Bab 12: Berkunjung di hospital.

Love Mix Hate

“Tumpang  tanya,  di manakah  bilik  wad  anak  saya?  Namanya  Han Haebin,” soal  En. Xiumin.

“Tunggu sebentar,  encik. Saya  semak dulu.”

Selepas 1  minit...

“Bilik  wad  Han  Haebin  ditempatkan  di  bilik  nombor  6,  di  aras  1,” jawab  jururawat  itu.

“Kasahaminda.”

En.  Xiumin  menaiki  lif  ke  aras  1.  Dia  mencari  bilik  bernombor  6. Selepas itu,  dia sampai ke  bilik wad  bernombor  6.

“Annyeonghaseyo,  Haebin,” sapa En. Xiumin.

“Appa, dah habis kerja  hari ni?”  tanya  Haebin.

“Appa  baru  je  habis  kerja.  Masa  appa  bertemu  janji  dengan investor  Jepun,  appa  mendapat  panggilan  dari  sekolah  yang kamu masuk hospital. Apa yang  berlaku, honey?”

En. Xiumin duduk di kerusi  yang berhampiran  dengan  katil  Haebin.

“Panjang cerita,  appa,”  jawab Haebin.

“Pendekkan.  Appa  tak  nak  kamu  banyak  cakap.  Lagipun  kamu  masih lemah.”

Haebin  menceritakan  apa  yang  terjadi  di  sekolah  siang  tadi.  Betapa terkejutnya  En. Xiumin selepas mendengarnya.

Tepat  pukul  9:00  malam,  En.  Xiumin  pun  balik  ke  rumah.  Dia memberi peluang kepada Haebin  umtuk berehat.

*****

Keesokan  harinya,  Hakyeon,  Ken, Hyuk dan Cikgu Sally datang untuk melawat  Haebin. Mereka datang dengan  membawa buah tangan.

“Annyeonghaseyo,  Haebin!” sapa mereka.

Mereka masuk  ke  bilik wad  Haebin.

“Bagaimana dengan  keadaan  kamu? Dah ok ke?”  soal  Cikgu Sally.

“Badan  saya  sakit  dari  semalam,  cikgu.  Susah  betul  nak  bangun,” jawab  Haebin  dengan  perlahan.

“Mungkin  disebabkan  oleh  pukulan  yang agak kuat,” celah  Ken.

“Takpe.  Awak  baring  je  dulu.  Tak  payah  bangun  dari  katil,  duduk atas katil pun  jadilah,”  sampuk Hakyeon.

“Awak dah makan?”  tanya  Hyuk.  Haebin  mengelengkan  kepalanya.

“Cikgu  ada  bawakan  bubur  kacang  merah.  Kamu  gerenti  suka,”  kata Cikgu  Sally  sambil  membuka  bungkusan  bubur  itu  dan  dituangkan  ke  dalam mangkuk.

“Kamu  semua dah makan?”  tanya  Haebin.

“Kami  dah makan  sebelum  datang ke  sini,” jawab  Ken.

“Makanlah,  Haebin.  Kalau  awak  tak  dapat  makan  sendiri  pun  takpe. Saya  boleh  suapkan,”  kata  Hakyeon  apabila  menerima  semangkuk  bubur kacang merah dari Cikgu Sally.

“Amboi,  Hakyeon  hyung  ni  mengada-adalah. Malu betul saya," ucap Ken sambil  menutup  mukanya  dengan kedua-dua tangannya.

“Apa  yang  dimalukan,  Ken.  Biar  jelah,”  Cikgu  Sally  hairan  melihat Ken.

“Tangan  saya  sukar  digerakkan,  cikgu.  Biarlah  Hakyeon  oppa suapkan,” ujar  Haebin.

“Tengok tu,  manja  betul  Haebin  dengan  Hakyeon  hyung.  Macam dalam drama pula,”  celah Ken.

*****

“Cikgu,” panggil  Haebin.

“Ya.”

“Macam  mana  dengan  Sowon,  Mina  dan  Umji?  Mereka  sudah dihukum  ke?”

Cikgu Sally segera teringat sesuatu.

“Lupa  cikgu  bagitahu.  Mereka  bertiga sudah  dibuang  sekolah,” jawab Cikgu Sally.

“Dibuang  sekolah?  Mereka  tidak  lagi  belajar  di  sekolah  kita  ke?” soal  Haebin  lagi.

“Ya.  Haebin.  Awak  jangan  risau  lagi.  Mereka  memang  dibuang sekolah.  Kalau  Cikgu  Ravi  tahu,  pasti  dia  sangat  gembira  sampai  tak kenal batasnya,” ujar  Ken.

“Betul.  Samseng  yeoja  tiada  lagi  di  sekolah  kita.  Buat  malu  sekolah kita je,”  sampuk Hyuk.

“Saya  gembira  sangat.  Dapatlah  kita  belajar  dengan  tenang  dan sekolah kita selamat,”  ujar  Haebin  dengan  gembira.

“Cikgu  harap  kamu  dapat  keluar  dari  hospital  dan  kembali  ke sekolah.  Semua  classmate  rindu  dengan  kamu,”  celah  Cikgu  Sally.  Dia berharap  semoga  pelajar  kesayangannya  sembuh  dan  kembali  ke  sekolah secepat  mungkin.

“Baiklah,  cikgu,”  jawab  Haebin.  Dia  memeluk  Cikgu  Sally.  Dia  amat sayang dengan  Cikgu  Sally.

“Haebin,  kami  balik  dulu.  Awak  boleh  berehat  sepenuhnya,”  ucap Ken.

Haebin  kembali baring dan  selimutnya ditarik ke  paras bahu.

“Hatihati,” pesan  Haebin.

“Annyeong~”  ucap  mereka. Pintu wad ditutup.

********

Bab ni sudah 'mengugurkan' watak samseng yeoja nie. Buat jahat dibalas dengan pembuangan mereka dari sekolah. So, korang jangan berbuat jahat tau!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Lupa pulak ! GFRIEND juga akan comeback awal bulan 5. BTS juga turut comeback bulan ini, so bersedia ya. Tq.

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet