Two Hearts One Love

Description

 

 

PROLOG

 

“Maaf encik, saya tak sengaja. Maaf,”

Jung Yoo Mi tunduk memandang lantai. Dia tahu itu memang salahnya. Hanya kata maaf sahaja yang berkali-kali lahir dari bibirnya.

“Awak ada mata ke tidak?” lelaki berbaju t-shirt biru itu memarahinya.

“Maaf, saya tak sengaja. Mianhamnida,”

Lelaki bertubuh sasa dihapannya menjengilkan mata. Bajunya basah ekoran perlanggaran dengan Jung Yoo Mi yang menatang dulang hantaran berisi minuman.

Dia melemparkan sehelai sapu tangan tepat kearah gadis itu. Jung Yoo Mi yang jelas terperanjat dengan tindakan itu hanya tenang mengambil sapu tangan yang dilemparkan kearahnya.

" Awak lap baju saya sekarang!" bentak lelaki itu dengan kasar.

Jung Yoo Mi lantas mengelap baju lelaki dihadapannya yang dibasahi jus oren. Dia hanya diam dan menurut tanpa sebarang kata.

 

………………………………………………………………………………………………………

 

Gadis manis itu mengatur langkahnya menuju ke perhentian bas. Terasa seperti bahunya dipegang. Dia menoleh. Seorang wanita berusia lingkungan umur 40 tahun tersenyum manis kepadanya. Jung Yoo Mi membalas senyuman itu.

“Saya Se Ha,” wanita itu memperkenalkan dirinya seraya menghulurkan tangannya.

Jung Yoo Mi segera menyambut huluran tersebut.

“Kamu ni Jung Yoo Mi kan?” wanita itu menyoal.

“Ya, saya. Boleh saya bantu…”

“Mari ikut saya. Ada perkara yang saya nak bincangkan dengan awak,”

………………………………………………………………………………………………….

Foreword

Character

 

images?q=tbn:ANd9GcSJlX32wIjpXQQyJBxsD-b

Nama - Jung Yoo Mi

Personaliti - Dia tinggal bersama ibunya. Seorang gadis yang baik hati dan lurus bendul. Tidak mudah marah dan lebih matang. Dia pernah bekerja di Honey & Dew Cafe sebelum dipecat oleh majikannya akibat satu insiden yang berlaku di kafe tersebut. Jung Yoo Mi telahpun jatuh cinta dengan lelaki yang baru sahaja dikenalinya.

 

Nama - Hwang Chansung

Personaliti - Chansung dan keluarganya baru sahaj pulang dari New York setelah menetap di sana selama setahun. Chansung telah menjalani rawatan di New York berikutan masalah jantung yang dihidapinya sejak dari kecil. Dia mempunyai adik kembar yang seiras dengannya. Walaupun wajah mereka seiras tetapi perwatakan mereka sangat berbeza dari segi personaliti. Chansung lebih matang dan tidak terburu-buru dalam membuat keputusan serta cool. Chansung dalam diam telah menaruh harapan terhadap gadis yang akhirnya menjadi pembantu rumahnya, Jung Yoo Mi.

 

 

images?q=tbn:ANd9GcSQoQwTew9NGBEeUanFwnj

Nama - Hwang Changshin

Personaliti - Changshin merupakan adik kembar kepada Chansung. Chansung seorang yang cepat marah dan tidak dapat mengawal perasaannya. Berbeza sekali dengan perwatakan abangnya yang lebih tenang dan jauh lebih matang. Gemar bertengkar dengan Jung Yoo Mi dan akhirnya jatuh cinta pada gadis itu.

images?q=tbn:ANd9GcTtXkmgTnCPdtK74LD8I5g

Nama - Jonghyun

Personaliti - Anak yatim piatu yang dibesarkan oleh ibu saudaranya yang tinggal berjiran dengan rumah Jung Yoo Mi. Dia adalah teman sepermainan Jung Yoo Mi. Mereka telah bekawan sejak dari kecil lagi. Seorang yang berdikari dan tidak mudah berutus asa. Dia sama-sama bekerja dengan Jung yoo Mi di Honey & Dew Cafe. Dia juga sangat meminati Jung Yoo Mi.

 

 

Cerita ini mengisahkan tentang pasangan kembar yang telah jatuh cinta kepada seorang gadis yang menjadi pembantu rumah mereka. Masing-masing cuba untuk merebut hati gadis manis yang setiap hari datang ke rumah mereka sebagai pembantu rumah. Manakala gadis itu pula kebingungan untuk memilih siapa diantara kembar itu akan menjadi kekasihnya. Si abang yang sering sahaja tidak sihat ataupun si adik yang selalu menjadi musuh ketatnya. Namun, dia telah pun jatuh cinta dengan salah seorang daripada mereka sejak daripada pertemuan pertama mereka lagi. Cerita ini juga mengisahkan tentang sebuah pengorbanan kerana cinta dan persahabatan antara Jung Yoo Mi dan Jonghyun yang telah bersama sejak daripada kecil lagi. Apakah kesudahan kisah ini? Siapakah pilihan Jung Yoo Mi.

Comments

You must be logged in to comment
woohyun98
#1
Chapter 11: update soon :)
cutegirl99 #2
Chapter 6: update soon..
bell_izarra
#3
hehe ^^ nanty saya udate lagi ya . maybe leas PMR !
kirah99
#4
tolong update lagi
foreverbigbangvip #5
nice ! :)