SHOT FIVE

Bad Boy. Good Girl.

“Itu je? Aku lama dah tahu semua tu tapi aku tetap sayangkan diri macam selama ni. Benda ni tak mengganggu aku pun. Kenapa pulak kau nak concern, Ji? Benda ni dah basi. Aku memang famous dengan susuk tubuh tak cantik, macam maskulin ni,” panjang lebar kata-kata Gyuri sambil membandingkan tubuhnya dengan gambar-gambarnya di internet pada iPad kawan baiknya tu. Jiyong tergelak kecil.



    “Aku tahu kau tak kesah. Badan kau macam apa pun, kau tetap G-Mommyyyyy!” jawab Jiyong, ketawa mengusik. Gyuri lantas menjeling tajam, mula mengepal penumbuk kanannya. G-Mommy? Macam-macam nickname dia bagi, nak kena budak ni, Gyuri komplen dalam hati. “Inilah yang aku nak cakap ni. Kalau badan dah macam lelaki, tapi masih lemah-lembut macam perempuan, takpe. Kau ni...semua dah macam lelaki aku tengok.. eh, anii... macam samseng!” laju je Jiyong komen sambil menjauhkan diri daripada Gyuri. Gyuri lepaskan jari-jarinya dan mengeluh lemah. “Kau pun tengok aku macam tu kan Ji?”



    “Mommy, kau fikir aku macam tu ke? Aku cuma nak cakap, cuba kau jaga badan kau elok-elok. Ok, sekarang kau maybe macam maskulin, tapi kalau kau selalu workout, memang kau dapat curve yang umph tu,” jelas Jiyong, duduk bercanggung di sebelah Gyuri yang juga duduk macam tu. Bahu Gyuri dipeluknya. Gyuri terus mengeluh memandang tanah.



    “Mommy, aku tahu perempuan memang susah nak dapat curve umph tu. Tapi kau kena cuba. Kau nak ke dengar aku panggil kau Hyung? Mommy ni OK lagi tau, Mommy is a girl,” Jiyong berkata lagi. Dia dan Gyuri sama-sama tahu Gyuri benci bersenam. Berat badan Gyuri pula sangatlah senang naik. Jiyong bingung sendiri apabila melihat badan Gyuri tembam semacam lepas balik dari rumah ibunya.



    “Yah, tapi.. kenapa kau nak sibuk badan aku curvy ke tidak?” Gyuri menolak Jiyong kasar dan Jiyong jatuh tersembam muka ke tanah. Gyuri tergelak sementara Jiyong marah sambil membersihkan mukanya. “Isk, kau ni! Aku ni kawan baik kau, mesti aku nak yang tengok yang terbaik untuk kau, bongok! Huh, habis kotor muka aku!”



Gyuri tergelak melihat muka Jiyong lalu menarik hujung scarf di lehernya dan mengelap wajah Jiyong yang berpasir dan kotor itu. Jiyong geleng-geleng kepala dan menarik kasar kain scarf nipis itu ke mukanya, menepis tangan Gyuri ..tetapi kini wajah Gyuri rapat sangat dengan wajahnya, kerana dia menarik scarf yang masih terbalut di leher Gyuri dan buat seketika mata mereka bertentangan...masing-masing dapat merasakan hembusan nafas ke wajah mereka, dan ketika mereka berdua hampir leka dalam tautan itu... (o.O)



... senyap, ........bunyi bising mengejut oleh serangga-serangga malam kat background mereka memecahkan kesunyian malam..edehhh! So cutting, huh..    Dan... 1, 2, ...



    “Ouch!” Jiyong mengaduh sakit dan pegangannya pada scarf itu terlepas. Sekali lagi kaki kanannya disepak kuat oleh Gyuri. “Tadi peluk aku sampai aku tak dapat bernafas! Sekarang kau nak cekik aku guna kain scarf aku sendiri??? Kau fikir aku ni squeeze ball ke?! Padan muka kau!” Gyuri memarahi Jiyong yang mengerang sakit sambil memegang kakinya. Dia kembali duduk di bangku dan Gyuri terkekek ketawa duduk di sebelahnya.

   
    “Tengoklah betapa kasarnya kau,” komen Jiyong, marah. “Kalau fans kau tahu perangai sebenar kau.. anii.., kalau fans aku tahu kau sepak kaki aku macam ni, rasa-rasanya takde kaki lagi dah kau sekarang ni.” Gyuri ketawa lagi. “Tapi fans kau tak tahu kan? Kan? Kan?” Sambung lagi tawanya dengan lagak samseng hebat.



    “Kau nak diorang tahu? Aku boleh bagitahu! Leader KARA buli leader BIG BANG!” Jiyong mengajuk cara Taeyang jadi media tempoh hari. Tawa Gyuri semakin kuat. Jiyong raba-raba kakinya, terasa ada bengkak sikit. “Mommy, kaki aku macam dah bengkak ni!” Jiyong panik.. “Ceh, itupun nak panik ke? Meh sini, aku tambah lagi,” ujar Gyuri, dan sambung lagi tawanya. “Kalaulah..kalau news macam tu tersebar, apa kau nak cakap? Sebab apa Gyuri buli Jiyong? Jiyong merungut hanya kerana kena buli oleh seorang perempuan? Ee...tak malunya!” Gyuri sambung juga topik tadi. Jadi Taeyang Media jugak.  ‘(-.-)



    “Aku cakap kau tak terima lamaran cinta aku, sebab tu kau serang aku.. lepas tu, confirm VIP pergi serang Kamilia! Hahaha! Sasaran utama : Park Gyuri. Kesalahan : 1. Buli GD. 2.fake reason tadi 3. Goda GD, sampai GD melamar nak bercinta dengan Gyuri..  haaaa... kau tak tahu betapa mahakuasanya aku dan fanclub Big Bang time tu. Gerenti kau penyek macam plywood diorang kerjakan,” kata Jiyong sambil tersenyum lebar, matanya bersinar-sinar memandang langit yang semakin cerah, membayangkan wajah Gyuri dan seluruh tubuh Gyuri tenggelam dalam serangan VIP. Hatinya join gelak sekali.



    “Kau berani nak fitnah aku? Keluar jugak cerita kau ni kuat menangis nanti tau tak? Then, bila media tanya, how Gyuri knows he cries a lot? Aku jawablah, aku tak terima cinta dia dan dia pun merayu-rayu kat aku,” Gyuri tekankan nada pada hujung kata-katanya, mengajuk idea fitnah Jiyong tadi.
 


   “Takpun, aku bagitau media, oh.. Jiyong datang kepada saya dan menangis kerana...dotdotdot reject dia, then saya yang tidak berdosa berada di tempat yang salah, pada masa yang kurang tepat, jadi dia pun dengan meriahnya meluahkan perasaan sedihnya kepada saya yang kebetulan berada di tempat kejadian! Tapi saya memang takde kaitan dengan budak cengeng macam dia.” Gyuri buat-buat muka innocent, dan kemudian tergelak lagi bila tengok wajah bahagia Jiyong jadi pudar. Giliran Gyuri pula senyum dengan mata bersinar-sinar memandang langit. Sudah pagi. Rasanya inilah kali pertama mereka lepak bersama sangat lama, sampai ke pagi.. biasanya sampai subuh je  tapi sekarang sudah.. 7AM something.


   
    Jiyong tarik rambut Gyuri lembut, tidak kasar seperti selalunya, cuba menyedarkan Gyuri dari lamunan. “Yah! Teringat pasal rambut.. sini, aku nak kerat!” Gyuri lantas menerkam topi Jiyong yang menyorokkan rambut barunya. “Yah! Jealous!” gelak Jiyong dan bangun berlari dalam kesakitan yang masih terasa sedikit, ke buaian. Gyuri mengejarnya. “Dalam banyak-banyak warna, warna yang aku dah booking tu jugak kau guna! Meh sini, aku nak kerat!”



    Dan Jiyong segera melarikan dirinya daripada dikejar oleh Gyuri ..sementara itu, ada lensa yang mengambil gambar mereka secara senyap-senyap.

 




A/n : Omomo! Siapa lah agaknya yang ambik gambar diorang? ...Omomo!

ambik chance ni nak ucap kamsahamnida kepada pembaca-pembaca yang tak subscribe. thanks and  hope you sub to this story. and attack my komen box here.

juga kpd new subscriber : msryus . annyeong, happy reading. attack me n komen box!
 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
autumnX
bbgg- saya double update!!come come read!

Comments

You must be logged in to comment
AyumuChan #1
Chapter 58: Bestnyaa...Good jod author...Keep trying...So sweet.haha
namsaehee #2
Chapter 4: syok sendiri baca crite nie , btw , nice!! , tapi , lain kali , buat yg lebih romantik lagi ye ??
trexemo92
#3
Chapter 3: rasa mcm tgk cerita tp alih bahasa. hahaha. anyway, tk sangka kt sini ada jugak fics dlm BM. Kyaaaaaaaaa~~~i love it so much!!!!!!
MaryReeds
#4
Chapter 58: Nice story!!! Touching :'(
MaryReeds
#5
Chapter 42: Triple X? Ape tu?
MaryReeds
#6
Chapter 31: SERIOUSLY AKU TAK PAHAM BETOL DENGAN TOP NI! *CONTINUE READING*
MaryReeds
#7
Chapter 19: "Tanahair" haha !
-Yuan-
#8
Chapter 1: I love the couple sadly I can't malay
But it looked awesom if you ever decide to make a english fanfiction about them noth would be awesome
sndrprk
#9
Chapter 59: part 2? WAAAAA~~! suka suka
Catalina390 #10
Chapter 59: what sequel? OMG!