Hari Yang Cerah
Bunga Terakhir (Amboi Tajuk Klise Bebenor)Di pagi hari Isnin yang mendung, diiringi siulan burung-burung dari rumah jiran. Disaksikan pepohon yang tumbuh meninggi. Namjoo bersiap sedia untuk mencari kerja walaupun ditentang keras oleh atuknya yang berada nun disana beribu batu. Dia kelihatan tenang walaupun dihurung pelbagai persoalan. 'Boleh ke aku dapat kerja?', 'ready ke aku hari ni?', 'Aku nak kerja butik ke kedai baju?', dan pelbagai lagi yang bermain di fikiran Namjoo yang masih berjalan tanpa hala tuju.
Tiba-tiba, Namjoo disapa dari belakang oleh seseorang yang sangat dikenalinya, "Namjoo...".
Si gadis tersebut terkejut sedikit lalu memandang ke sebelah kirinya. Kelihatan Taehyung yang berbaju lengan panjang kuning bersama seluar pendek biru muda di sebelahnya sambil tersenyum.
"Okh-?", langkah Namjoo terhenti seketika sambil memandang Taehyung.
"Ape? Muka aku buruk-buruk nak mampos ke?", tanya Taehyung sambil meraba-raba mukanya yang lembut dan lincin.
"Bukan-", Namjoo mengalihkan tubuhnya bertentangan Taehyung sambil berkata, "Yang kau pagi-pagi ni nak pegi mana?".
"Saja... Salah ke?".
Namjoo mengendahkan si jejaka itu lalu berjalan semula dengan hati yang tak tenang.
Taehyung cuba mengekori Namjoo sambil berkata lagi, "Aku nampak muka kau penat. Kau mimpi buruk lagi ke?".
Namjoo berhenti lagi sekali sambil memandang Taehyung yang baru sampai disebelahnya. "Mana kau tau?", soalnya.
"Aku tau lah...". Senda Taehyung sambil berjalan ke hadapan dengan mata yang tertutup.
Kali ini, giliran Namjoo pula yang mengekori belakang Taehyung. Memang si Taehyung ni penuh dengan misteri. Dia macam 'palatau' pa
Comments