FINAL - Secretly Love

LOLLIPOP!

 

     Hari sukan adalah hari yang paling disukai aku kerana aku dapat melihat dia beraksi di gelanggang bola keranjang. Aku gemar melihat rupa dia yang dibasahi peluh dan rupanya yang serius sewaktu menumpukan perhatian dalam permainannya.
 
Namaku Niel @ Ahn Daniel. Aku pelajar yang digelar 'nerd' disebabkan aku suka membaca buku dan penampilanku tidaklah seperti 'nerd' yang dibayangkan kalian. Manakala si dia ialah seorang pemain bola keranjang sekolah. Dia merupakan kapten pasukan. Sebenarnya, aku dah lama menaruh hati padanya, tapi disebabkan perbezaan yang ketara ini, aku hanya mampu memandangnya dari jauh. Nerd dan kapten pasukan bola keranjang, tak sesuai bersama. Itulah pandangan para pelajar di sini. Oh, terlupa pula! Si dia yang aku minati itu ialah C.A.P @ Bang Min Soo.
 
Aku bukan jenis orang yang suka mengalah. Walaupun aku tak boleh menyukainya secara terang-terangan, aku boleh menyukainya dalam diam. Setiap hari sebelum pulang dari sekolah, aku melekatkan sebatang lollipop di pintu lokernya (ala-ala Kim PilSuk dalam Dream High...hehehe...). Kemudian, aku akan menyorok, untuk melihat reaksinya apabila menerima lollipop ku itu. Dan setakat ini, reaksinya amat memberansangkan. Senyuman sentiasa terukir di bibirnya setiap kali dia mengambil lollipop itu. Aku gembira.
 
Suatu hari, aku yang sedang menyorok tidak jauh dari lokernya, terdengar perbualannya dengan teman baiknya, L @ Kim Myung Soo. 
 
"Kau rasa, siapa yang selalu lekatkan lollipop ni kat loker aku, ya?" soal C.A.P sambil membelek-belek lollipop itu lalu tersenyum.
 
"Salah seorang gadis dari pasukan sorak agaknya." balas L.
 
"Aku tak rasa macam, tu. Aku rasa, aku tahu siapa." Ucap C.A.P sambil mengerling ke arah tempatku menyorok. Aku berdebar. Oh, god! Dia tahu ke aku menyorok di sini? Tak mungkinlah. Mungkin dia tak sengaja beralih ke arah sini. Dan apabila C.A.P tidak lagi memandang ke arah tempatku bersembunyi, aku segera beredar dari situ dalam keadaan panik.
 
     Keesokannya pada waktu rehat, aku seperti biasa duduk berseorangan di sebuah meja yang agak terasing. Semua pelajar sibuk berbual-bual atau makan dalam kumpulan masing-masing tanpa mempedulikan aku yang keseorangan di sini. Biarlah, aku dah biasa. 
 
     Sedang aku menikmati makanan tengah hariku, muncul seseorang lalu duduk di sebelahku bersama treelnya. Aku berpaling ke arah orang itu dan aku tercengang. C.A.P?! Aku begitu terkejut sehingga tidak menyedari sisa makanan yang terlekat di pipiku. "Cute!" ucap C.A.P lalu mengesat sisa makanan yang terlekat di pipiku dengan ibu jari tangannya. Aku terasa mukaku panas. Aku segera mengalihkan mukaku yang kini kemerah-merahan disebabkan sentuhan itu. Aku terdengar dia tertawa kecil di belakangku.
 
"I-I gotta go!" Aku bingkas bangun untuk beredar tanpa memandangnya.
 
"Wait!" C.A.P mencapai tanganku lalu berdiri di hadapanku. Jantungku berdegup kencang. Aku tak pernah berada sebegini hampir dengannya. "Kalau awak tak suka saya duduk di sini, saya akan pergi. Ini tempat awak, maaf mengganggu." Dia meleraikan pegangannya dan segera mengangkat treelnya untuk beredar.
 
"Wait!" kali ini giliran aku pula mencapai tangannya, tapi sesuatu yang memalukan telah berlaku. Akibat daripada tindakan ku itu, treel yang dipegangnya jatuh ke lantai. Makanan tengah hari yang belum dijamahnya, bertaburan di lantai. Semua pelajar yang ada di situ segera berpaling untuk melihat situasi itu. Aku tertunduk malu dan rasa bersalah. "Mi...mianei, C.A.P..." ucapku sedikit tergagap.
 
 
Kedengaran suara para pelajar di situ mula mengutuk aku yang dianggap mengganggu C.A.P yang digelar 'idol' sekolah ini. Aku yang sememangnya seorang yang sensitif, mula mengalirkan air mata. 'Why diorang kutuk aku sedangkan aku tak sengaja? Besar sangat ke, kesalahan yang aku buat ni?' C.A.P menyedari aku mula menangis, lalu dia memimpin tanganku dan membawa aku beredar daripada situ bersamanya.
 
Aku seperti tidak percaya yang aku kini sedang berpimpinan tangan dengannya. Hatiku berbunga riang dan tanpaku sedari, senyuman terukir di wajahku. Dan langkah C.A.P terhenti tatkala dia melihat aku tersenyum. Dia merenungku. "Manis senyuman awak. So, ini maknanya awak dah, ok?" soalnya sambil mengesat air mata di pipiku. Oh, God! Apa yang dia cuba buat sebenarnya? Adakah dia juga menaruh hati padaku?
 
Aku segera menepis tangannya. "Awak tak perlu kesiankan saya. Saya tau awak buat macam ni sebab awak kesiankan saya, bukannya sukakan saya." Aku mulai berundur. Dia mencapai tanganku dan aku terpana. "Awak fikir saya bela awak tadi sebab saya kesiankan awak?" Aku mengangguk pada pertanyaan itu. 'Mestilah. Awak tak mungkin sukakan 'nerd' macam saya.' getus hatiku.
 
"Macam mana kalau saya kata yang...saya sukakan awak?" Aku tersentak mendengar pengakuannya itu. Lelaki kegilaan ramai pelajar sukakan aku? Karut! Lagipun 'nerd' dan pemain bola keranjang tak sesuai bersama. Tolonglah, C.A.P...jangan bagi aku harapan yang tak mungkin dicapai! Mustahil kau sukakan 'nerd' macam aku. Biarlah aku menyukai kau dalam diam daripada aku merana dalam realiti.
 

"Niel, aku betul-betul sukakan kau, dan aku juga tahu kau menyukaiku dalam diam." mataku membulat memandangnya. 'Macam mana dia tahu aku sukakan dia dalam diam?' fikirku. "Lollipop yang kau bagi semalam, tertera nama kau di batangnya." Aku tercengang. Dia seperti boleh membaca fikiranku.

 
Kini baru aku teringat yang aku telah menulis 'Niel luv C.A.P' di batang lollipop itu dengan permenant marker sewaktu aku angau tentang dia. So, patutlah C.A.P tiba-tiba datang padaku.
 
"Akupun sebenarnya dah lama sukakan 'flower boy' macam kau ni, tapi aku takut nak luahkan kat kau. Aku fikir 'nerd' macam kau ni straight, bukan gay. So..." Belum sempat C.A.P menghabiskan ayatnya, aku mengucup pipinya.
 
"Now you know that I love you. So, what you gonna do?" soalku.
 
"Cium pipi saya sekali lagi. Please..." Ucapnya sambil menyorong pipinya ke arahku. Aku hanya menurut namun belum sempat aku mengucup pipinya, dia segera berpaling dan menyebabkan bibir kami bertembung. "Saranghae Niel..." ucap C.A.P.
 
Dan bermula dari hari itu, kami dengan rasminya menjadi pasangan kekasih.
 
 
~TAMAT~
 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
oHRaiNdRop
#1
Chapter 1: aawww..so cute..
at least niel x b'tpuk sblh tangan..
cap is so gentleman..hehe..