Bab 13: Kembali.

Love Mix Hate

Semua  pelajar  kelas  3-A  bertungkus-lumus  mengadakan  jamuan untuk  meraikan  Haebin  kembali  ke  sekolah  setelah  seminggu  dirawat  di hospital.  Mereka  sangat  sibuk  membuat  persiapan jamuan.  Cikgu  Sally turut membantu mereka.

Pada  pukul  10:30  pagi,  Haebin  dibenarkan  keluar  dari  hospital.  Dia tidak  segera  pulang  ke  rumah.  Appanya  membekalkan  baju  sekolah  dan wang belanja  kepada  Haebin. Appanya  juga  membayar  bil  hospital. Setelah keluar dari  hospital  dengan  berpakaian  sekolah,  Haebin  menaiki  teksi untuk  pergi  ke  sekolah.  Appanya  ada  membawa  beberapa  buah  buku sekolah dan  alat  tulis  sehari sebelum  Haebin  keluar.

Sampai di  sekolah,  Haebin  pergi ke kelasnya.

“Selamat kembali,  Haebin!” sahut mereka dengan  gembira.

“Wah,  kamu  semua  rindukan  saya  ke?”  kata  Haebin.  Wajahnya begitu gembira.

“Mestilah  rindu,  kami  sentiasa  menantikan  kepulangan  awak!”  kata Yerin. Haebin  terperanjat  apabila  lengan  kiri  Yerin  sembuh  dan  Eunha tidak lagi memakai tongkat. Kaki Eunha sudah beransur-ansur  pulih.

“Oleh  kerana  Haebin  dah  kembali,  apa  kata  kita  raikan  sekarang,” kata Cikgu Sally.

“CHEERS !!”  sahut yang lain.

Sedang mereka bersukaria, Cikgu Ravi datang ke  kelas  itu.

“Wah,  jamuan  apa  ni?”  tanya  Cikgu Ravi.  Dia  begitu terkejut.

“Kami  raikan  kepulangan  Haebin,  cikgu.  Nak  join  tak?”  ajak  Cikgu Sally.

“Awalnya  cikgu habis  berkursus,” celah  Hakyeon.

“Kursus  habis  awal,  Hakyeon.  Cikgu  dah  rindukan  kamu  semua. Terima  kasih  kepada  Cikgu  Hongbin,  dia  tolong  kendalikan  kes  macam  ni semasa  cikgu  tiada.  Cikgu  terhutang  budi  kepada  dia  sebab  dia  kawan  baik cikgu,” jelas  Cikgu Ravi.

“Dan  juga  kamu,  Hakyeon.  Kalau  bukan  disebabkan  kamu,  cikgu  tak tahu nak buat  apa lagi  dah. Mereka tu susah  dikawal,” Cikgu Hongbin  turut serta  dalam jamuan.

“Cikgu Hongbin,  marilah sertai kami!”  ajak mereka.

“Terima  kasih,  cikgu.  Saya  tak  tahu  nak  balas  budi  baik  cikgu,”  ujar Hakyeon.

Cikgu Hongbin  tersenyum.

“Benda  pun  dah  jadi,  cikgu.  Apa  yang  berlaku  sebelum  ni,  jadikan  ini sebagai pengajaran  dan  teladan  untuk kebaikan  kita,”  celah Cikgu  Sally.

“Jemput  makan,  cikgu!  Anggaplah  ini  sebagai  tanda  terima  kasih dan  penghargaan  kepada  cikgu,”  sampuk  Yerin.  “Hmm,  boleh  juga.  Apa salahnya  k alau  kita  makan  sekali,  betul  tak  cikgu,”  Cikgu  Ravi  menjeling  ke arah Cikgu Hongbin  sambil  tersenyum.

“Boleh,  nanti  tak  makan,  kecil  hati  jadinya.  Mereka  susah-susah sediakan  itu  dan  ini,  kita  tak  makan.  Kesian  mereka  pulak,”  balas  Cikgu Hongbin  sambil  mengambil  kayu sepitnya.

*******

Bab ini hampir sampai ke penghujungnya. Lepas bab ni, bab 14 adalah yang paling terakhir. Epilog ada disediakan, tapi sequel tidak disediakan. Harap maaf.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Lupa pulak ! GFRIEND juga akan comeback awal bulan 5. BTS juga turut comeback bulan ini, so bersedia ya. Tq.

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet