Days 1

BROKEN HEART~~~

Momo pov

Huh? Besarnya.... Aku ternganga melihat sekolah di depan aku. Pak cik aku tersenyum melihat telatah aku. Aku hanya tersengih, aku melambai ke arahnya dan tunduk sebagai ucap terima kasih kerana menghantar aku ke sekolah. Aku bingung tidak tahu hendak ke mana, aku menuju ke bangunan besar yang pertama aku nampak, sebaik sahaja aku masuk semua orang pandang aku macam tak pernah nampak manusia. huh... Aku memberanikan diri dan senyum dengan mereka.

"Hi, nama aku Zelo. Selamat datang ke syurga atau... Neraka!" katanya sambil ketawa. Aku tersentak tiba-tiba dia muncul sebegitu rupa. Siap bawa skateboard lg, rambutnya... dia pelajar ke ni? Aku berfikir...

"Hello... Aku tahu awak ni student baru kan," kata Zelo lagi, aku mengganguk.

"Napa tak sambut tangan aku ni? Tahulah aku ni tak hensem tapi aku ni comel tau!"

Aku teragak2 hendak menyambutnya. Tiba2 Zelo menarik tangan aku, bulat mata aku dengan kelakuannya.

'Apalah dia ni! Tapi comellah dia ni...'

Aku tersenyum nipis kemudian menarik tangan aku. Zelo menggaru kepalanya, aku memandang sekeliling. Semua orang sibuk dengan aktiviti mereka, ada yang menari dan ada yang buat latihan berlakon. Pak cik aku ni... Hantar ke sekolah apa ni?

"Aku nak tanya, mana kelas sains?"

"Hah? Kelas sains? Awak ni pelajar sains ke?"

Aku mengganguk, macam pelik betul budak ni... Zelo mengeluh dan menggeleng.

"Kalau awak nak tahu, kelas sains sini tak ada. Ini sekolah jenis enjoy, bukan nerd macam awak kata tadi tu," Zelo menjelaskan.

"Aku tak faham" aku menggeleng.

"Mari sini aku tolong fahamkan," Zelo membawa aku berjalan sekeliling sekolah, mulutnya tak henti2 bercakap menerangkan segala latar belakang sekolah itu. Aku sesekali mengeluh dan kesal dengan pak cik aku. Impian aku nak jadi sainstis bukan penyanyi atau apa2 berkaitan dengan industri hiburan...

Setelah Zelo menerangkan segala kepada aku, aku minta diri untuk telefon pak cik aku.

"Yoboseyo!!!! Adjusshii... Wae? Aku bukannya nak penyanyi... Hello? Hello? Adjusshii?! Yah!" Aku geram, baru satu panggilan aku buat dah tak dilayan. Pak cik aku bukannya orang  sibuk, cuma penjual aiskrim tepi jalan. Hee... ada yang tak kena ni! Aku menendang batu di tep jalan.

"Aduh!!! Hoi... Siapa yang lempar batu ni?!"

Aku ternganga, menekup mulut. 'Oh my gosh...! Apa yang aku nak buat?'

"Awak ke yang humban batu ni?"

Aku terkejut menoleh, huh... cutenya! Ops...

"Er... aku tak sengaja, Mianhae" aku tunduk.

"Aik, senang2 jer nak minta maaf. Kau tahu tak aku ni siapa?"

Aku menggeleng dan memandang sekeliling, semua pelajar tengah pandang aku dan dia. Apa ni? Siapa dia ni? Adakah...

"Kenapa awak tak kenal aku? Semua orang kat sini tak mungkin tak kenal aku, awak budak baru ek..." Dia tersengih, aku menddengus geram.

"Aku dah minta maaf, apa lagi awak mahu?" Aku geram! Geram sangat, sebab sekolah ini memang tak sesuai dengan aku. Semua orang terkejut dengan tindakan aku. Lelaki itu merenung aku dan air mukanya berubah.

"Awak ni jenis perempuan yang.....! Kau, sini!" Dia memanggil salah seorang pelajar perempuan. Pelajar itu kelihatan ketakutan. Aku mengerut melihatnya.

" Kau bagitahu aku ni siapa?" kata lelaki itu.

"Er... Putera Chunji,"

"Kau dengar tak tu?"

"Putera? Hahahaha...." aku ketawa terbahak2 mendengarnya. Chunji terbeliak melihat aku ketawakannya di depan orang ramai. Aku tak sangka dalam sekolah ini ada juga putera mereka.

"Kau?!!!" Dia hampir menampar aku, aku terdiam dan terkejut dengan kelakuan dia.

"Oppa, berhenti! Tak apa, biar kami uruskan dia ni" Ayumi dan geng2nya datang. Chunji mendengus geram terus pergi dari sini. Aku memandang mereka bertiga. Apa yang mereka nak buat kat aku, kenapa semua orang berbisik2 dan memandang sinis ke arah aku? Mereka memegang kedua2 tangan aku dengan kasar.

"Hei... Apa ni?! Lepaslah!!!" Aku meronta, kuatnya mereka... Aku dibawa ke sebuah bengkel lama. Aku memandang perempuan di depan. Agaknya itu ketua mereka.

'PANG!!!' aku ternganga, satu tamparan aku terima dari tangan perempuan itu. geng2nya ketawa melihat aku. Aku dapat merasakan cecair keluar dari mulut aku.

'Rasakan penampar Puteri Ayumi kami. Kenapalah kau pergi ganggu putera kami'

'Habislah kau hari ini... Kami akan kenakan kau hahaha'

Aku menarik tangan aku, aku mendengus geram.

"Oh... Melawan ye.. ambik ni!" Ayumi menendang kaki aku. Aku menjerit kesakitan sehingga terduduk, kedua2 gengnya juga menendang aku. Mereka ketawa puas hati mengenakan aku. Aku terbaring kesakitan.

"Apa yang berlaku ni?"

"Huh? Oppa, er... ini..."

"Kamu buli orang lagi ke?"

"Ani..."

Pandangan aku menjadi kabur melihat lelaki itu. Siapakah dia tu? Kenapa mereka takut bila dia datang... Er.. Aku jatuh pengsan setelah aku tak nampak apa2 lagi.

 

 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

hi... hahaha sorry lama tak update! Ni aku tinggalkan Zelo and others...

 

Aigooo.... chunji ah...

 

  I love make-up DAEHYUN here... He such a adorable..

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
fishesfiey #1
Wow!!! Deabak...! Can't wait!