• Till I Met You - Part 1

Encik Bank, Cik Pramugari

 

 


Hampir 3 bulan berlalu..

 

Alex termenung panjang, memandang ke luar kedai. 

"Haih.." Alex mengeluh. Dia menghirup kopi yang hampir habis dan telefon nya kemudian berbunyi. 

'ZACK' 

"Yup!" Alex menjawab panggilan dari Zack.

"Kau kat mana?" tanya Zack

"Aku kat Ivy ni..." lemah Alex menjawab.

"Laa ke situ lagi? Hai Alex, dah almost 3 bulan dah kau ke situ, boleh kata hari-hari bro! Sudah la tu, bagi masa...why not kau try ikut cakap your mom untuk having a date dengan Lily?" kata Zack risau.

Alex tersenyum kelat dan menjawab "Lily? nayyyyyy brooo! Like aku cakap before dia tu macam adik aku dah. Tak apa lah, aku okay je. Kau tahu kan, aku suka kopi dekat sini...." belum Alex habis kan ayat nya Zack sudah potong "Aku bukan kenal kau setahun dua Alex, we are childhood friends bro, so tak payah nak sorok. Hmm, aku ada hal petang ni, tapi if kau nak aku datang, aku boleh pergi sana okay?"

Alex menggaru kepala nya yang tidak gatal.

"Okay Zack, jangan risau. Lepas habis kopi ni aku balik la. Tadi aku pergi ofis sekejap, tu singgah sini." Jawab Alex.

"Weekend pun kau pergi ofis..memang contoh terbaik betul bank kau ni Alex!" gurau Zack.

"Ha ha ha...ada-ada je kau ni Zack. Well market close tapi ada few thing tadi aku kena tengok..." balas Alex. "kalau kami sekeluarga tak kerja keras, bukan senang nak stabil macam sekarang bank tu bro..." tambah Alex.

"Hm.. aku setuju bro. Okay lah, nanti apa-apa aku roger kau." kata Zack dan mematikan talian.

Selepas Alex mematikan panggilan nya bersama Zack, Alex terlihat seseorang yang ditunggu selama ini. Gadis itu sedang leka memeriksa camera nya.Terus terukir senyum di bibir Alex. Tanpa menuggu, Alex meninggal kan beberapa keping £10 di atas meja, dan pantas menuju ke arah gadis tersebut.

"Aku kena cepat bertindak sebelum terlepas lagi.." kata Alex.

"Hi.." tegur Alex.

 


 

Setelah beberapa lama Aurora busy dengan schedule yang pack, akhirnya di berjaya dapat menggunakan cuti nya. Aurora suka travel, dan dia tidak kekok untuk travel sendiri seorang diri. Hanya kadang kala Aurora akan travel bersama family atau abang nya.

Destinasi cuti Aurora kali ini adalah London memandangkan sudah masuk musim panas dan di London musim panas nya sesuai untuk bercuti sebab taburan hujan nya yang kurang namun masih mempunyai udara nyaman.

Aurora berhenti seketika untuk menukar polaroid film yang baru dibeli oley nya tadi. Sudah menjadi kebiasaan setaip kali Aurora bercuti dia tidak akan lupa untuk membawa kamera dan juga gitar nya. Sedang Aurora leka dengan kameranya, telefon Aurora vibrate menandakan ada notifikasi whatsapp masuk, Aurora mengeluarkan phone nya dan tertera nama IZARA. 

"Dah agak dah minah ni.." kata Aurora terseyum.

'youra...dah sampai London ke? Jangan lupa cari mamat Level 10 tu tau! Pastu whatsapp aku detail...hahaha.. #donebusybody..' whatsapp dari Izara.

"Gila..!" kata Aurora membaca whatsapp tersebut lantas tertawa kecil. Aurora sendiri hampir terlupa tentang peristiwa mamat level 10 dan mamat mabuk tersebut.

Hampir 3 bulan, mau tak nya Aurora lupa. Tanpa buang masa Aurora membalas whatsapp tersebut.

