Final

World of Happiness
Please log in to read the full chapter

“ I thought of you through these six years,

Though we were together for only 42 days,

I miss you each day that passed by ”

 

 

Aku berjalan laju sambil memotong laluan orang lain semata-mata untuk mendapatkan teksi setelah keluar daripada tren. Baju yang siap digosok mulai berkedut dan kot yang dipakai aku tanggalkan kerana aku sudah mandi peluh. Setelah berjaya menahan sebuah teksi yang kosong, aku segera masuk dan memberitahu lokasi kepada pemandu teksi. Aku mengeluh dan bersandar di kerusi, membiarkan peluh kering.

Nama aku Jeon Jungkook. Umur aku 24 tahun. Aku hidup bersendirian di bandar. Aku hanya menaiki kenderaan awam ke tempat kerja. Dengan kata mudah, aku hidup berdikari dan tidak mampu beli kereta buat masa sekarang. Sebab itu aku perlu pantas. Kalau tidak, aku akan terlewat.

“ Selamat pagi, Jungkook ”

“ Selamat pagi ” aku membalas sapaan rakan sekerja dan masuk ke bilik kerja. Aku segera duduk dan mula membuka fail yang bertimbun atas meja. Haih, kerja datang dulu sebelum aku.

Aku bekerja di bawah syarikat ayah sendiri. Sudah genap setahun. Aku rasa kerja sangat mencabar tetapi menyeronokkan. Hubungan aku dengan ibu ayah aku juga semakin baik. Walaupun berlainan seperti waktu aku kecil dulu, tapi ini sudah cukup baik.

‘ Tuk tuk ’ pintu diketuk dari luar.

“ Masuklah ” aku membalas tetapi pandangan aku fokus kepada kertas kerja.

“ Sibuknya bekerja sampai tak ada masa nak lihat siapa masuk ye? ”

“ Ah, ayah. Minta maaf! ” aku segera berdiri dan menyusun kertas yang berselerak di atas meja dengan kelam-kabut sehinggakan ada yang berterbangan dan jatuh atas lantai. Ayah hanya senyum dan menolong memungut kertas tersebut.

“ Kamu tak pernah berubah. Janganlah panik sangat ”

“ Ah, ye.. ” aku menundukkan pandangan kerana malu.

“ Ayah datang sini dengan satu permintaan” aku mengangkat wajah dan melihat wajah ayah yang sentiasa tenang.

“ Ayah nak kamu... uruskan tokong peninggalan mendiang datuk ”

Aku melangkah keluar daripada tren. Terdapat beberapa orang sahaja berlegar menunggu tren di stesen kereta api. Pekan ini semakin sunyi.

Aku mengambil keputusan untuk berjalan kaki menuju ke tokong. Tidak banyak perubahan di pekan ini. Masih ada lagi kanak-kanak bermain di padang, beberapa kedai yang menjual manisan dan.. sebuah sekolah. Aku mendapat berita sekolah itu ditutup. Tetapi tidak diruntuhkan kerana tiada dana. Oleh sebab sekolah ditutup, ramai penduduk pindah ke pekan seberang.

Setelah beberapa minit, aku tiba di destinasi. Keadaan di tokong ini masih sama melainkan sudah tiada lagi manusia datang untuk berdoa di sini. Tokong ini terbiar setelah datuk tiada kerana tiada sesiapa mahu menjaganya.

Aku melangkah masuk ke dalam rumah dan disambut dengan beberapa buah kotak yang tersusun rapi di ruang tamu. Itu semua barang-barang datuk. Ayah telah mengupah pekerja yang juga merupakan penduduk pekan ini untuk mengemas dan memastikan tokong dan barang peribadi datuk di rumah sentiasa bersih.

Aku meletakkan beg dalam bilik aku yang hanya tinggal sebuah katil dan almari. Selepas itu, aku menuju ke tokong. Hujan mulai turun dengan lebat. Hujan... membawa aku bertemu dengan dia. Tetapi, hari yang cerah memisahkan kami.

“ Tae ”

Please log in to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 1: omg! Tae is back! yippie!
suka cara penulisan awk...best!
sy puas hati sgt2 dgn sekuel ni, but klu panjang lg, msti lg best...hehe
apa2 pun, thanks utk citer ni ^^
mpreggoland
#2
saya akan setia menunggu ^^
hwaiting!