waiting for you

Description

Sera tidak henti-henti ketawa. Dia masih menatap wajah Sehun yang sudah merajuk.. Sehun mengalihkan pandangan ke luar tingkap.

                “Rileks lah Sehun, saya tak ada niat nak kecilkan hati awak.” Kata Sera dengan  tawa yang masih tersisa. Sehun hanya diam

                “Sehun-ah..” Panggil Sera. Dia tidak bermaksud hendak mengecilkan hati sahabat karibnya itu. Sehun tergamam. Dia mengalihkan pandangan menatap wajah Sera. Jantungnya berdegup laju tatkala Sera menyebut namanya sebegitu.

“Sorry lah Sehun.. Saya cuma tak tahan je tadi. Tapi ok lah awak buat fesyen rambut macam ni.” Kata Sera yang sedang memujuk. Sehun tertawa.

“Saya pun gurau ajelah… Tak ada maknanya saya nak merajuk.” Dalih Sehun. Sebenarnya, jauh di sudut hatinya dia berkecil hati dengan perlakuan Sera tadi. Namun, dia sudah terbiasa dengan perangai Sera yang kebudak budakkan itu.

Sehun terus menyedut ice lemon tea di gelasnya. Suasana di café itu sungguh sepi dan sejuk. Cuaca di luar semakin gelap. Titisan jernih dari langit perlahan-lahan membasahi bumi.

“Alah… Hujan lebatlah pula” Rungut Sehun. Hujan di luar sudah semakin lebat.

“So?” Soal Sera seraya menatap wajah Sehun di hadapannya.

“Saya tak bawa payung.” Jawab Sehun sepatah. Sera mengelengkan kepalanya.

“Dah tu, macam mana awak nak balik?”

Sehun sekadar mengangkat bahunya.

“Apa kata, saya temankan awak dekat sini sampai hujan reda.” Cadang Sera. Sehun mengeleng.

“Tak apalah, awak baliklah dulu. Awak ada payung.” Ucap Sehun. Sera tersenyum nipis.

“Saya takut balik sorang-sorang.”Kata Sera.

“It’s up to you..” Akhirnya Sehun mengalah. Sehun menyedut lagi minumannya. Sehun mengangkat wajahnya menatap muka Sera yang sedang menahan kesejukan. Dia bangkit dari duduknya dan mengambil tempat di sebelah Sera. Sera membiarkan sahaja perlakuan Sehun itu.

Sera tersentak tatkala Sehun menyarungkan jaket di tubuhnya. Dia berpaling.

“Eh, tak apalah, awak ajalah yang pakai.” Sera ingin menanggalkan jaket itu tapi Sehun menghalangnya

“Tak, awak tu sejuk. Saya ok.” Sehun tersenyum nipis.

“Macam mana kalau awak athma? Awak juga yang susah.” Kata gadis itu lalu menanggalkan jaket ditubuhnya. Kemudia dia menyarungkan ke tubuh Sehun pula. Sehun tergamam. Bukan sebab Sera yang sedang meyarungkan jaket ke tubuhnya, tetapi…

‘Athma? Agaknya, ape reaksi Sera bila dia tahu hal yang sebenar?’ Fikir Sehun. Dia mengeluh halus.

Sehun menatap kembali wajah Sera di sisinya. Dia merapatkan kedudukannya dengan Sera. Sehun meltakkan separuh dari jaketnya ke tubuh sera, Sera terkejut apabila sehun melakukan perkara sebegitu. Sehun sekadar tersenyum.

“Sehun..” Belum sempat Sera ingin meneruskan kata-katanya, Sehun sudah meletakkan jari telunjuknya di bibir Sera.

“Shuuu… awak ni, kan ok kalau kita share jaket ni sama-sama.” Kata Sehun. Jantung  Sera bagai mahu melompat keluar. Tapi dia cuba berlagak biasa. Sehun mencapai jari Sera dan menggenggam jari-jari itu dengan erat. Sera berasa sungguh nyaman setiap kali Sehun berada dekat dengannya. Rasa disayangi, rasa dilindungi. Tapi… Dia sendiri tidak yakin jika Sehun mempunyai perasaan sepertinya.

“Sehun, kenapa awak buat macam ni?” Soal Sera. Dia menatap mata Sehun sedalamnya.

“Sebab…” Sehun memperkukuh lagi genggaman tangannya.

“Sebab jari awak sejuk.  Jadi, saya genggam tangan awak supaya awak tak rasa sejuk lagi.” Ucap Sehun. Betul jangkaan Sera. Sehun tidak mempunyai perasaan sepertinya kerana mereka cuma merupakan sepasang sahabat karib.

Sera merasakan dirinya bodoh kerana menaruh perasaan terhadap sehun. Sehun masih memerhati Sera yang sudah menunduk menekur lantai. ‘Sera, saya tahu apa yang awak maksudkan.’ Desisnya.

Sehun berpaling  ke belakang. Dia tersenyum  melihat payungnya yang elok tergantung di tepi pintu café. ‘Maaf Sera, ini aja cara untuk saya luangkan masa dengan awak.’ Gumam sehun.

 

Foreword

 

 

Comments

You must be logged in to comment
ShuTao #1
Chapter 2: sehun sakit ap??ala sehun jgn la mati... :'(