RIGHT

MAMA
BYE
This isn't right...anymore.
 
"O-Okay..." Tenggelam-timbul balas suara Sakura di hujung telefon. "Nanti kita tinggalkan dinner untuk abang..." Seiring suara kecil yang kedengaran teragak-agak itu berbicara, wajah Sakura ketika itu pula bagaikan dilitupi awan kegelapan.
Sakura sedar betapa kerjaya ibarat isteri kedua buat suaminya, namun hari ini telah masuk hari ke-lapan, Eunwoo pulang lewat ke rumah. Nampaknya, malam ini dia masih keseorangan.
"Takpe...esok kan masih ada..." Sambil mengusap perutnya, segaris senyuman tawar terbentuk di hujung bibir. "Mak janji, esok kita bagitau ayah ok?" Ujarnya lagi, mahu menanam harapan agar berita gembira dia berbadan dua itu akan disampaikan kepada sang ayah.
'Abang dah makan. - Hubby'
Mesej susulan daripada Eunwoo sesaat tadi langsung meragut selera makan Sakura di hadapan meja yang tidak lagi berteman seperti dahulu.
***
"Kerja malam lagi?" Tegur Henry di samping melimpasi meja kerja Eunwoo yang masih berlampu. 
Membalas dengan anggukkan pasrah, Eunwoo menyahut, "Dateline minggu depan..." Anak matanya hinggap sebentar ke arah Henry. "Eunyoung tak suka report last minute..." sambungnya lalu kembali fokus penuh di hadapan laptop.
Ternaik kening Henry mendengar kata-kata Eunwoo. Langkahnya terhenti seketika, tubuhnya dihadap pula ke arah Eunwoo. "So? Dah memang projek ni baru nak establish, takkan dia expect nak report dalam seminggu?" Sambil meraup rambutnya ke belakang, Henry membebaskan keluhan yang panjang, "Kau sedar tak  yang pompuan tu buat sebenarnya nak bagi kita kerja extra sebab dia memang anti dekat team kita?"
Eunwoo seperti tidak terkesan oleh deretan ayat yang keluar daripada mulut Henry tersebut, malah jari-jemarinya masih setia menaip laporan dengan tekun.
Menggeleng-gelengkan kepala, Henry berdehem, "Lain lah kalau kau masih tengok Eunyoung tu sebagai ex-girlfriend..." Suaranya berubah kecil semacam setelah perkataan ex-girlfriend tadi tersasul daripada mulut.
Lalu itu, Eunwoo gagal meneruskan kerjanya. "Hyung..." kepalanya ditoleh ke arah Henry di sebelah kanannya. "Tak kisah lah apa pun yang kau fikir, tapi tolong jangan cakap benda camni  dekat rumah ok?" Jelingan maut Eunwoo itu sebaliknya mencerminkan sesuatu yang kontra dari sudut pandangan Henry.
"Apesal?" Henry menaikkan suara. "Kau takut bini aku report dekat bini kau?" Laju bibirnya melaburkan tekaan. Sengihan acuh tak acuhnya terpampang jelas pada permukaan wajah. "Kalau takde angin, mana mungkin pokok goyang..." sambungnya lagi. "Kalau tak silap aku, dah seminggu kau tak balik rumah kan?"
Eunwoo mengecilkan mata, bibirnya seperti mahu mengatakan sesuatu namun Henry masih mahu mendahuluinya, "Hawa ni kalau dah merajuk...parah nak pujuk tahu?" nasihat Henry seraya mendekatkan tangan ke dadanya.
Senyuman wajah Sakura timbul di hadapan mata minda Eunwoo. Di detik itu juga, perasaan bersalah menyelubungi jiwanya. Setelah itu, kalut dia mengeluarkan telefon bimbit daripada laci, dan dari situ, baru lah dia sedar akan deretan mesej serta miss call daripada isterinya beberapa jam lalu.
'Abang, Eunyoung unnie datang rumah...'
'Tae Eunyoung ialah pengurus baru dekat kerja abang?'
'Abang sambut telefon please...'
Tangkai jantung Eunwoo bagai hendak terputus tatkala dia terbaca mesej terakhir daripada Sakura...
'This isn't right...anymore...'
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet