Nado Saranghae

He is My... Nerdy Classmate

~Semasa Kem~

Aku duduk tepi sungai.Sunyi.Kalau ada Kyung Soo mesti tak macam ni.Myung Soo datang duduk sebelah.

  "Weh Do Kyung,kenapa Kyung Soo tak datang?"

  "Dia selesema."

Telefon Myung Soo berdering...

  "Aku nak jawab jap..."

  "Teruskan"


Myung Soo's P.O.V:

You have a call

From:Kyung Soo

  "Yeoboseyo?"

  "Huk...huk... Myung Soo,sekarang nih aku dekat hospital."

Aku jarakkan diri dari Do Kyung supaya dia tak dengar.

  "Hospital? Teruk ke kau sakit?"

Masa tuh Min Hyuk dengan Peniel lalu tepi aku.

  "Myung Soo,siapa sakit?"

   "Sshhh.. nanti Do Kyung dengar."

Kitorang pon pasang telinga dengar cerita Kyung Soo.

  "Bukan aku tapi omma aku."

  "Waeyo?" Serentak.

  "Rumah aku terbakar,tangan omma aku terkena api.Kau jangan bagitahu Do Kyung."

  "Arraseo,kami takkan bagitahu Do Kyung.."

  "Tak bagitahu aku apa?"

Aku,Min Hyunk,Peniel terkejut bila tengok Do Kyung ada kat belakang.

  "Ah,tak bagitahu kau yang..."

  "Yang Myung Soo nak nyanyi masa unggun api malam nih."

Lega,nasib baik Min Hyuk tolong.

  "Apalah korang nih,tu pon tak bagitahu aku.hahaha.Dah la,aku masuk khemah dulu."


~3 hari selepas kem~

Tak sabarnya nak jumpa Kyung Soo.Aku berjalan ke rumah sambil heret beg roda.

  "Huh?! Apa dah berlaku.. Omma!!!"

Omma berlari keluar rumah.

  "Kenapa nih Do Kyung?"

  "Ke-kenapa rumah Kyung Soo hangus?"

Omma diam.Aku menangis,hujan pon turun dengan lebat.

   "Kyung Soo... Isk..isk.. Kenapa kau tinggalkan aku? Isk..isk.."

Omma angkat aku masuk dalam rumah.


2 hari kemudian...

Pintu bilik aku ditolak.

  "Do Kyung? Kamu tak nak keluar pergi ambil udara segar ke? Dah 2 hari kamu duduk dalam bilik."

Aku geleng.

  "Huh.Kalau omma suruh kamu pergi belikan roti?"

Diam.Aku tengok omma buat muka sedih.

  "Hihi.Omma nampak muda bila buat muka sedih.Baiklah,Do Kyung pergi beli."

  "Macam ni lah anak omma.Dah 2 hari omma tak tengok Do Kyung senyum."

Aku bersiap pergi beli roti.


Aku bermain-main dengan roti di tangan dalam perjalanan dan berhenti di bangku taman.Duduk.Aku telefon Sehun.

Tutt~Tutt~

  "Yeoboseyo Do Kyung~ Kenapa kau call nih?"

  "Aku call ni nak bagitahu yang aku,omma dan appa je pergi majlis perkahwinan kau."

  "Kenapa Kyung Soo tak datang,korang gaduh eh?"

  "Mana ada kitorang gaduh.Kyung Soo cuma..

Air mata aku mengalir.

  "tsk..tsk..Sehunna!!"

  "Yah~ Do Kyung,jangan nangis.Kita dah janji kan? Ceritalah apa terjadi?"

Aku sapu air mata dan mukus dengan muffler.

  "Kyung Soo...Kyung Soo dah tak de... tsk..tsk..tsk.."

  "Maksud kau Kyung Soo dah berpisah dengan kau?"

  "Yah!! Aniya!!! Dia dah tinggalkan aku,kau,kita semua!!"

Orang yang lalu lalang di taman tengok aku menangis teresak-esak.

  "Do Kyung,dia tak tinggalkan kau dia ada...."

Tiba-tiba ada seorang lelaki spek tebal 2 inchi,galas beg warna coklat dan bibir tebal tengah berdiri depan aku.

  "Lee Do Kyung~ Long Time No See~"Lelaki tu sengih.

Telefon aku jatuh ke tanah dan aku bangun.Setapak demi setapak aku mendekati dan aku berlari memeluk dia,Do.Kyung.Soo.Semakin laju air mata aku mengalir.Orang yang lalu lalang di taman bertepuk tangan bila tengok 'drama' kami.

  "Saranghae Do Kyung"Bisik Kyung Soo.

  "Nado saranghaeyo. tsk..tsk.."

Aku menangis dalam pelukannya.


~The Wedding Day of Sehun and Lulu~

  "Pergi lah join diorang tuh."

  "Aku tak nak lah,buat apa nak berebut-berebut disebabkan satu jambang bunga.Dah la aku pakai gaun warna biru laut,jatuh nanti kotor.Kalau baju sukan tuh okeylah.."

  "Ala.. Nanti kita dapat kahwin"

Aku tengok Kyung Soo. -_-.Lulu membelakangi mereka dan melambung jambangan bunga.Terkejut aku bila bunga tuh jatuh atas tangan.Tetamu yang hadir memberi tepukan dan aku terkedu.

  "Weh Do Kyung! Tahniah,nanti jemput aku dan Lulu sekali!"Sehun melaung.

Haih..Nasib aku.Kyung Soo datang dekat dan berbisik.

  "Bila kita boleh jadi macam Sehun dan Lulu?"Dia gelak.

  "Yah Do Kyung Soo!!!"

Aku kejar Kyung Soo dengan kasut tumit tinggi dikaki.Mereka semua ketawa.

----------------------------------------------------------~THE END~-------------------------------------------------------

  

 

  

 

 

  

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
NEALfanfiction
#1
Chapter 15: hyung masih ada kat sini . something belum settle dengan akak . but lepas dah settle ; hyung dah tak ada dah :'