'aku nak cari tu susah sikit la sebab bukan mahir sangat kota London ni, tapi if aku terjumpa dia aku akan tanya dia betul ke tidak kau cerita tu..' Aurora tekan 'SEND' 

Aurora menaip lagi 'by the way, aku ni dah hampir lupa dah cerita tu. Kau boleh ingat lagi ye?' sekali lagi Aurora tekan 'SEND' dan menyambung kembali mengambil gambar yang menarik perhatian nya.

Sedang ralit Aurora menunggu polaroid film siap untuk gambar yang baru ditangkap oleh nya, satu suara datang menyapa Aurora. Lantas Aurora memandang ke arah suara tersebut.

"Hi.." 

 


 

Flashback 3 bulan yang lalu..

 

"Izara, aku nak kau terus terang kat aku hal kat Hotel tadi.." kata Aurora.

"Rileks babe, duduk dulu..ha ha ha.." jawab Izara tertawa kerana melihat Aurora begitu. "Okay la, okay la aku cerita.." kata Izara yang kesian melihat Aurora seperti itu.

"Aku tunggu ni.." jawab Aurora.

"Okay macam ni, masa kat Ivy semalam lepas kau gaduh dengan mamat mabuk tu, kau terus keluar kan?" tanya Izara.

Aurora mengganguk. 

"So, lepas kau keluar tu mamat mabuk tu bukan mabuk pun! Dia just nak test kau je.." 

"Kejap, kejap..dah kenapa dia nak test aku" potong Aurora.

"Kau dengar dulu boleh? Jangan lah potong time aku cerita, nanti aku lupa.." kata Izara.

"Okay, okay..sambung.." kata Aurora.

"Mamat mabuk tu nak test kau on behalf BFF dia, mamat Level 10 tu!!" Jelas Izara.

" Mamat level 10 tu dia usha kau je dari jauh, tak berani nk tegur kau macam laki-laki lain sebelum ni. Jadi mamat mabuk ni ambik inisiatif minum sikit asal ada bau and datang kat kau masa mamat level 10 tu pergi toilet." sambung Izara.

"Whatttt...!" terlopong Aurora mendengar nya.

"Kejap, belum habis. Mamat level 10 ni tak tau apa-apa pasal kawan dia punya plan ni. Sebab aku dengar sendiri dia bengang dengan kawan dia. Lepas tu dia tanya aku, kita stay hotel mana, tapi aku tak bagitahu. Cuma..." Izara berhenti seketika melihat reaksi Aurora.

"Cuma apa.." tanya Aurora.

"Kau marah ke Youra.." duga Izara. 

"Aku tak marah cuma agak tak percaya. Sebab for me,aku ni biasa je..tak perlu kot sampai dia nak berlakon mabuk..hmm, and macam mana dia tau kita stay situ.." tanya Aurora.

"Maybe sebab aku punya hint. Aku cakap kita ke Ivy tu jalan kaki je, so aku rasa dia paham kot hotel terdekat. Tapi demi Allah aku tak sangka dia tunggu kau kat luar hotel tu." kata Izara.

"And mungkin bagi kau, kau ni biasa biasa je..tapi tidak bagi orang lain. Kau tu mix, jadi tolong eh sedar diri sikit. Ha ha ha ha..." sambung Izara sambil mengenakan Aurora

"Kau ni kannnnn.....geram aku! Tapi aku tak sangka jugak. Tak apa lah. benda dah lepas. Bukan kita dapat jumpa dia lagi pun.." kata Aurora.

"Jangan yakin sangat tau Youra. Mana tau rezeki kau ke London lagi nanti nahhhhhh berjumpa. Baru kau tauuuuu...haa jodoh pasti bertemuuuuu..." seloroh Izara sambil menyanyikan lagu Afgan - Jodoh Pasti Bertemu.

Aurora memandang geram pada Izara sambil menujukkan isyarat penumbuk.

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Lala_Lullaby
Tiberr je dapat idea cerita cinta sweet sweet ni. Bagi chance ye..hehe..kalau ada kurang, maaf man saya..

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet