Final

Cinta Yang Tak Terungkap...

B-Joo as Kim Byung Joo/Byungjoo

you as Song Eun Rae/Eunrae

---------------------------------------

Kim Byung Joo...seorang pelajar tahun 3 sekolah tinggi. Dia seorang yang bijak, periang dan suka senyum walaupun bisu sejak kemalangan yang berlaku 10 tahun lalu. Dia juga orang senang. Hampir setiap waktu petang, selepas pulang dari sekolah, dia akan dihantar ke sebuah rumah untuk belajar bermain piano secara peribadi.

Begitu juga dengan Song Eun Rae. Dia juga seorang pelajar tahun 3 sekolah tinggi. Cuma berbeza sekolah dengan Byungjoo. Dia seorang yang bijak dan datang dari keluarga yang berada. Dia amat berminat untuk bermain piano dan belajar dari seorang guru, yang juga kawan appanya. Penyakit asma yang dihidapinya, tak menghalang minatnya.

...........................

Hari 1...

Waktu petang...Rumah pengajar piano...Mrs.Park...

Macam biasa, Byungjoo mesti ke rumah Mrs.Park untuk belajar piano. Seorang pengawal peribadi yang diupah oleh appanya, membuka pintu kereta untuk Byungjoo lalu tunduk hormat. Byungjoo segera keluar dari kenderaan itu lalu menunduk hormat sambil senyum kepada pengawal yang soulless itu.

Byungjoo sekali lagi disambut oleh warga tua yang bekerja di rumah Mrs.Park. Dia menunduk hormat kepada Byungjoo. Byungjoo juga menunduk hormat kepada warga tua juga sambil tersenyum lalu menuju ke rumah Mrs.Park dengan gembira. Warga tua itu tersenyum melihat Byungjoo tapi senyuman nya hanya sekejap kerana memikirkan penderitaan yang dihadapi oleh pemuda itu.

Pada masa yang sama, Eunrae juga datang ke rumah Mrs.Park. Seperti biasa, dia akan menyapa sesiapa yang dia jumpa. Dia ditemani oleh pekerja yang diupah oleh appanya. Di tangannya, mesti ada sebotol marshmellow.

Apabila dia masuk ke rumah itu, dia terlihat Mrs.Park memarahi seseorang dengan teruk. Dia hanya duduk sambil menunggu gilirannya di sebalik dinding kaca sambil melihat seorang pemuda kena marah dengan Mrs.Park.

“Kau bukannya buta! Kau cuma bisu! Itu pun, kau salah tekan key ke?! Kau tak pekak kan?! Kau dengar apa yang aku suruh kan?!”

Byungjoo hanya mendiamkan diri apabila dia mendengar cemuhan dari Mrs.Park. Eunrae pula terkejut mendengar cemuhan dari Mrs.Park.

“Samcheon~ Namja tu...dia tak boleh cakap ke??” tanya Eunrae kepada penemannya. Penemannya hanya menyuruh Eunrae diam. Eunrae melihat pemuda itu dengan perasaan kasihan.

................................

Hari 2...

Begitu juga dengan hari lain. Byungjoo akan dicemuh tanpa menjawab dan Eunrae pula yang mendengar dengan perasaan yang kasihan.

Hari ini juga berbeza untuk Byungjoo dan Eunrae. Eunrae dapat menunggu di dalam bilik pengajaran.

“Dah! Berhenti kejap~! Aku nak ke tandas kejap~!” Mrs.Park berlalu pergi setelah mengajar Byungjoo.

Apabila Mrs.Park hilang dari pandangnya, Eunrae terus mendekati Byungjoo. Eunrae letakkan botol yang penuh dengan marshmellow di atas piano. Byungjoo melihat gadis di sebelahnya dengan hairan. Eunrae segera menekan key dengan betul dan menghasilkan bunyi yang sedap didengar.

“Awak~ tadi, awak salah tekan...patutnya, kita tekan key A baru tekan key G...baru la jadi lagu,okey?” kata Eunrae sambil memandang Byungjoo.

Byungjoo hanya mengangguk dengan rasa kagum. Tapi, dia teringin nak tahu siapa gadis di sebelahnya.

Eunrae memahami ekspresi yang ditunjukkan oleh Byungjoo lalu memperkenalkan dirinya...“Oh~ ^^’’ saya lupa nak kenalkan diri saya ^^’’ annyeong~ ^^ choneun, Song Eun Rae-imnida ^^ Panggil Eunrae”

Byungjoo terus tersenyum. Dia juga memperkenalkan dirinya dengan bahasa isyarat yang tidak difahami oleh Eunrae.

“Mwo? Ehehehehe~ ^^’’ mian~ saya tak faham bahasa isyarat ^^’’”

Byungjoo hanya ketawa. Dia segera melambaikan tangannya kiri ke kanan dan kanan ke kiri sebagai isyarat ‘tak apa’. Dia terus menunjuk pada dirinya lalu menunjukkan name tag di vest sekolah tingginya.

‘Choneun...Kim Byung Joo-imnida...panggil Byungjoo :D’

“Oh~ ^^ baru la saya faham ^^ nama awak Kim Byung Joo...saya suka nama awak ^^ Erm...rambut awak macam cotton candy warna purple la! ” kata Eunrae dengan gembira.

Byungjoo melihat rambutnya lalu tersenyum gembira. Tiba-2 dia terpandang botol marshmellow kepunyaan Eunrae di atas piano. Byungjoo segera melambai tangannya di depan muka Eunrae menyebabkan Eunrae memandangnya semula.

“Waegurae??” tanya Eunrae pada Byungjoo. Byungjoo segera menunjukkan botol marshmellow di atas piano sambil membuat aegyo.

Saya nak marshmellow tu boleh?? c:’

“Oh~ awak nak? Boleh je~ xD” Eunrae terus mengambil botol itu lalu mengeluarkan sebiji marshmellow berwarna ungu. Tiba-2 Eunrae terasa dadanya sempit. Nafasnya mula pendek. Eunrae segera mencari inhaler dari dalam poket vest uniformnya lalu menyedut ubat dari inhaler itu.

Byungjoo pula panik melihat keadaan Eunrae. Dia melihat marshmellow yang masih berada di tangan Eunrae. Byungjoo menarik lengan baju Eunrae dengan laju dengan panik.

Eunrae segera menyimpan inhaler ke dalam poketnya semula. Dia segera memandang Byungjoo dengan senyuman. Byungjoo segera menarik nafas lega.

“Hehehe~ ^^’’ cuma semput sikit xD Nah~!” Eunrae segera menghulurkan marshmellow tadi kepada Byungjoo.

Byungjoo melihat Eunrae semula dengan perasaan risau.

Betul ke?’

“Ahahaha~ xD Awak ni~ risau sangat...Nah~ awak ambil je~ :D Marshmellow ni, sama dengan rambut awak xD”

Mendengar jawapan dari Eunrae, Byungjoo senyum semula dan terus mengambil marshmellow dari tangan Eunrae. Eunrae gembira melihat Byungjoo.

Mrs.Park yang kebetulan baru keluar dari tandas, terserempak kemesraan Eunrae dengan budak bisu yang dia benci. Dia terus menghubungi Mr.Song, appa kepada Eunrae.

.........................

“Kenapa aku kena ajar budak bisu tu pulak? Aku tak suka la~ Kau tahu kan budak tu datang dari keluarga Kim...Kau tahu kan keluarga tu la yang buat keluarga aku jatuh dulu?”

“Nae~ araso...tapi...cuba kau fikir baik-2~ Budak bisu tu tak boleh bagitahu apa orang buat kat dia~ cuba kau fikir~ kalau kau sanggup, aku bagi kau 10 juta won”

Hanya disebabkan duit dan dendam kepada keluarga Byungjoo,  Mrs.Park terima juga untuk mengajar Byungjoo daripada kawannya yang juga tak sanggup mengajar Byungjoo. Dalam masa yang sama, dia benci dengan Byungjoo dan hanya memarahi pemuda itu.

.........................

“Mwo?! Jeongmal-yo??! Oh~ kure~ kasahamnida~” Mr.Song segera mematikan hensetnya. Perasaan geram membuak-buak dalam dirinya yang sudah tua.

Song Eun Rae...kamu berkawan dengan budak bisu?! Keluarga Kim pula tu?!

........................

Tiba-2 Eunrae dapat rasa akan kehadiran Mrs.Park. Dia segera duduk di tempat dia menunggu tadi. Byungjoo pula hanya mendiamkan diri. Mrs.Park muncul semula macam tidak tahu apa-2 dan sambung mengajar Byungjoo.

........................

Hari ke-3...

Walaupun cuma 2 hari kenal...Byungjoo dan Eunrae menyimpan perasaan suka dalam diri masing-2.

“Byungjoo~” panggil Eunrae sambil menekan key-2 piano.

Panggilan itu menyebabkan Byungjoo memandang Eunrae.

Nae?

“Saya selalu terfikir yang awak ni, tak ada apa-2 ke untuk berbual dengan orang yang macam saya?” kata Eunrae lalu memandang Byungjoo.

Byungjoo terus menggaru kepalanya yang tak gatal. Dia sendiri tak tahu macam mana nak jelaskan pada Eunrae. Dia terus menunjukkan dirinya lalu melambai kedua-dua tangannya kiri ke kanan. Eunrae cuba memahami apa yang cuba Byungjoo sampaikan.

Saya...tak bawa...’

“Saya...tak ada...awak tak ada apa?”

Sekali lagi, Byungjoo bingung. Dia pula terlupa nak bawa smartphone untuk dia menulis. Dia segera melukis kotak segi empat tepat di udara sambil membuat isyarat ‘tak ada’.

Henset...tak bawa...’

“Kotak? Tak ada?”

Byungjoo segera menggelengkan kepalanya. Dia sekali lagi melukis kotak segi empat tepat di udara sambil membuat isyarat ‘tak ada’. Eunrae cuba memahami apa yang sebenarnya Byungjoo lukis di udara. Tiba-2 dia terfikir sesuatu.

“Oh! Henset~! Awak tak ada henset?”

Pada awalnya, Byungjoo mengangguk dengan ceria. Tapi, apabila Eunrae mengatakan yang dia tak ada henset, dia terus menggeleng dengan laju. Sekali lagi Eunrae cuba faham.

“Oh~! Awak tak bawa?” Akhirnya, Eunrae dapat teka dengan betul. Byungjoo mengangguk dengan ceria. “Ahh~ araso~”

Tiba-2 Eunrae teringatkan sesuatu. Dia segera mengeluarkan buku nota Pororo dan sebatang pen berdakwat hijau dari poket vest lalu dihulurkan kepada Byungjoo.

“Awak ambil ni...baru la senang kita nak berbual ^^”

Byungjoo menggelengkan kepalanya sambil tersenyum bengang.

‘Gwaenchana-yo ^^’’

“Tak apa la~ awak ambil je ^^” Eunrae segera mencapai tangan Byungjoo lalu meletakkan buku nota dan pen di tangan Byungjoo. Byungjoo terus senyum dengan gembira. Akibat terlalu gembira, dia mengucapkan terima kasih dengan bahasa isyarat kepada Eunrae.

“Awak~ ^^’’ kan ada buku nota yang saya bagi tadi~ xD” Eunrae rasa Byungjoo amat comel sekarang ni.

Byungjoo terus senyum bengang lagi. Dia membuka buku nota lalu menulis sesuatu. Setelah siap menulis, dia menunjukkan apa yang dia tulis kepada Eunrae.

Hehehe~ ^^’’ saya lupa ^^’’ kasahamnida, Eunrae! ^o^

“Hehehe~ ^^” gwaenchana~ ^^ awak jarang guna henset awak ke?” Akhirnya, perbualan yang Eunrae harapkan bermula.

Nae~ sebab kat rumah, semua dah faham...saya sekolah dekat sekolah orang macam saya ^^ jadi, semua orang dah faham...saya guna henset saya bila saya jumpa orang macam awak je xD Tapi, hari ni, saya lupa nak bawa xD’

“Oh~ nae~ xD Baru la saya faham xDD”

‘Kan? xDD’

“Tau x pe xDD”  Tiba-2 Eunrae rasa dadanya sempit lagi sekali. Terasa susah nak nafas. Nafasnya mula pendek. Dia mencari inhaler dalam poketnya. Tapi, tak ada.

Byungjoo yang melihat Eunrae dengan panik, terus menulis sesuatu di buku nota lalu menghulurkan kepada Eunrae.

Awak! Awak tak apa-2??’

“B-Byungjoo...t-tolong...a-ambil k-kan...in-inhaler s-s-saya...d-dalam b-b-beg~ “

Byungjoo terus menyimpan buku nota tadi dalam poket vestnya lalu mencari beg Eunrae. Dia terjumpa beg Eunrae di tempat menunggu. Dia membuka setiap zip yang ada di beg itu. Akhirnya, dia jumpa inhaler lepas buka zip yang terakhir. Dia segera bagi Eunrae inhaler.

Eunrae segera mengambil inhaler di tangan Byungjoo lalu menyedut ubat yang ada dalam inhaler itu. Akhirnya, dia dapat bernafas seperti biasa semula.

“Gomawo,  Byungjoo~” ucap Eunrae lalu menyimpan inhaler di dalam poketnya. Byungjoo hanya mengangguk.

Mrs.Park perhatikan dua sahabat itu dari jauh. Perasaan marah menguasai diri.

Oh~ sorang budak bisu...lagi sorang budak semput...tak apa~

.............................

Rumah Keluarga Song...

“Nae appa~ appa ada apa-2 ke?” Eunrae dipanggil masuk ke bilik bacaan appanya.

Mr.Song terus memandang Eunrae yang berada di depan meja tulisnya. “Appa dengar...Eunnie kawan dengan budak bisu...kan?”

“Kure, tapi, kenapa??”

“Appa tak nak...Eunnie kawan dengan budak tu lagi...”

“Tapi...kenapa??”

“Eunnie...dengar cakap appa...”

“Appa~ takkan disebabkan dia bisu...dia tak boleh jadi kawan Eunnie??” Eunrae mula pertikaikan arahan appanya.

“Appa kata...jangan kawan budak bisu tu lagi! Eunnie takkan tak faham-2 lagi?!” Akhirnya, Eunrae ditengking oleh appanya sendiri.

“Eunnie tak kesah! Dia pun orang macam kita! Cuma suara dia tak keluar bila dia bercakap! Tu pun appa nak ambil kira ke?! Appa memang tak fikir panjang!”

*BAM!

Eunrae meluru keluar dari bilik bacaan appanya. Air matanya turun bila dia teringat kenangan dia dengan Byungjoo tadi.

Eunrae balik ke biliknya. Dia duduk dibawah sambil memeluk lututnya. Dia menangis apabila dia terkenang apa yang appa dia kata. Lagi sekali dia rasa sesak nafas. Dia baru nak keluarkan inhaler, tapi, dah terlambat. Dia terus tak sedarkan diri.

Omma kepada Eunrae, Mrs.Song, terdengar apa yang berlaku di bilik bacaan suaminya. Dia mengikuti Eunrae senyap-2. Apabila dia baru buka pintu bilik Eunrae, dia ternampak Eunrae telah baring dan tak sedarkan diri.

“Eunnie! Yeobo! Eunnie pengsan!”

...................................

Di hospital...

Doktor mengesahkan penyakit Eunrae semakin teruk. Dia perlukan inhaler setiap masa dan perlu makan ubat ikut jadual. Eunrae terpaksa ditahan di wad. Mrs.Song pula menemaninya.

“Omma...kenapa appa tak bagi Eunnie kawan dengan Byungjoo?” Eunrae bertanya kepada ommanya yang duduk di sebelah katilnya.

“Eunrae...omma nak Eunnie faham...Kim Byung Joo tu...datang dari keluarga Kim...Eunnie tahu kan keluarga tu?? Eunnie tahu kan apa keluarga tu buat kat keluarga kita? Sebab tu appa tak bagi Eunnie kawan dengan Byungjoo...”

Eunrae baru teringat sesuatu. Keluarga Kim pernah jatuhkan syarikat keluarganya dan keluarga Mrs.Park. Tapi, keluarga Eunrae bernasib baik kerana boleh bangun semula. Tapi, sebaliknya keluarga Mrs.Park.

Air mata mula bertakung di mata Eunrae bila dia teringat semua itu.

“O-Omma...d-dia t-tak salah kan?? B-Byungjoo tak s-salah kan?? Omma~ tu semua salah appa dia~! Kenapa dia pula jadi mangsa?! Omma~~!” Akhirnya, air mata Eunrae turun.

Mrs.Song mengusap kepala anak tunggalnya. “Eunnie...orang boleh buat apa-2 supaya orang lain jatuh...walaupun keadaan Byungjoo yang bisu...tapi, kita tak tahu apa ada dalam hati dia...”

“Omma~~! Byungjoo ikhlas nak kawan dengan Eunnie~! Kenapa semua orang susah nak faham ~?!” Eunrae terus berpaling ke arah lain. Air matanya tetap tak berhenti turun.

Mrs.Song hanya memegang kepalanya yang mula pening. Dia sedih melihat keadaan anak tunggalnya.

................................

Beberapa hari kemudian...

Byungjoo hanya menunggu Eunrae di rumah Mrs.Park. Macam biasa, dia selalu kena marah. Mrs.Park sengaja cari kesalahannya dan jadikan peluang dia untuk mencemuh Byungjoo.

Byungjoo terpandang botol marshmellow yang Eunrae tinggalkan pada hari terakhir diaorang berjumpa. Botol itu masih penuh dengan marshmellow yang dia tak berani nak ambil. Dia mengeluh.

Sekali lagi, Mrs.Park hilang dari pandangan Byungjoo kerana dia ada urusan lain. Tiba-2, pintu rumah Mrs.Park terbuka.

*KLING~*

Byungjoo segera memandang arah pintu. Mukanya mula menunjukkan yang dia gembira. Eunrae hanya tersenyum lalu mendekati Byungjoo.

“Hi Byungjoo~ c: Hari ni, saya nak bawa awak pergi suatu tempat~ kha-ja~!” Eunrae segera menarik lengan Byungjoo dengan gembira. Byungjoo hanya buat muka bingung. Dia nak tanya. Tapi, dia tahu, suara takkan keluar dari mulutnya.

Nak pergi mana?

Eunrae faham sangat dengan ekspresi Byungjoo. Eunrae tersenyum lagi. “Adalah~! Kha-ja~ ^^”

Akhirnya, diaorang sampai di belakang rumah Mrs.Park. Eunrae melihat keadaan sekeliling. Nampaknya keadaan okey. Dia segera memanggil Byungjoo lalu duduk bersama-sama.

Keadaan amat menyamankan dengan angin yang sepoi-2 bahasa. Pokok-2 yang tinggi dan hijau menjadi pemandangan yang Eunrae dan Byungjoo lihat.

Byungjoo tersenyum gembira. Dia segera mengeluarkan buku nota Pororo yang Eunrae bagi dan pen dakwat hijau. Dia sengaja tak nak keluarkan smartphone nya. Dia lagi suka menulis di buku nota yang Eunrae bagi. Byungjoo menarik lengan baju Eunrae lalu menunjukkan apa yang dia tulis.

‘Awak~ tempat ni cantik la :D’

Eunrae tersenyum apabila dia membaca apa yang ditulis oleh Byungjoo.

“Kan?? Tu la yang saya nak bawa awak pergi sini~ best~~” Eunrae memejamkan matanya sambil menikmati angin yang bertiup.

Byungjoo menulis sesuatu di buku notanya lagi. Dia menarik lengan baju Eunrae untuk menarik perhatian Eunrae.

‘Memang best :D tapi, kenapa awak dah lama tak datang rumah ni?’

Eunrae hanya senyum ketika membaca. “Hmm~ saya cuma...malas~”

Geotjimal~ Awak tipu saya~ saya tahu awak sakit, kan? Sebab tu awak tak datang :'(‘

Senyuman Eunrae mati. “Hmm~ nae~ semput saya makin teruk sekarang ni...”

Byungjoo menyelak muka surat lain. Tiba-2, dia terselak muka surat paling belakang. Dia terjumpa satu ayat yang dia nak tunjuk pada Eunrae.

‘I love you, Eunrae...^^ :3 c:’

Byungjoo segera menggelengkan kepalanya. Dia tahu. Dia tak layak ungkapkan tunjukkan ayat itu. Dia segera mencari muka surat lain.

‘Hmm...saya harap awak cepat sembuh... :D awak, sebenarnya, awak bawa saya pergi sini...buat apa?’

“Hmm...tak ada apa ^^”

Apabila melihat muka ceria Eunrae, tiba-2 Byungjoo dapat semangat untuk mengungkapkan tunjukkan ayat tadi.

Pada masa yang sama, Mrs.Park dapat tahu Byungjoo hilang dari tempatnya. Dia segera mencari Byungjoo tanpa memanggil namanya. Akhirnya, dia terjumpa Byungjoo sedang duduk sebelah Eunrae di belakang rumahnya.

“Sempat lagi budak dua orang ni...dia ingat rumah aku ni apa??”

Mrs.Park segera menghubungi Mr.Song. Mr.Song terkejut mendengar kenyataan Mrs.Park. Mr.Song segera menyuruh pekerja-2nya untuk mengambil Eunrae.

“Byungjoo-ah...” Eunrae yang memanggil Byungjoo dulu. Byungjoo segera memandangnya. “Saya rasa...dah sampai masanya...saya...”

Tiba-2 diaorang diserang beberapa orang yang memakai sut. Dua orang tadi menarik Eunrae. Byungjoo terkejut melihat keadaan itu.

“Yah! Kenapa korang tarik aku?! Lepaskan aku la!” Eunrae cuba melepaskan dirinya.

Orang itu tetap tidak lepaskan Eunrae. Diaorang tetap membawa Eunrae.

“Hajima! Korang jangan la tarik aku! Byungjoo!!”

Byungjoo cuba menyelamatkan Eunrae. Tapi, dia ditahan dengan orang lain.

Eunrae kembali berlari ke arah Byungjoo. Tapi, dia ditarik oleh orang tadi. Berlaku pergelutan antara Eunrae dengan orang yang menahannya.

“Aku cuma jumpa kawan aku la! Kenapa nak tarik-2 aku?! Byungjoo!!”

Byungjoo juga cuba melepaskan diri. Tapi, orang di sekelilingnya lagi kuat. Byungjoo ingin menjerit, tapi, suaranya tak keluar.

‘Hajima! Jangan bawa Eunrae pergi!’

Eunrae tetap cuba melepaskan diri. “Lepaskan aku la! Byungjoo!!” Akhirnya, air mata Eunrae turun.

Byungjoo juga cuba melepaskan diri. ‘Eunrae-ah!!’

“Byungjoo-ah!!” Nasib tak menyebelahi diaorang. Eunrae terpaksa dimasukkan dalam kereta. Byungjoo pula dicampak oleh orang yang menahan dia tadi.

Byungjoo terduduk setelah melihat Eunrae pergi. Dia menangis sambil melihat muka surat buku notanya yang tertulis ‘I love you,Eunrae...^^ :3 c:’

“Eunrae...”

Akhirnya, suara Byungjoo keluar apabila dia menyebut nama Eunrae. Dia sendiri terkejut dengan keajaiban itu. Apabila dia cuba lagi, suara tu tak keluar lagi. Air matanya turun lagi apabila dia masih tak dapat keluarkan suaranya.

Mrs.Park tersenyum sinis apabila melihat keadaan yang menyayat hati.

“Memang kau patut kena, Kim Byung Joo...”

..............................

Rumah Keluarga Song...

“Kamu tak boleh pergi tempat tu sampai bila-2!” tegas Mr.Song ketika memberitahu Eunrae.

“Appa! Appa tahu kan Eunnie minat main piano! Kenapa appa kejam sangat?!”

“Appa tak nak Eunnie jumpa budak tu lagi!”

Mr.Song segera meninggalkan Eunrae yang tak berhenti menangis sejak tadi.

“Appa~!”

Air mata Eunrae lagi banyak turun. Dia tak faham kenapa appa dia terlalu kejam. Dia tahu Byungjoo ikhlas kawan dengan dia. Lagipun, dia dah cintakan budak bisu yang comel itu.

..........................

Beberapa hari kemudian...

‘Hari ni, mungkin driver ambil lambat sebab tayar kereta pancit lepas hantar kamu...appa tak boleh ambil kamu...kamu tunggu je kat situ...’

Byungjoo mengeluh melihat mesej itu. Dia duduk di sofa yang tersedia di ruang tamu rumah Mrs.Park. Kali ni, Mrs.Park baik hati untuk membiarkan Byungjoo menunggu pemandu untuk mengambilnya.

Byungjoo memegang botol marshmellow yang Eunrae lupa nak ambil. Dia hairan bila dia fikir kenapa Eunrae tak datang lagi rumah itu. Mungkin, Eunrae sakit lagi. Tu la jawapan yang ada di fikirannya. Dia sedih bila dia terkenangkan kejadian yang berlaku seminggu yang lepas. Air mata mula bertakung di matanya. Dia melihat keadaan di luar yang gelap.

Pada masa yang sama, Eunrae melarikan diri dari rumah. Dia tak lupa membawa inhaler di tangannya. Nasib baik rumah Mrs.Park dekat dengan rumahnya. Dia berlari ke rumah itu. Dia teringin nak jumpa Byungjoo walaupun dia tahu Byungjoo dah balik. Tapi, dia tak kesah. Dia tahu dia tetap jumpa Byungjoo di rumah itu.

Eunrae berhenti berlari apabila dia rasa sesak nafas. Dia segera menyedut ubat yang ada di dalam inhaler. Akhirnya, nafasnya kembali macam biasa. Kali ni, dia pilih untuk jalan kaki kerana dia tahu kejap lagi dia akan sampai di rumah Mrs.Park.

Apabila dia sampai di rumah itu, Eunrae membuka pintu bilik pengajaran. Dia dapati Byungjoo tiada di situ. Air matanya turun. Dia ternampak piano yang dia selalu main dengan Byungjoo. Dia segera duduk berdekatan dengan piano lalu memainkan sebuah lagu sambil bernyanyi.

Ulgo shipeul ttae ureoyo
Seulpeumdeureul aesseo chamji marayo
Geudaega dashi useul su itge
Naega anajulkeyo

Himi deul ttaemyeon jamshi
Swieogal su ittorok
Naeui eokkaereul billyeojulkeyo

I pray no tears in your dreams
I know you’ll fly hi-

Sekali lagi, Eunrae rasa sesak nafas. Dia menyedut inhaler yang dia bawa. Dia terkejut apabila dia dapati tiada lagi ubat dalam inhaler itu. Dadanya terasa semakin sempit. Nafas menjadi terlalu pendek. Eunrae tak tahan lagi lalu kepalanya jatuh di atas piano. Inhaler terlepas dari tangannya dengan perlahan.

Byungjoo terdengar orang masuk bilik pengajaran. Kemudian, dia terdengar orang nyanyi. Tapi, dia pelik apabila orang itu tak habis nyanyi sebelum dia terdengar bunyi yang membingitkan telinga. Dia segera buka pintu bilik itu. Dia terjumpa Eunraedalam keadaan yang tidak sedarkan diri.

Eunrae! Ireona!

Pelbagai cara Byungjoo cuba untuk menyedarkan Eunrae. Tapi, tiada satu cara pun yang dapat sedarkan Eunrae. Air mata Byungjoo mula turun. Dia segera memeluk Eunrae yang mula sejuk.

Eunrae! Ireona! Ireona! Saya ada benda nak cakap dengan awak! Ireona!’

“E-Eunrae…ireona…isk..isk…isk”

Keajaiban berlaku lagi. Byungjoo dapat mengeluarkan suaranya. Tapi, bila dia cuba keluarkan suaranya, suara itu tak keluar lagi. Akhirnya, Byungjoo hanya dapat menangis sambil memeluk Eunrae yang pucat.

Tiba-2 ada beberapa orang datang ke bilik itu. Orang yang selalu teman Eunrae ke rumah Mrs.Park mengambil Eunrae dari Byungjoo lalu membawa Eunrae pulang ke rumah.

Walaupun hati masih sakit, Byungjoo terpaksa lepaskan Eunrae pergi. Mrs.Park yang sebelum ini menghubungi Mr.Song untuk mengambil Eunrae, hanya menggelengkan kepalanya apabila melihat Byungjoo.

................................

Sebulan kemudian...

Byungjoo terus jadi budak pendiam setelah beberapa hari Eunrae meninggalkan dia. Dia masih bersedih atas pemergian Eunrae. Perwatakan Byungjoo yang ceria, lenyap selepas kejadian itu.

Byungjoo mengambil keputusan untuk berhenti dari kelas Mrs.Park. Dia dah tak sanggup untuk belajar di situ apabila dia terkenang semua peristiwa di situ.

Hari ni, Byungjoo berjalan di bandar. Angin yang sepoi-2 bahasa, menegurnya. Ia mengingatkan Byungjoo peristiwa dia dengan Eunrae di belakang rumah Mr.Park dulu. Air matanya turun lagi apabila dia teringat peristiwa itu tamat dengan kejadian yang menyedihkan.

'Eunrae...saya rindu awak...'

Byungjoo ternampak lampu isyarat pejalan kaki masih hijau. Dia ingat nak melintas. Tapi, dia bernasib baik kerana ternampak lampu isyarat pejalan kaki itu bertukar kepada merah. Niatnya nak melintas, ditangguhkan. Dia hanya menunggu lampu isyarat itu bertukar hijau bersama orang lain.

Tapi, dia ternampak seorang gadis cuba melintas walaupun lampu isyarat bertukar kepada merah. Dia ternampak kereta laju melalui di tempat gadis itu melintas. Disebabkan dia bisu, suara dia tak keluar lagi sejak kejadian terakhir dia jumpa Eunrae, dia hanya berlari ke arah gadis itu lalu menolak gadis itu ke tepi jalan. Gadis itu terselamat. Tapi...

*SREETTT~~!!!

*BUK!

Byungjoo rebah ke bumi. Kepalanya berdarah dengan banyak. Banyak darah keluar dari mulutnya. Matannya semakin kabur.

Orang ramai mula mengerumuni Byungjoo. Kereta yang melanggarnya tadi berhenti. Pemandu itu keluar dari keretanya lalu mengangkat Byungjoo ke hospital kerana disuruh oleh orang ramai.

Byungjoo terasa dirinya diangkat. Dia tak larat nak buat apa-2. Lama-kelamaan, pandangnya menjadi hitam dan gelap. Itu bermakna Byungjoo dapat jumpa Eunrae lagi untuk kali kedua di tempat lain...

Cinta tak terungkap oleh Byungjoo dan Eunrae sendiri. Tapi, peluang kedua tersedia. Mungkin, diaorang dapat ungkapkan juga....

................................

-THE END-

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Akhirnye~~~tetibe je rse story ni mcm karangan dlm exam xDD harap-2 korang suke xDD sye x kesah kalo korang nk komen ke, nk subscribe ke, upvote ke xDD janji korang happy bce story ni xDD tp, kalo buat jgk...mmg sye happy la xD korang mmg daebak la kalo mcm tu xDD okey tu je...ppyeong~ ^^v

                              -Lysa3Kyu-

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
LindaMyungsooL #1
Chapter 1: ommmona bjooo kita comel la dlm ni xD
park_sara
#2
Chapter 1: Wuuuu authornim ~ best gila cerita ni ;;_;; /kerai/ b-joo comel la dlm ni xD
sugarmint
#3
Chapter 1: CERITA NI SEDIH GILAAAAAA HUWAAAAAAAAAA RJGHEGUFGJNRENBER BYUNGJOO NGAN EUNRAE TU DAHLAH COMEL GILA SOBS CERITA NI BUAT AKU NANGIS AAAAAAHHHHHHHHH
ShuTao #4
Chapter 1: sedih la..kejam la mr.park dgn mr.song...sye smpi menagis bace