Keputusan yang pasti

Heart (Malay)
Please Subscribe to read the full chapter

     Sehun termenung panjang. Sesekali melepaskan keluhan berat. Dia tidak tahu apa yang patut dia lakukan. Perlu ke dia menerima tawaran Kris? Atau mencari bantuan lain?

     Dia menggodek(?) makanan malamnya tanpa ada niat untuk menjamahnya. Sehun terlalu muda untuk berkahwin dan dia ingin menghabiskan zaman remajanya seperti remaja-remaja yang lain. Dia ingin bebas. Bukannya terikat dengan ikatan perkahwinan yang dilakukan secara terpaksa.

     "Kau tak nak makan ke, Sehun?" soal Luhan yang berada di hadapannya menghentikan lamunannya.

     Setelah berlakunya kejadian tadi, dia terus menuju ke sebuah cafe milik Luhan, salah seorang seniornya yang telah menamatkan sekolah pada dua tahun lepas. Luhan hyung merupakan antara orang yang terdekat dengannya selain Baekhyun. Dia juga sering berkongsi masalah dan meminta pendapat Luhan. Personalitinya yang baik hati dan peramah membuatkan Sehun senang berada dekat dengannya.

     "Takpe lah, hyung. Saya takde selera pulak. Maaf susahkan awak" dia berkata dengan senyuman kecil yang kelihatan terpaksa.

     "Kenapa dengan kau ni? Ada masalah ke?" Luhan bertanya risau. Sehun telah menceritakan tentang kehilangan keluarganya akibat penagih hutang, tapi dia pasti adiknya menyembunyikan sesuatu daripadanya.

     Sehun buntu. Dia tidak tahu sama ada memberitahu Luhan tentang 'lamaran' Kris itu adalah langkah yang tepat ataupun tidak. Kalau boleh memang dia nak sangat menceritakan masalahnya kepada orang-orang yang terdekat dengannya. Namun, hal perkahwinan ini bukanlah perkara yang boleh dibuat main-main. Kepalanya juga terasa pusing memikirkan masalahnya yang masih tergantung tanpa jawapan.

     Luhan yang menyedari keadaan Sehun yang tidak berapa baik saat ini memutuskan untuk menghentikan pertanyaannya tadi. Dia tidak ingin memaksa. Jika Sehun belum siap untuk menceritakan segalanya, maka dia hanya mampu berharap yang terbaik untuk adiknya.

     "Lebih baik kau rehat dulu. Esok kau sekolahkan? Kau boleh tidur kat bilik tetamu kat depan tu" Luhan tersenyum.

     "Terima kasih, hyung" ucapnya ringkas sebelum berlalu masuk ke dalam bilik tetamu.

     Luhan hanya memerhatikan dengan pandangan mata sayu. Kenapalah dia perlu berdepan dengan kehidupan sebegini pada usianya yang masih muda? Kadangkala Luhan sering menanyakan pada dirinya sendiri tentang kehidupan. Kenapa hidup ini begitu tidak adil untuk sesetengah golongan? Dan kenapa insan itu mesti Sehun, orang yang dia sayang?

 

*  *  *  *  *  *  *

 

     Sehun terbangun apabila jam menunjukkan pukul 6.00 pagi. Sejujurnya, dia hanya tidur selama tiga jam sahaja malam tadi. Dia tidak boleh tidur kerana dibebani segala permasalahannya. Dan kini, dia telah mengambil keputusan muktamad.

     Dia segera mandi dan bersiap-siap untuk keluar. Bunyi pinggan mangkuk yang berlaga di dapur cafe membuktikan bahawa Luhan telah pun bangun dan sedang menyiapkan sarapan pagi. Sehun melangkah keluar dengan sebuah senyuman. Luhan sedang sibuk menyusun roti di atas pinggan sambil menyanyi kecil. Dia terus menuju ke arah Luhan yang sepertinya tidak menyedari kehadirannya dan memeluk hyung kesayangannya itu dari belakang.

     "AH!" Luhan menjerit terkejut manakala roti yang dipegangnya terjatuh. Sehun ketawa geli hati melihat tingkah-laku hyungnya yang menurutnya tidak manly.

     "Sehuna!" Luhan cuba bersuara marah namun yang kedengaran hanyalah kegembiraan. Dia sememangnya tidak mampu untuk meninggikan suara pada Sehun apatah lagi apabila melihat senyuman yang kembali menghiasi wajah Sehun.

     Sehun terus tertawa kecil kemudian melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Luhan segera menyelesaikan tugasnya dan duduk di samping Sehun.

     "Nah, makanlah. Mesti kau akan jatuh cinta pada aku bila kau rasa masakan aku" dia mengenyitkan sebelah matanya dengan senyuman yang tidak pernah hilang dari wajahnya sambil menyuakan sekeping sandwich pada Sehun.

     "Kau nak ke mana ni?" soal Luhan apabila menyedari bahawa Sehun tidak memakai uniform sekolahnya tetapi baju kasual; baju T-shirt bewarna biru laut dengan seluar jean.

     Sehun terdiam seketika. Apa yang patut dia cakap? Takkan dia nak beritahu Luhan yang dia akan menemui Kris? Hyungnya pun bukan mengenali Kris memandangkan dia tidak menceritakan apa-apa tentang 'mat saleh celup' yang dia jumpa semalam.

     "Saya nak selesaikan hutang ayah saya" ucapnya tanpa memandang ke arah Luhan. Dia takut Luhan akan mengetahui pembohongannya.

     "Macam mana? Kau ada duit ke?"

     "Buat masa ni memanglah takde. Tapi saya akan usahakan" ja

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
fafawinterlover #1
Chapter 2: Omg! ! Author-nimmm cpt lah update lgi! ! X sabar nk baca ni! !! Pewleashhhh ~ I love it so much! !!!
ELFlisa #2
Chapter 2: best la cerita ni...update lagi okay~~...
mpreggoland
#3
Chapter 2: ahh! suka sgt2 ni! mmg hidup ni tak adil...huhu
update soon~
mpreggoland
#4
Chapter 1: wah suka3 *rolling down* I really love it! update soon~
baehwililly
#5
update soon !!!! XD
daebakQ93 #6
Krishun ke...excited plak nk bca nnte..hehe..>_<
DubuMushroomLOVE
#7
ni ff mainly apa ke?krishun i suka
mpreggoland
#8
haha saya suka mpreg...susah nk jumpa mpreg lam malay (kecuali sy pya sndiri), so thanks sbb sudi menulisnya ^^