Cari Kerja
Bunga Terakhir (Amboi Tajuk Klise Bebenor)Sudah memasuki hari ke-3 pencarian si Namjoo, namun nampak gayanya rata-rata pemilik dan staff kedai memberikan respond yang sama: "Nanti kami call, ye?".
Call abah kau! Jerit hati Namjoo yang dihantui rasa geram dan kecewa. Sudah tiga ke empat bangunan membeli-belah di sekitar timur Pulau Pinang dia turun naik turun naik truss- (Ehem! Maafkan si penaip yang sedang berkaraoke.), masih juga gagal mendapatkan kerja. Nawaitu ketika itu mahu saja Namjoo menjerit, tapi disebabkan ramai yang menuruni eskeletor Plaza Gurney maka terbatal niatnya yang epik itu.
Ketika dia menjejakkan kaki ke tingkat 3 dari arah timur, dia terlihat seorang makcik pertengahan umur yang sedang mop lantai yang dipenuhi kesan kasut. Ketika itu juga makcik tersebut mencekak pinggangnya yang sakit. Mungkin kerana terlupa ambil Panadol di waktu pagi. Namjoo terus memberanikan diri membantu makcik cleaner tersebut. "Makcik, takpe. Biar saya tolong.".
"Takpa aih, makcik boleh buat. Takpa-".
"Takpe makcik. Saya boleh buat. Makcik duduk dulu ye makcik", ujar Namjoo yang mengambil mop dari tangan makcik tersebut lalu mop lantai yang mempunyai saki-baki tapak kasut yang kotor.
Makcik itu mendengar saja apa kata Namjoo. Dia duduk di kerusi bersebelahan troli yang membawa baldi berisi air dan mop. Dia hanya memandang si gadis kecil berbaju hijau muda dan berseluar palazo hitam. Senyuman kecil mula terukir diwajah nan sayu seorang makcik cleaner.
Seminggu kemudian, Namjoo kembali semula ke tempat dimana dia membantu makcik yang dijumpainya. Manalah tahu kot kot ada kerja kosong. Fikirannya buntu selepas berhari-hari menunggu panggilan dari tempat yang dicari namun tiada. Ramai penganggur yang kena macam ni, termasuk si penai
Comments