Stupid Event (3)

That Kingka Is My Hubby

Biskut coklat dihulurkan pada Luhan yang sedang berehat diatas katil sambil membaca buku.Luhan melihat kearah Hara dengan kening terangkat.Terus biskut coklat diletak pada sebelah Luhan.

 

"siapa beri ni?".soal Luhan sambil menilik kotak bewarna merah jambu dengan reben merah.

 

"Yura".jawab Hara selamba lalu memasukkan earphone ke dalam telinganya.

 

"what?".Luhan ketawa kecil dan menggeleng kepala.

 

Luhan pun cuba merasanya.Dengan pantas Hara memperlahankan volume dan cuba mendengar.

 

"wow...bestnya...pandai betul Yura buat biskut ni".ujar Luhan sambil sengaja menguatkan suara dia.

 

"sedap ke....aku tak pandai pun buat biskut atau kek..patut ke aku belajar?".Hara berbisik sendiri.

 

"fuhh...memang sesuai dengan taste aku".ujar Luhan sambil ketawa kecil.

 

Hara menguatkan semula volume.Malas dah dia nak dengar.Pantas matanya dipejam.

 

"eh....kau jangan layan sangat budak kelab bola sepak tu".ujar Luhan.Tiada respon.

 

"oi..kau dengar tak?".Luhan membaling bantal kearah Hara.

 

"oww..sakitlah".Hara menjeling kearah Luhan.

 

"aku cakap jangan layan budak kelab bola sepak sangat...kau faham tak?".soal Luhan sambil memeluk tubuhnya.Hara tak membuka matanya dan terus kaku diatas sofa.

 

Luhan menarik earphone ditelinga Hara terus mencampaknya keluar ke tingkap.

 

"awak!kenapa awak buat macam tu?".soal Hara.

 

"sebab kau tak dengar sangat...tak bagus tau guna benda tu 24 jam..pekak baru tahu".ujar Luhan.

 

Hara mengetap gigi.Selimut ditarik-tariknya.Geram!.

 

"mamat ni!sesuka hati dia buang harta benda aku...eiii".Hara membaling bantal kearah kepala Luhan.

 

"oi..sakitlah!".Luhan pergi kearah Hara dan menarik kedua-dua pipi Hara dengan sekuat hati sambil ketawa macam setan.

 

"oi..sakitlah!Luhan!!".Hara menarik kolar Luhan.

 

"Luhan~Hara".Puan Xi membuka pintu dengan tiba-tiba.

 

Luhan dan Hara pun membetulkan duduk mereka yang tadi asalnya macam tengah berperang.Rambut sorang-sorang dah kusut macam hantu.

 

"omo..apa jadi dengan kamu berdua ni?".soal Puan Xi.

 

"err...aa...main kejar-kejar tadi lepastu terjatuh..haha".Luhan ketawa sambil mencuit lengan Hara.

 

"ya...haha".Mereka berdua pun ketawa bersama macam pasangan bahagia.

 

"omo..teringat pula masa mama muda-muda dulu..takpelah..selamat malam ya ".ujar Puan Xi.

 

"ya ma~".jawab Hara dan Luhan serentak.

 

Luhan pun melihat kearah Hara sambil tersengih nakal.Seram sejuk dibuatnya Hara.

 

"awak ni dah kenapa tersengih macam tu?".soal Hara.

 

"sayang...sampai bila sayang nak peluk tangan saya ni?".soal Luhan sambil mengerlipkan matanya.

 

"ehh..err..tak sengaja".ujar Hara sambil menolak tangan Luhan.

 

"anyway...kau masuk tak event tu?".soal Luhan.

 

Hara kaku.

 

"tak..takde masalah nak join benda tu...awaklah kingka tu kan?".soal Hara sambil membetulkan rambutnya.

 

"yup...cuma nak cakap nanti..kau kena tinggallah sorang-sorang dekat rumah nanti".ujar Luhan.

 

"ha?apa maksud awak?".soal Hara.

 

"kau kan tak join sekali....mama dengan papa aku akan ke china minggu depan..so kau duduklah dalam rumah ni sorang-sorang".ujar Luhan.

 

"apa susah?saya baliklah rumah mama papa saya".ujar Hara.

 

"ek?lepastu biar mama dengan papa kau tanye..Mana suami kamu?kenapa balik rumah mama ni?..macam tu?".soal Luhan.

 

"dia ni tengah memaksa aku masuk event tu ke ape".Hara berbisik didalam hati.

 

"saya cakaplah...suami saya pergi pulau jeju tengah berfoya-foya dengan perempuan lain..biar mama papa kita marah awak pula.".ujar Hara.

 

"eh...bukan aku nak sangat jadi kingka ni tau..nak buat macam mana?aku cukup perfect untuk digelar kingka..aku kacak..bijak...".ujar Luhan sambil menarik pipi Hara dan menggoyangkannya.

 

Hara mencebik bibir.Dah mula perasan si Luhan ni.

 

 

 

________________

 

 

Hara duduk diatas kerusi sambil memikirkan apa yang patut dia buat untuk menang.Sakit kepala dibuatnya memandangkan pemilihan adalah secara melihat kertas yang kita tulis nama penuh Luhan diatas kertas dan tidak dibenarkan menulis nama penulisnya.

 

"hah!apa kata biar si Luhan ni cam tulisan aku".Hara tersengih.

 

"Luhan..ajar saya ni".ujar Hara sambil menghulurkan buku latihannya.

 

Luhan memandang Hara semacam.

 

"kau ni dah kenapa?dah siap tu kan".ujar Luhan.Hara pun melihat kearah bukunya.Yalah,semua dah siap.

 

"eh..tak perasan pula".Hara ketawa kecil dan mengalihkan mukanya kearah lain.

 

"mak oii malunya".Hara menggigit bibir.

 

 

 

Sejak hari itu Hara mula menunjukkan tulisannya pada Luhan seperti menghantar nota,menunjukkan latihan dan sebagainya.Mungkin dengan cara itu Luhan dapat mengenal tulisannya.

 

 

 

 

 

_______________________________________

 

 

 

Yura berjalan menuju ke sekolah dengan berjalan kaki memandangkan Minhyun tak hadir ke sekolah hari ni,jadi dia malas nak susahkan papanya.Terus dia menggeliat kecil dan tersenyum membayangkan tempoh hari Luhan memuji biskut coklat yang dibuatnya dengan penuh kasih sayang.

 

Beberapa minit kemudian dia pun lihat kereta Luhan muncul.Entah kenapa Yura mahu menyorok dari dinampak,jadi dia mengintai disebalik pokok ditepi jalan.

 

"eh..kenapa Luhan berhenti dekat situ?".Yura mengerutkan dahi.

 

Makin terbeliak Yura lihat Hara yang keluar dari perut kereta sambil mencebik bibir.

 

"tu kan kereta Luhan".Yura berbisik didalam hati.

 

"saya balik lewat sikit hari ni..saya ada buat sesuatu...tunggu tau".Ujar Hara.

 

"eh budak ni..sesuka hati dia aja suruh mengarah orang".

 

Yura mengerutkan dahi.Suara Luhan.

 

"kenapa diorang berdua pergi sekolah sesama?dan kenapa Luhan berhentikan Hara dekat situ?".Yura menyoal dirinya sendiri.

 

"awakkan suami saya..awak kenalah jaga saya".ujar Hara.

 

"what???suami??".Hara menutup mulutnya.

 

"yalah jaga kau..tapi kau dah banyak kali cederakan aku..tengoklah..kalau aku rajin...kalau aku malas sila naik bas ya".ujar Luhan.

 

"Luhan dan Hara..berkahwin?".Yura menekup mulutnya.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
yme_xiu #1
Chapter 1: Cool..second time bce fanfic malay..stkt ni fanfic malay the best la..yg stu lgi tu x complete..tgok statusfanfic ni complete trus bace..hhahha the best la..bru bce cpter 1
ChoiJiHwa #2
Chapter 47: Wowww...mcm nak t cbut organ bdnku ni bila c hara mntak ceraii....sedihhhh nyaaaa...tpi story mmang x da part org jahat nak blas dendan kha???
ChoiJiHwa #3
Chapter 43: Trimassss
UKISSME_SaraHwa
#4
Chapter 53: Cerita pasal xi sehun tu link dia xde pun? Nak bace, nak bace. Huhu
AsyiA_MiZuki
#5
Chapter 52: cerita ni memang daebak
Ayla_Qistina
#6
Chapter 52: akak Aisyahhhhhhhhhhhh... huaaaaa.. walaupun bca bca ni byk kali,Alhamdulillah.... Air mata masih sedia untuk mengiringi.. huhuhuhuhuhuaaa.. Cerita ni best dan kalau best ofcoz lah xbosan kannnn... Seyeesss.. huhuhuh.. sobss..
pikahbajet #7
Chapter 51: Wow nak nangis saya dibuatnya .Terbaik!!!!!!
pikahbajet #8
Chapter 37: Daebak!yehet!
EhhSyasyaLah #9
Chapter 53: Daebak!!!!!I like this story very well!!!!!sampai nak nangis sy die buat nyerr!!!!huhu!!!