BTS X Diana One Shots Compilation (Malay Edition)

Description

Pernahkah anda terfikir untuk mencari cerita fiksyen peminat BTS yang best, tetapi hanya dalam bahasa Melayu/Malaysia?

PERHATIAN!!! DI SINILAH TEMPAT ANDA!!!

Hantarkan saja mesej untuk buat permintaan cerita, apa yang anda nak penulis karangkan untuk anda semua. Anda juga boleh bagi idea untuk penulis perkembangkan lagi cerita yang akan penulis buat sebentar nanti!

Antara cerita fiksyen peminat BTS yang dihasilkan setakat ini adalah seperti berikut:-

Adoptive Siblings Reunite

Diana dan Jungkook merupakan adik-beradik angkat sejak 2007. Namun, mereka berpisah selepas Diana didapati terlibat dalam kes terjun bangunan di sekolah. Selepas Diana telah meningkat usia menjadi seorang remaja, dia bertekad untuk bertemu semula dengan Jungkook yang akhirnya menjadi salah seorang member kumpulan Hip-Hop Korea terkemuka, BTS. Apa yang akan berlaku? Dapatkah mereka bersatu semula? Find out!

Forgive Me, Oppa
Diana baru sahaja pulang dari Malaysia selepas cuti sekolah selama sebulan. Tiba-tiba, sebaik sahaja dia tiba di asrama Big Hit, Jungkook didapati  berselisih faham dengan Diana sehingga dia sanggup memutuskan hubungan antaranya dan Diana sebagai adik-beradik angkat. Masalah tersebut berterusan sehingga Diana mengalami satu mimpi yang menakutkan baginya. Apakah mimpi tersebut? Dapatkah hubungan mereka pulih seperti sediakala? Find out!

P/S:- Cerita ini juga disiarkan dalam majalah EPOP Malay #116, Mei 2019.

For You (Valentine's Day Special)
Diana ditugaskan untuk melaksanakan kerja pembersihan di bilik Jungkook sementara Jungkook keluar untuk membeli barang runcit. Semuanya berjalan dengan lancar, sehinggalah secara tidak sengaja, Diana telah merosakkan glob salji kepunyaan Jungkook yang merupakan hasil pemberian abang Jungkook sebelum masuk BTS. Tiada sesiapa yang mengetahui hal tersebut kecuali Diana dan Jimin. Jimin tidak menyebarkan hal itu kepada sesiapa. Sebaliknya, dia ingin membantu Diana untuk membaiki glob salji Jungkook sebelum Hari Kekasih. Adakah Diana akan berjaya?

Don't Leave Me, Hyung!

Diana dan kumpulan BTS baru sahaja pulang dari Taiwan setelah selesai konsert jelajah . Sebaik sahaja tiba di rumah mereka. Jungkook dan Suga terus berada di bilik Jungkook lalu bertengkar tentang pelbagai kesilapan yang dilakukan oleh Suga ketika membuat persembahan di konsert. Suga pun mula berasa tertekan sehingga dia terkena demam panas. Jungkook pula terus mendapat satu mimpi ngeri pada suatu malam. Apakah mimpi tersebut? Adakah hubungannya dengan Suga terus kembali pulih seperti sediakala?

P/S:- Cerita ini juga disiarkan dalam majalah EPOP Malay #122, November 2019.

Nak lagi daripada saya? Just stay tuned!

Foreword

Assalamualaikum, dan apa khabar, semua! Saya Chahaya Kasih, dari Malaysia. Saya merupakan salah seorang pengarang cerita fiksyen BTS di Asianfanfics dan Wattpad. Selain itu, saya merupakan seorang YouTuber di bawah nama CZ: Cups & All-Ups.

Di sini, saya akan masukkan kesemua cerita fiksyen peminat yang telah saya siapkan. Cerita yang saya buat tu bukan sahaja seronok dibaca, malah padat dengan nilai-nilai murni dan pengajaran.

Hope you all enjoy!

Comments

You must be logged in to comment
ClumsyBaekhyun
#1
Chapter 1: nice