Nama

Nama Yang Tidak Akan Dilupakan

 

“Niel. Niel”

Daniel membuka matanya perlahan. Imej kabur di depannya perlahan-lahan dapat dilihat jelas.

“Niel, kau tak apa-apa?” Daniel dapat melihat wajah Seongwoo di hadapannya

“Hyung” ucap Daniel dengan suara yang lemah.

“Aku panggilkan doktor. Korang tengok dia sekejap” Daniel melihat Minhyun bergegas keluar.

“Daniel hyung, hyung kenal saya?”

“Yah, dia bukan hilang ingatan”

Daniel tersenyum melihat Bae Jinyoung dan Jaehwan di tepinya.

“Niel, ini berapa?” Jisung menunjukkan jari telunjukknya di hadapan wajah Daniel.

“Ah hyung itu, melampau lah” Seongwoo menepis tangan Jisung. “Niel ah, kau ingat tak apa berlaku pada 10 Disember 1996?”

“Seongwoo yah, itu lagi melampau”

Daniel ketawa kecil. “Aku ingat korang semua. 10 Disember tu hari lahir aku sendiri”

“Ahhh saya lega hyung masih ingat saya. Hutang hyung bulan lepas masih belum bayar jadi jangan buat-buat lupa” ujar Jinyoung menarik nafas lega.

“Haish budak ni” Jisung menampar lengan Jinyoung.

“Yah, yah jangan bergaduh sini. Doktor dah sampai” Minhyun tiba dengan seorang doktor lelaki dan dua orang jururawat bersamanya.

Seongwoo, Jisung, Jinyoung dan Jaehwan berkalih ke tepi, memberi ruang untuk doktor melakukan pemeriksaan lanjut.

“Dia tak apa-apa kan?” Jinyoung berbisik tanya kepada Jaehwan di sebelahnya. Jaehwan mengangguk. “Jangan risau. Dia Kang Daniel” balasnya.

Daniel melihat seimbas mesin yang berada di tepi katilnya dan sebuah beg darah yang tergantung, disambung cucuk di tangannya. Kesakitan darah mengalir masuk ke dalam badannya masih boleh ditahan. Doktor yang baru tiba itu, melakukan beberapa pemeriksaan terperinci. Butang baju Daniel dibuka dan Daniel dapat melihat jelas kesan jahitan di bahagian dadanya.

“Doktor, ini….” Daniel mencapai pegang kesan jahitan tersebut yang terasa sakit.

Doktor Shim tersenyum. “Macam mana dengan jantung baru kamu? Dia beri kerjasama? Kamu berasa sakit setiap kali menarik dan menghembus nafas?”

Daniel kemudian meletakkan tangannya di bahagian dada kiri. Sesuatu baru dirasakan berdegup dalam badannya. “Saya dapat jantung baru?”

Doktor Shim mengangguk setelah selesai melakukan pemeriksaan. Sebuah fail keras lalu ditanda tulis, merekodkan keadaan Daniel. “Kamu beruntung, semalam ada pesakit dari hospital ini yang sudi mendermakan jantungnya kepada kamu”

“Daniel, kau ingat tak? Semalam kau pengsan di taman. Mujur ada orang nampak kau dan bawa kau ke hospital. Jantung kau dalam keadaan lemah” celah Jisung menhampiri katil Daniel.

“Mak kau teman kau sepanjang malam tadi, dia yang setuju untuk menjalankan pembedahan itu” tambah Minhyun pula. Seongwoo, Jaehwan dan Jinyoung saling mengangguk.

“Siapa yang beri jantungnya kepada saya?” soal Daniel berpaling pandang kepada doktor yang masih berdiri di sebelah katilnya.

“Kalau encik Kang nak tahu mengenai rekod pesakit tersebut, kami boleh berikan rekod tersebut mengikut procedure, namun jika encik tidak mahu tahu mengenai….”

“Saya tak nak tahu” celah Daniel sebelum sempat Dr Shim menjelaskan. “Saya tak nak tahu siapa”

“Kenapa pula?” soal Jaehwan sebelum semua orang memandangnya. “Takdelah, kalau saya, saya nak tahu siapa pemilik jantung yang berada dalam badan saya ni” ujarnya sebelum menunduk, segan dengan pandangan semua orang.

