Don't Cry Do Kyung

He is My... Nerdy Classmate

  "Do Kyung,kau tak nak pergi kantin? Kyung Soo dah pergi~"

  "Apa kena mengena dengan dia? Aku nak tunggu Myung Soo"

  "Okey.Kalau macam tuh aku pergi sorang lah..."

  "Jap,kau nak pergi 'satu tempat' tak?"

Tak sempat Sehun bagi respon,aku tarik dia.

  "Myung Soo macam mana,nanti dia cari kau~"

  "Pandai-pandai dia lah nak cari aku"


Sampai saja ke 'satu tempat' iaitu bumbung sekolah.Aku lepas tangan Sehun.Angin dengan lembut menyapa pipi aku./skema lagi/.

  "Kau selalu naik sini ke?"

  "Ani.Aku naik time aku ada masalah atau ada perlukan masa untuk berseorangan~"

Aku tenung langit biru lama-lama dan. . .

  "Do Kyung,kenapa kau nangis?"

Sehun tarik aku dalam pelukan dia.

  "Kadang-kadang aku menangis bila teringat kemalangan omma dan appa kau.Diorang pergi sebab aku,kau pindah ke Beijing sebab     mak cik kau tinggal kat sana.Time kau nak pindah aku rasa semuanya salah aku.Isk... Isk..."


Myung Soo's P.O.V:

Mana Do Kyung nih dalam kelas tak de.Mesti ada kat bumbung sekolah.Aku tolak pintu bumbung sekolah.Terkejut bila tengok Sehun tengah peluk Do Kyung.Bila Sehun balik? Dia ada hati lagi ke dekat Do Kyung?

  "Kadang-kadang aku menangis bila teringat kemalangan omma dan appa kau.Diorang pergi sebab aku,kau pindah ke Beijing sebab     mak cik kau tinggal kat sana.Time kau nak pindah aku rasa semuanya salah aku.Isk... Isk..."

Aku ingat dia dah lupa pasal kemalangan 5 tahun lepas.Hurm... Biarlah,Sehun sorang je yang boleh buat dia berhenti menangis.Baik aku pergi kantin.


  "Ala... Semua tuh dah lepas,takkan kau nak buat mesin masa pastu ubah semua yang berlaku."

  "Kalau aku berlajar bersungguh-sungguh,aku boleh buat.Isk... Isk..."

  "Kau nih lawaklah.Time menangis pon menjawab~"

Aku tersengih,Sehun sapu air mata pastu cubit pipi aku.

  "Sakit lah,aku tahu pipi aku gebu~" Aku gosok pipi.

  "Perasan betul kawan baik aku nih.Kalau nangis lagi,aku cubit pipi kau.Faham?"

  "Faham Tuan!"

Aku buat tabik spring kat Sehun.

  "Jom masuk kelas.Tapi kau tak lapar ke?"

  "Tak,sebab sandwich yang omma bagi tuh dah buat aku kenyang~"

Aku dan Sehun melangkah masuk ke kelas.


Kyung Soo's P.O.V:

Aish~ Dalam cerita nih,aku ditakdirkan jalan sorang diri ke?

Penulis:"Eleh~ Pengakhiran cerita nih kau dengan Do Kyung jugak~"

  "Kalau macam aku tunggu jelah~"

Penulis:"Good Boy~"

  "Itu pon Do Kyung dan Sehun.Woi,korang pergi mana? Asyik berdua je..."

  "Kau dengki ke aku bawa Sehun jalan-jalan satu sekolah?"

  "Tak lah... Mana ada aku dengki~" >///<


Lambat lagi ke nak balik.Aku tengok jam dinding.Sabar Do Kyung,ada 2 minit lagi nak pukul 3.Aku tengok semua budak kelas aku tidur.Pelik,selalunya diorang buat kerja.Sehun dan Kyung Soo je tak tidur,sebab syok main dengan telefon sendiri.

  "Korang berdua main apa?"

  "Main 'Candy Crush'"

  "Teruskan bermain~"

KRING!!! 

Yes! Akhirnya,balik jugak.Boleh aku terus baring nanti sampai rumah.

  "Sehun,jom balik"

  "Jom~"

  "Eh jap,mana Kyung Soo,dah balik ke?"

  "Dia kata pergi tandas.Nak tunggu dia kat depan ke?"

  "Ani.Tapi aku rasa,aku lupa sesuatu"

  "Apa dia?"

  "Biarlah.Tak penting sangat kot.Jom."


Kyung Soo's P.O.V:

Siap aku buang hajat,aku tunggu Do Kyung depan sekolah.Lepas 10 minit,dia tak keluar lagi.Takkan dia dah balik dengan Sehun,dia dah janji dengan nak teman aku.Kalau macam tuh aku pergi sorang jelah.

  "Mendung(?).Mesti hujan.Aku kena cepat,kalau tak kedai spek tutup aku pon balik basah kuyup"

Aku berlari kearah kedai spek.

  "Annyeong nunna,ingat saya tak?"

  "Annyeong.Mestilah nunna ingat,kamu yang tempah contact lens tempoh hari kan?"

  "A'ah"

  "Ni contact lens yang kamu tempah tuh.Kenapa datang sorang?"

  "Kawan saya busy kot,sebab tuh datang sorang.Saya nak cepat nih,takut hujan turun.Pergi dulu~"

Aku simpan contact lens dalam beg.Aku tengok langit.

  "Harap-harap tak hujan..."

Tiba-tiba hujan turun dengan lebat.

  "Malang betul aku" -__-

Aku pergi berteduh di bawah pokok,tunggu hujan redha dulu lah~ Baju aku dah lencun.Aish... Sejuknya~


  "Kami dah balik.Nasib baik sempat sampai rumah,kalau tak habis basah.Betul tak Sehun?"

  "A'ah.Do Kyung aku naik dulu.Nak bersihkan badan~"

  "Okey~"

Aish... Aku rasa ada yang tak kena lah.Hurm... OH MY!! Baru aku ingat yang aku dah janji dengan Kyung Soo nak teman dia.

  "Omma! Saya keluar jap,tertinggal orang!"

Aku campak beg sekolah atas sofa.

  "Okey,tapi bawa payung sekali.Nanti demam."

Tak bawa payung pon tak pelah.Aku berlari keluar rumah.


Aku cari Kyung Soo di sekolah.Tanya port guard.

  "Pak cik! Ada nampak seorang lelaki,dia pakai spek tebal 2 inci?"

  "Tak de.Kawasan sekolah dah kosong."

  "Kalau macam tuh,terima kasih."

Dalam hujan,aku berlari ke kedai spek yang aku dan Kyung Soo pergi tempoh hari.

  "Tutup?! Aishh!!! Budak nerd pergi mana?!"

Aku kuatkan diri untuk cari Kyung Soo,walaupun baju aku lencun dah sekarang.Aku tengok sekeliling,ada seseorang tersandar di bawah pokok.Aku pergi dekat.KYUNG SOO!!

  "Kyung Soo,kenapa kau berteduh bawah pokok? Pondokkan ada.Bengaplah kau nih!!"

  "Entah lah Do Kyung.Aku ingat nak tunggu hujan redha,tapi makin le. . ."

Kyung Soo jawab dengan lemah dan tak sedarkan diri,aku pegang dahi dia.Panasnya.Aku dukung Kyung Soo.Nasib baik kau ringan.Kalau tak,dah lama aku heret.Aku bawa dia ke rumah dalam hujan.


  "Omma,Do Kyung pergi mana?"

  "Entah.Dia kata tertinggal orang tadi"

  "Tertinggal orang.Kenapa dia tak bawa payung?"

  "Dia tak bawa payung?! Aishh... Budak nih"

TING TONG~

Pintu rumah ditolak dari luar.

 "Sa-Saya dah balik..."

BUKK!!! Aku dah Kyung Soo terbaring depan pintu.Dua-dua tak sedarkan diri.

  "DO KYUNG!! KYUNG SOO!!"

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
NEALfanfiction
#1
Chapter 15: hyung masih ada kat sini . something belum settle dengan akak . but lepas dah settle ; hyung dah tak ada dah :'