleh pembantu dan tentera. Itulah Lucy, seorang puteri yang sentiasa ingin lari dari istana.

            “Hei, awak ni siapa?”

Lucy cepat-cepat menoleh. Kelihatan seorang budak lelaki sedang memandangnya sambil membawa sebungkus epal. Lucy terkebil-kebil memandang lagak budak lelaki itu.

            “Orang-orang pelik tu tengah cari awak ke?” tanya lelaki itu lagi.

Lucy kembali memandang Lea dan beberapa orang tentera yang sedang sibuk menemuramah penjaja berdekatan. Tidak lama kemudian, dia bersuara.

            “Jangan beritahu mereka saya ada dekat sini.”

Budak lelaki itu duduk di hadapan Lucy. Bungkusan epal diletak di tepi.

            “Kenapa pula? Kesian mereka. Bersusuah payah cari awak.”

Lucy lambat membalas.

            “Saya tak nak balik ke istana..”

            “Istana? Awak duduk dekat istana ke?”

Kanak-kanak perempuan itu mengangguk. Budak lelaki di hadapannya memandang dengan penuh keterujaan.

            “Nama saya Albert. Awak?”

            “Lucy.”

Albert tersenyum riang.

            “Mesti seronok dapat tinggal dalam istana. Bertuahnya awak..”

            “Semua orang cakap macam tu.. saya tak suka tinggal dalam istana.”

Budak lelaki itu kehairanan. 

            “Kalau macam tu.. awak nak tinggal di mana?”

Lucy memandang Albert sambil tersenyum.

            “Saya nak tinggal di rumah awak boleh tak?”

            Albert perlahan-lahan membuka pintu rumahnya. Ebony yang sedang sibuk mengait memandang anak lelakinya di pintu.

            “Kenapa terjenguk-jenguk tu, sayang? Epal yang mak suruh beli dah beli ke belum?” tanya Ebony.

Albert mengangguk. Dia melangkah masuk perlahan-lahan. Langkahnya terhenti apabila berada di hadapan Ebony. Wanita itu berasa pelik.

            “Kenapa?”

            “Um.. ada kawan Albert nak tinggal di rumah kita. Boleh tak?”

Ebony memandang pintu yang terbuka. Tiada kelibat sesiapa sedang berdiri di pintu.

            “Siapa kawan kamu? Mana dia?”

Budak lelaki itu memandang pintu.

            “Lucy. Masuklah. Mak saya panggil.”

Lucy menjenguk dari pintu. Setelah melihat Ebony tersenyum memandangnya, dia melangkah masuk.

            “Kamu Lucy ya? Mak kamu tak marah kamu datang ke rumah makcik?”

Budak perempuan itu menggeleng.

            “Mak dah tak ada..”

            “Oh.. maaflah..”

Lucy kelihatan sugul apabila ditanya tentang keluarganya.

            “Rumah makcik tak besar. Kamu tak kisah ke?” kata Ebony. Dia dapat mengangak apabila melihat pakaian Lucy. Tentulah kanak-kanak itu bukan dari golongan rakyat biasa sepertinya. Lucy cepat-cepat menggeleng.

            “Lucy lagi suka tinggal dekat rumah makcik.”

            “Tapi bila dah malam nanti, kamu balik ya.. nanti keluarga kamu risau.” Kata Ebony.

Lucy mengangguk.

 

8.00 malam

            Lucy menikmati makan malam bersama Albert dan Ebony. Seorang lelaki melangkah masuk ke dalam rumah tidak lama kemudian. Ebony memandang suaminya sambil tersenyum.

            “Siapa budak tu?” tanya Henry kehairanan.

            “Oh, itu kawan Albert. Abang nak makan?” tanya Ebony.

Henry duduk di sofa.

            “Hm.. sekejap lagilah.”

            “Lepas makan, abang hantarlah dia pulang. Takut keluarga dia risau pula nanti.”

Lelaki itu mengangguk. Surat khabar dibelek tanpa ingin dibaca.

            Pintu rumah diketuk secara kasar. Henry tersedar dari lamunannya segera memandang Ebony. Isterinya mula berasa tidak senang.

            “Siapa tu?” laung Henry.

Tiada jawapan namun bertalu-talu ketukan kedengaran. Lelaki itu membuka pintu. Selaras senapang diacu dilehernya. Lucy dan Albert tergamam.

            “Kau yang culik tuan puteri. Serahkan dia kembali.” Kata Watson dengan nada keras. Jari telunjuknya bersedia menekan picu. Matanya terarah pada Lucy. Kanak-kanak itu bersembunyi di belakang Albert.

            “Lea. Ambil tuan puteri segera.” Perintah Watson. Gadis itu cepat-cepat mendekati Lucy.

            “Tak nak. Saya tak nak balik.” Budak perempuan itu terus memegang baju Albert.

            “Tapi.. tuan puteri kena balik.” Pujuk Lea.

Lucy terus menggeleng.

            “Lucy. Jangan degil. Cepat balik!” kata Alex.

            “Tak nak...”

            “Balik!” Alex meninggikan suaranya.

Lucy akur. Genggaman baju Albert dilepaskan. Lea mendukungnya keluar. Watson masih mengacukan senapangnya.

            “Tolong lepaskan suami saya.” Kata Ebony.

Watson memandang wanita itu.

            “Tolonglah.” Wanita itu mula merayu.

            “Henry Doucas. Anda akan dihukum bunuh kerana telah menculik adik kesayangan Putera Alex dan menjadi ahli Bloodlust Organisation. Hukuman akan dijalankan pada esok pagi. Ada kata-kata terakhir?”

Ebony terdiam. Suaminya... merupakan seorang penentang raja? Tak mungkin.

            “Tak. Encik salah orang. Suami saya bukan penentang raja.” Katanya. Beberapa orang pegawai tentera menggari Henry. Watson mencebik.

            “Saya menjemput puan untuk hadir pada majlis esok pagi.. pakai baju yang cantik tau.” Katanya sebelum membawa keluar Henry. Albert mengejar bapanya namun Wtson sempat menolaknya kembali. Ebony cepat-cepat mendekati anak lelakinya itu.

            “Ayah..”

Henry tersenyum kelat. Sesaat dua kemudian, kelibat tentera dan ayahnya menghilang dalam kegelapan malam.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet