1
This Is LoveChapter 1 – Pindah
Aku melangkah turun dari bas sebaik saja bas itu berhenti. Aku melewati jalan yang dibasahi hujan yang turun sebentar tadi. Dari jauh telingaku dapat menangkap bunyi enjin motorsikal berkuasa tinggi serentak dengan itu tubuhku lencun terkena air.
Mataku terkebil-kebil. Aku memandang tubuhku yang baru saja lepas `dimandikan’ oleh seorang insan yang tak kukenali.
Seorang lelaki yang menunggang motorsikal berwarna merah berhenti di bahu jalan sambil memandang tepat ke arahku. Tak syak lagi dialah orang yang mandikan aku dengan lopak air tadi. Tanpa turun dari motorsikal untuk memohon maaf, lelaki yang boleh disifatkan sebagai kurang ajar itu terus memecut motornya pergi dari situ.
“Ya! Neo! Deorawa! Dah buat salah tak reti minta maaf ke? Nappeun namja!” teriakku melepaskan kemarahan terhadap lelaki itu. Kalau aku jumpa dia lagi memang nahas aku kerjakan. Tetapi kenapa aku rasa macam pernah nampak motorsikal tadi? Dan juga lelaki yang memakai topi keledar penuh itu. Walaupun aku tak nampak wajahnya, aku rasa seperti biasa lihat mata itu. Entahlah mungkin kebetulan agaknya.
Aku meneruskan perjalanan ke rumah dalam keadaann aku yang sangat selekeh. Aku menetap di sebuah rumah biasa. Cukuplah untuk aku dan juga mama. Papa dah lama meninggal, ketika aku berusia tujuh tahun.
Di bawah blok, tempat di mana aku tinggal. Mataku menangkap sebuah motorsikal berwarna merah. Sama seperti motorsikal yang mandikan aku dengan lopak air tadi. Tapi aku tidak mengesyaki apa-apa sebaliknya aku terus menaiki anak tangga ke rumahku di tingkat tiga.
“Mama. Mama.” Aku melangkah masuk ke dalam rumah yang sepi. Biasanya pada waktu petang begini mama akan ada di rumah dan menyambutku pulang. Tetapi kali ini tidak. Mama bekerja di pasar.
Pukul tiga atau empat pagi mama sudah keluar dan tengah hari akan pulang ke rumah untuk masakkan aku makan tengah hari. Pada pukul enam petang, mama akan ke pasar semula untuk mengambil sayur-sayuran yang dihantar oleh para pembekal. Itulah kerja mama setiap hari. Walaupun hasilnya tak seberapa tetapi aku tak kisah kerana bagi aku itu sudah lebih daripada mencukupi untuk kami dua beranak.
Aku mencari mama dari dapur hinggalah ke bilik mama tetapi kelibatnya masih belum kelihatan. Setelah gagal mencari mama di bilik, aku keluar.
“Omo! Mama kenapa berdiri di situ. Terkejut Yoon Mi.” Aku mengurut dada sambil sambil memandang mama yang berdiri di muka pintu.
“Mama pergi mana? Yoon Mi cari mama satu rumah tapi mama tak ada.” Tanpa menunggu mama bersuara aku terlebih dahulu bertanya.
“Mama pergi... nanti dulu. Kenapa kamu baju basah ni Yoon Mi? Nak kata hujan setahu mama hujan dah lama berhenti. Dengan kotornya lagi. Kamu berkubang kat lubuk mana?” soal Mama bertalu-talu
Aku hanya tersengih. Tak sanggup pula rasanya nak beritahu mama apa yang jadi tadi. Hanya menyakitkan hati.
“Macam-macamlah kamu ni. Dah pergi masuk bilik, mandi, tukar baju lepas tu pergi makan. Mama dah hidang makan atas meja. Dah habis makan jangan lupa naik ke rooftop ya?” arah mama.
“Jap, naik ke rooftop? Untuk apa mama?” soalku. Di rooftop memang ada sebuah rumah yang kecil sedikit daripada kami. Setahu aku rumah di atas itu tiada penghuni. Pemilik sebelum ini sudah berpindah tujuh bulan lepas. Selapas itu tiada siapa pun yang menyewa atau ingin membeli rumah itu.
“Ada orang baru pindah. Tadi mama pergi sanalah. Kesian dia sorang-sorang tak ada yang nak menolong. Nanti naik atas ya?” jelas mama.
Aku hanya mengangguk. “Siapa yang pindah mama? Lelaki ke perempuan?”
“Lelaki? Dia sebaya kamu jugak. Dahlah pergi mandi. Nanti demam kan susah.”
Aku akur meskipun aku masih tertanya bagaimana agaknya rupa jiran baruku itu. Sebaya denganku? Dia masih terlalu muda untuk tinggal seorang diri. Boleh ke dia berdikari pada usia 17 tahun? Aku pun tak boleh hidup tanpa mama bagaimana pula dengan lelaki itu?
Malas aku nak fikir. Akhirnya aku naik ke bilik, bersihkan diri dan tukar baju. 20 minit kemudian aku ke ruang makan. Banyak lauk yang terhidang di atas meja tetapi aku tak ada selera untuk makan memandangkan aku masih kenyang selepas makan waktu makan tengah hari tadi di sekolah tadi.
Kemudian aku terus keluar dari rumah dari dan naik ke atas bumbung. Di luar rumah terdapat banyak kotak. Ada kotak yang kosong dan ada yang dipenuhi dengan pelbagai barang. Aku mencari mama. Pasti mama ada dalam rumah.
“Datang pun. Mama baru nak pergi rumah panggil kamu. Mari sini tolong mama.” Mama keluar dari rumah lalu mengangkat sebuah kotak.
Aku masih lagi berdiri di tempat yang sama. Sejujurnya aku sendiri tak tahu macam mana nak menolong walaupun masih lagi banyak barang yang belum dibawa masuk ke dalam. Sehinggalah mama keluar dari luar untuk mengambil satu lagi kotak aku masih statik di tempat sama.
“Yoon Mi? Kenapa tercegat lagi kat sini? Cepatlah tolong mama angkat kotak ni,” arah mama lagi.
“Dae Hyun. Dah balik?” soal mama.
Aku terkedu. Dae Hyun? Macam biasa dengar aje nama tu. Takkanlah Dae Hyun tu kot. Macam mustahil aje. Aku terus berpaling ke belakang. Kali ini aku terus tercengang. Rupanya memang Dae Hyun.
“Dae Hyun. Kenalkan ini anak mak cik, Yoon Mi.” Mama perkenalkan aku kepada Dae Hyun.
Kaku. Baik aku mahupun Dae Hyun masing-masing terkaku. Sebenarnya tak perlu mama perkenalkan aku kepada Dae Hyun. Mama tak tahu ke yang kami sekelas?
“Mama kami sekelaslah,” beritahu aku akhirnya.
Mama kelihatan terkejut. Pastinya mama masih belum tahu tentang hal itu.
“Ya ke? Tapi kenapa kamu berdua senyap aje?” soal mama.
Aku sempat memandang Dae Hyun. Macam manalah aku nak cakap dengan mamat ni kalau dia sombong tak bertempat. Tengoklah muka dia tu. Dingin macam ais. Langsung tak ada ekpresi! Dia ni tak ada perasaan ke?
“Dah cepat tolong Dae Hyun. Kesian dia sorang-sorang,” ujar mama,
Aku mengambil salah satu kotak yang berisi buku. Boleh tahan berat juga kotak itu. Pasti buku-buku sekolah. Ketika itu mataku menangkap sebiji topi keledar. Aku macam pernah nampak topi keledar itu. Mindaku kembali terlayar peristiwa yang berlaku sewaktu aku dalam perjalanan pulang ke rumah tadi.
Motor di bawah tadi sama dengan motor yang mandikan aku dengan lopak air tadi. Oh tidak! Entah-entah mamat ni yang....
“Kau ke yang simbah aku dengan lopak air tadi?” soalku akhirnya. Gagal mengawal rasa ingin tahuku.
“Asal?” soal Dae Hyun.
“So betullah?” soalku lagi.
“So?”
Aku tercengang. So? OMG! This guy is totally rude. Dalam hal ni memang dah terang-terang dia salah. What he can say now is `So?’
“So? Dah tak reti nak minta maaf? Hello? Dalam hal ni kau salah. Takkan nak buat tak tahu aje?” aku meluahkan rasa tak puas hati. Mamat tak semenggah ni memang dah melampau.
“Whatever.”
“Minta maaf!” aku bertempik.
Dae Hyun menghampiriku sambil tersenyum sinis.
“Kalau aku tak nak kau nak buat apa?”
Kali ini aku memang dah tak mampu bersabar lagi. Dae Hyun memang menguji kesabaran aku. Aku baru teringat yang di tanganku kini ada sebuah kotak yang agak berat. Akalku mula terfikir sesuatu lalu tersenyum sinis.
Aku melepaskan kotak di tanganku tepat mengenai jari kaki Dae Hyun. Aku tersenyum lega melihat Dae Hyun mengerang kesakitan.
“Apa kau buat ni? cepat angkat kotak ni balik?” marah Dae Hyun. Dia cuba mengalihkan kakinya tapi aku tahu memang mustahil sebab kotak itu agak berat. Padan muka kau!
“Tak. Aku tak akan angkat kotak ni selagi kau belum minta maaf.” Sudah tiba masanya aku ajar mamat ni. kalau aku tak buat macam ni sampai ke sudah dia tak akan minta maaf.
“Okay, fine. Aku minta maaf. Memang aku salah. Sekarang boleh tak angkat kotak ni? Kaki aku dah sakit ni.”
Aku berpeluk tubuh sambil tersenyum. Terasa kemenangan berada di pihakku.
“Okey. You are forgiven.”
“So boleh angkat kotak ni?” suara Dae Hyun mengendur.
Aku berfikir sejenak. Timbul lagi satu idea untuk mengenakan Dae Hyun.
“No. Angkat sendiri. Aku nak balik bye bye.”
Daripada aku tolong Dae Hyun angkat kotak tu lebih baik aku balik rumah. Makan. Tiba-tiba perut ni terasa lapar pulak. Dae Hyun masih lagi menjerit namaku ketika aku berjalan ke arah tangga. Tetapi aku hanya buat tak tahu. It’s my day!
Comments