“Saya tak nak rasa terbeban. Saya berterima kasih kepada penderma tersebut” balas Daniel. Degupan jantung baru dalam badannya dapat dirasakan. Sesuatu perasaan yang Daniel tidak dapat rasakan sebelum ini. Sesuatu yang sihat dan kuat mengepam darah ke dalam badannya terasa berbeza.

“Pihak hospital menghormati sebarang keputusan Encik Kang. Buat masa ini, Encik Kang perlu berehat di hospital paling kurang tiga minggu untuk kami perhatikan perkembangan jantung baru tersebut dengan badan encik. Kami harap Encik Kang dapat beri kerjasama” ujar Dr Shim sebelum beredar.

“Terima kasih doktor” ujar Minhyun sebelum rakan-rakannya yang lain berbuat yang sama. “Terima kasih doktor” ucap mereka.

Jaehwan kemudian mendekati katil Daniel. “Kau betul tak nak tahu siapa yang dermakan jantung tu?”

Daniel mengangguk.

“Kalau kau rasa sakit sukar nak bernafas, beritahu jururawat dengan segera. Jangan tahan sakit tahu” ujar Minhyun. Wajahnya masih kelihatan kerisauan, jadi Daniel mencapai tepuk tangannya. “Terima kasih hyung”

“Aigoo, macam mana hyung boleh pengsan di taman berdekatan Sungai Han? Kenapa hyung ke sana seorang diri?”

Soalan Jinyoung itu membuatkan Daniel tersentak. Matanya kemudian melilau pandang sekeliling. Hanya dirinya seorang dalam bilik wad tersebut. Bilik yang menempatkan pesakit yang baru habis menjalani pembedahan.

“Cari siapa? Mak kau? Dia pergi kerja tengah hari ni” ujar Jisung melihat lirikan Daniel mencari sesuatu.

“Mak kau akan datang semula malam nanti. Kami suruh dia balik pagi tadi sebab kesiankan dia” tambah Seongwoo pula.

Daniel menggeleng, tidak menjumpai apa yang dicari. Tiada kelibat Jihoon dalam bilik tersebut.

“Hyung” Daniel memegang tangan Jisung. “Boleh tolong saya?”

“Ya, tolong apa?”

“Di aras lapan, ada seorang pesakit di wad VIP. Nama dia Park Jihoon. Boleh hyung tengok samada keadaan dia masih koma atau dia sudah sedarkan diri?”

Jisung dan Minhyun saling berpandangan, hairan. “Siapa Park Jihoon ni? kau kenal dia?” soal Jaehwan.

Daniel mengangguk. “Kawan aku di hospital ni” jawabnya.

“Kalau macam tu, aku pergi tengok dia dengan Jaehwan dulu” ujar Jisung sambil menarik ajak Jaehwan bersama, beredar dari bilik tersebut.

“Berehatlah, badan kau masih lemah” ujar Minhyun sambil membantu Daniel membetulkan bajunya. Selimut di kaki Daniel ditarik ke paras pinggang.

“Hyung nak makan apa-apa? Saya nak turun kafe” celah Jinyoung sambil menyarung pakai jaket jeansnya.

Daniel hanya menggeleng.

“Kamu berdua pergi makan dulu. Aku teman Daniel sini” Seongwoo menarik kerusi rapat, duduk di sebelah katil Daniel. Minhyun dan Jinyoung kemudian beredar meninggalkan mereka berdua.

…………………………….

“Kau beritahu dia”

“Ala hyung, saya tak sampai hati”

“Seseorang mesti beritahu dia”

“Tak boleh ke tunggu sampai dia sihat baru beritahu dia”

Daniel dapat menangkap bunyi bising kawan-kawannya bertengkar. Tidurnya jadi terganggu jadi Daniel membuka mata. Dirinya masih terbaring atas katil yang sama, cuma tiada lagi sinaran cahaya matahari membias dari luar tingkap. Keadaan bilik separuh kelam dengan hanya lampu di atas sebuah meja kecil berdekatan katilnya yang dinyalakan.

“Niel, kau dah bangun?” Jisung mendekatinya. Daniel mengangguk, cuba untuk bangkit duduk. Jisung membantunya melaras dan membetulkan katilnya.

Seongwoo membuka suis lampu, menerangkan bilik tersebut. “Lama kau tidur tadi”

“Aku masih rasa mengantuk lagi” Daniel mengosok matanya. Mamai.

“Mungkin kesan ubat yang doktor beri tu menyebabkan kau mengantuk. Kau lapar? Jururawat hantarkan makanan tadi tapi kau masih tidur. Kalau kau nak makan, hyung boleh tolong panaskan” Jisung mengusap kepala Daniel, membetulkan anak rambut lelaki yang sudah dianggap seperti adik kandung itu sendiri.

Daniel menggeleng lemah.

“Niel hyung”

Daniel mendongak pandang Jisung. “Hyung, macam mana keadaan dia? Pesakit bernama Park Jihoon tu?”

“Hmm?” riak Jisung kosong, seketika menoleh belakang memandang Jaehwan yang masih duduk di kerusi yang disediakan untuk pelawat.

“Jaehwan ah?” Daniel memanggil nama rakannya, meminta jawapan memandangkan Jisung hanya berdiri tidak menjawab.

Jaehwan tersentak apabila namanya dipanggil lantas dia menoleh pandang Seongwoo pula yang duduk di sebelahnya.

“Kita mesti beritahu Daniel” ujar Seongwoo, mematikan sunyi yang kekok itu.

Daniel mula merasa tidak sedap hati. “Kenapa hyung?” soalnya, memegang tangan Jisung.

“Niel ah~ pesakit tu. Hyung dan Jaehwan pergi cari dia tadi dan kami dimaklumkan bahawa pesakit yang bernama Park Jihoon tu. Dia…Dia dah tiada” nada Jisung rendah, namun setiap perkataan didengari jelas oleh Daniel.

“Tiada? Dia dah sedar? Dia dah dibenarkan pulang ke rumah?”

Jisung menggeleng. “Dia disahkan mati pagi tadi. Majlis pengebumian dilakukan petang tadi”

Daniel menelan air liur. Terdiam. Tangan Jisung yang dipegang terlepas dari genggaman.

“Niel ah~ siapa dia? Kenapa hyung tak kenal dia?” Jisung mendapatkan semula tangan Daniel. Anak muda itu tertunduk.

“Daniel, kau ok kan?” Jaehwan dan Seongwoo bangkit berdiri, menghampiri Daniel.

Daniel diam memandang selimut putihnya. Fikirannya melayang.

“Jihoon. Park Jihoon”

“Boleh Daniel hyung temankan saya malam ni? Saya bosan”

Daniel menarik lepas tangannya dari genggaman Jisung. “Aku nak cari dia. Aku nak tengok dia” Daniel cuba bangkit, cabut membuka beberapa wayar yang dilekat sambung pada dadanya dan dua wayar yang bersambung pada tangannya.

“Jangan!” Seongwoo menahan tangan Daniel sebelum dia sempat menanggalkan cabut wayar yang menyambungkan beg darah ke dalam badannya.

“Kau nak pergi mana?”

Masing-masing terperanjat dengan kelakuan mengejut Daniel. “Aku nak cari Park Jihoon. Hanya aku seorang yang boleh nampak dia”

“Jangan. Keadaan kau masih lemah” Jisung menahan pegang tangan Daniel.

“Lepaskan aku, hyung~!” Daniel meronta-ronta sambil kakinya menendang.

“Jururawat! Jururawat!” Jaehwan menjerit meminta tolong sebelum menekan butang kecemasan di katil Daniel. “Daniel kau tak boleh buat macam ni”

“Aku nak naik tengok dia sekejap” Daniel meronta ingin lepaskan diri.

“Yah, orang bernama Park Jihoon tu dah mati!” Seongwoo meninggikan suara. Daniel terdiam, memandang Seongwoo. “Dia belum mati. Dia cuma……Dia cuma….” Daniel diam. Matanya berair.

“…..saya sekarang ialah roh yang terpisah dari jasad”

Air mata Daniel jatuh membasahi pipi.

“Kenapa?” dua orang jururawat bergegas mendapatkan Daniel di katilnya lalu memasang semula wayar-wayar yang telah dicabut.

“Kenapa dengan pesakit ni?” salah seorang jururawat mencelah di sebelah Jisung, melaraskan semula kedudukan asal katil.

Doktor Shim kemudian bergegas masuk setelah mendengar kekecohan yang berlaku dalam bilik tersebut. Seongwoo, Jisung dan Jaehwan mengundur diri ke satu sudut, memberi ruang kepada doktor dan jururawat.

“Encik Kang Daniel, kenapa?” Dr Shim memegang tangan Daniel, perasan akan air mata Daniel. Seorang jururawat pula membetulkan mesin di tepi katil Daniel yang hampir dirosakkan. “Kamu sakit di mana-mana bahagian?”

“Dia ingin berjumpa dengan pesakit bernama Park Jihoon” Jisung memaklumkan.

“Jadi apa masalahnya?” Dr Shim menoleh pandang ketiga-tiga rakan Daniel itu.

“Kami dimaklumkan bahawa pesakit bernama Park Jihoon tu dah meninggal dunia pagi tadi” giliran Jaehwan pula menjawab setelah melihat Jisung tertunduk seperti pesalah di balai polis.

“Park Jihoon?” Dr Shim bertanya sebelum menoleh pandang salah seorang jururawatnya. “Adakah orang yang sama?”

Jururawat itu diam seketika, seolah memikirkan sesuatu sebelum tersentak.

“Park Jihoon mana yang awak maksudkan?” Dr Shim beralih kepada pula kepada Jisung, Jaehwan dan Seongwoo.

“Park Jihoon, salah seorang pesakit di wad VIP. Dia pesakit yang koma beberapa bulan. Dia buta” balas Daniel. Riak wajah Dr Shim menunjukkan reaksi agak terperanjat. “Kenapa doktor?” soalnya.

“Saya rasa dia adalah orang yang sama” salah seorang jururawat bersuara, tunduk, tidak berani memandang wajah Shim Changmin.

“Kenapa awak tak beritahu yang penderma dan penerima mempunyai kaitan?” Dr Shim bercekak pinggang, nadanya mendatar.

“Maafkan saya” jururawat itu menunduk minta maaf.

“Penderma dan penerima?” Jaehwan berbisik kepada Seongwoo. “Jadi,…”

Jisung memandang kedua-dua Jaehwan dan Seongwoo, sambil meletakkan jarinya di bibir, sebagai isyarat untuk mereka berdua tidak bersuara.

“Doktor Shim, apa maksudnya? Penderma? Siapa?” Daniel cuba untuk bangkit bangun sekali lagi, namun Jisung pantas mendapatkannnya, menahan Daniel.

“Saya minta maaf. Saya tak periksa hubungan antara penderma dan pesakit” jururawat tadi memberi tunduk maaf kepada Daniel. Anak muda itu pana seketika.

“Park Jihoon adalah penderma yang menderma jantungnya kepada Encik Kang. Pembedahan dilakukan setelah mendapat persetujuan penjaga kedua-dua belah pihak iaitu pihak Encik Park dan belah encik Kang iaitu ibu encik Kang sendiri. Kami tak tahu yang encik Kang Daniel mengenali encik Park Jihoon” jelas Dr Shim.

Daniel memegang dada kirinya. “Jihoon…. Jihoon… jantung ni.. dia…” Daniel mendongak pandang Jisung di sebelahnya. “Hyung, jantung ni..”

Jisung terdiam. Air mata Daniel turun membasahi pipi tanpa sebarang bunyi. “Niel ah~” anak muda itu dipeluk.

Seongwoo berpaling belakang, enggan melihat wajah Daniel menangis. Hatinya sebak melihat tangisan sahabatnya. Jaehwan memeluk bahu Seongwoo sambil mengusap belakangnya. Matanya turut berair.

“Jadi jantung baru yang didermakan kepada Daniel adalah milik pesakit bernama Park Jihoon?” soal Jisung, sambil tangannya memeluk pegang bahu Daniel.

“Ya. Dia sedar dari komanya tengah malam semalam. Keluarganya datang dan mereka berbincang sebelum Park Jihoon sendiri membuat keputusan untuk mendermakan organ jantungnya. Dia sendiri yang menyatakan hasratnya untuk menderma kepada pesakit bernama Kang Daniel” jururawat itu menjelaskan, masih tidak berganjak dari tempatnya. Rakan sekerjanya di sebelah mengangguk. “Kami buat keputusan dengan segera memandangkan keadaan encik Kang Daniel dalam kecemasan waktu itu”

“Doktor yang merawat pesakit Park Jihoon juga menyokong tindakannya. Dia juga terkejut apabila Park Jihoon bangun dari koma. Kemalangan tersebut telah menyebabkan otaknya menerima gegaran dan jika dia masih hidup, nyawanya tidak lama kerana dia boleh diserang otak pada bila-bila masa. Keluarganya bersetuju untuk membenarkan pemindahan tersebut memandangkan ia adalah permintaan terakhir Park Jihoon” tambah Dr Shim, rasa bersalah melihat tangisan Daniel. “Maafkan kami kerana kami tidak tahu akan hubungan penderma dengan encik Kang”

Daniel tunduk. Air matanya tidak berhenti mengalir. “Tidak!!!” raungnya sambil mengenggam kuat lengan Jisung.

“Niel ah~” Jisung mendakap Daniel kuat, dapat rasakan esakannya.

“Tidak! Tidak!” Daniel meraung sambil menangis. Dr Shim melepaskan satu keluhan berat.

“Kami minta diri dulu. Saya harap kamu semua dapat pujuknya dan pastikan dia tak buat sebarang yang berbahaya kepada dirinya sendiri” Dr Shim memberi tunduk hormat kepada Daniel dan rakannya sebelum beredar bersama dua orang jururawat tadi.

Daniel terus menangis teresak dalam dakapan Jisung. Wajah dan senyuman Jihoon terus bermain dalam fikirannya.

“Jihoon ah!!!” Daniel menjerit nama tersebut dalam esakan. Baju Jisung basah dengan airmatanya. “Kenapa?! kenapa?!”

“...Pagi petang, siang malam, saya akan bersama hyung. Saya akan ikut hyung ke mana saja hyung pergi. Susah dan senang, saya akan sentiasa sokong hyung. Baik dan jahat, saya akan temani hyung”

Daniel menggeleng-geleng. Sukar untuk menerima kenyataan tersebut. Dadanya terasa sesak. Jantung berdegup dengan sihat dan degupan tersebut mengingatkan Daniel kepada Jihoon.

“Daniel” Jaehwan menghampiri Daniel yang masih tidak berhenti menangis. “Jangan macam ini”

“Beritahu aku, semua ini tak betul. Apa yang doktor Shim cakap tadi, tak betul kan? Jantung baru aku ni bukan milik Park Jihoon” Daniel mendongak pandang Jaehwan. Rakannya itu juga turut terasa sebak melihat tangisan Daniel.

“Niel ah~” Jisung tunduk, menyeka wajah Daniel yang basah dengan air mata. “Hyung tak tahu siapa Park Jihoon ni, tapi dia buat keputusan yang betul. Kau sangat beruntung sebab ada kawan macam dia. Dia beri kau sesuatu yang hyung tak dapat beri, yang Jaehwan tak dapat beri, yang Seongwoo tak dapat beri. Dia beri kau kehidupan. Dia beri ini” tangannya memegang dada kiri Daniel.

Daniel menggeleng. “Dia cakap dengan saya, bila dia sedar nanti, dia nak jadi kawan saya. Dia bohong saya hyung” suara Daniel menjadi serak, tenggelam dalam esakannya.

“Dia jadi kawan kau. Dia jadi kawan kau yang paling terbaik. Sekarang dia jadi kawan yang tak akan berpisah dengan kau”

Jaehwan memeluk Daniel. “Kau mesti teruskan hidup demi dia. Dia dermakan kehidupan dia pada kau”

Seongwoo mengelap seka air matanya. “Jaehwan betul. Kau mesti teruskan hidup. Dia beri jantung dia kepada kau supaya kau dapat hidup normal”

Jisung mengangguk. “Kalau kau anggap dia sebagai kawan, kau mesti berterima kasih pada dia. Jangan kecewakan dia” tambah Jisung sambil mengusap rambut Daniel.

……………………………..

8 bulan kemudian

Daniel mengundur beberapa langkah. Kepalanya mendongak pandang sasaran sambil bola di tangannya dipegang, bersedia untuk membuat lompatan.

“Wuuuu Kang Daniel” Jaehwan bersorak memberikan sokongan. Dari tepi Seongwoo, Jaehwan, Jinyoung dan Jisung memerhatikan Daniel. Setelah berehat beberapa bulan, Daniel yang baru sahaja menjalani pembedahan pemindahan jantung akhirnya boleh bergerak aktif.

Daniel melontarkan bola, masuk tepat pada jaring yang berada di hadapannya.

“Yes good!” jerit Jinyoung sambil berlari mendapatkan Daniel. High five.

Kemudian, pintu stadium tertutup itu ditolak buka. Bunyi pintu terkuak mencuri perhatian mereka berlima. Seorang lelaki menjenguk di muka pintu.

“Anyeonghaseyo~” ucapnya seraya menunduk sedikit kepala.

“Siapa tu?” soal Jisung, tidak dapat melihat wajah kelibat lelaki tersebut kerana cerak cahaya dari luar pintu.

“Boleh saya berjumpa dengan Kang Daniel?”

Jisung, dan Seongwoo serentak memandang Daniel.

“Ya, sayalah Kang Daniel yang popular tu” Jaehwan mengangkat tangan, sebelum Seongwoo menahan pegang rakannya.

“Kau jangan nak mengada” ujar Seongwoo.

Daniel berjalan menghampiri lelaki tersebut. “Kenapa nak cari saya?” soalnya sebelum dapat melihat jelas wajah lelaki itu secara dekat.

“….Saya Park Woojin, kawan baik Jihoon”

Secara imbas, pertemua mereka pada kali pertama melintasi fikiran Daniel.

“Woojin ah~”

Suara Jihoon masih didengari seolah dia berada di sebelah Daniel. Riak wajah Daniel jelas menunjukkan bahawa dia masih cam dan ingat akan Woojin.

“Saya ada sesuatu untuk diberikan” Woojin mengeluarkan sesuatu dari sebuah poket seluarnya. Sebuah alat perakam kecil di telapak tangannya. Perakam itu dihulur beri kepada Daniel. “Jihoon...” Woojin diam seketika setelah menyebut nama itu. “Saya rasa dia ada rakam sesuatu. Dia suruh saya serahkan kepada Kang Daniel”

Daniel melihat alat perakam tersebut yang dipegang. “Jihoon yang beri ni?”

Woojin mengangguk.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Funny95
#1
Chapter 4: awat rasa ada habuk masuk dlm mata plak nie? *lap air mata*
T.T
Huarghhh!!!
fanfic_reader_12 #2
Authornimmmmm *jeritttt*


Awak buat saya ngis lagiii.. Waktu pagi lak tuhhh.... TT *flip air mata*

Dhlh tgh sarapan.. Mengalir je air mata ni hah... *nsib baik xde spe nmpk*

Ini pengakhiran ke??!! Huwaghhhhh.. TT....

daebak... Jrng ff bole buat saya ngis... Tersedut hingus lagi... *ok ini gross*

Saya nk pi bca ff lain... Byeiiiiii... *flying kiss*
Park_Rafa88
#3
Chapter 4: Hello author-nim!! Wuaaa nampaknya fanfic baru awak ni tak seperti biasa tapi tetap menarik! It was a nice yet touching! Story yang teratur and kemas besides senang difahami~ tahniah! But saya rasa genre action and thriller lebih sesuai dengan awak well sebab saya dah follow story awak since fanfic Sehun tapi it was a nice try! Saya tetap suka~ Im looking forward for your next fanfic! Dah lama saya tak baca fanfic action dari awak so I was soooo excited to see the new work! lagi-lagi bila ada Wanna One~ Fighting author-nim! *maafkan saya komen panjang sebab saya sukaaaaaa fanfic awakkkk ?
fanfic_reader_12 #4
Chapter 3: Thnx authornim! Awak buat saya mengis diptg hari LPS dpt noti cite ni .. T.T
Awak daebakkk.... Huwarghhhhhhh..........saya sngtlhh mndlmi watak mereka...GOSHHH...tgisan pertama saya Harini...keep update authornim!!! Jjjangg !
Apiacere
#5
interesting!
Funny95
#6
Chapter 2: omo... Niel...sesiapa tolong bawa niel pi hospital
Funny95
#7
Chapter 1: aigoo...saya dapat bayangkan kecomelan Jihoon cebik kat Daniel..
Woojin jangan risau..Jihoon akan sedar juga nanti..huhuhu..